Panggilan Interview SPA: Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 (lagiiii..)
Jam menunjukkan sudah pukul 3.49 pagi..
Mata aku dah mengantuk tapi hati masih nekad menghadap laptop...
Untuk pengetahuan korang, mac lepas aku ade pergi exam PPTM F29 ni dan dah lulus pun..
Last week aku dapat emel dari SPA yang telah memanggil aku untuk attent interview pulak...
Exam aritu kat Shah Alam, Interview ni kat SPA Putrajaya pulak...
dan sekarang aku tengah menetap di Perak...chanteqqqq sangat!!
Salah aku jugak sebab tak update alamat dlm form spa online tu...
Mak ngan Abah cam best plak.. siap x bagi tukar tempat lagi...
Alasan nye dapat la pergi rumah Nana... chet!!
Mengambil kesempatan.... hahahaha..
Okay, berbalik kepada interview tadi..
Aku dah banyak pengalaman interview ni..samada swasta mahupun gomen..
Jadi aku dah boleh agak la sikit2 soalan dia macam mana..
Walaupun dah banyak kali kene hentam masa interview, tapi aku tetap nervous jugak..
Maklum la.. aku memang mengharap sangat dapat job ni.. tp kalau takde reseki, aku redho...
Cari la keje lain, ye tak?? hehehe..
Bila aku survey2 kat google soalan2 famous masa interview F29 ni, aku peratikan soalan yang sama jer..
suke bebeno copy paste ye! hehehe..
Tapi takpe, besar jasa orang yang share info dan tips untuk interview F29 ni..
bagus2...
Di sini aku nak share la sket2 soalan2 yang pernah ditanya kat aku.. kebanyakan jawatan yang aku mohon tu memang berkaitan dengan bidang IT la.. walaupun aku takde la terer mane pun.. Tak sador diri namanya.. hahahaha... Ni antara beberapa soalan yang aku ingat dan yang menyakitkan hati beta... hahaha.. semoga tertekan dan stress la hendaknya..hahaha:
1) perkenalkan diri (dalam bahasa tamil.. kalau tak tau tamil, bahasa inggeris yer...)
2) Apa yang anda tahu tentang skop kerja yang anda minta ni?? (ni masa kt klia)
3) ceritakan sikit pengalaman kerja anda, apa kaitan dengan iT, apa sistem yang pernah dibangunkan, cer citer!! cer citer!! (ni masa kat MQA)
4) Apa yang anda tahu tentang jabatan?? (MQA & Kementerian Kesihatan)
5) Kenapa taknak sambung study lagi? (ni kat TPM)
6) Boleh tak kalau time raya nanti awak keje?? (ni kat HP..kt HP banyak soalan psyco..)
7) Awak boleh panjat tinggi2 tak? (klia.. nak suruh aku panjat ape ntah... repaire cctv kot.. aku cakap boleh sbb aku biasa panjat tangga pasang langsir masa nak raya)
8) apa seksyen2 IT yang awak tahu kat airport ni? (klia.. aku jwb cctv, menara, system, technical support, hentam saja la labuuuuu...)
9) kenapa kami perlu ambil awak bekerja??
10) apa bahasa pengaturcaraan yang awak tahu? (onedrop group.. siap bg aku homework... seminggu, submit..)
11) nyatakan apa aktiviti/kempen yang kementerian kami jalankan? (kementerian kesihatan)
12) Macam mana nak tingkatkan tahap security website jabatan? (MQA)
13) Apa maksud https tu dan macam mana nak apply??? (MQA.. ni dia tanya calon lain sbb calon tu sendiri yang usulkan cadangan utk guna https kat url website tp bila interviewer tu tanya soklan tadi, dia tak leh jawab.. aku peratikan jer..hahahaha.. )
14) Ada soalan lain nak tanya?? (ShinEtsu... hahahaha)
15) Apa kelemahan anda dan macam mana anda mengatasinya ??(Shin Etsu)
16) Di perak ni ada berapa daerah??
banyak lagi soalan2 yang agak mental tp aku tak ingat dah...
Setakat ni, aku tak penah lagi kene tanya pasal nama2 menteri, dasar2 negara dan isu2 semasa... boleh???
Tak tau la kot2 kali ni kena pulak...huhuhuhu....
Apa-apa pun, prepare je la... diorang ni kadang2 suke nooooooo nanye soalan2 yang unexpected... jadi.. persiapkan la diri kita seadanya... Ada rezeki, ade la.... Takde, cuba lagi.. ye tak??
Tolong doakan aku senang jawab soalan2 interview tu nanti yer... Awok nebeeessss.... hehehehe...
ok, bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!
PENGAMBILAN PPTM UNTUK BERKHIDMAT DI PELBAGAI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN F29 TEMU DUGA MULAI 18.05.2014 - 28.05.2014 HANYA 70 0RANG SAHAJA YANG AKAN TERPILIH BERBANDING 2459 ORANG YANG LAYAK DI TEMU DUGA.
ReplyDelete