Thursday, 11 July 2013

Ngeri!! Ulat Dalam Lauk Ikan Keli


AMARAN:
Jika anda seorang penggemar ikan keli, sila jangan tengok video di bawah. Ini kerana berkemungkinan besar anda akan berfikir 10 kali untuk makan ikan keli selepas ini. Untuk orang yang suka beli lauk siap masak dekat pasar malam, gerai-gerai tepi jalan atau dekat bazar Ramadhan, sila tengok supaya anda lebih berhati-hati. Jangan cakap aku tak bagi amaran. hehehe..

Ceritanya cenggini, semalam kan hari 1st kita puasa, jadi aku yang spesies tak reti masak ni, nak beli lauk siap jer dekat bazar ramadhan, lepas tu masak nasi sendiri. Nak jimat la konon. Kejadah!!

Semalam aku pergi bazar ramadhan dekat TTDI, dekat dengan rumah jer. Malas nak pergi stadium.
Dekat bazar ni, tak banyak sangat gerai macam stadium. Orang yang jual lauk pun tak ramai. So, gerai first yang jual lauk yang aku jumpa, aku singgah. Lepas tengok-tengok lauk, aku decide nak beli ikan keli masak sambal sebab tengok macam sedap je dan ikan kelinya besar.

Aku bagitau makcik tu supaya bungkuskan ikan keli tu. 
Makcik tu cakap "empat ringgit dik!!".
Okeh! Bungkus!
Nak bayar, Makcik tu cakap lagi "4 ringgit dik!"
Ye la..aku tau la.. bape kali nak cakap.. ingat aku pekak ke hape??
ke dia ingat aku takde duit. cett!!
Think +ve.. dia lupa kot dia dah bagitau tadi...huhuhuhu

Pastu aku beli lauk ayam percik kat gerai lain pulak.. 
Gila, sayur tak beli..
Aku pun tak tau nape aku tak bernafsu tengok lauk sayur kat situ, even dekat gerai lain pun..
Sayur layu..

Pastu aku beli ais Milo bungkus besar. RM3!! Cet! selalu kat pasar malam, RM2 jer.. bungkusan sama jer..
apasal kat bazar ramadhan ni RM3 pulak?? nak cancel, dah order... Tobat aku tak g dah gerai ko!!Huh! Ambil kesempatan.

*eleh, seringgit pun nak berkira... 
*Mesti ar!! seringgit pun duit ape???

Okeh, tu je aku beli..jimat kan aku?? hehehe..

Berbalik kepada ikan keli tadi, lepas balik rumah, aku letak jer lauk tu atas meja, nak berbuka kang baru aku akan transfer dalam pinggan. Aku mandi, bersiap dulu.. dan tiba la waktu berbuka puasa...aku pun transfer la ikan keli tu dari dalam plastik, ke dalam pinggan..

Sumpah Ikan keli itu memang nampak menyelerakan.. masa nak makan, aku cubit sikit dan gaul-gaul dengan nasi dan Bismillah....

Tapi aku terperasan ada yang bergerak-gerak dalam lauk ikan keli tu. Aku tunjuk dekat Nana dan dia pun menjerit! Terus automatik aku terluah balik nasik yang dalam mulut aku yang tak sempat pun aku nak kunyah..hahahaha... ngeri duh!! aku blurr sekejap sambil peratikan lauk tu..Amende yang gerak2 tu??

Terus pergi sinki kumur mulut..

Pastu aku letak lauk tu jauh-jauh.. aku teruskan makan nasi dengan ayam percik. Ada hikmahnya aku beli ayam percik rupanya..hahahhaa..sedih!!!

Lepas selesai makan, aku tergerak ati nak ambil video penemuan ngeri itu..hehehe..

Nak tau ape yang gerak-gerak tu?? tengok video bawah ni:


kalau rasa nak muntah, takyah tengok ye..


abaikan audio yang xclear..hehe..mute pun xpe..

okay la, pengajaran dari cerita aku ni:-

*hati-hati kalau beli lauk beli kat luar ni especially yang dah sejuk dan terdedah sebab takut lauk tu dah terdedah dengan pelbagai anasir luar..

*Aku memang tak suka beli lauk tepi jalan ni tapi semalam aku rasa nak beli..memang takde rezeki nampaknya nak makan ikan keli. Lepas ni aku akan teringat cik ulat ni setiap kali aku nampak ikan keli. Mental traumatize...hehehehe

*Masak sendiri lagi terjamin dan puas hati walaupun hanya sebiji telur goreng.

asyik aku je yang kena.. kali ni paling dasat la.jumpa ulat hidup..huhuhuhu.. 





Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment