Saturday, 25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436 Hijriah


Salam Maal Hijrah 1436 Hijriah kawan-kawan...
Ape azam tahun baru anda??

Saya nak mintak maaf andai ade salah silap terkasar bahasa dalam penulisan saya di blog ni..
Semoga tahun ini akan membawa kebaikan dan semangat baru pada kita semua...

Pelbagai hal yang berlaku sebelum ini yang tak pernah terlintas di fikiran saya akan berlaku.. Semuanya telah ditentukan Allah s.w.t. Saya sebagai hambanya yang lemah menerima segala ujian yang diberikan dengan penuh rasa syukur dan menghayati hikmah di sebalik kejadian. Sesungguhnya terasa begitu kerdil diri ini tanpa pertolongan dariNya.

Bermula dengan kisah aku diberhentikan kerja oleh majikan yang konon-kononnya nak cut cost company, bergaduh dengan bekas tuan rumah yang melanggar perjanjian, menyebabkan aku dan nana terpaksa berpindah ke Sungai Buloh yang jaraknya hampir 23 kilometer dari tempat kerja, kisah aku resign dan balik ke kampung, kisah aku menghadiri interview2 yang resultnya sering mendukacitakan.. Kemudian diuji pula dengan penyakit stroke yang dialami oleh insan yang paling aku sayang yakni ibuku sendiri, 10 hari bermalam di hospital Ipoh teman mak.. Alhamdulillah mak semakin sembuh, dan aku la misi yang 'merawat' mak di rumah sehingga sekarang.

Serius aku katakan tanpa sokongan daripada ahli keluarga sendiri, aku tak dapat nak lalui ujian-ujian ini sorang-sorang. Mungkin aku akan tertekan..Amat tertekan!! Terima kasih Mak, Abah, Abang Jep, Kak Mizah, Nana, Cae, Opah, Maksu dll..

Ade juga beberapa rakan yang tak pernah jemu memberi semangat untuk aku berjaya dalam hidup aku.. Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan pada kalian.. 

Segala ujian ini menjadikan aku lebih matang, banyak berfikir dan menghargai insan-insan tersayang di sekeliling aku. Dengan ujian-ujian  ini jugak aku berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan aku yakin setiap yang berlaku ade hikmah manis yang tersembunyi..

Itu cerita sedih tahun lepas... Akan aku jadikan pengajaran untuk masa yang akan datang...

Di tahun baru ini aku yakin banyak perkara menarik yang akan berlaku..

Alhamdulillah, emak semakin pulih. Doakan kesihatan Mak saya bertambah baik yer.. Itu harapan aku dari kalian..

Alhamdulillah, Bulan December ni kami bakal mendapat ahli keluarga baru... Cahaya mata sulung Nana dan Cae.. Cucu Sulung Mak dan Abah, Anak Sedara Sulung Aku!! Excited dan tak sabar rasenye!!!

Alhamdulillah, Bulan March 2015 pula, sorang lagi ahli keluarga baru...Anak Abang Jep dan kak Mizah.. Cucu kedua Mak Abah, Anak sedara ke dua aku!! Huhuhu... bestnyer...

Jangan tanya menantu ke-3 mak n abah mane sebab tak jumpe lagi... huhuhuhu...

Alhamdulillah... Di tahun baru ni jugak aku mula menceburi perniagaan kecil-kecilan secara online.. Modal kecik jer.. Guna henpon jer.. Kedai pun takde.. Tapi Aku yakin, rezeki Allah beri bersesuaian dengan keadaan dan situasi hambaNya.. Mana mungkin aku boleh bisnes yang memerlukan aku beri komitment 100% sedangkan aku masih ada insan tersayang yang masih memerlukan perhatian dari aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Alhamdulillah...

Akhir kalam, kepada insan-insan yang merasakan terlalu berat ujian yang ditimpakan ke atas anda, bersyukurlah sebab di akhir nanti Allah akan balas dengan nikmat yang tak terhingga berkat kesabaran dan keredhaan anda. Selepas hujan selalunya ada pelangi yang indah.. Jadikan ujian sebagai waktu untuk kita bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada. Saya doakan kita semua beroleh keberkatan dari Allah s.w.t dan semoga usia kita tidak disia-siakan lagi dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah..

Sempena Maal hijrah ni, jom sama-sama kita hayati perjuangan & pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menempuh ujian-ujian getir bagi menegakkan agama Islam kita yang tercinta...


Karangan skema ini ditaip sendiri oleh owner blog ini sambil makan kerepek pisang.

Bye.Assalamualaikum =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment