Wednesday, 31 July 2013

Di Mana Tenggiling Ku??


Pagi tadi aku terkejut beruk.. 
Tapi aku cool lagi..tak panik..
Tipu aih!
Okay,Panik sikit jer..

Ceritanya cenggini...

Hari ni aku yang drive sebab Nana EL. So, pagi-pagi lagi aku dah keluar konon nak sampai awal la ke opis.

On da way nak pergi ke kereta, aku selisih dengan sorang budak perempuan ni. Dia tengah cakap dengan enpon.. Cenggini ayat dia..

"Haaaa..tu la..kami pun tekejut jugak tengok semua kereta dah takde.."

*Ceh! curi dengar perbualan orang pulak..biase dia tu!!

Tapi masa dengar tu, aku takde la pikir ape-ape sebab biasanya pagi-pagi otak aku blurr.. hahaha

Tetiba sampai je depan post guard, aku cari kereta aku, takde!!. Bukan kereta aku jer yang takde.. Semua kereta kat tempat parking tu takde.. Tetiba aku teringat kata-kata budak perempuan tadi.. Oh..ini la maksud dia.. Tetiba aku bodo jap dalam 5 saat gitu.. Nak pergi kat tempat parking tu kena lintas jalan. Tapi aku berdiri je tepi jalan tu walaupun takde kereta yang lalu..Aku tenung jer tempat parking tu.. Aku tak dapat parking dalam kawasan apartment sebab lot parking terhad. 1 rumah 1 parking lot jer.. Untuk rumah aku, anak tuan rumah kedaung dah ambil so, terpaksa la aku park dekat depan kedai-kedai kat luar apartment tu.. Apa la.. cokia punya apartment!! 

'Apasal kereta aku takde??
Eh! Diorang letak tar baru la..cantik dah tempat parking ni..
Tapi mana kereta aku??
Nak tanya pak guard ke nak tanya kedai mamak??
Mana diorang letak kereta aku ni??
Camne diorang angkat keta aku tu??
Nak tepon Nana ke??
Watpe? Dia kan tengah tido!'

Inilah antara persoalan-persoalan yang bermain di minda masa aku lintas jalan.. Mentang-mentang jalan lengang, boleh plak pikir menda-menda tu.. kena langgar dek lori kang, mati katak jer..hehehe..

Aku masih cool lagi.. Aku cuba tenangkan diri walaupun aku rasa dalam badan ni ada kupu-kupu malam..heh!

Aku jalan slow-slow kat sebelah kedai mamak sambil berdoa supaya kereta aku ada la kat area-area situ dan tadaaaa!! Aku nampak WGX9***..Alhamdulillah...

Hehehe.. tu diaaa aih.. kat sini dia lepak yer.. Siap parking masuk belakang dulu plak tu.. senang aku nak keluar.. Hehe..Terus lega hati aku.. Tadi rasa nak tercabut jantung.. Tapi masuk dalam kereta aku macam masih tertanya-tanya lagi.. 

Boleh ke diorang buat macam ni??? Swap abis kereta atas jalan tu sebab nak letak tar jalan.. tanpa sebarang notis.. Kalau cenggini la kaedahnya, senang je la rupanya kalau nak mencuri kereta..letak la berapa jenis lock pun, tetap boleh angkat..hmmm...




Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 29 July 2013

Demam Denggi


Selamat Menjalani Ibadah Puasa kawan-kawan...

Lama tak update blog..hmmm...
Bulan-bulan puasa ni better aku duk diam-diam kalau takde benda menarik aku nak hapdet.
Kalau jumpe ulat lagi, aku update lagi.... Tak puas ati?? Meh jumpa depan2.. stakat guna nama anonymous tu, puii!! takde idung ke??

*Mohon terasa kepada yang berkenaan...

Yang tak paham tu, abaikan.. tak penting pun..lalalala

Oh ye, nak citer..last weekend, aku dan Nana berulang-alik ke HTAR sebab Cae kena warded sebab Denggi. Tapi semalam dah keluar dah.. Alhamdulillah...

Mostly yang kena warded dekat dengan katil dia adalah orang-orang yang duduk dekat area Seksyen 7 dan Padang Jawa. Memang aku tak nafikan, kat area Seksyen 7 tu memang banyak kes denggi. Masa aku duduk situ dulu pun boleh dikatakan tiap-tiap minggu ada kes denggi. Walaupun Kementerian Kesihatan selalu duk fogging kawasan tu tapi nyamuk still banyak. Even aku dulu duduk tingkat 5 pun nyamuk still boleh masuk kot tingkap. Gila gigih nyamuk-nyamuk tu terbang sampai tingkat 5!!

Cae punya rumah baru tingkat 3.. apa ada hal kan??

Family aku tak pernah lagi kena demam denggi ni, so, melalui Cae, aku dan Nana tau la serba sedikit pasal demam denggi ni.. 

Cae tu mula-mula dia demam panas. Teruk jugak la sampai lembik. Nana cakap before this, kalau dia demam pun tak la teruk macam sekarang. Siap muntah, sakit-sakit sendi dan cirit-birit lagi.. Bila pergi klinik swasta, doktor cakap demam biasa jer.. Tapi bila dah 3 hari, demam tak kebah2 jugak, dia decide nak pergi check darah dekat klinik kerajaan seksyen 7 tu. Doktor suspect denggi. Doktor keluarkan surat suruh check darah dekat HTAR pulak. Sah Denggi. So, kena la warded sebab nak masukkan air.

Aku baru tahu yang denggi ni takde ubat sebenarnya. Dia depends kepada diri pesakit tu sendiri. Cae ni baru denggi peringkat awal. So, doktor nasihatkan dia minum banyak air. At least 3.5 liter sehari. Air yang bagus diminum ialah air 100 Plus atau air buah-buahan. 

Mengikut apa yang doktor cakap, bilangan platlet dalam darah Cae menurun..So, doktor suggest makan makanan yang boleh naikkan balik platlet. Darah pun tak boleh terlalu pekat sebab tu kena banyak minum air. Kalau darah terlalu pekat, boleh lead kepada denggi berdarah.. lagi bahaya. Ada sesetengah kes boleh melibatkan kematian terus.

Sabtu tu Nana rebuskan ketam untuk Cae. Ketam bagus untuk naikkan platlet dalam darah. Selain dari ketam, jus jambu batu, pisang, dan tembikai pun bagus jugak. Tapi semalam Cae dah boleh balik lepas doktor check platlet dia dah okay so, aku rasa ketam adalah yang terbaik. 

Bila seseorang tu kena virus denggi ni, salur darah kat bahagian bawah kulit ni akan pecah-pecah.. Sebab tu kalau dekat kulit pesakit yang kena denggi ni, kita nampak merah-merah.. Untuk elakkan keadaaan lebih worst, itulah perlunya platlet sebab platlet ni fungsi dia adalah untuk membekukan darah. Ni yang aku baca dari internet la.. nak tau lebih, sila google..aku bukan doktor.. SPM Biologi pun C5 jer..

Jom sama-sama kita cegah denggi dengan cara kemas sikit rumah tu.. Jangan ada semak samum dan air bertakung. Rumah aku dekat dengan sungai memang tak boleh nak elak la.. Tambah-tambah kalau musim panas, memang lagi banyak nyamuk masuk dalam rumah. Solutions aku senang jer.. Sembur jer ridsect tu sebelum tidur dan make sure tutup tingkap sebelum maghrib. Lagi satu aku perasan, nyamuk ni tak suka bau yang kuat contohnya Clorox. So, apa kata kita sembur jer Clorox dekat tempat-tempat yang boleh jadi pintu masuk nyamuk ke rumah kita.. Hehehehe...

Sekian. Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 15 July 2013

Lesung Pipit Wujud Kerana Kecacatan Otot


Beberapa minggu lepas, aku ade terbaca article ni kat sokabar dan aku bercadang nak share kat blog ni..baca la kalau rajin.. boleh gak bertambah ilmu di dado..


tak nampak?? tak jelas?? ha, meh aku taip balik ape yang dia tulis..aku kan rajin..

"Lesung Pipit Wujud Kerana Kecacatan Otot

Lesung pipit atau lekuk kecil pada pipi boleh menambahkan kecantikan atau ketampanan seseorang. Tetapi tidak semua orang bertuah punya lesung pipit.

Dalam kalangan masyarakat lama, ada yang percayakan mitos lesung pipit boleh terbentuk dengan cara menekan hujung cili ke pipi bayi.

Namun ternyata mitos itu tidak benar kerana lesung pipit terjadi akibat kelainan otot pipi. Lesung pipit muncul di kedua-dua pipi atau hanya di salah satu pipi saja dan biasanya dilihat jelas ketika seseorang itu tersenyum, berbicara atau ketawa.

Ahli bedah plastik di Pusat Sains Kesihatan Universiti Texas, Dr Joel Pessa berkata, lesung pipit disebabkan oleh kecacatan pada otot zygomaticus utama.

Ia muncul pada wajah akibat otot zygomaticus utama yang lebih pendek daripada ukuran sebenarnya atau otot ini terbelah menjadi dua lalu menyebabkan sedikit lekukan pada pipi.

Ketika seseorang tersenyum atau berbicara, ada daya tarik pada kulit yang membuat lesung pipit muncul akibat kesan penarikan kulit. Hal ini diketahui selepas beberapa pemerhati dan doktor pakar membedah anatomi wajah 50 mayat yang memiliki lesung pipit. 

sumber: Harian Metro (11 Jun 2013)"


Bercakap pasal lesung pipit, aku memang suka sangat tengok orang2 yang ada lesung pipit ni sebab macam cute jer!

Antaranya ialah Shah Rukh Khan, Preety Zinta, Mavin Moon, Hunny Madu , Eetuk dan Siwon Super Junior..

dimple Eetuk kecik jer tp cute

 aku suka tengok dimple honey madu ni sebab nampak sweet je sesuai dengan muka dia yang cute tu..



 ni paling cute..baby Mavin..
Aku nak sangat anak aku nanti ada dimple macam dia ni. Serius cute gile!


Priety zinta 
dulu aku admire gile dimple dia ni..
tapi sebelah je la..

hah! paling cute. wakakakaka

 Siwon pun ada lesung pipit kat dua2 belah pipi dia ^_^

Comelkan mereka??

Dan aku antara salah seorang yang ada lesung pipit kat sebelah pipi kanan.Tapi disebabkan aku punya pipi bambam, maka tak berapa nak nampak. Kalau aku sengih over tahap cipan,baru la nampak. Jap, aku cari gambo aku jap kot2 ader... (Hegeh nak tunjuk jugak.. macam org lain kesah jer..!!)

*xpayah la.. gambar pipi besor nak mintak penampo je yang banyak..haizz

Oh ye! Dalam family aku, aku sorang je yang ada lesung pipit. Maknanya aku sorang jer yang cacat!! Errrr.....


Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 11 July 2013

Ngeri!! Ulat Dalam Lauk Ikan Keli


AMARAN:
Jika anda seorang penggemar ikan keli, sila jangan tengok video di bawah. Ini kerana berkemungkinan besar anda akan berfikir 10 kali untuk makan ikan keli selepas ini. Untuk orang yang suka beli lauk siap masak dekat pasar malam, gerai-gerai tepi jalan atau dekat bazar Ramadhan, sila tengok supaya anda lebih berhati-hati. Jangan cakap aku tak bagi amaran. hehehe..

Ceritanya cenggini, semalam kan hari 1st kita puasa, jadi aku yang spesies tak reti masak ni, nak beli lauk siap jer dekat bazar ramadhan, lepas tu masak nasi sendiri. Nak jimat la konon. Kejadah!!

Semalam aku pergi bazar ramadhan dekat TTDI, dekat dengan rumah jer. Malas nak pergi stadium.
Dekat bazar ni, tak banyak sangat gerai macam stadium. Orang yang jual lauk pun tak ramai. So, gerai first yang jual lauk yang aku jumpa, aku singgah. Lepas tengok-tengok lauk, aku decide nak beli ikan keli masak sambal sebab tengok macam sedap je dan ikan kelinya besar.

Aku bagitau makcik tu supaya bungkuskan ikan keli tu. 
Makcik tu cakap "empat ringgit dik!!".
Okeh! Bungkus!
Nak bayar, Makcik tu cakap lagi "4 ringgit dik!"
Ye la..aku tau la.. bape kali nak cakap.. ingat aku pekak ke hape??
ke dia ingat aku takde duit. cett!!
Think +ve.. dia lupa kot dia dah bagitau tadi...huhuhuhu

Pastu aku beli lauk ayam percik kat gerai lain pulak.. 
Gila, sayur tak beli..
Aku pun tak tau nape aku tak bernafsu tengok lauk sayur kat situ, even dekat gerai lain pun..
Sayur layu..

Pastu aku beli ais Milo bungkus besar. RM3!! Cet! selalu kat pasar malam, RM2 jer.. bungkusan sama jer..
apasal kat bazar ramadhan ni RM3 pulak?? nak cancel, dah order... Tobat aku tak g dah gerai ko!!Huh! Ambil kesempatan.

*eleh, seringgit pun nak berkira... 
*Mesti ar!! seringgit pun duit ape???

Okeh, tu je aku beli..jimat kan aku?? hehehe..

Berbalik kepada ikan keli tadi, lepas balik rumah, aku letak jer lauk tu atas meja, nak berbuka kang baru aku akan transfer dalam pinggan. Aku mandi, bersiap dulu.. dan tiba la waktu berbuka puasa...aku pun transfer la ikan keli tu dari dalam plastik, ke dalam pinggan..

Sumpah Ikan keli itu memang nampak menyelerakan.. masa nak makan, aku cubit sikit dan gaul-gaul dengan nasi dan Bismillah....

Tapi aku terperasan ada yang bergerak-gerak dalam lauk ikan keli tu. Aku tunjuk dekat Nana dan dia pun menjerit! Terus automatik aku terluah balik nasik yang dalam mulut aku yang tak sempat pun aku nak kunyah..hahahaha... ngeri duh!! aku blurr sekejap sambil peratikan lauk tu..Amende yang gerak2 tu??

Terus pergi sinki kumur mulut..

Pastu aku letak lauk tu jauh-jauh.. aku teruskan makan nasi dengan ayam percik. Ada hikmahnya aku beli ayam percik rupanya..hahahhaa..sedih!!!

Lepas selesai makan, aku tergerak ati nak ambil video penemuan ngeri itu..hehehe..

Nak tau ape yang gerak-gerak tu?? tengok video bawah ni:


kalau rasa nak muntah, takyah tengok ye..


abaikan audio yang xclear..hehe..mute pun xpe..

okay la, pengajaran dari cerita aku ni:-

*hati-hati kalau beli lauk beli kat luar ni especially yang dah sejuk dan terdedah sebab takut lauk tu dah terdedah dengan pelbagai anasir luar..

*Aku memang tak suka beli lauk tepi jalan ni tapi semalam aku rasa nak beli..memang takde rezeki nampaknya nak makan ikan keli. Lepas ni aku akan teringat cik ulat ni setiap kali aku nampak ikan keli. Mental traumatize...hehehehe

*Masak sendiri lagi terjamin dan puas hati walaupun hanya sebiji telur goreng.

asyik aku je yang kena.. kali ni paling dasat la.jumpa ulat hidup..huhuhuhu.. 





Thanks for reading =) comment le weyh!

Si Bulat!!


Last week, aku pergi rumah Mak Teh aku dekat Seksyen 24, kebetulan ada cousins aku datang untuk melawat cucu Mak Teh, anak cousin aku, Sofea.

Masa dia dalam pantang dulu dekat rumah Mak Mertua dia, aku tak sempat nak ziarah.
Sekarang dah 4 bulan baby ni..BULAT giler!! geram aku!! Kena picit dengan aku jer budak bulat ni..hehehe..


 Haaa.. bulat tak beliau..
Ada yang cakap muka beliau macam Sin Chan??
Cett!!

 Sambil dengar orang-orang tua sembang, dia juihkan mulut..hehehe

 Nampak genggaman penumbuk dan siku dia tu??
hehehe..

*bila la aku pulak nak ada anak?? 
hehehhe...Sabarr~~~~


Thanks for reading =) comment le weyh!

Kenapa Suka Pijak Mangkuk Tandas???


Kan before this entry, aku ada upload entry pasal aku pergi Space U8 tengok The Lone Ranger..
Entry ni kena mengena dengan Space U8 la jugak tapi lebih tepat lagi kena mengena dengan orang MELAYU yang berugama ISLAM!! Cett!! Memalukan!!

Sebelum kitorang (Aku, Nana & Cae) nak masuk panggung wayang, kitorang pergi surau dulu untuk solat Asar. Siapa biasa pergi SpaceU8 mesti tau keadaan tandas dia macam mana kan??kan??kan??

Kalau bau tak kepam, lantai tak kotor, memang tak sah kan??
Aku pelik, takde cleaner ke cuci tandas ni??

Bukan ramai sangat pun orang yang datang SpaceU8 ni kalau nak compare dengan Plaza Alam Sentral or SACC Mall tu tapi tahap kebersihan tandas dia memang failed!! Serius bangkai. Kalau aku sakit perut pun, tak kosser aku nak masuk. Rela aku merempit balik rumah aku. Macam mana aku tau bau dia bangkai?? kata tak masuk??

Well, aku pernah nak masuk sekali...
tapi bila aku duduk depan pintu gerbang nak masuk tandas je, terus selera aku nak membuang hajat terbantut. Bau dia kaw-kaw punya. Bayangkan, ko belum masuk lagi dah bau harum semerbak, belum masuk lagi.. Kang tah macam-macam aku jumpa dalam tu, mau koma aku kat situ.. baik tak payah!

Okeh, let alone la toilet yang dekat tingkat bawah ni.. 
Aku assume yang toilet ni digunapakai oleh semua kaum dan masing-masing ada cara tersendiri nak menginterpretasikan kemahiran seni mereka kat dalam toilet tu.. Biar la..

Berbalik kepada cerita dekat surau tadi, dekat tingkat 1, betul2 atas Segi Fresh ada la disediakan tandas jugak untuk orang Muslim. Apasal aku kata untuk orang Muslim?? Sebab kat situ memang surau jer..takde mende lain.. kejadah pulak non-muslim nak lepak situ kan??

Cerita passal tandas dia, aku jadi macam hangin, sakit hati, malu dan meluat!!!

ni rupa tandas dia..
pijak..pijak...jangan tak pijak...

Siapa lagi punya kerja ni kalau bukan orang Islam sendiri yang nak sembahyang kat surau tu kan? 

Aku nak maki lebih2 kang, kot-kot terkena kat sedara mara sendiri pulak..haaaa..
Aku pelik la, apasal la orang suka pijak menatang ni?? 
Cleaner memang takde ke?????
Tak boleh ke toilet ni ditukarkan kepada toilet yang jenis cangkung jer?? 

Aku paham, ramai yang tak suka guna toilet macam ni sebab GELI!! 
Aku dulu pun geli gila kat toilet jenis ni sebab rasa macam duduk atas bekas2 orang jer..hehehe
Tapi aku takde la sekeji ni..

Tindakan aku kalau jumpa toilet ni, aku akan check setiap toilet dulu cari toilet cangkung. 
Kalau takde jugak, aku akan ambil toilet tisu banyak-banyak, aku cuci dulu menatang tu sampai aku yakin ia dah bersih, dan aku akan lap sampai kering dan berkilat (cewah!) pastu baru aku teruskan hajat aku..

Tapi kalau aku tak jumpa yang cangkung, dan yang ado pun adalah yang seperti gambar di atas, aku akan mencarut dalam hati pastu aku cari je toilet lain, takpun aku tunggu balik rumah..huhu..

Lepas settle hajat, aku akan make sure toilet tu dalam keadaan bersih dan okay. Kalau aku rajin, aku siap jirus lagi lantai dia bagi hilang semua bekas-bekas tapak kasut dan yang penting, mesti pam. Pam sampai 2 3 kali pun takpe.. Paling dasat sekali, aku akan sembur perfume before aku keluar..hahahahaha..bangang!

Sometimes aku malu sebab keadaan tandas kat negara kita ni tahap cilakabanat.. 
Nampak macam orang-orang Malaysia ni pengotor giler..
Padahal, mungkin tandas tu tak diselenggara dengan baik atau takde cleaner yang khas cuci tandas tu setiap 3 jam ke hape ke...Cuba tengok toilet R&R kat Tapah.. walaupun diguna ramai orang, tapi tetap bersih dan wangi jer.. wangi ker??? tapi better la bagi aku... 

Mesti korang pun pernah jumpa toilet yang macam ni kan??
bagi aku, orang yang tak reti nak guna public toilet ni adalah orang yang selfish! 
Patut letak dalam hutan je jadi makanan rimau..grrrrrr...

*cerita pasal toilet, boleh patah jari aku menaip dan boleh kurang pahala puasa aku sebab memaki, menghamun dan mencarut sebanyak yang boleh...K, bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

My Depp as Tonto in "The Lone Ranger"


Sabtu lepas, sebelum puasa, aku, Nana dan Cae pergi Space U8, layan "The Lone Ranger" dekat MBO.
Harus la kena layan sebab pakwe aku si Johnny Depp tu ada berlakon. Kalau takde, jangan harap aku nak layan..huhuhu..

My Depp..*lempang

Aku memang suka si Depp ni berlakon sebab dia suka bawa watak yang pelik-pelik.. Masa kecik-kecik dulu, aku dah tengok dia berlakon dalam "Edward Scissorhands" dengan Maksu aku. Tapi masa tu aku agak scary tengok kuku-kuku dia tu dan masa tu aku tak kesah sangat dengan dia ni sebab aku kan budak lagi masa tu. Mana ada masa nak 'die hard fan' sangat. Aku fan Doraemon je masa tu..

Lepas tengok dia berlakon dalam "Pirate of The Carribean" dan "Charlie and The Chocolate Factory", baru la aku tangkap angau ngan mamat ni.. hehe..suka2 hati panggil dia mamat. Watak Jack Sparrow dan Willy Wonka tu betul2 membuatkan aku meroyan sampai buat assignment untuk subject Bel pun aku buat pasal dia. cet!!!

Lepas tu aku mula la follow filem2 dia yang lain2 termasuk "Alice in Wonderland" dan yang the latest "The Lone Ranger". Tu pun sebab dia bawa watak pelik ni.. Aku dah agak, mesti kelakar tahap babun.

And YES, part dia je yang kelakar... 

Permulaan cerita ni agak boring...
Tapi bila dia masuk je, terus kelakar... Even dia diam static jer, tu pun dah kelakar bagi aku..tah hape2 ntah..
Cerita ni tak masuk kategori pecah panggung sebab dengar citer kutipan dia tak la sehebat Despicable Me 2. Lantok la..ade aku kesah??

Bagi aku, teknik CGI dan sound effect filem ni memang terbaik..


Dah macam pakai bedak sejuk je aku tengok.. hehe

Kalau korang nak tau cerita ni pasal ape, sila tengok sendiri.. hehehe..aku malas nak menaip..
Aku tunggu DVD citer ni keluar, aku nak beli pastu nak tengok banyak kali macam DVD Pirates of The Carribean jugak.. Huhuhu.. Bila POTC 5 nak kuar pulak??huhuhu..

 Eh?? Aku nampak kurus la..wakakaka...
Ha, belah kiri aku tu Cae, pakwe Nana.. yang bertudung kotak2 tu Nana..

 Walaupun tudung sengat dan  tetiba nampak gemuk balik, aku tetap nak ambil gambar sebelah pakwe aku.. 
*lempang  2x

Okeh, Next Entry..



Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 9 July 2013

Selamat Berpuasa Kepada Saudaraku Semua..


Semalam, secara rasminya, penyimpan mohor besar diraja dah umumkan bahawa esok, 10 julai 2013, bersamaan 1 Ramadhan 1434H, confirm PUASA!! 
*kalau masa kecik2 dulu, aku ngan adik beradik aku akan lompat-lompat depan tv.. happy sangat la konon.. padahal raya bulan depan!!

MAKA, 

esok, jangan ngengada ada sesapa pergi bancuh air neskopi kat opis pulak... kang ada yang terminum plak...kantoi sebab memang tak puasa.. hehe..
Insya Allah, tahun ni aku akan berpuasa penuh lagi..
ngehehehehehe..
Jangan tanya napa..aku lempang kang!

DAN, 

Esok, bermula la hari kita akan ke bazar ramadhan tiap-tiap hari bagi orang yang tak reti2 nak masak macam aku ni.. Jangan membazir yer.. Beli ikut keperluan..
Masa tengah lapar, memang semua kita tengok sedap..
Tapi bila berbuka kang, baru sumbat kuih karipap seketul dah rasa senak dah..
Ingat! tu semua nafsu jer..
lawan sikit..

DAN,

Bagi orang yang susah bangun sahur macam aku ni, jangan lupa kunci alarm banyak-banyak, pastikan bangun dan makan sedikit walaupun hanya sebiji kurma atau secawan milo..
Pastu nak tido balik lantak korang la...
Janji, Subuh jangan lupa bangun pulak...
Kalau tak sia-sia puasa sehari tu....
Sesiapa yang rajin nak tunggu subuh, boleh la penuhi masa tu dengan baca quran atau nyembang2 dengan dinding...

DAN,

Pasni pasti ramai yang akan serbu PKNS nak cari baju raya..
Shopping, jangan tak shopping.. Lantak la..duit korang..
Beli baju cantik-cantik.. tapi awas!! Bulan puasa ni, ada sesetengah orang tu berat badan dia makin naik..aku la contohnya!! hehehe..
Jadi, pastikan anda yakin saiz yang dibeli masih boleh dipakai 1 Syawal nanti.. hehehe
Aku belum beli baju lagi..
Lagi 5 hari nak raya baru beli kot.. 
Memang biasa beli last minute.. Beli siap jer..
Jadi, korang yang beli awal tu, tinggal2 sket baju untuk orang2 kendian nih..hehehe...

DAN,

Jangan lupa bayar ZAKAT nanti ye!! hehehe..
Dalam kita bergumbira, jangan lupa yang tiada..
(ceh!! lirik lagu copy paste!)

DAN,

Masa ni la nak perbanyakkan amalan..
Banyakkan membaca Al-Quran dan solat-solat sunat especially solat terawikh..
Mulut tu jaga.. Jangan nak ngutuk orang jer kojenye..Biase die tu!!

DAN, 

Jangan lupa ambil cuti nak balik raya!!!
Aku nak ambil 4 ari..
mintak-mintak la boss aku approve nanti!!
hehehehehe..


*Ceh!! Puasa pun baru nak start esok, aku dah pikir cuti!! *lempang kang!!
xpeee.. persiapan dari awal...ye tak????


Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 3 July 2013

Berjalan Besama Mak & Abah

Last week parent aku datang sini. Lepas diorang hantar Opah dekat rumah Maksu, terus datang rumah aku tido. Hehehe.. Sampai Shah Alam pun dah malam, so, Sabtu baru pergi jalan-jalan.
Kitorang tak jalan mane pun.. Just pergi Nilai dan Putrajaya jer..
Tu pun Mak Pak aku dah fenat..hehehe..
Aku pun migrain sebab cuaca panas semacam jer hari Sabtu tu..
Kat nilai aku xde shopping pun..maklum la..sengkek..


Aku takleh masuk kedai ni..sawan!
Beg murah-murah dan cantik.

Last month aku janji nak belikan Mak handbag sempena birthday dia.. Oh, mak aku memang suka bebeno la sebab dia suka ngumpul handbag. Ni muka lepas beli dua tiga bijik handbag. Purse pun dia beli..hehehe..
Suke beno dia dapat handbag yang aku beli..
takde mende la Mak.. 
Nak compare dengan jasa Mak besarkan orang, beg tu takde mane la sangat..
Next year, Inda beli lagi ye.hehehe

 nice weather...
but aku migrain!! cet!!


 komander Nan sedang menuju ke hadapan..


 Kain ela cantik-cantik tapi aku jenis suka beli baju dah siap jer..
Nak dekat raya nanti baru beli..
Mak punya baju raya dah siap dah..
hehe..lagi awal!

Abah cari T-Shirt dalam kedai ni.. Harga standard je aku rasa. Takde la murah mane pun..
Tapi Komander Nan belanje... Ape de hal..
pilih Abah, pilih..

  


bapak aku bab beli baju memang cerewet.. Sama dengan komander Nan
Aku dengan Mak pulak jenis belasah jer..
Janji dah okay, material best, beli jer..
Muntah pilih baju lama2 nih..huhu
tapi sebab Abah pun sabar jer tunggu kitorang beli handbag tadi, maka aku telan je muntah aku tu..hahahaha..vengong!!

ni je la hasilnyer.. nasib la aku waras lagi sebab pikir nak puasa ni..
Bulan puasa ni nak pakai banyak duit hoi..!


Muka penat..
rehat dekat R&R Dengkil jap..
Mak aku tido. hehehe..

 Ade tak orang tangkap gambo tido sambil senyum?? 
Haa...Mak aku je yang ada kepakaran ni..hehehe

 komander gedik..hehehe

Perjalanan diteruskan ke Putrajaya pulak..
Konon-konon nak pergi Floria Putrajaya la.. 
tapi masa ni kepala aku dah rasa macam nak pecah..huhuhu



  disebabkan panas la, maka kitorang terus pergi bazaar jer.. dah tak larat nak pergi ke tempat pameran bagai..pergi pun kejap je..semua pokok. Aku bukan minat pun..


 orkid kot


 ni ape?? bonzai kot..

 ni orkid lah!!

anak pokok untuk dijual..


gerai kraftangan..

 telekung pun ade jual..

kain batik ni Mak beli sebab cantik..



 kelapa matag.. 
bapak aku cakap mahai sebab kat kampung leh dapat lagi murah..
standard leerrrr...
kampung memang muroh2..
pokok kelapa ni rendah jer..senang nak ambil buah dia..


 balik rumah, pekena durian yang Abah bawak dari kampung.
Nana ngan Abah je yang makan sebab diorang berdua ni 'hantu' durian.
Aku memang tak boleh makan sebab badan panas. kang aku sawan.hehehe..

Paastu malam lepak dekat rumah maksu pulak layan bola. kelantan lawan JDT. 
Tahniah Kelantan1-0.
De ku kesah??
Aku dah migrain pikir nak tido jer..



 Besoknya, Ahad, Aku blanje parent aku makan dekat Restoran Pecel Lele Lela.. Tergelak bapak aku dengar diorang greeting customer.."Selamat Paaaagiiiiiii!!" padahal aku pergi time lunch.hehehe
Pastu pergi Space U8 jalan-jalan lagi.. Masuk kedai Mr. DIY, abes duit beli macam-macam..Tujuan asal nak cari stering lock jer..tapi, stering lock nyer tak berkenan di hati..hehe..

 Lepas lepak2 dekat rumah aku, petang baru parent aku bertolak balik Ipoh, gi rumah Abang jeff plak..
Sekian..

*tengah layan citer shahrukh khan English Babu Desi Mem..citer lama..huhuhu..


pegi keje bawal bekal la konon.. padahal bawak kerepek ubi. hehehe



Thanks for reading =) comment le weyh!