Sunday, 19 April 2015

The Cinderella's Daughter


Bebaru ni tetengah aku nak bersihkan laptop aku dari file2 yang dah tak penting, tetiba aku terjumpe satu karangan sengal yang aku penah tulis dulu.. Tah hape-hape jer.. Mungkin masa tu aku berangan nak tulis novel kot... Tajuk dia macam kat atas ni la.. harap korang sudi membacanya di kala boring-boring tu... Mana tau respond okay, aku gi amik kelas penulisan skrip terus..hahahah.. poooodaahhh!!

Nah..baca la...

Korang pernah terpikir tak ape jadi lepas Cinderella berkahwin dengan putera raja? Ramai orang akan anggap yang die akan hidup bahagia selama-lamanya… Happily ever after…. Tapi pernah tak korang terpikir tentang anak Cinderella dengan putera tu? Dia dapat  berapa orang anak? Putera ke puteri? Chantek ke?? Baik ke?? Haaaaaa…. Kat sini aku nak reka satu story baru pasal anak die plak… Ni kalau Disney nak terbitkan cerita aku, mau kaya aku nanti..hehehe.. So, aku bagi tajuk citer ni “The Ciderella’s Daughter” . Tajuk je bahasa Inggeris, tapi citer versi melayu..hahahah… Buat gempak je!! Okaylah, tanpa membuang masa, korang baca la citer ni.. Hope korang semua enjoy..hehehe…

                Selepas empat tahun Cinderella menjadi permaisuri di Negara Pasir Berdengung, negara itu semakin makmur. Rakyatnya semakin maju dan ekonomi negara itu semakin pesat membangun. Kebanyakan rakyat  negara itu menjadikan Cinderella, iaitu permaisuri mereka sebagai idola dan mencontohi sikap-sikap dan amalan-amalan yang baik yang diamalkannya.

Namun begitu, kebanyakan mereka masih tertanya-tanya, bilakah Cinderella akan melahirkan pewaris takhta negara berkenaan. Rakyat negara itu terlalu teruja untuk menyambut kelahiran putera atau puteri pertama Cinderella.  Oleh kerana risau jika mereka tidak mendapat cahaya mata, Raja Justin telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan Cinderella dapat melahirkan zuriatnya. Pelbagai dukun dan tabib dari serata pelosok negara telah dipanggil termasuklah  Dukun Wak Ketari. Menurut Wak Ketari, Cinderella perlu memakan sebiji labu yang dijaga oleh 2 ekor tikus tanah untuk menyingkirkan sihir yang telah dikenakan kepadanya oleh ibu tirinya. Nampaknya orang tua itu tak habis-habis lagi dengki dengan Cinderella. Hampeh betul!!

Raja menitahkan kepada rakyat jelatanya agar mencari labu seperti yang digambarkan oleh Wak Ketari tersebut. Barangsiapa yang menjumpai labu tersebut, Raja Justin telah berjanji akan menghadiahkan  sebuah  kereta BMW 5 series kepada mereka. Maka, berebut-rebutlah rakyat negara itu mencari buah labu seperti yang dimaksudkan.  Kalah  orang Malaysia cari cicak gecko. Hahaha…

Al-kisah, labu yang dimaksudkan telah pun dijumpai oleh seorang anak yatim yang berusia 10 tahun ketika dia diperintahkan oleh ibunya membersihkan semak samun dibelakang rumahnya. Maka, seperti yang dijanjikan, Raja telah menghadiahkan kanak-kanak itu sebijik kereta BMW 5 series kepadanya walaupun kanak-kanak itu masih belum mendapat lessen.  Ah, tu pandai-pandai la mak budak tu setelkan . xde kene mengena pun ngan citer ni. Janji buah labu tu dah jumpe. Hehehe…

So, Raja pun mengarahkan tukang masak memasak labu tersebut untuk dimakan oleh permaisuri kesayangannya. Dengan lahapnya, Cinderella pun makan la gulai labu masak lemak yang dimasak oleh tukang masak berbangsa Jepun itu tanpa meninggalkan sedikit pun.
Nak dijadikan cerita, seminggu lepas Cinderella makan buah labu tu, dia pun disahkan hamil oleh bidan bertauliah yang dilantik oleh raja untuk menjaganya sepanjang Cinderella hamil. Raja Justin sangat teruja dan gembira dengan perkhabaran itu lalu memerintahkan agar diadakan kenduri selama 30 hari 30 malam. Seluruh rakyat jelata dijemput hadir untuk berkongsi kegembiraan itu.  Berpesta lah rakyat Negara Pasir Berdengung itu dengan gembiranya…

