Tuesday, 9 April 2013

Dah Desperate Sangat Kot

Assalamualaikum w.b.t.

Semalam aku terbaca satu news ni.. Ada la sorang pokcik tu, dia cakap, "Solat Orang UMNO tak dapat pahala sebab kononnya orang UMNO tolak dasar Islam. Pokcik ni nak bertanding pilihanraya nanti.. Mungkin dia dah desperate sangat sampai keluarkan fatwa cenggini...

Aduhaiii pokcik! Kot ye pun nak berkempen, jangan la ikut sedap mulut jer bercakap. Fikir sikit. Pokcik ni siapa??? Tuhan ke? Boleh pulak tau solat orang sah ke tak. Hanya Allah je yang tahu niat dan keikhlasan hambaNya dalam menjalankan ibadah. Ada orang tu, sembahyang nak rak, tapi niat hanya nak menunjuk-nunjuk.

Takkan tak ingat kisah-kisah yang pernah diceritakan dalam Al-Quran. Kisah seorang hamba Allah yang taat beribadah, namun akhirnya mati dalam kesesatan selepas dia tewas dengan hasutan syaitan. Sia-sia amalan yang dikerjakannya bertahun-tahun lamanya...

Ada jugak kisah seorang hamba Allah yang terlalu banyak dosa namun akhirnya mendapat pengampunan Allah sesudah dia meninggal dunia. Kenapa?? Kerana sebelum kematiannya, dia dengan ikhlas bertaubat dan  ingin mempelajari Islam, namun dalam perjalanan mencari Islam, dia telah mati. Namun, Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang masih mengampuni dosa-dosa hambanya yang telah banyak melakukan kejahatan di mata manusia.

Terdapat juga kisah si pencuri yang diampunkan dosanya selepas dia menolong seekor anjing yang kehausan dengan memberi anjing itu minuman.

Aku percaya, pokcik ni tau lebih banyak lagi cerita-cerita tauladan seperti ini yang disebutkan dalam Al-Quran. Namun kenapa dia masih lagi mengeluarkan fatwa tidak berasas seperti berikut??

Sekali lagi saya nak tanya, Pokcik ni siapa??? Sedangkan malaikat pun tidak mempunyai hak untuk mencatit amalan buruk seseorang sehingga mendapat keizinan dari tuhan yang satu iaitu Allah s.w.t.

Aku bukan nak berpihak di sebelah UMNO tapi fatwa yang dikeluarkan pokcik ni sangat mengecewakan aku. Sebagai ahli agama, pokcik seharusnya mengeluarkan fatwa yang bernas dan melambangkan Islam yang  indah dan dynamic agar orang Islam sendiri akan merasa hebat dan bangga dengan Islam. Bukan fatwa yang dikeluarkan atas dasar desperate untuk menang bertanding. Itu hancuss namanya!!

Apakah dasar Islam yang ditolak oleh UMNO tu?? Nak tau jugak. Aku ni cetek ilmu bab-bab politik ni. Kalau nak kata hukum hudud, bukan DAP (PKR) sendiri ke yang takkan benarkan undang-undang Islam tu dijalankan?? Jadi, kalau salah satu dasar tu tak dilaksanakan, adakah solat orang PAS juga nanti tidak mendapat pahala?? Oh, aku tak paham... Pokcik, sila explain...


bukti DAP tolak hudud. 

Sekali lagi pokcik, saya mohon janganlah keluarkan fatwa yang boleh mengconfusekan orang-orang yang jahil macam saya ni. Dan saya harap pokcik segera bertaubat dan meminta ampun daripada Allah s.w.t. Ni bukan kali pertama pokcik keluarkan kenyataan yang berbentuk emosi nih. Lagi satu pokcik, macam mana pulak kalimah Allah tu boleh dibenarkan digunakan dalam Bible??? Oh!! Please stop confusing a stupid like me!!

Allah itu satu! Tiada lain yang sekutu dengannya. Apa pulak dalil yang boleh menghalalkan penggunaan nama Allah yang Maha Agung ni dalam Bible?? Explain pleaseeeeee!

Layakkah pokcik menjadi pemimpin? 



Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment