Friday, 19 April 2013

11 Fakta Menarik (sumber dari dara.com Mei 2013)

Ni aku nak share beberapa fakta menarik yang ada dalam dara.com ni.
Baca la kalau rajin  =p

1) Rama-Rama mempunyai 12,000 mata.

tang mana la mata dia agaknye ye?? banyak gile

2) Dalam banyak burung, hanya burung hantu saja yang boleh memusingkan kepala 270 darjah.

teringat Oska dalam cerita Hana Kimi, bila kena rasuk jer, kepala dia boleh pusing 360 darjah. hehehe

3) Tahukah anda, kebanyakan gincu bibir yang dipakai sekarang mengandungi sisik ikan yang telah diproses.
(yukksss.. taknak pakai lipstic dah..huhuhu)

4) Siput mempunyai 14,175 batang gigi yang tersusun dalam 135 barisan di atas lidah mereka.

errkkss.. aku dah la suka makan siput sedut.. huuuu T_T

5) Dalam sehari, seekor paus biru boleh menghabiskan 3 tan makanan. Dalam masa yang sama, ia boleh hidup tanpa makan selama 6 bulan.

6) Pasti anda tahu bukan bahawa saiz kedua belah kaki kita tidak sama. Begitu juga dengan setiap anggota yang lain.

7) Burung unta menelan batu-batu kecil bagi membantu sistem penghadamannya.

8) Doktor memberitahu, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil panadol atau Paracetamol. Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari alternatif lain. Ini kerana Panadol adalh bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggan (dialisis) setiap bulan.
(Takut pulak aku baca fakta ni sebab sebelum ni, aku memang selalu bergantung dekat Panadol jer.. Huhuhu.. Selamat Tinggal Panadol!!)

9) Swan merupakan burung yang memiliki 25,000 bulu pelepah pada badannya.

10) Bila berjalan, beruang kutub nampak seperti malas tidak bermaya. Tetapi bila mengejar mangsa, beruang ini boleh berlari selaju 25 batu sejam.
(Sama macam aku la.. Kalau suruh berjalan, lambat jer.. kalau suruh makan, laju je aku terkam! hehehe)

11) Kalau kamu nak tahu, Dragon Ball....... ada 7 biji sebenarnya... Hehehehe.. Yang ni aku tambah sendiri.

lama dah tak layan Dragon Ballz. Dulu masa duduk kat rumah Abang Jep, selalu la layan dengan beliau.. Huhuhu

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment