Peperiksaan Online Penolong Penguasa Kastam W27
Diam tak diam dah masuk 27 Ramadhan dah hari ni.. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan ni diterima oleh Allah s.w.t..
Macam-macam kisah yang berlaku yang kebanyakannya mendukacitakan namun terselit hikmah dan pengajaran di setiap kisah.. Semoga Allah mengampunkan segala dosa kita..InsyaAllah..
Dan dalam bulan yang mulia ini jugak, aku diberi peluang sekali lagi oleh Yang Maha Esa bila aku dapat panggilan untuk exam Penolong Penguasa Kastam secara online. Alhamdulillah.. =) ... Walaupun lari bidang!!
Peperiksaan secara online ni adalah kaedah baru yang dilaksanakan oleh pihak SPA. Ia memudahkan calon untuk menduduki exam ni kat mana-mana pun.. Tapi masa untuk exam ni dia dah tetapkan.. Tak boleh suka-suka hati nak exam 'bila-bila' pun.. Ni benda baru jugak bagi aku... Ade excited dan risau jugak... Excited bila aku tak payah nak susah-susah cari tempat exam, nak pikir tempat parking macam selalu dan nak keluar masuk dewan 2,3 kali.. Risau dan cuak pulak bila pikirkan line internet kat rumah aku ni. Bukan boleh harap, kadang-kadang laju giler..kadang-kadang rase nak hempuk jer broadband tu.. Buatnya tengah-tengah jawab exam, tetiba lost connection, x ke naya!! T__T .. Ish!! belom ape-ape dah fikir negative... ape da.... Tapiii... perkara2 ni kita kena pikir jugak ye tak?? sebab kita kena planning betul2.. Buatnya time aku tengah jawab exam, abah bantai pasang lagu raya kuat2, tak ke fokusku tergendala gituuuu... hahaha.. so, kena pesan siap2.. semua kena behave pada hari itu..
Ni first time jugak aku exam untuk jawatan ni... Sebelum2 ni asyik dapat exam dalam bidang IT jer.. Aku kena struggle sikit la baca bab-bab kastam ni.. Walaupun dulu ade pengalaman keje dengan pihak kastam, unit mesin pengimbas, tapi sangat la ciput pengalaman tersebut. Setakat hantar invoice, buat invoice je la.. Mesin dia haram aku dapat sentuh... Mentang-mentang aku perempuan! Diskriminasi betul!! Huh!!
Daripada jadual kat atas ni, Part B dan C aku tak risau sangat cuma part A tu jer yang agak mencuakkan aku sebab menurut sukatan peperiksaan, part A ni calon akan duiji pengetahuan berkenaan urusan perkastaman, bidang ekonomi dan kewangan, perdagangan antarabangsa, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan negara, undang-undang, sosial, dasar-dasar kerajaan dan lain-lain perkembangan dalam negara dan luar negara.
Haaa...nampak tak banyak giler yang aku kena baca.. Mau gugur lagi rambut aku pasni..huhuhu..
Takpe.. ape-ape pun kena usaha lebih.. Peluang bukan datang banyak kali.. Kalau tak berjaya pun at least kita dah cuba yang terbaik ye dokkk?? xde la nyesal sangat...
Okay, kalau ade sesiapa yang dapat panggilan exam ni atau ade sesiapa yang ada pengalaman, meh la share dengan aku.. Banyak pahala korang dapat.. Tambah-tambah lagi di bulan Ramadhan ni..hehehe.. =)
K, bye..
p.s: Selamat Hari Raya in Advance.. 0-0 ye...
Thanks for reading =) comment le weyh!
Calon boleh dapatkan contoh soalan dan panduan W27 di sini http://www.examptd.info/contoh-soalan-peperiksaan-penolong-penguasa-kastam-w27/
ReplyDelete