Saturday, 31 August 2013

Comeback yang Kambing


Tadaaaaa!!! Aku kembali..hahaha..
Blog aku dah mula nak berkarat macam tuan dia jugak...
Takpe la.. Macam ado jer orang nak syahdu-syahdu kalau blog aku berkarat pun..
Ade haku kesah!!?? <---------kata mereka..

Aku banyak benda nak cerita tetapi memandangkan aku sakit perut dari maghrib tadi sampai sekarang, maka aku takde mood nak menaip sebab kepala hotak aku asyik teringat kat jamban jer.. Pantang aku baring kejap dalam bilik!! Mesti nak jenguk jamban balik.. rindu bebeno rasenyer.. Puuii!! Sorry..hehehe..

Jadi, cukuplah aku letak gambar ni jer sebagai kenang-kenangan untuk korang.. 


Amacam?? Pandai tak aku bawak kete?? hahahaha
Ni kenangan masa raya aritu.. 
Next time kalau aku panjang umo, aku cerita.. InsyaAllah..

Okay la.. 
Nak gi jenguk 'buah hati' jap..hahaha

Uppss... I'm sorry...

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 7 August 2013

Omo..Omo.. Rayerrr!!!


Hari ni last day kita puasa dalam bulan Ramadhan..Esok raya dah.. Rasa happy ade.. sayu pun ade..hmmm.. Masih ada peluang kah aku berpuasa lagi di bulan Ramadhan yang akan datang??? Allahu Akbar..

Sekarang aku dah berada di kampung aku yang tercinta iaitu di Geerik, Perak Darul Ridzuan.. Seronoknya bila dah sampai dekat rumah mak bapak.. Paling happy time berbuka sebab dapat makan masakan mak aku..hehehe.. Semalam mak telah memasak fav food aku di bulan puasa iaitu bubur nasi dan pecal sayur.. Gile mabeles.. lauk rendang puyuh kat sebelah aku pandang sebelah mata jer..hehehe.. 

Kalau ada orang pikir cenggini, "eleh, minah ni..macam la tak boleh makan pecal kat tempat lain... over!" aku akan jawab cenggini...

"Mak ko mesti tak pernah masakkan makanan untuk ko kan?? Sebab tu ko rasa makanan yang orang lain masak, sama je dengan yang ko makan kat rumah.. ntah2 mak ko pun beli kat kedai kan??kan??"

Haaaaa... tapi aku rasa pembaca blog aku ni baik2 belake.. takde yang biadab2 macam aku kan? hahahaha.. just joking.. nak sentap sukaati..

Bulan puasa ni aku diduga dengan satu perkara yang memang menduga kesabaran. Tapi Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan motivasi diri sendiri, aku berjaya hadapi dengan redho.. Aku redho dan aku bersyukur.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. 

Dan buktinya, aku sangat happy nak raya ni..hehehe.. tadi baru selesai ronda2 pekan Gerik.. shopping di saat-saat akhir + mengabiskan duit... Mak dah marah-marah.. takpe la Mak, bila lagi nak merasa..huhuhu..
Lepas ni makan maggie la balik Shah Alam nanti..heehehehe...

Okeh! Mak dah panggil2 aku.. Abang aku dah sampai dari Ipoh! Ceh! Macam la jauh sangat sampai balik kampung pun last sekalli.. Piiiraaahh!! hehehe.. takde la..Aku faham, abang aku seorang peniaga.. Hari ni dia terpaksa settlekan urusan dia dulu baru balik.. Yeay.. boleh berbuka sama2.. Lama tak berbuka satu family..

Aku taip laju2 ni sebab laptop aku ni bukan boleh harap..kang dia padam sendiri sebab overheat. Berukband celcom kat Gerik ni pulak lemb nak mamfus.. sabo je la..

Okay la.. 
Selamat Berbuka Puasa,
Selamat Kemas Rumah,
Selamat Bakar Lemang,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin...

=)



Thanks for reading =) comment le weyh!

Cerita Tauladan: Abu Yazid Dihina Seekor Anjing

Suatu hari Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.
Anjing itu pun berkata2 dalam bahasa manusia: "Jikalau aku kering, sia2 menyinggung aku. Jika aku basah tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan 7 batang sungai. Dosa batin itu payah hendak sibasuh!"
Abu Yazid berkata lagi kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!"
Anjing itu terus menjawab: "Tidak. Kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia! Aku tidak menyimpan makanan untuk esok, tapi tuan menyimpan makanan untuk setahun!"
Abu Yazid termenung mendengar kehebatan anjing itu berkata-kata. "Sekiranya aku tidak layak tinggal dengan anjing, bagaimana aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis-Nya??" fikir Yazid lantas menadah tangan bersyukur mendapat pengajaran selepas dihina oleh anjing itu.
*aku dapat interesting story ni dari majalah Mastika and aku rasa nak share dengan korang. Sebagai manusia yang deberikan akal oleh Allah s.w.t, renung dan fikirkan maksud story ni ye.. Sambil tu leh muhasabah diri..
Tapi aku tetap lari kalau nampak anjing sebab trauma pernah kene kejar dgan anjing masa kecik2 dulu..huhuhuhu

Thanks for reading =) comment le weyh!

Sunday, 4 August 2013

Rumah Maksu Dimasuki Perompak Pulak


Pagi tadi Nana terbaca status Maksu dekat fb yang mengatakan rumah dia telah dimasuki perompak. Terkejut kami lalu lantas menelefon maksu. Masa telefon tu, maksu dan paksu tengah ada dekat balai polis buat report. 

Menurut maksu, perompak tu masuk dalam pukul 10 pagi tadi. Kebetulan masa tu, maksu dan paksu dekat tingkat atas, hanya anak-anak dia jer yang ada kat living hall tengah tengok tv. Irfan tengah main laptop. Perompak tu just rampas laptop tu jer dari Irfan. Benda lain dia tak sempat ambil. 

Maksu aku kata, mungkin perompak tu panjat pagar belakang sebab pagar depan dan belakng memang berkunci. Cuma pintu rumah jer tak kunci. Biasanya memang tak kunci sebab tak sangka pulak siang-siang buta ada orang nak masuk. Lagipun rasa secure lagi sebab paksu pun ada di rumah. Takkan orang berani nak masuk.

Ish..Ish..Ish.. tu yang siang-siang buta berani buat kerja terkuuk. Kalau malam, tak kunci pintu tak tau la... Gila seram aku dengar. Nasib baik anak-anak Maksu tak diapa-apakan. Menurut Irfan, wajah perompak tu adalah orang Melayu.. Kesian Irfan. Mesti dia terkejut..

Dugaan datang bertimpa-timpa kat Maksu. Kesian dia. Baru 2 bulan lepas kereta dia kena curi..La ni, perompak pulak masuk rumah.. Walaupun just hilang laptop, tapi aku faham trauma yang diorang rasa. Mesti takut malam-malam kalau paksu takde kat rumah. Harap-harap polis dapat tangkap la diorang-diorang yang suka membuat onar ni.. 

Aku harap Maksu sekeluarga selamat. Semoga Allah bagi ketabahan untuk Maksu sekeluarga menghadapi dugaan ini.Pasni Paksu kena pasang cctv la nampak gayanya.. Walaupun sekarang takde cctv, tapi segala perbuatan kita dirakam oleh 'CCTV' Dia.. Segalanya akan di play back kan balik nanti.. Waspada lahh~~

Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 2 August 2013

Cuti Panjang Lagi...


Horeyyy!!
Lagi Sekali aku akan bercuti panjang..
Tapi tak tau berapakah panjangnya...
Seminggu?? Of course la!! Sapa kacau, aku terajang!! hehehe..

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca yang sudi membaca blog yang tah hape-hape ni.. Aku mintak maaf zahir dan batin la kalau terbuang masa korang baca blog ni dan kerana kemalasan aku mengupdate entry.

Sekarang aku dah 'bebas'.
Bakal menanti apakah  'journey' terbaru yang bakal aku hadapi selepas raya ini..
Malas nak pikir, tapi terpaksa pikir jugak kerana..
raya hanya seminggu...huhuhu

Kehidupan perlu diteruskan,
jangan give up andai kita gagal hari ini..
kerana yakinlah, gagal itu adalah pintu awal menuju kejayaan..
cewah!! pigidah!!! berfalsampah plak ko linda..

*Aku pelik la.. apasal kakak insurans tu tanya samada aku nak bank-in apa2 payment sedangkan polisi dan medical card aku pun tak siap-siap lagi.. Alasannya system down!! Oh ramai pulak amik insurans time nak raya ni yeeeeeeee!!! takpe..ko kalau tipu aku bulan2 puasa ni, aku doakan Allah balas double kat ko.. 
Bengong tetiba nak mintak duit! Buat keje dulu lah woi!! Kalau ko depan aku tadi memang aku dah pelangkung kepala tu... Janji lepas raya boleh siap ye... kalau tak siap jugak, SIAP la kau, aku SIAP kan...

Maafkan Sayeeeee~~~ lari topik plak

Hari ni memang aku ganas sikit tahap incresible hulk.. sampai bini boss pun aku sound direct je tadi sambil mencampakkan notis di atas meja beliau...

Watammat!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 1 August 2013

Kenapa Dipanggil 'Ubat'???


Kenapa bullet untuk stapler aku panggil ubat???

DAN

Kenapa leads untuk pensil mekanikal tu pun aku panggil ubat jugak???

macam mana aku boleh panggil ubat tu eh?? pelik laaa.. sape ajar aku?? 
mesti ada antara korang panggil ubat jugak kat dua menatang ni kan??kan??kan?? hehehe..

Tetiba tulis entry pasal ni sebab tadi terdengar sorang officemate tanya lagi sorang officemate:

"Ella, ko ada ubat stapler tak???"

Ada jugak orang panggil ubat macam aku..
hehehehe....



Thanks for reading =) comment le weyh!