Thursday, 6 December 2012

AFF SUZUKI CUP 2012 (Semi Finals)

Masa aku balik ke kampung last week, aku layan bola dengan Abah dan Abang Jeff aku. Siap tutup lampu bagai macam nak tengok movie jer..huhuhu.. Aku siap bergulung dalam comforter lagi sebab sejuk gila, hujan!

tangkap gambo sambil baring menggunakan camera murahan Samsung Corby. Cehh!!

Masa ni Malaysia vs Indonesia. Best gile aku tengok. Perlawanan yang tak boring dan 'laju' gile. Aku yang bukan kaki bola ni pun tak berkedip mata tengok perlawanan yang terbaik yang pernah aku tengok ni. (*propa mai daaahhhh)..

Tapi match kali ni takde Khairul Fahmi. Ah, lantak la. Penjaga gol malam tu, Farizal Marlias pun okay jugak walaupun aku 'goyang' sikit tengok cara dia jaga pintu gol. Beberapa kali jugak la nyaris-nyaris nak bolos. Huhuhuhu..
Pengganti Apex..

Tahniah Harimau Malaya!! 2-0 malam tu!

Dalam duk sibuk-sibuk orang duk bercakap pasal pemain Malaysia seperti Safee Sali, Wan Zack Haikal (tengah malatop skang!!), Safiq Rahim, Khyril Muhymeen, Aidil Zafuan, Zubir dll, aku tertarik dengan dua orang pemain Indonesia ni, iaitu Andik dan Taufik. Bebudak ni badannye kecik molek je kalau nak dibandingkan dengan pemain-pemain yang lain. Tapi, ligat gile atas padang terutama sekali si Andik ni. Dia la yang paling banyak buat serangan. Bahaya betul budak kecik ni. Tapi sebab ada diorang berdua ni la game malam tu macam best sikit. 


comey je aku tengok 2 orang ni...


haaa.. nampak tak betapa keciknya budak Andik ni?? Tapi kecil-kecil cili padi hehehe
(pemain yang bagus harus diberi pujian =p)

Ada seorang lagi pemain Indonesia yang menarik perhatian aku. Aku heran bila Hasbullah Awang asyik sebut nama dia Irfan sebab aku tengok fizikal dia macam pemain foreigner. Tapi bila si Hasbullah tu cerita pasal background dia, aku jadi pelik. Nama dah Islam dah, tapi tatoo penuh kat lengan. Motiff?? Apedaaaa..


Hensem boleh tahan si Irfan Bachdim ni, tapi jambu sangat muka dia.out!! hahahah

Sedikit info pasal si Irfan ni, umur 24 tahun. Bapak dia ada keturunan Arab-Jawa, Mak dia Belanda, maka hasil kacukan tu, dapat la muka cenggini... Isteri(german-chinese) beliau, seorang model tapi bukan Islam. Acaner tu?? Suke ati korang je nak kawen ngan sesape pun eh??  Haizz.. malas aku nak amik tau dah!!
Nak tau lebih lanjut, google!!

Aku nak ulas panjang-panjang pasal bola sepak ni pun bukan aku pandai sangat. Tapi aku tak sabar nak tunggu perlawanan semi final antara Malaysia dan Thailand pulak lepas ni. Tapi aku takde geng la nak tengok. Takkan nak kena balik kampung lagi kot. Aduh... 

jadual perlawanan semi final.

Aku rasa pemain Thailand lagi handal dari Indonesia. Boleh aku kata cenggitu?? Huhuhuhu..
So, aku target 2-1 boleh??? mueheheehhe... tak sabar nak tengok match ni.

Oh ye!! Tv tu kan dah kena conker ngan bebudak ni..Tak habis-habis channel 611 nye.

Nak lepak kat mamak sorang-sorang memang tak la kan... Lagipun aku tak suka tengok bola dekat mamak sebab bising sangat. Aku ni dah la tak suka tempat bising-bising.. Ke aku nak lepak rumah Safwa jer?? Dia pun tengok sorang-sorang jer...Hmmm...

Apa-apa pun, aku harap Harimau Malaya dapat mara ke Final. Kalau boleh, juara terus!! Wahh... boleh bah kalau kau..

Oh! Dato' panggil!
Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment