Semalam Nana dapat call yang Ayah kepada Cae( Pakwe Nana)
telah kembali ke Rahmatullah pada dalam pukul 8.00 lebih malam semalam.
Al-Fatihah. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para Solihin. Aku ucapkan
takziah kepada keluarga dia.
Semoga keluarga dia terus tabah mengharungi kehidupan ini.
Ya, mati itu pasti! Berita pemergian ayahanda Cae telah menginsafkan aku. Andai aku di tempat dia, aku tak tau sama ada
aku dapat terima atau tak.
Ya Allah, Ya Rabbi!
Engkau panjangkanlah usia kedua ibu bapaku kerana aku belum puas lagi membalas
jasa mereka. Andai aku berbakti kepada mereka sehingga aku tua pun, jasa mereka
tidak akan termampu untuk aku balas. Engkau berikanlah kesihatan yang baik
kepada kedua ibu bapa ku Ya Allah. Engkau kasihilah mereka sebagaimana mereka
mengasihi aku sejak aku masih kecil Ya Allah. Terima kasih kerana telah
mengurniakan mereka sebagai ibu bapaku. Sesungguhnya aku sangat mengasihi
mereka Ya Allah.
Bagi yang telah kehilangan ibu bapa mereka, marilah kita
sedekahkan Al-Fatihah untuk roh mereka. Ingatlah, walaupun mereka telah tiada,
namun kita yang masih hidup ni masih mampu membantu mereka mendapatkan pahala.
Antaranya,
1-
Sentiasa Sedekahkan doa-doa dan bacaan ayat suci
untuk mereka.
2-
Amalkan segala ilmu yang baik yang pernah
ditinggalkan oleh mereka.
3-
Jadilah anak yang soleh dan solehah.
4-
Gunakan harta yang pernah ditinggalkan oleh
arwah ke jalan kebaikan.
5-
Laksanakan nazar mereka yang belum tertunai
6-
Andai mereka ada berhutang, bantu langsaikan.
7-
Qada puasa mereka yang terhutang
8-
Andai mereka belum sempat mengerjakan haji
semasa hayat mereka, kita bantu tunaikan andai kita mampu.
InsyaAllah, kita masih mampu membantu mereka di sana…
Bagi yang masih mempunyai ibu bapa, taati lah mereka.
Sayangi mereka. Banyakkan berdoa untuk mereka.
Sabda Rasulullah SAW: “Redha Allah bergantung pada redha
kedua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua ibu bapa”.
Begitu besar sekali darjat kedua ibu bapa kita yang diangkat
oleh Allah s.w.t. Jadi siapa kita untuk menderhaka kepada kedua ibu bapa kita?
Tanpa mereka, kita tak mungkin dapat melihat dunia. Hargai lah ibu bapa kita
samada yang masih hidup ataupun yang telah tiada.
Ustazah aku pernah cakap, kalau kita nak pergi kerja, keluar
rumah tu, baca doa untuk kesejahteraan kedua ibu bapa. InsyaAllah, rezeki kita
akan dimurahkan Allah. Yang ni boleh selalu amalkan ye kawan-kawan.
Keluar
rumah, langkah kanan, baca Al-Fatihah, Ayat kursi dan doa untuk kedua ibu bapa.
InsyaAllah, sepanjang kita keluar tu, pekerjaan yang baik yang kita lakukan
akan mendapat keberkatan. =)
jom doakan kesejahteraan kedua ibu bapa kita..
p.s : Sayang Mak Abah ♥♥♥♥♥
No comments:
Post a Comment