Monday, 22 April 2013

Random Lagi Lagi...

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni hari Isnin..kan????

1) Aku Kena Tinggal!!
Pagi tadi kena bangun awal sebab Nana pergi outstation lagi kat Melaka. kali ni kena tidur dekat sana pulak. Maka, malam ni aku tidur sorang-sorang la jawabnya.. Huhuhuhu...

2) Adapter Laptop Lagiiiii...
Semalam tengah syok aku melayan drama Taiwan, tetiba je adaptor yang aku beli dua bulan lepas buat hal. Tetiba je laptop aku padam sendiri. Aku try nak ON balik, tak boleh. Bila aku check dekat adaptor dia, takde lampu. Aku try godek-godek, goyang sikit cable dia pun tak boleh. Lepas tu aku pegang adaptor tu, panas giler. Terus aku fed-up, tido terus! Dalam hati rasa marah gile sebab baru je beli hari tu takkan dah rosak balik??? Dah la kat meja aku tu takde PC! (Orang rembat!). Jadi terpaksa la aku usung laptop aku tiap-tiap hari sampai dah terlondeh dah bahu aku ni menggalas laptop tiap-tiap hari. Kalau dah adaptor rosak, tak ke mangkor aku tercogok je kat office tu nanti?? Boring siot kot takleh nak buat ape-ape. Dah la aku banyak urusan nak setle ni... (Haaaa..cenggitu la aku termenung, mikir malam semalam. Pukul 2 pagi kot baru aku tido. Adaptor punya penangan. Siap fikir nak beli laptop baru tak bleh blaaaaa...)

Tapi pagi tadi, aku try connect Adaptor tu ke suis, Alhamdulillah, ada balik lampu dia. Terus hilang stress aku. Huhuhuhu... Tapi sebagai langkah-langkah keselamatan, balik kampung nanti, aku nak ambil adaptor laptop lama aku bawak mai sini. Mana la tau kot-kot adaptor ni meroyan lagi... Mana la tahu kaaannnn..

3) Surat Pelepasan
Pagi ni aku hegeh duk google format nak buat surat pelepasan. Last-last aku reka sendiri jer berpandukan apa yang aku belajar masa aku kat sekolah dulu.. Belasah je laaaa...
Ni surat pelepasan untuk aku keluar mengundi pada PRU-13 nanti. Bapak aku la bising suruh aku buat surat ni kot-kot boleh claim nanti.. Aku malas nak melawan, buat je la... Kalau ikutkan logik, nak lepas-lepas ape pulak kan?? Dah sah-sah 5 Mei 2013 tu hari Ahad, hari aku tak kerja! Huhuhuhu... Malas nak melawan...

4)Tenggiling Kehausan
Semalam aku check air kereta, terkejut momok aku sebab air dia kering. Selama ni duk bawak jer kereta tak check air dia. Sejak aku park kereta jauh dari rumah ni, aku asyik lupa je nak check air. Semalam, masa aku isi air dalam tangki, keluar air karat warna coklat kekuningan. Gila karat tangki kereta aku. Baru lagi rasanya Abah servis tangki tu.. Balik ni aku nak suruh Abah tengok balik tenggiling aku tu.. Kesian dia. Minyak hitam pun dah kurang sikit semalam, tapi aku dah tambah dah. Nasib baik Abah ada letak dalam bonet minyak hitam untuk aku tambah-tambah kalau kurang. Kesian tenggiling....

5) Balik Kampung!!
Aku nak balik kampung mengundi. Jadi, aku nak apply cuti. Muehehehe.. Aku jarang ambil cuti, jadi cuti (AL) aku banyak lagi.. muehehehe.. Aku plan nak ambil 2 hari. Hari Jumaat dan Isnin. Baru best. Kalau balik kejap-kejap, tak puas rasanya. Huhuhuhu...

Okay, nak kerja. Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 19 April 2013

11 Fakta Menarik (sumber dari dara.com Mei 2013)

Ni aku nak share beberapa fakta menarik yang ada dalam dara.com ni.
Baca la kalau rajin  =p

1) Rama-Rama mempunyai 12,000 mata.

tang mana la mata dia agaknye ye?? banyak gile

2) Dalam banyak burung, hanya burung hantu saja yang boleh memusingkan kepala 270 darjah.

teringat Oska dalam cerita Hana Kimi, bila kena rasuk jer, kepala dia boleh pusing 360 darjah. hehehe

3) Tahukah anda, kebanyakan gincu bibir yang dipakai sekarang mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
(yukksss.. taknak pakai lipstic dah..huhuhu)

4) Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 barisan di atas lidah mereka.

errkkss.. aku dah la suka makan siput sedut.. huuuu T_T

5) Dalam sehari, seekor paus biru boleh menghabiskan 3 tan makanan. Dalam masa yang sama, ia boleh hidup tanpa makan selama 6 bulan.

6) Pasti anda tahu bukan bahawa saiz kedua belah kaki kita tidak sama. Begitu juga dengan setiap anggota yang lain.

7) Burung unta menelan batu-batu kecil bagi membantu sistem penghadamannya.

8) Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari alternatif lain. Ini kerana Panadol adalh bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggan (dialisis) setiap bulan.
(Takut pulak aku baca fakta ni sebab sebelum ni, aku memang selalu bergantung dekat Panadol jer.. Huhuhu.. Selamat Tinggal Panadol!!)

9) Swan merupakan burung yang memiliki 25,000 bulu pelepah pada badannya.

10) Bila berjalan, beruang kutub nampak seperti malas tidak bermaya. Tetapi bila mengejar mangsa, beruang ini boleh berlari selaju 25 batu sejam.
(Sama macam aku la.. Kalau suruh berjalan, lambat jer.. kalau suruh makan, laju je aku terkam! hehehe)

11) Kalau kamu nak tahu, Dragon Ball....... ada 7 biji sebenarnya... Hehehehe.. Yang ni aku tambah sendiri.

lama dah tak layan Dragon Ballz. Dulu masa duduk kat rumah Abang Jep, selalu la layan dengan beliau.. Huhuhu

Thanks for reading =) comment le weyh!

Dahulukan Anggota Kanan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang pernuh barokah.. =)

Kali ni aku nak share sikit beberapa topik menarik yang aku baca dari majalah dara.com keluaran Mei 2013. Harap pengongsian ini mendapat keberkatan dan menjadi panduan dalam menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

Berikut adalah isi-isi nya: (aku type semula sebijik-sebijik)

Terdapat dua golongan manusia di akhirat kelak, penghuni syurga dan neraka. Bahagianya menjadi ahli syurga di atas balasan amalan kebaikan di dunia. Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al-Haqqah:19 yang bermaksud, 
"Adapun orang-orang yang diberikan Kitab amalnya dengan tangan kanannya, maka ia akan berkata (dengan sukacitanya kepada sesiapa yang ada di sisinya): " Ambillah! Kamu bacalah kitab amalku ini").

Tahukah anda mendahulukan anggota kanan dalam semua perkara kebaikan adalah adab kehidupan Rasulullah SAW?

Bersuci

Baginda sentiasa mendahulukan anggota kanan untuk mengambil air sembahyang dan juga ketika mandi seperti mana hadis ini. Aisyah RA bersabda yang bermaksud, " Bahawa tangan kanan Rasulullah digunakan untuk bersuci dan makan. Adapun tangan kiri digunakan untuk membersihkan bekas kotoran dari buang hajat dan perkara-perkara yang najis." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Makan dan Minum

Walaupun menggunakan gelas dan sudu untuk menyuapkan makanan ke mulut, anda perlu menggunakan tangan kanan juga. Ajaran Rasulullah perlu diikuti dan disebabkan itu, ajari anak dari kecil tentang adab-adab ketika makan. Rasulullah SAW mengingatkan, "Jika salah seorang daripada kamu akan makan, hendaklah makan dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya dan minum dengan tangan kirinya." (Hadis Riwayat Muslim)

Menyarung Kasut

Jangan sesekali anda berjalan berkaki ayam kerana kekotoran yang melekat pada tapak kaki kadangkala boleh mendatangkan kemudaratan. Lagikan pula bukan susah untuk memakai selipar mahu pun kasut. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Jika kamu memakai sandal (kasut), pakailah yang kanan terlebih dahulu, tetapi membukanya, yang kiri pula dibuka dahulu. Maka yang kanan hendaklah yang mula-mula dipakai dan yang terakhir dibuka."

Bersikat

Kadangkala rambut baginda panjang ke cuping telinga dan ada juga tumbuh hingga ke bahu. Nabi Muhammad amat menitikberatkan soal kebersihan lagikan pula dengan keadaan rambut yang panjang. Baginda selalu menyikat dan meletakkan minyak rambut agar tidak kusam dan jijik untuk dipandang. Baginda meminta tukang sikat untuk memulakan potongan di bahagian kanan terlebih dahulu kerana ia lebih afdal.

Berpakaian

Dahulukan dengan doa menanggalkan pakaian dan doa semula ketika ingin menyarung semula busana indah di badan. Buka dan sarung pakaian anda dengan mendahulukan anggota kanan.  Rasulullah bersabda yang bermaksud, "Jika kamu akan mengenakan pakaian dan berwuduk, mulakan dengan sebelah kanan." (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmidzi)

sumber : majalah dara.com Mei2013


p.s: Mengamalkan sunnah nabi adalah dituntut dalam Islam dan mengamalkannya juga akan dikurniakan pahala.  Jom amalkan. Simple je kan??

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 17 April 2013

Sudah Dapat!!!!

Assalamualaikum...

Soh..! Sohh!! (*selsema tak hilang lagi).
Aku rasa aku dah kene 'Healing Crisis' laaa... Hehehhe

Hoyeahh!! Akhirnya barang yang ditunggu-tunggu dah tiba selepas melalui beberapa kesukaran.. Hehehhe..

Ni dia!!! Taaadaaaa!!! 


Beg yang bakal aku belasah sampat lunyai..

Masa hari Isnin haritu, officemate aku cakap, ada dispatch call sebab nak hantar barang kat aku. Dia nak hantar beg ni la sebenarnya, tapi dia kata tak jumpa alamat office. Lepas tu Ella (officemate aku) bagi la alamat dan direction sekali, tapi takde pulak dia hantar barang tu. Rupa-rupanya dia tak tau office aku kat mana sebab takde sign board. Ceh!! Kebetulan pulak hari Isnin lepas, aku EL, so, memang takde la kat office. 

Hari Selasa (semalam), aku dan Ella menggagau mencari nombor telefon Skynet selepas aku emelkan kat seller yang aku nak foolow up pasal barang yang aku order tu.. Si Seller tu la yang bagi details tracking number bagai siap dengan address dan phone number Skynet Worldwide lagi. Bila call Skynet bahagian logistic, diorang tak tau pasal barang aku lepas tu sambung pulak ke HQ dan diorang akan respond kendian. Petang semalam, lepas balik dari Putrajaya, takde jugak... 

So, pagi ni, aku plan, kalau dalam pukul 12 tengahari tak sampai jugak, aku plan nak call lagi Skynet tapi tengok-tengok dah sampaiiiii..hehehhe.. Motif nak excited!! Poyo je kan??? Ye la, dah seminggu kot aku tunggu beg ni..huhuhu..

Confident je aku bagitau kat Skynet yang sender ni dari Pulau Pinang padahal dari Guangzhou, China. Patut la dia kata international punye.. Sengal!! Huhuhuhu... K, next time, pakai Pos Laju jer.. Lagi Senang!! Jangan nak kede sangat!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 16 April 2013

Mari Diet dengan U TRIM Pulak....

Assalamualaikum w.b.t.

Anda semua sihat hari ini?
Alhamdulillah...

Saya kurang sihat sebab demam dan badan sakit-sakit. Tapi Alhamdulillah, masih boleh datang office. Semalam EL sebab demam masih tak kebah. Disebabkan aku pergi ke klinik masa weekend, maka tak dapat MC. So, Aku ambil EL je semalam. Boring gile duduk kat rumah!! Huhuhuhu...

Okay, misi diet bermula kembali dengan produk terbaru yang akan saya cuba iaitu produk U-Trim; "Reduce Your Appetite in Minutes".

Perisa Manggo

Actually Maksu aku yang recommend produk ni. U-Trim ni akan sekat aku punya selera makan la... So, aku takkan kedarah banyak-banyak dah lepas ni. Pagi tadi aku baru cuba sepaket dan aku rasa teramat la payahnya aku nak menghabiskan.. Heerrrrrr....

Dalam sekotak ni, ada 10 sachet. Makan sekali je sehari, tiap-tiap pagi sebelum breakfast. Cara makan dia, bancuh sepaket U-Trim ni dalam 250ml air sejuk, kacau-kacau sampai sebati, then minum dengan serta merta. Bila dah bancuh, dia jadi macam gel. Kembang tekak aku nak menghabiskan nya tadi. Gile, dah la perisa Mango, yukkss.. Tapi demi nak kurus, aku telan jua... 

(*lepas tu aku kedarah nasi himpit dengan kuah kacang! Serius aku rasa nak meletup dah perut aku ni..hahahaha.. Okay, ni last aku breakfast dengan nasi himpit. Pasni breakfast dengan biskut jer. Promise!)

Dinasihatkan supaya minum 8 gelas air untuk elakkan 'Healing Crisis'. Ape kejadahnye 'Healing Crisis' tu??
Aku pun first time dengar.. So, aku pun google la menatang ni, dan aku terjumpa la maksudnya dekat satu blog ni.. Kalau korang pun tak tau apa makna 'Healing Crisis' ni, boleh baca kat blog ni. Good Info I tell You.

Oh ye, produk ni tak sesuai untuk wanita mengandung dan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Harga sekotak U Trim ni ialah RM75.00 sahaja. Okay la, takde la mahal sangat.. Kalau nak kesan yang lagi cepat, banyakkan exercise. Maksu aku kata, kalau exercise waktu malam, lagi cepat kesan dia. U Trim ni jugak akan reshape balik body kita. Aku tengok maksu aku pun dah macam kecik sikit dah body dia. Sebab tu la aku beli.. Lagi satu, ko boleh makan sesuka hati tapi ko akan cepat kenyang. Tak macam sestengah produk tu yang tak bagi ko makan itu ini. Abes tu nak makan ape jer??? Haizzz..

Aku try dulu la produk ni.. kalau tak turun gak dalam tempoh 2 minggu ni, Gedootttt!!! heheheheh..


Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 11 April 2013

Company Trip

Boss aku bercadang nak buat company trip dekat Kelong, Sabak Bernam. Main activity ialah MEMANCING!!

Aku macam WHAT???? Memancing??!!!
Adoiii..pantang tok nenek aku memancing!!
Aku paling tak suka memancing!!

Aku rasa aku boleh mati kutu kot kalau teman orang pergi memancing ni. Aku ni bukan jenis penyabar, duduk kat satu-satu tempat, menunggu berjam-jam untuk dapatkan ikan yang belum tentu lagi dapat. Aku tak sukeeeeeee!!!! 

Masa kecik-kecik dulu aku dah puas kena paksa dengan Mak dan Abah untuk ikut diorang pergi memancing! Bosan dowh!! Kalau aku ikut, confirm akan buat bising, pastu lari sana-sini macam orang gila. Aku bosan!! Bapak aku selalu marah. Aku berazam, kalau aku dah besar, jangan harap aku nak teman orang pergi memancing dah!

Ex-boyfriend aku dulu kaki pancing! Dia punya obses dengan memancing tu sampai semua tempat memancing kat Malaysia ni dia tau! Kalau bergayut dalam telefon pun, confirm cerita pasal ikan, laut, umpan, dan aku cam orang bodo, redho je dengar. Kadang-kadang aku buat-buat tido. Kadang-kadang aku call, bapak dia angkat sebab dia tinggal phone dekat rumah. Konon-konon taknak ada gangguan masa memancing la konon!! Ko ado??? Cett!! Nasib baik aku tak kawen dengan dia. Kalau tak, confirm asyik kena tinggal je sebab dia gila memancing!! Fuhh!!

Jadi, aku dah bercadang taknak follow company trip ni. Kalau boss baik hati nak tukar tempat, aku akan follow asalkan aktivitinya bukan memancing!! Huh!! Motif sangat!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Sakit Perut

Assalamualaikum..

Pagi tadi selepas makan nasi lemak, aku telah ke jamban buat pertama kalinya selepas kali terakhir aku ke jamban hari Sabtu lepas. Gile rare!! Ni dah nazak sangat dah ni tahap sembelit dia. Macam tak senonoh je bunyi entri ni kan??

Sebenarnya, aku macam pelik sikit la dengan perut aku ni. Kali ni susah pulak nak memerut. Sebelum ni, pantang aku makan je, mesti dalam 4,5 jam lepas tu nak berry. Tak pernah failed. Tapi kali ni aku susah gila nak berry.  Rasa nak membuang tu tak mau mari.. Dah macam-macam aku buat tinggal tak makan julab jer lagi..Huhuhuhu.. Nak kata aku tak makan sayur?? Mustahil.. Aku kalau takde sayur, memang aku tak makan la.. Buah?? Hmmm..mungkin kot.. Aku dah lama tak makan buah. Dulu, kalau kat Ipoh, tiap-tiap bulan mak aku hantar 2,3 biji buah betik untuk aku peradap sorang-sorang. Ni aku dah malas nak makan buah. Tak tau nape.

Haizzz..Ni aku rasa tali perut aku macam berdenyut-denyut jer.. Aku risau ni. Siap google lagi kot-kot aku ni mengalami tanda-tanda awal kanser kolon/usus. Mau tak risau!! Aku bab-bab sakit ni sensitif sikit. Tengok la, weekend ni aku nak pergi check dekat klinik la.. Tak boleh jadi ni.. Sedikit sebanyak tanda-tanda tu ada pada aku. Kusss Semangat!!!

Okay la, ni aku nak pergi Plaza Alam Sentral. Nak teman kawan aku lukis inai. Sabtu ni nak bersanding. Kang aku nak beli buah banyak-banyak biar aku kena constipation pun takpe. (Ceh! apasal ayat 'constipation' tu macam sedap je bunyi nyer.. cuba dalam bahasa melayu??? Syuuhhh..diam-diam sudey..)



Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 9 April 2013

Dah Desperate Sangat Kot

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku terbaca satu news ni.. Ada la sorang pokcik tu, dia cakap, "Solat Orang UMNO tak dapat pahala sebab kononnya orang UMNO tolak dasar Islam. Pokcik ni nak bertanding pilihanraya nanti.. Mungkin dia dah desperate sangat sampai keluarkan fatwa cenggini...

Aduhaiii pokcik! Kot ye pun nak berkempen, jangan la ikut sedap mulut jer bercakap. Fikir sikit. Pokcik ni siapa??? Tuhan ke? Boleh pulak tau solat orang sah ke tak. Hanya Allah je yang tahu niat dan keikhlasan hambaNya dalam menjalankan ibadah. Ada orang tu, sembahyang nak rak, tapi niat hanya nak menunjuk-nunjuk.

Takkan tak ingat kisah-kisah yang pernah diceritakan dalam Al-Quran. Kisah seorang hamba Allah yang taat beribadah, namun akhirnya mati dalam kesesatan selepas dia tewas dengan hasutan syaitan. Sia-sia amalan yang dikerjakannya bertahun-tahun lamanya...

Ada jugak kisah seorang hamba Allah yang terlalu banyak dosa namun akhirnya mendapat pengampunan Allah sesudah dia meninggal dunia. Kenapa?? Kerana sebelum kematiannya, dia dengan ikhlas bertaubat dan  ingin mempelajari Islam, namun dalam perjalanan mencari Islam, dia telah mati. Namun, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang masih mengampuni dosa-dosa hambanya yang telah banyak melakukan kejahatan di mata manusia.

Terdapat juga kisah si pencuri yang diampunkan dosanya selepas dia menolong seekor anjing yang kehausan dengan memberi anjing itu minuman.

Aku percaya, pokcik ni tau lebih banyak lagi cerita-cerita tauladan seperti ini yang disebutkan dalam Al-Quran. Namun kenapa dia masih lagi mengeluarkan fatwa tidak berasas seperti berikut??

Sekali lagi saya nak tanya, Pokcik ni siapa??? Sedangkan malaikat pun tidak mempunyai hak untuk mencatit amalan buruk seseorang sehingga mendapat keizinan dari tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Aku bukan nak berpihak di sebelah UMNO tapi fatwa yang dikeluarkan pokcik ni sangat mengecewakan aku. Sebagai ahli agama, pokcik seharusnya mengeluarkan fatwa yang bernas dan melambangkan Islam yang  indah dan dynamic agar orang Islam sendiri akan merasa hebat dan bangga dengan Islam. Bukan fatwa yang dikeluarkan atas dasar desperate untuk menang bertanding. Itu hancuss namanya!!

Apakah dasar Islam yang ditolak oleh UMNO tu?? Nak tau jugak. Aku ni cetek ilmu bab-bab politik ni. Kalau nak kata hukum hudud, bukan DAP (PKR) sendiri ke yang takkan benarkan undang-undang Islam tu dijalankan?? Jadi, kalau salah satu dasar tu tak dilaksanakan, adakah solat orang PAS juga nanti tidak mendapat pahala?? Oh, aku tak paham... Pokcik, sila explain...


bukti DAP tolak hudud. 

Sekali lagi pokcik, saya mohon janganlah keluarkan fatwa yang boleh mengconfusekan orang-orang yang jahil macam saya ni. Dan saya harap pokcik segera bertaubat dan meminta ampun daripada Allah s.w.t. Ni bukan kali pertama pokcik keluarkan kenyataan yang berbentuk emosi nih. Lagi satu pokcik, macam mana pulak kalimah Allah tu boleh dibenarkan digunakan dalam Bible??? Oh!! Please stop confusing a stupid like me!!

Allah itu satu! Tiada lain yang sekutu dengannya. Apa pulak dalil yang boleh menghalalkan penggunaan nama Allah yang Maha Agung ni dalam Bible?? Explain pleaseeeeee!

Layakkah pokcik menjadi pemimpin? 



Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 8 April 2013

Ayam Penyet PKNS

Sabtu lepas aku kedarah Nasi Ayam Penyet dekat PKNS. Disebabkan aku dah lama tak pergi PKNS, kalau lalu pun jeling-jeling jer, maka hari Sabtu last week aku decide nak lunch dekat PKNS. Aku lunch sorang-sorang jer sebab aku nak cepat. Kalau jumpa member, kang kena lepak lama pulak. Huhuhu.. Lone ranger nye aku... Kedai ni sebelah Old Town, depan KFC. Dah sempit plak aku rasa PKNS ni. Restoran ni not bad la.. Tak ramai sangat yang makan situ time tu, so banyak meja kosong. Aku pilih yang part hujung, blakang sekali sebelah corner. Boleh nampak semua. Staff yang kerja kat sini semua Melayu. Selalu kalau aku makan Nasi Ayam Penyet, staff nya mesti warga asing.. Kat Padang Jawa, orang Indonesia, kat Seksyen 7, Bangla, kat depan rumah aku pun Indonesia. Ni first time Melayu yang serve. Aku pun confuse nih. Memang perniagaan Ayam Penyet ni dimonopoli oleh warga asing ke?? 


banyak kosong...

hujan....
disebabkan cermin dia cermin,aku kena makan sopan-sopan..
(takde maknenye!! Aku rasa bunyi sudu & garfu aku berlaga dengan pinggan paling kuat dalam restoran ni)

 Nampak macam sikit jer kan?? Tapi nasi aku tak habis. Mungkin sebab perut aku dah masuk angin time tu. Ayam dia sedap. lembut jer.. Sambal sikit. Kalau nak top-up sambal lagi, kena  tambah RM1.00. Motiff??
Nasib baik tak pedas.
(*tapi kalau nak comapare dengan Ayam Penyet Padang Jawa, memang takleh laaa...hehehe)

cheq minum Watermelon Smoothie. Yang ni SODAP.

Kesimpulannya, tak best la makan sorang-sorang...hehehehehehe...



Thanks for reading =) comment le weyh!

Chocolate Cream Puff Idamanku...

Setelah setahun aku mengidam nak makan menatang ni, akhirnya, Sabtu lepas, masa aku ke PKNS, aku dapat jugak merasai kenikmatan menatang ni. Kalau tak, sebelum ni, setiap kali aku datang jer, mesti dah habis. Masa dekat Ipoh dulu, punya la mengidam nak makan menatang ni tapi seluruh kedai kek dekat area rumah dan office aku cari tetap takde.Apekah menatang itu??? Macam mane rope die??? Moh tengok kat bawah ni..
menatang dalam bungkusan...
sebelum dikedarahkan oleh aku

 kat dalam menatang ni ada cream
 
bila gigit jer, cream kastard melimpah. tu yang best tu..
cukup la untuk menambah kolestrol di badan.. hehehe

Kalau ade sesape yang teringin, boleh pergi dapatkan di kedai kek dekat PKNS. Tak ingat nama kedai kek tu. Tapi kedai tu sederet KFC, sebelah kedai kasut BATA. Selamat kedarah.. =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Mood Jiwang Hindustan Mai Dahhh...

Assalamualaikum w.b.t...

Salaaaam Namastee...

Ape nak buat, jiwang hindustan aku mai dah.. Ni pun tengah dengar lagu hindustan. Dalam playlist, semua lagu Hindi semata. Huh! nazak dah nih! Ni la tabiat yang aku tak dapat kikis sejak kecik lagi. Hantu hindustan. Dah kena marah dengan abah pun, tetaaapppp... tak boleh nak kikis la sikap aku nih. Sampai bahasa Hindi pun aku dah paham. Tengok citer hindustan tak payah tengok subtitle pun paham dah.. cewah! belagak gile aku. Ni semua gara-gara melayan kembali cerita-cerita hindustan yang ada dalam koleksi simpanan aku la nih! Ciss!! Dah aku tak boleh buat kerja. Asyik teringat kat Preety Zinta jer!! Haih??!!

Sabtu lepas, Nana pergi Cameroon Highland ikut rombongan MSU. Aku tinggal la sorang-sorang kat rumah. Disebabkan aku boring, maka aku merayau-rayau la dekat Plaza Alam Sentral. Lama dah tak pergi situ. Tujuan aku nak beli cooler fan untuk laptop aku tapi aku tak jumpa cooler fan yang memenuhi cita rasa aku. Maka, aku beli je la fan yang cute ni...

Harga dia RM15.90.  Kalau ada member card, boleh dapat RM9.90 jer! Ciss!!!

Disebabkan aku rasa nak tambah koleksi cerita Hindustan aku, maka aku ke PKNS. Ada satu kedai cd dekat tingkat bawah tu memang kedai feberet aku. Kedai tu banyak jual CD hindustan lama-lama ni. Dekat Speedy dah takde dah, semua cerita baru-baru jer. Dan seperti yang kuduga, memang cd yang aku nak tu ada kat situ. Nak tau citer ape aku beli?? Nin diaaaaaaa...

Veer Zaara & Dilwale Dulhania Le Jayengge

Ni kalau Shu tengok ni, mesti meraung nangis-nangis nak pinjam! Hahahahaha..
Shu ni roomate aku masa dekat UiTM Jengka dulu. Dia punya kepala kalu, mau kasi tau, sama saya jugak punya kepala... Hahahaha.. Kitorang kalau nampak Shah Rukh Khan, terus sawan meroyan datang. Kalau tengok Shah Rukh Khan senyum senget-senget mulut jer, terus kitorang jadi sawan berbuih mulut terus. Hehehehe... Camtu la aku nak gambarkan betapa gilanya kitorang terhadap Shah Rukh Khan.. Aku tak pernah jumpa orang yang gila macam aku selain Shu. Hahahaha.. Patut la boleh jadi geng dulu..heheheh..

Sekarang ni aku dah plan, tiap-tiap bulan, aku nak beli cd citer Shah Rukh Khan yang lama-lama untuk koleksi aku. Sekarang ni cerita lama dah susah nak jumpa. So, sementara aku jumpa, baik aku beli. Dah tua-tua nanti boleh aku layan dengan laki aku nanti. hahahha.. Kok laki ko bangla, mau la layan kot kan?? hahahhaa...

sekadar menambah koleksi... Pastikan yang ORI!! =p

Okay la.. Nak buat list cerita-cerita yang aku kena beli lepas ni. 
(*Aku kalau bab-bab membazir ni memang gigiiihhhhhh)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 5 April 2013

Aku Bakal Demam

Assalamualaikum..

Pagi ni badan aku dah mula rasa suam-suam air panas, hidung rasa sakit, tekak rasa bengkak tapi belum batuk lagi, mandi tadi rasa sejuk giler, dan telinga rasa macam bengang jer (petanda normal aku akan demam) tapi aku malas nak ambil MC.

Nana demam dah. Dia MC hari ni. Balik dari Melaka je semalam, terus batuk. Teruk pulak bunyi batuk tu, macam batuk kering. Semalam aku dah belikan dia Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak walaupun dia mati-mati taknak makan ubat batuk. Alasannya, nanti pergi klinik, doktor bagi la ubat batuk. Taknak membazir la konon. Ahh, Takde!!! Tak sanggup aku nak dengar bunyi batuk dia. Kang dengan aku-aku sekali tak boleh tidur. (Tu la motif utamanya..)

Ubat batuk Cap Ibu dan Anak ni memang berkesan. Mak aku ajar aku makan ubat batuk ni sejak dari kecik lagi. Mungkin sebab dia proud nama ubat batuk ni Cap IBU dan ANAK. hehehe.. Memang tak kasi can langsung nak melarat-laratkan batuk ni. Tapi bila dah dewasa, duduk asing-asing, dah jarang beli ubat batuk ni bila batuk. Maklum la, dah takde Mak nak suapkan..hahahaha,..vengong!!

Jadi sesiapa yang rasa tekak tu dah gatal-gatal, rasa nak batuk, sebelum melarat, baik ambil ubat batuk ni. Masa makan ubat batuk ni, jangan minum air. Biar dia melekat dekat anak tekak tu bagi segala tok nenek kuman tu mati.

Dan kessannya, malam tadi aku dapat tidur dengan aman. Masa aku bersiap pagi tadi pun takde dengar bunyi Nana batuk. Selalu tengah tidur pun batuk. Ni tak, dah okay la kot. Tapi aku suruh jugak dia pergi klinik ambil MC.

ni la rupa ubat batuk tu.
Gile beriya aku promote ubat nih! cehh!!

Nasib baik hari ni Jumaat. Boleh balik awal.

*Satu pc dah jahanam kena virus. Aku geram betul! 
Dah la nak demam ni. Haizzzzz

Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 4 April 2013

Pagi yang cerah, kini sudah mendung....

Assalamualaikum w.b.t.

Awal gile aku sampai office pagi ni. Pukul 7.30 aku dah terpacak depan office. Reason aku sampai awal adalah sebab Nana kena pergi Melaka. Jadi aku kena hantar dia awal since dia nak bertolak pukul 7.00 pagi dari office dia. Lepas hantar dia tadi, terus aku pergi beli breakfast nasi goreng dekat restoran depan office Nana. (tak ingat nama restoran ape). Lepas tu, beli susu dan Sweetie Mochi dekat 7-Eleven.

Aku panggil ni kuih jepun jer... ni favourite aku, dalam dia inti kacang merah.

Rasa macam ditinggalkan jer bila Nana pergi Melaka. Padahal pergi time kerja kot... 
Aku rasa kalau dia dah kahwin nanti, mesti aku rasa sunyi sebab aku dah takde kawan. Huahuahua.. 
Jadi, aku pun kena kawen cepat-cepat nih..hehehehe...

Disebabkan aku datang awal pagi tadi, aku boring, pastu aku bukak website Lelong.My. Pastu aku beli satu  handbag ni sebab ada discount!! Motif!! Takde kene mengena kan?? Tapi disebabkan harga handbag ni murah, maka aku pun laju jer order beg tu. nak tengok camne rope beg tu tak?? tengok gambar kat bawah ni.

beg hitam belah kiri tu..hehehe
purse tu pun macam cute tapi macam kecik jer.. 
Aku tak suka duit aku berlipat-lipat. 
Kalau tempat letak duit kertas tu panjang sikit, kompom aku beli dah..hehehe

Hari ni kena pergi Jabatan Imegresen lagi kat Putrajaya. 
Boring!
Aku tak suka pergi tempat yang ramai orang tapi kena pergi jugak.haizzzz..




Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 3 April 2013

Getaran Jiwa goes International

Tadi kat facebook, ada member aku share video seorang penyanyi Taiwan ni, nama dia Wang Lee Hom nyanyi lagu P.Ramlee "Getaran Jiwa". Ni salah satu lagu febret aku dalam cerita "Antara Dua Darjat". Memang sweet, romantic evergreen song la.. Tapi mamat Taiwan ni ada pelat-pelat sikit. Takpe, boleh dimaafkan. Hehehe..

Difahamkan, mamat Taiwan ni nyayi lagu P.Ramlee ni masa dia buat concert dekat Malaysia aritu. Ni video die..

Aku rasa bangga bila ada orang luar yang menyayi lagu P.Ramlee ni. Rasa macam music dia dihargai. Kalau P.Ramlee masih hidup sekarang ni, mesti lagu-lagu dia dah sampai peringkat International macam lagu-lagu Andy William, Frank Sinatra, Bee Gees, Santa Esmeralda dan Michael Jackson! Ehh?? (aku mane tau sangat lagu2 evergreen ni)

Music P.Ramlee ni memang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Lirik dia cantik, music dia pun sedap, superb. Penggiat seni kat Malaysia ni kena do something untuk memperkenalkan lagi karya-karya P.Ramlee ni ke mata dunia. Tak melampau kalau aku cakap karya-karya beliau ni adalah salah satu aset kebanggaan negara. Wahhh!! Dasat semangat aku ni.

Ni lagi satu bukti yang omputeh pun suka dengan lagu Getaran Jiwa ni sampai diorang buat lagu versi English. Tajuk dia "Whispers in the Wind" by Lobo. First time aku dengar. Lobo ni macam pernah dengar nama dia tapi ingat-ingat lupa... Ke aku confuse dengan perkataan Mr. Loba-Loba?? hahahahah


atau boleh tengok kat link ni. Lobo-Whispers in The Wind . Video ni ada penyayi dia tapi aku takleh nak copy video dia masuk blog ni..
(*takleh ke tek reti sebenarnyaaaa??)
Hahahaha..

Okeh.. Jom sambung kerja.. =)
Thanks for reading =) comment le weyh!

Pembubaran Parlimen 3-4-2013



Hari ni mungkin Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak akan mengumumkan pembubaran parlimen!

Oh! Masa untuk mengundi sudah semakin hampir..

Yezzaaaa.... =)

Sama-sama kita nantikan.....

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wajah Sebenar Barbie

Assalamualaikum w.b.t.

Tadi masa tengah godek-godek Yahoo, terjumpa satu article ni pasal wajah Barbie Doll tanpa make-up.
Nak tergelak pun ada tapi comel la..hahahaha

ni la wajah Barbie tanpa make-up

Yang kelakar tu bila aku baca satu ayat ni:

Surprisingly, the response to her natural look has been mostly negative. "Her hair needs some work," wrote one commenter. "A doll with an incredibly sick look? Like she's got an awful hangover or renal failure? Which child would want it?" wrote another. And: "It's the way her eyes are swollen, puffy--signs of a hangover or, in the extreme, kidney failure." 

Biasa la..lumrah manusia..asyik nak tengok yang cantik jer... Padahal tak sedar, yang cantik tu sebab dah ditepek make-up tebal 3 inci!!

Di sebalik gambar ni, ada maksud tersirat sebenarnya iaitu, walau secantik dan glamour mana pun manusia tu, pasti dia ada kekurangannya. Nobody is perfect! Tapi, jangan jadikan kekurangan tu sebagai alasan pulak untuk maju dalam hidup. Setiap masalah, ada solution nya kan?? Kalau tak solve jugak, biar masa yang tentukan. Dan jangan lupa berdoa pada tuhan agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi kelemahan kita tu.. (*apa yang aku merepek ni lipaaannnnnn???)

Okay la kan?? Comel je! Macam muka aku jer, cuma aku tak pakai braces. Heheheh (*ppangggg!!!)

Tapi kalau Barbie yang tak pakai make-up ni dijual di pasaran, tobat aku tak mau beli sebab macam horror je aku tengok. Kang tak pasal-pasal aku tak boleh tido malam kang. Huhuhuhuh.. Kalau jual pun mesti tak laku nih..Hahahaha...

*Tetiba teringat Rozita Cik Wan. Barbie Doll Malaysia.. huhuhuhu

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 2 April 2013

Hari Pertama Gaji....

Oh!! Gaji Saya dah MASUK!!!
***Excited. Feel like I can fly into the sky...Wiieeee!!

Bayar Duit Sewa Rumah...
Bayar Duit PTPTN...
Bayar Duit Insurans...
Asingkan Duit Makan untuk Sebulan..
Asingkan Duit Minyak kereta untuk Sebulan..
Asingkan duit Dobi untuk Sebulan..
Asingkan duit simpanan...


Baki Hanya.... ?

*** Kedip-kedip je mata tengok resit bank...
Pastu garu-garu kepala..
Pastu terus berazam nak diet..dengan harapan tak payah makan malam dah.

Then, I just stare blankly at my wishing list that i wrote down last month..
As usual..
I will kept the list for next month...


Down back to earth...
Still have 28 more days to go before the next paid..
Bertahan...Sabar..Sabar...

**Terus isi borang jawatan kosong ASWARA. Cehh!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 1 April 2013

Jom Mengundi!!

Hye..
Siapa yang dah daftar mengundi tapi belum semak status atau tempat mengundi lagi?? boleh pergi dekat link ni

Semakan Daftar Pemilih

Tetiba aku semangat. Pehal???

Ye la.. Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, aku rasa masa ni la aku nak melibatkan diri dalam menentukan hala tuju negara aku. Dah kerajaan bagi hak kat kita untuk pilih siapa bakal pemimpin kita, takkan kita nak sia-siakan peluang ni.

Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, pergi la ke mana-mana pusat mendaftar. Rugi kalau tak mengundi ni. Nanti kalau tak puas hati pasal parti yang hangpa dok sokong tak menang, jangan nak propa salahkan orang lain. Salah hangpa tak menyumbang undi.

La ni aku tengok orang awam secara terang-terangan mendedahkan parti mana yang diorang sokong. Open minded dah skang nih.. Aku ingat dulu masa aku sekolah rendah, aku pernah tanya sorang cikgu aku ni, kat mana dia akan pergi mengundi. Biasa la, budak terlebih busy body...

Tapi cikgu aku tu siap cakap kat aku cenggini lagi..

"Syuuu..! Undi adalah rahsia!"

Aku macam "WHAT THE......".. Macam la aku tak tau dia mengundi dekat Kelantan. Hahahaha...

What ever la.. Memang orang dulu-dulu cukup berahsia tentang siapa yang diorang undi. Sebab dia, tak mau nanti ada yang bermasam muka pasal berlainan politik. Haizzz... Memang aku ada nampak pun benda-benda ni terjadi especially dekat bapak aku. Mentang-mentang bapak aku kerja kerajaan, terus suka-suka hati diorang je labelkan bapak aku tu penyokong tegar UMNO. Cheh!!

Aku ingat lagi masa bapak aku pergi kenduri saudara aku dekat Taiping ni.. Bapak aku polis, diorang perli-perli jer bapak aku tapi bapak aku buat bodo jer. Pasal isu 'lebai putih' dengan songkok pun boleh jadi isu. Tah hape-hape.. Konon-kononnye, kalau sesiap penyokong PAS, pakai lebai... kalau sokong UMNO, pakai songkok. Tapi sekarang ada lagi teruk...Ko pakai baju biru!! Umno!! Hahahaha...

Pening jugak aku nak pilih siapa yang aku nak undi ni...
haizzz...

Korang ras-rasa, PRU-13 ni siapa patut menang?? Hehehehe..


Thanks for reading =) comment le weyh!

Alahai PTPTN

Assalamualaikum w.b.t

Dari pagi tadi aku try bukak website PTPTN tapi haraaammmm..
Jangan kata nak semak baki pinjaman, bukak 'Anjung' dia pun tak mandang.. haizzz..
Bukan baru hari ni, tapi dah berminggu-minggu aku try. Lembab nak mampos. Tak tau la nape.
Ramai sangat ke yang nak semak baki, semak senarai hitam, atau apply loan??

aku bakor kang!!!

Ni masa untuk student apply loan ke?????

Aku tak paham la..
Ko nak suruh aku bayar.. (siap tambah cas perkhidmatan lagi..)
tapi servis tak bagus..
caner???

Aku bukan nak condemn lebih-lebih sebab sebelum ni pun memang aku terhutang budi kat PTPTN yang sudi bagi loan pada aku masa zaman hingusan aku dulu.. tapi agak-agak la... Aku nak bayar pun rase macam menyampah jer.. tapi aku memang wajib bayar jugak!

Hmm... bila boleh abes bayar eh?? Agak-agaknye lepas umur aku 40 tahun pun belum tentu abes lagi..hehehehe... Disebabkan hutang yang ni pun tak abes2 bayar, maka aku tak berani nak ambik hutang benda-benda lain. Aku tak mau jadi macam pepatah melayu, "Biar Papa Asal Bergaya". Biar la aku pakai pakaian murah-murah, enset nokia cokia, kereta tenggiling kelabu yang dah tak lama lagi kene pergi test Puspakom, asalkan hidup aku tak terbeban dengan hutang keliling pinggang. Takut nanti kalau aku mati awal, tak sempat nak bayar hutang pulak... Mana la tau kan?? Ajal dan maut tu kan kat tangan tuhan..

Jadi, aku tengah berfikir ni.. Adakah aku patut buat potongan gaji untuk membayar semula hutang PTPTN tu atau potong dari KWSP? atau tak payah potong ape2, bayar tiap-tiap bulan (sangat!!!) macam biasa???
Mana lagi senang???

Bagi idea sket!! =)
Thanks for reading =) comment le weyh!