Mak aku pesan kat aku suruh bagitaw kat Maksu pasal anak Pah Ngah Lenggong yang akan berkahwin hujung minggu ni. Disebabkan opah sedara aku tu tak tau no telefon Maksu, maka dia wakilkan Mak aku jemput Maksu aku tu. Mak aku pulak pass kat aku suruh bagitaw Maksu... Boleh gitu??
Masa mesej Maksu aku tu, Maksu aku bagitau sekali yang kereta Waja dia dah kena kebas dengan penyamun malam Jumaat hari tu. Celaka punya penyamun, orang malam Jumaat duduk rumah, baca Yassin, ko pergi menyamun kereta orang.
Aku terkejut dengar berita tu. Terus Nana call Maksu (tetiba prihatin). Aku pun dengar sekali perbualan mereka.
Menurut Maksu aku, kereta Waja dia memang parking betul-betul depan rumah dia tapi dekat luar pagar. Dalam rumah Maksu aku park kereta Iswara dia. Dia memang biasa park dekat luar sebab senang nak pergi kerja. Paksu aku pun park dekat luar je. Sebelum ni selamat jer. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki nak pakai kereta tu dah. Sian Maksu aku. Tu tengah jiwa kacau tu. Kereta tu pun dah habis bayar rasanya sebab dah 10 tahun pakai.
Malam Jumaat tu pulak, Paksu aku takde dekat rumah, pergi tahlil. Dalam pukul 8 malam masih ada lagi sebab bibik maksu aku kata ada lagi masa dia hantar Awisyh pergi tution dekat belakang rumah.
Dalam pukul 11pm, Paksu aku balik, tengok-tengok kereta dah takde. Maksu aku pun tak sedar bila la penyamun tu dah hangkut kereta tu. Berapi je aku dengar. Kereta yang ada alarm dan stereng lock pun diorang boleh kebas. Confirm canggih alatan yang diorang guna dan memang berpengalaman dalam buat kerja-kerja terkutuk ni! Sialan punya pencuri!!
Adik aku cakap, sekarang ni, pencuri-pencuri kereta memang tengah aim kereta Waja, sebab spare part kereta Waja ni mahal. Lagi satu sebab Proton pun dah hentikan produce kereta Waja ni, sebab tu la spare part mahal kot. (Mana punya fakta dia dapat ntah, tapi ada relevennya). Kawan pakwe Nana lagi kesian, baru pakai Waja 10 hari, dah kena rembat dekat tempat parking kereta MSU. Hampeh!!
So, kepada anda-anda semua, berwaspada lah... Kalau dah kena rembat, confirm tak dapat balik dah. Pencuri-pencuri ni professional. Once diorang dah rembat, diorang akan cuba pelbagai taktik untuk elakkan kereta tu di 'spot' polis atau orang awam. Kalau diorang dah barai, habis laaaa....
Kalau boleh, lock banyak-banyak, stereng, stereng lock, gear lock, keypad lock dan bermacam-macam lock lagi la. Hehehe.. Yang duk parking depan rumah tu, pasang cctv untuk langkah keselamatan. Sayang wooo kereta kena curi macma tu jer..Kalau korang kaya, tak kesah, nak sedekah kat penyamun tu, takpe, suka hati. Bagi orang semekin macam aku, tak mampu rasanya nak sedekah camtu jer.. Seburuk-buruk kereta aku pun, masih berguna untuk pergi kerja dan balik kampung. Biar orang pandang kereta aku buruk, asalkan aku bebas dari hutang!! muahahahahhaa..
Sekian terima kasih.
Buat Maksu, bersabarlah.. Mungkin Allah nak duga Maksu sekeluarga. Ada hikmahnya kejadian ini. Saya doakan semoga Allah akan berikan yang lebih baik kepada Maksu =)
No comments:
Post a Comment