Friday, 23 November 2012

Gaza + Breakfast + Maksu + Nana

Salam Jumaat!! ^__^

Alhamdulillah, berita gembira dari Gaza, Israel bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata terhadap Palestin selepas President Mesir, Mohamed Morsi berjaya melakukan rundingan gencatan senjata tersebut. Akhirnya, penduduk Gaza boleh menarik nafas lega dengan berita tersebut. Semoga Allah kuatkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan walau mungkin ada ahli keluarga mereka yang telah terkorban akibat serangan dari tentera Israel Laknatullah selama 8 hari itu.

JANGAN LUPA!! TERUSKAN MEMBOIKOT PRODUK-PRODUK ISRAEL!!!

jangan hangat-hangat tahi ayam!! Ini salah satu cara membalas kekejaman Israel. Anak-anak orang Melayu yang kerja kat McD dan yang seangkatan dengannya tu, boleh la usya-usya keje lain. Banyak lagi kerja yang lebih berkat di atas muka bumi Malaysia ni. 

Jual nasi lemak tepi jalan pun berkat weyh!!

Macam pagi ni aku breakfast nasi lemak yang aku beli dekat tepi jalan depan office aku. Nasi lemak dia sedap, kuah sambal sedap, banyak pulak tu. Pendek kata memang berbaloi dengan harga dia. So, tengahari ni aku tak payah pergi lunch dekat luar dah. Sebab kenyang gile. Jimat duit aku. Heheheh...

Tapi bila dah makan nasi lemak ni, paham-paham je la, kepala aku ni dah berapa kali terkulai atas meja ni. Hehehe.. Tu yang aku gatai update blog ni. Kalau tak, mesti boss ingat aku tengah layan movie sebab senyap semacam jer..hehehe.. Jadi, untuk tidak mengantukkan diri, aku update blog, dengar lagu kuat-kuat sambil hangguk-hangguk kepala.

Motif takde keje???

Adaaaa.... Tapi ada cable yang aku tengah tunggu technician bawak dari Westport. Lagi satu tengah tunggu Safwa beli harddisk untuk buat backup data. Apedaaaa... Nak beli harddisk pun lambat. Bukan susah mane pun.. Semua nak approval dari boss.. Setakat harddisk RM300 tu pun nak berkira. So, nak buat keje lain pun takde, maka aku terpaksa menunggu 2 barang penting ni dulu untuk sampai ke tangan aku.Ceh, kutuk boss sendiri. Panggg!!!

Okay, pagi ni aku sampai awal. Tapi nasib baik boss dah sampai, maka aku boleh masuk office dengan gumbiranya. kalau tak, alamatnya tunggu dalam kete la, tak pun tepi tangga. Reason aku sampai awal adalah sebab aku kena hantar Maksu aku pergi office dia dekat Glenmarrie dulu sebab kereta dia rosak. Pukul 7.30, aku keluar dari rumah. Nasib baik Glenmarie tu dekat je dengan tempat keje aku ni. Daripada dia membazir naik teksi, baik aku hantar je.. Gile naik teksi!! Ntah bape la kene charge. Dah 2 hari kitorang hantar dia. Sebelum ni dia naik teksi. Dah la hujung-hujung bulan ni.. Parah woo kalau naik teksi. huhuhu.. Apasal aku banyak cakap pasal teksi ni?? 

Pagi ni Nana demam. So, dia tak kerja. Selsema katanya. Hmmm... Semalam dah aku cakap jangan keluar, nak keluar jugak.. Malam-malam pergi dating kat kedai mamak. Kalau duduk rumah, makan ubat, rest, tidur awal, confirm tak demam pagi ni. Ni tak, cakap aku tak nak dengar. Ha, tanggung la sendiri. Aku malas nak bebel lebih-lebih. Kang sentap!! Huhuhuhu

Okay la, aku nak minum Teh Misai Kucing. Next month nak kene buat medical check-up. Kalau tak turun gula dalam darah aku ni, MATI laaaaaa... huhuhuhu... Dah la diet dah ke laut!! Esok aku start ballik makan biskut kering 4 segi tu je. Hehehehe...

K, bye!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment