Assalamualikum w.b.t.
Salam Jumaat =)
Morning!!
Sekarang ni penyakit malas aku makin menjadi-jadi sejak aku copy program variety 'Running Man' dari office mate aku. Bukan setakat satu dua episod jer, ade 132 episod! Jenuh aku nak habiskan! Disebabkan itu, aku menggunakan masa terluang yang ada di office ni untuk menontonnya!! Hahahaha.. siot jer!!
Dan disebabkan itu, aku jadi 'liat' sikit nak update blog.. Takde disiplin betol!! Huhuhuhu..
Dan dikesempatan ini, akan aku rangkumkan segala apa yang terbuku di benak hati ni dalam satu entry jer. Menarik ke tak?? Ntah! Terpulang kepada anda yang membacanya..huhuhuhu...
1) Data Recovery
Setelah berminggu aku bergelut dengan hard disk yang dah nyawa-nyawa ikan ni, akhirnya pagi tadi aku berjaya jugak meng'copy' data-data tersebut ke dalam sebuah hard disk yang jugak penyumbang kepada kelewatan proses tersebut. Pokcik kastam ni nak hard disk yang memory besar jer (2 TB). Tak nak kalah! Tapi data yang nak di backup tu tak sampai pun 130 GB!! Cheh!!! Dah la nak check disk pun makan masa. Tetiba nak ada bad sector la bagai.. tension aku!!
La ni aku tengah buat data recovery untuk satu lagi hard disk. Ntah boleh siap ke tidak hari ni. Kalu aku kene format lagi external harddisk tu, minggu depan la aku sambung. Esok cuti. nak lepak kat rumah layan Running Man!! Oh giler dah!! Ciss!! Tak guna punya Running Man!! =p
settle dah part ni!! legaaa...
2) Pau Gandum
Masa balik dari kampung haritu, aku singgah dekat R&R Tapah. Dan aku telah terpukau melihat pau gandum yang banyak dijual di situ. Korang pernah try tak?? Cousin aku cakap dekat kedai kek King ada jual.
ni la 'rope' pau gandum tu. Yang bintik-bintik macam chicken pox tu gandum.
yang aku makan ni pau daging.
Aku tertarik melihat keunikan pau ni lantas membelinya lalu memakannya dengan begitu nikmat sekali. Seriously, makan sebiji je dah kenyang. Mungkin sebab dia guna tepung gandum kot. (Ye..ye je aku. Bab-bab masak ni memang failed).
Dapatkannya di pasaran sekarang!!!
3) Beza Haiwan & Manusia
Gambar ni aku ambil depan office Nana. Ada satu bangkai anjing yang mungkin baru dilanggar. Seekor anjing lagi duduk kat tepi sambil lihat mayat rakannya. Mungkin jugak adik beradik dia sebab kaler sama. Actually ada seekor lagi. Masa aku nak ambil gambar tu, dia dah jalan ke tepi, so, tak masuk frame.
Aku just mampu tengok je la sambil cakap "Kesiannya....".
Nak angkat bangkai tu ke tepi, memang tak la.. Bukan sebab haram ke hape, tapi aku memang takut anjing. Kalau kucing tu insyaAllah la aku berani sikit nak angkat. Tapi kalau dah teruk sampai terburai isi perut semua, memang tak la. Takut nanti aku pulak yang terkeluar isi perut kat situ. Teruknya aku!!
So, apa beza manusia dengan haiwan??
Aku malas nak cerita kat sini, kang masuk sampai kes Pencerobohan Lahad Datu pulak.
Otak aku ni bukan betul sikit. Pantang ada peluang, mesti nak imagine lebih-lebih.
Korang fikir la sendiri.
Tapi yang pasti, kalau manusia berada di tempat anjing yang hidup tu, mesti dia akan call polis dan ambulans.
4) Dil Bole Hadippa!!
(Hati Berkata "Horey"... gitu la maksud dia...)
Korang pernah tengok movie 'She's The Man' tak??
Ala, cerita pasal sorang gadis yang menyamar jadi budak lelaki untuk join satu pasukan soccer nih. Aku tak kenal pelakon dia tapi okay la cerita tu..
Tapi yang aku nak cerita kat sini ialah She's the man versi Bollywod! Huhuuuuuuuu..
Rani & Shahid kapoor sebagai pemain kriket.
Untuk pengetahuan korang, aku memang kaki Hindustan. Dari kecik dulu aku dah memang gile tengok cerita hindustan. Jadi jangan nak jaki eh!! hehehe
Cerita ni aku dah tengok sampai nak muntah 2 tahun lepas. Masa tu aku lepak kat rumah maksu lepas habis study. Anak-anak Maksu aku replay cerita ni berulang-ulang kali sampai aku naik menyampah la. Hahahah.. Tapi baru-baru ni aku rasa macam rindu pulak nak layan movie ni. Terus aku cari kat Speedy. huhu..
Aku memang minat dengan Shahid Kapoor. Paling gile tengok dia dalam Vivaah dan Jab We Met. Tapi dalam cerita ni, Rani Mukherjee cute sangat. Dia menyamar jadi lelaki singh untuk join pasukan kriket sebab perempuan tak dibenarkan join. Disebabkan dia memang obses gila dengan kriket, dia sanggup buat apa saja demi cita-cita dia. (Ayat tak boleh blah...). Dalam masa yang sama, dia suka dekat Rohan (Shahid) iaitu capten pasukan dia sendiri. Nak tau lebih lanjut, pergi beli sendiri. Takpun cari movie online, takpun tunggu tayang kat TV3. hahahaha..
5) Jambatan Sudah Roboh..Sudah Roboh.. Sudah Roboh...
Last week kecoh pasal jambatan roboh kat Putrajaya tu eh..
Nak buek macam mano..dah kena fire dengan Ultraman.. hehehe
Dan minggu lepas jugak masa aku kena pergi pejabat Kastam Putrajaya, sempat la aku ambil gambar ni.. Hmmm..biasa je.. tak kagum sangat pun..
Sebenarnya dah berbulan dah jalan ni kena tutup dan Plus dah buat lencongan. Diorang dah detect yang jambatan ni ada problem. So, dalam masa diorang tengah buat kajian, tetiba jambatan ni roboh.. So, tak payah la nak sibuk-sibuk buat spekulasi. Lain la kalau landasan monorail yang roboh..Haaa, yang tu memang kena buat spekulasi secara besar-besaran. Hahahaha...
Tapi yang aku tak boleh blah ialah gambar-gambar yang tersebar di facebook berkenaan jambatan ni. Memang kelakar giler!!!
kreatif. Hehehehe..
melampau!!! hahaha
Okeh. Time for Running Man!!
Bye =)
Thanks for reading =) comment le weyh!