Tuesday, 31 December 2013

Nana Dah Kawen ^_^

Tanggal 28 December 2013, Nana, adik bongsu kesayangan aku tu dah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hati beliau sendiri yang aku panggil Cae. Mereka dinikahkan di Surau kat berek polis Gerik(bawah rumah Abah jer). Majlis sederhana diadakan dengan kehadiran tetamu seramai lebih kurang 500 orang yang terdiri dari kalangan sanak saudara dan sahabat handai terdekat sahaja. 
Majlis Persandingan akan diadakan kemudian dimana tarikhnya belum ditentukan lagi. Bila langsungnya, aku pun tak tahu.. Ape-ape pun, mak dan abah bersyukur sebab yang wajib dah settle dah.. Bawah ni antara gambar-gambar sekitar majlis berlangsung.. Tahniah aku ucapkan kepada Nana dan Cae. Semoga rumah tangga mereka kekal sehingga ke syurga dan diberkati Allah. Amin!
Masa nak akad nikah.. Bapak aku kusyuk je dengar.. Si Kulup baju kuning tu berangan dia la yang nikah tu..

Nana diapit oleh Omak2 nye..hehe
Kiri: Emak aku
Kanan: mak Cae
Belakang2: Bini-bini pakcik polis
Baju kuning: Kulup (berangan lagi la tu..sebok je interprem..)

Bergambar bersama keluarga besar.. 
Abah hilang time ni so takde dalam gambar.. cari2, rupa-rupanya tengah makan bawah khemah..hehe
Owh, baru aku perasan si baju kuning tu tinggi semacam.. mesti dia jengket. kompom!
Aku gemok gile time ni sebab baru lepas berhenti keje.. Makan tido kat rumah..hehehe.. huh!

mentang-mentang anak polis, photoshot pun pakai background berek. hehe..
Camera man pun anak polis. Kitorang panggil Along. Nak nombo tepon dia, tanya aku.

mana mau pigi haaa??

Aku doakan deme berdua ni bahagia la hingga ke akhir nyawa. Lagi satu, semoga cepat dapat baby. Boleh aku gomoih-gomoih anak korang nanti.. hehehe.. 




Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 20 December 2013

Yeay! Esok Balik Kampung

Aku akn bercuti panjang kali nih sebab satu-satunya adik kesayangan aku dah nk kawen... Huhuhu.. Tak pasal2 aku jadi bendul..hehe..

Esok kami akan bertolak ke Gerik, Perak.. Semoga perjalanan kami selamat dan berjalan lancar. Amin.

Tak sabar nak balik ni.. Rindu sangat dengan Mak & Abah. Ingat nak lepak sekali dengan kawan2 yang masih berada di Gerik. Agak2 kalau aku ajak diorang pi tengok wayang citer Cinderella 2013 nanti kena 'bahan' tak?? Huhuhu

Tetiba rindu nak tengok Haliza Misbun berlakon.. Lama tak dengar kisah beliau..

Oh ye.. Tahun depan genap 10 tahun selepas aku habis SPM (2004). Jadi, aku dan budak2 kelas plan nak buat reunion tahun depan seperti yang kitorang dah rancang dulu.. Kejap giler dah 10 tahun berlalu.. Macam tak caye jer. Huhuhu...

10 tahun lepas aku bajet aku dah kawen dan dah ade anak sorang dah masa aku umur 27 tahun nanti.. Huhuhu... Anak tekak ade la... Maybe kene tunggu lagi 10 tahun lagi kot.. Hehehe..

Oh!! Tahun depan jugak genap 10 tahun aku crush dengan 'dia'. Apasal aku setia sangat nih?? Oh susahnya jadi orang yang setia. Apa pengakhiran cerita ni, tunggu dan lihat je la..huhu.. Aku tau selagi dia ada dalam hati aku, susah aku nak terima orang lain. Sebab tu sampai sekarang aku takde hati nak kapel sebab aku rasa macam tak jujur and tak ikhlas langsung. Dah berapa banyak hati yang aku dah sakiti sebab aku still takleh terima diorang dengan ikhlas. So better aku stop. Oh jiwaaaaangggg!!!!

Harap tahun depan adalah tahun terbaik buat diri ini dan semua insan tersayang... :)


Thanks for reading =) comment le weyh!

Sunday, 8 December 2013

Coming Soon

Jeng..jeng.. Hehe.. Agak2 ada org nak beli tak??? Huhu


Thanks for reading =) comment le weyh!

Semalam Kami Berjimba

Semalam aku, Nana & Cae ke Masjid India, KL. Tujuan utama kitorang adalah nak survey2 harga materials untuk business kitorang.. Alang2 tu, Nana pun nak cari kelengkapan nikah dia skali macam tudung & telekung untuk dibuat hantaran... Untuk hadiah 'langkah bendul', aku just mintak 3 helai telekung je.. Satu aku punya, 2 lagi aku nak sedekah kat masjid. Semoga setiap kali org pkai telekung tu, Nana & Cae dapat pahala...

Kitorang pergi MI naik train KTM dari padang jawa. Memandangkan bebudak ni tak reti naik train, maka secara otomatiknya aku dipaksa ikut sekali.. Dah ler tengah sengkek ni..huhuhu.. Aku bawak duit sikit jer sebab aku ni bukan boleh tengok saje... Duit kluar macam air pun aku tak sedar.. Bawak cukup2 jer...

Sampai2 je kat sana, kitorang terus sawan bila tengok slumber je peniaga2 kat sana jual pendrive ngan memory card murah gila.. RM20 je seketul tak kira la brape gig pun. Aku ngan Nana angkat 1 sorang pendrive 128G , Cae angkat 1 memory card 32G. Tak taw kenapa murah. Aku blom try lagi pendrive tu..

Pastu aku beli tudung half moon RM35. Kalau kat S.Alam, xdapat harga cmtu..

Lepas dah pusing2 sampai sakit kaki, kitorang pun balik S.Alam.. Then, terus pergi makan kat restoran pecel lele kat padang jawa..

Lepas tu Si Cae ajak tengok wayang kat Aeon Bukit Raja plak.. Asalnya nak tengok The Hunger Games, tp dah penuh, jadi kitorang tengok citer Ustaz Mu Tunggu Aku Datang.. Seyes klakar citer ni.. Rasa nak tengok lagi.. Lawak spontan kumpulan Shiro ni memang fresh. Sambil tu mesej keagamaan yang nak disampaikan tu santai tapi boleh buat penonton berfikir & insaf. Aku yang mengantuk ni pun jadi 'segar'. Dan ada scene2 yang kena pada batang idung aku sendiri.. Korang yang blom tengok, p tengok lekaih...

Ok.. Aku rasa aku nk demam dah ni.. Nak g cari ubat sat.. Bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 6 December 2013

Lagi-Lagi Beliau

Purse ni asalnya nak letak enpon tp last2 jadi purse isi duit n cards..


Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 5 December 2013

Dugaan

Alhamdulillah... Sekali lagi aku diduga.. Namun dugaan Kali ni xde r sampai buat aku stress tahap banjir. Hehe..

Banyak perkara yang aku belajar Kali ni & aku boleh menilai balik diri aku sendiri. Banyak kekurangan yang aku kena top up.

Kesimpulannya, aku lebih bersyukur dgn ape y terjadi dan semoga aku dpt jadikan ia iktibar pada masa depan

#merepekmerabansebabtakbolehtidur #lapo #poyo


Thanks for reading =) comment le weyh!