Pagi ni, bukak facebook, rasa macam sedih pulak bila tengok gambar kawan-kawan yang celebrate hari ibu semalam. Ada yang bawak mak diorang jalan-jalan, ada yang celebrate dekat restoran mahal, ada yang masakkan makanan special dan ada jugak yang buat suprise party kat mak diorang. Cambest jer...
Aku semalam, just call jer untuk ucap selamat hari Ibu. Nak balik, baru jer balik minggu lepas. Huhuhu.. Sedihnya.. Bagi kawan-kawan yang tak duduk sekali dengan parent korang dan yang tak dapat balik celebrate Hari Ibu semalam mesti faham perasaan aku nih. Huhuhuhu.. Sayu jer...
Disebabkan jauh, maka aku akan lepaskan kerinduan aku pada parent aku dengan menelefon diorang setiap dua hari sekali. Kadang-kadang tiap-tiap hari aku call sampai mak aku pun naik fed-up. Bukan nak sembang ape pun, just tanya khabar dan nak dengar suara Mak jer. Bila dengar mak happy, rasa macam hilang stress semua.
Tapi ada hikmahnya aku duduk jauh dari Mak sebab aku ni suka melawan cakap Mak. Kadang-kadang terlupa sampai tertinggi kan nada suara. Tapi tak pernah la aku tengking Mak. Gile ko, tak cium bau sorgaaa!! Aku melawan pun kecik-kecik jer.. Contohnya, kalau mak suruh aku mandi time aku tengah khusyuk main game, mesti aku akan cakap camni "Alaa... rileks la mak.. jap lagi la.." haaa.. sopan gitu tapi tu pun dah mendatangkan annoying pada mak. Kan berdosa tu.. Lepas tu mak akan membebel macam-macam disebabkan perangai kambing aku tu.. Stress mak aku!
Ye, ada hikmahnya aku duduk jauh. Semoga Allah mengampunkan dosa aku. T_T..
Jadi, kepada yang stay dengan Mak Bapak korang, jangan la melawan, merungut itu ini, dan mendera fizikal dan mental diorang.Jadilah anak yang rajin, taat dan berusahalah meringankan beban diorang. Jangan buat diorang macam orang gaji pulak. Dah la diorang jaga kita sejak dari kecil. Jangan pulak dah besar bangka camni pun nak suruh mak basuh spender korang lagi., masak untuk korang lagi..Huhuhuh.. (eleh! macam aku baik jerrrr walhal 2x5). Aku takpe, sebab jarang balik. Sekali sekala balik, mesti wajib nak makan air tangan mak aku. huhuhuhu. Bagi korang yang stay dengan mak ni, peluang ke syurga terbuka luas sebab syurga tu dibawah tapak kaki Mak korang, dengan syarat, jangan biadap. Tu je! hehehehe..
Hari Ibu bukan semalam jer. Kalau boleh, buat ibu happy tiap-tiap hari. Ibu antara insan yang paling banyak jasanya pada kita. Ayah pun jangan dilupakan tapi Ibu perlu diberi keutamaan seperti dalam hadis ni:
Abu Hurairah Radiallahu'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ayah kamu."
Haaa... sampai 3 kali Rasulullah ulang.. Tu maknanya Ibu kita lebih penting dari bapa kita. Dulu masa aku kerja insurans, boss aku siap pesan, nasihatkan orang yang nak ambil insurans tu supaya lebihkan percentage Ibu diorang sebagai penama berbanding bapa diorang. Tu lebih fair.
Bulan depan birthday mak aku. Hadiah birthday, mak aku dah request awal-awal dah. Dia nak handbag!! Benda lain tak mau!! Hehehe..Next month nak balik kampung lagi!!! Hoyeayyyyy!!!
ni gambar febret aku. Gambar mak part kepala terpaksa aku edit. Huhuhuhu..tangan pengkor..
Masa ni dekat rumah Pah Wah, Nana takde lagi masa ni. Yang comey tu aku. heheheh
Selamat Hari Ibu Mak!! Semoga sentiasa diberkati Allah, diberikan ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilapangkan kubur seluas mata memandang, dan disediakan rumah di dalam taman syurga bersama suami tercinta.Amin. Sayang Mak!!
No comments:
Post a Comment