Setelah genap 9 bulan 10 hari, maka lahirlah seorang puteri yang sangat comel yang diberi nama  Princess Rose Maria.. nickname dia Rose. Raja Justin dan Cinderella sangat gembira dan teruja dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. So, lagi skali raja buat kenduri. Tapi kali ni lama sikit. Selama 90 hari 90 malam.. perghhh..lama siot!! Kenyang rakyat die makan free tiap2 ari..hehehe…

King Justin dan Queen Cinderella sangat menyayangi puteri mereka dan menatangnya ibarat minyak yang penuh. Segala kemahuannya dituruti dan Princess Rose diberikan pendidikan yang sewajarnya  didapati sebagai seorang puteri raja. Namun begitu, Princess Rose tidak pernah sombong dan merasa takbur dengan kemewahan yang dimilikinya. Dia tidak suka mengambil kesempatan terhadap kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ayahanda dan bondanya. Sifat mulia itu tidak lain dan tidak bukan, diwarisi dari sikap baik yang ada pada permaisuri. Ramai orang menyayanginya termasuklah rakyat  jelata.

Namun, Princess Rose mempunyai satu tabiat yang tidak dapat dibuang iaitu beliau suka makan sebelum tidur pada waktu malam. King Justin sangat bimbangkan keadaan puterinya itu namun baginda tidak mahu melarang puterinya dari melakukan aktiviti kegemarannya itu. Princess Rose berasa sangat gembira jika dia dapat memakan makanan yang sedap terutamanya makanan ringan sambil menonton cerita Jepun dan Korea di kamar beradunya. Permaisuri yang bimbang akan keadaan itu, menasihati puterinya agar menggantikan buah-buahan sebagai pengganti contohnya labu ke, tembikai ke, betik ke, kurma ke… Eh!! Labu sejenis sayur la..lupe plak!  …..Namun, Princess Rose masih enggan berbuat demikian. Ketegaq la plak…

Hari berganti hari, tahun berganti tahiun.. Akhirnya Princess Rose telah meningkat dewasa. Usianya  telah mencapai 19 tahun. Namun, fizikal Princess Rose telah berubah. Badannya seperti dipam-pam, beratnya mencapai 130kg. Namun wajahnya masih mempunyai cirri-ciri anggun seorang puteri walaupun sedikit chubby (terpulang pada imaginasi masing2 nak imagine camne pon..). hehehe…

Walaupun begitu, kasih sayang raja dan permaisuri terhadap Princess Rose masih tetah menebal. Tidak pernah berkurang walau sedikitpun. Dia tetap ditatang seperti minyak yang penuh. Namun, Raja Justin berasa sedikit risau jika nanti tiada putera raja yang sanggup mengahwini puterinya.
Pada suatu hari, Raja memanggil puterinya untuk sembang-sembang… maka, terjadilah dialog seperti dibawah:

Anakanda, sudah lama kita tak borak-borak kosong kan?kan?kan?”.Raja Justin memulakan bicara sambil merenung puteri kesayangannya.

A’ah la ayahanda. Bagaimana dengan kesihatan Ayahanda  sejak kebelakangan ni? Anakanda dengar, sejak dua menjak ni ayahanda selalu gering… takkan nak kena penyakit malaria kot..” kuang ajaq tol Rose ni..

Raja Justin: Hmm.. Biasa la.. dah season.. kadang2 okay, kadang2 xokay.. lepas balik
dari lawatan ke      Jepun aritu, ayahanda rasa macam  xsedap badan je..

Pu3 Rose: Eh! Xboleh dibiarkan tu ayahanda, nanti melarat pulak. Ayahanda dah 
jumpe Dukun Wak Ketari?

Raja Justin: Sudah. Katanya itu Cuma symptom biasa lepas naik flight. X lama lagi okay
la.


haaaa.... sampai sini jer... sambungannya takdak.. aku pun dah tak ingat bila la aku menaip citer sengal ni...
ahahahaha..

k, nak gi masak jap..bye....





Thanks for reading =) comment le weyh!