Semoga kita semua diberkati Allah di hari Jumaat yang mulia ini.. Amin..
Semalam aku ada post entry (Lagu Hari Ini) pasal apakah pencapaian aku yang terbaik setakat ini. Dalam masa satu hari, macam-macam yang aku fikir. Tetapi jawapannya bukan kepada
'perkara yang aku boleh banggakan',
tapi sebaliknya ialah
'perkara yang perlu aku buat supaya ada sesuatu dalam hidup aku yang dapat aku banggakan.
Cett!!Puas aku fikir apa keistimewaan yang aku ada, yang aku boleh banggakan tapi memang tak banyak pun!! aduihhh..
Bukan niat aku nak riak atau nak menyombong dengan kelebihan tersebut (kalau ada). Tapi untuk kepuasan diri aku sendiri dan harapan aku, kelebihan itu dapat bantu aku hidup dengan lebih baik daripada sekarang.
Faham tak maksud aku??
Okay la, aku kasi contoh.
Kalau aku tengok orang lain, umur yang sebaya aku atau lebih muda dari aku, tapi dah ada pencapaian yang boleh dibanggakan. Contohnya, dengan kelebihan diorang, hidup diorang lagi bermakna dan lebih bermatlamat la kalau nak compare dengan hidup aku yang graf nya mendatar je.. Boring tul!!
Contohnya, kalau dia mahir ilmu-ilmu agama, dah boleh jadi imam muda. Macam 2 pupu aku, dia ni alim sikit, dia ada group usrah yang selalu gathering dan diorang selalu bertukar-tukar pendapat. Walaupun ada yang tak boleh attend, diorang communicate guna skype. Dia ni cikgu pendidikan khas. Walaupun dia ada degree dalam bidang Fizik, tapi dia pilih nak jadi cikgu pendidikan khas yang mendidik kanak-kanak istimewa ni. Oh, betapa mulianya hati beliau. So, aku rasa, ini perkara yang boleh dibanggkan dalam hidup dia. Dia ada sesuatu yang bermakna dalam hidup dia. Dia ada matlamat. Bukan macam aku. Just follow the flow jer..
Kalau mahir dalam bidang sukan, eg, memanah, berenang, berlari sepantas kuda, menembak, bola sepak, badminton dll, diorang dah boleh barbangga dengan kemahiran diorang ni. At least diorang boleh menyihatkan tubuh badan sendiri. Yang lagi terer tu boleh jadi wakil negeri atau negara. Fuhhh!!
Aku joging pun semput. hahahaha..
Lagi satu, macam retis-retis yang berjaya tu, walaupun umur diorang masih muda, tapi dengan bakat yang diorang ada, diorang mampu raih macam-macam anugerah. Diorang ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan aku nak angkat golongan-golongan artis ni sangat. Tapi ada beberapa orang yang kita boleh jadikan contoh. Macam Afdlin Shauki yang baru-baru ni berlepas ke Gaza, Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan. Kalau orang biasa yang pergi, takde la kecoh sangat kan, tapi memandangkan dia retis, sampai masuk berita la, Fb la.. So, dari situ mungkin dia dah bukak mata sesetengah orang supaya lebih prihatin isu Gaza ni.
“Saya pernah terfikir, apa lagi yang saya mahukan dalam hidup, jika tiada pengorbanan pernah saya lakukan? Selalu sangat fikirkan soal perniagaan, saya tahu ia tidak ke mana juga. Ia bermula sejak saya menerbitkan program Super Spontan, di mana keuntungan daripada rancangan itu saya mula salurkan kepada rakyat Gaza sebagai zakat. -Afdlin Shauki.
*rembat dari Berita Harian.
See?? dia salurkan keuntungan dari rancangan Super Spontan tu kepada rakyat Gaza. Dia gunakan platform dari bidang seni untuk membantu manusia. Dalam setandan pisang, tak semua busuk kan?? Jadi, tak salah kalau nak guna artist sebagai role model untuk lebih berjaya. Contoh yang lain adalah KRU, Dato' Fazley Yaakob, Heliza AF, dll.. Sorry la, ramai artist Malaysia yang aku tak kenal. Huhuhuhu..
Bakat melukis, poetry, mengarang novel, menggubah lagu, designing, blogging, vlogging, knitting, sewing, memang memerlukan kreativiti yang tidak ada pada diri aku. Kalau bab-bab imagine benda-benda mengarut ni ada la dalam kepala otak aku. Out!! Oh! Mak aku terer betul knitting. Dah banyak kali dia ajar aku tapi benak betuk aku nak paham. Tangan cheq ni keras mak oiiii.. Mau bengkok jarum knitting tu kang cheq kejekan. Walaupun minat nak try knitting tu ada sikit dalam diri aku, tapi tak lama. Aku cepat bosan. baru knitting satu bunga, aku dah fed-up. Makan nasi lagi best. Hehehe..
Semalam aku listkan antara bakat-bakat yang aku ada walaupun tak berapa nak bangga la..
1) Bakat memasak walaupun tak la advance macam Mak aku. Mak aku lagi terer woo..
2) Bakat bermain alat muzik masa zaman sekolah dulu iaitu recorder dan kompang!! Wakakaka..
3) Masa aku kat universiti dulu, aku join teater (retis la konon). Aku wakil U sampai peringkat universiti dan daerah jer. Hmmm...
4) Aku boleh bercakap dalam pelbagai bahasa walaupun takde la terer sangat. Setakat ni aku boleh cakap Bahasa Melayu, English, Korea, Jepun, Hindi, Indonesia dan bahasa kucing. Errkk..
Tapi banyaknya yang merapu la..hahahaha..Bakat ke ni???
5) Aku boleh membaca dan menulis dalam tulisan Korea (Hangul) sebab aku belajar masa dekat UiTM dulu. Setakat tulis ni, orang lain pun boleh ye tak??
Ni aku baru tulis semalam. Lagu Perfect Man by Shinhwa.
6) Bakat make-up.Walaupun tak gempak, tapi aku suka make-up sebenarnya. Aku suka make-up adik aku, mak aku dan sape-sape lagi yang mintak di make-upkan. Tapi aku rasa aku kena amik kursus make-up untuk mendalami lagi bidang make over ni..Huhuhuhu...
7) Fashion. Adik aku suka mintak pendapat aku tentang pakaian yang dia pakai. Adakah itu bermakna aku ni ada bakat dalam fashion?? Panggg!! Takde!! Sebenarnya, fashion aku simple je, aku tak suka pakaian yang crowded. Aku suka yang simple dan urban. Mungkin disebabkan aku suka beli baju yang ala-ala Korea, adik aku rasa sense of fashion aku lagi sempoi dari dia kot. Muahahaha... *muntah..muntah...
8) Bakat berniaga walaupun tak de masa nak asah bakat ni sangat. Aku pernah berniaga dekat ekspo, pasar malam, jual barang-barang katalog dan jadi sales girl kat kedai komputer. Kira meniaga la jugak kan?? Ayah Itam aku pernah cakap, aku ada gaya jadi businesswoman satu hari nanti. Tang mana dia nampak entah. Kalau masin mulut beliau, Alhamdulillah.. tapi nak meniaga ape eh?? Kambing okay tak???
9) Bakat merapu, buat lawak bodoh, bodek orang, mengabiskan duit, makan, memandu secara berbahaya, merempit, dan tidur sehari suntuk tanpa makan dan minum. Muehehehehehe...
So, kesimpulannya, takde ape yang aku nak banggakan sangat. Mungkin sebab segala bakat yang aku list kan kat atas ni aku tak manfaatkan dan practice kan untuk jadikan ia sesuatu yang dapat aku banggakan. Ye laaa.. Aku ni memang manusia yang rugi la. Sepatutnya, setiap bakat yang aku ada tu aku asah tajam-tajam tapi aku buat separuh jalan je..Hmmm
Mungkin kalau aku nekad belajar bahasa-bahasa asing ni secara lebih mendalam, aku boleh jadi translator macam Mahathir Lokman kan?? Ataupun kalau aku gigih belajar memasak, aku boleh masuk program Master Chef?? Ataupun kalau aku mintak kerja dengan Aswara, aku leh jadi retis sekarang nih.. Ehh?? panggg!!!!
Kerja aku sebagai technician ni pun takde ape yang nak dibanggakan. Sebenarnya ape yang aku nak ha??
Dulu cita-cita aku nak jadi pemandu pelancong. Tapi sebab UiTM tak bagi aku tukar course dulu, maka aku stay Computer Science. Walaupun aku tak minat, aku redah jugak. Masa tu aku tak reti nak fight untuk apa yang aku minat. Konon-konon tak nak menyusahkan mak pak aku la. So, lepas grad, aku terpaksa kerja ikut bidang.
Disebabkan cita-cita aku tu tak kesampaian, maka aku telah nekad menjadi pemandu pelancong tak bertauliah kepada seorang kawan Jepun aku. Aku hasut dia suruh datang Malaysia. Tahun 2008, aku secara tak rasminya jadi tour guide dia selama 3 hari 2 malam. hehehe.. Masa ni, aku hentam je bahasa jepun yang aku paham. Tak paham, aku speaking english. Tak paham jugak, lantak ko la... hahahah..
Mungkin disebabkan aku senang nak paham bahasa-bahasa asing ni yang menyebabkan aku bercita-cita nak jadi pemandu pelancong kot. Hmmm... So, sekarang perlu ke aku teruskan cita-cita aku ni?? Why not aku try kan??? Boleh ke ek?? Okay, nak google kursus pemandu pelancong yang ado.
Kursus make-up pun kena cari jugak ni. Huhuhuhu..
Apa-apa pun, dimana ada kemahuan, di situ ada highway. Tapi kalau nak lalu highway, kena ada tol. Bila ada tol, kena seluk poket, kuarkan fulus... Hehehehe...
Takpe, slow-slow okay.. Andai betul ini yang aku nak, aku akan enjoy doing it. Kalau tak, kita try cari benda lain pulak. Yang penting, jangan sampai 'leka' okay..
K, boss aku dah bagi kerja. Bye.
Gambatte ne Linda chan!!! ^__^