Wednesday, 7 August 2013

Omo..Omo.. Rayerrr!!!


Hari ni last day kita puasa dalam bulan Ramadhan..Esok raya dah.. Rasa happy ade.. sayu pun ade..hmmm.. Masih ada peluang kah aku berpuasa lagi di bulan Ramadhan yang akan datang??? Allahu Akbar..

Sekarang aku dah berada di kampung aku yang tercinta iaitu di Geerik, Perak Darul Ridzuan.. Seronoknya bila dah sampai dekat rumah mak bapak.. Paling happy time berbuka sebab dapat makan masakan mak aku..hehehe.. Semalam mak telah memasak fav food aku di bulan puasa iaitu bubur nasi dan pecal sayur.. Gile mabeles.. lauk rendang puyuh kat sebelah aku pandang sebelah mata jer..hehehe.. 

Kalau ada orang pikir cenggini, "eleh, minah ni..macam la tak boleh makan pecal kat tempat lain... over!" aku akan jawab cenggini...

"Mak ko mesti tak pernah masakkan makanan untuk ko kan?? Sebab tu ko rasa makanan yang orang lain masak, sama je dengan yang ko makan kat rumah.. ntah2 mak ko pun beli kat kedai kan??kan??"

Haaaaa... tapi aku rasa pembaca blog aku ni baik2 belake.. takde yang biadab2 macam aku kan? hahahaha.. just joking.. nak sentap sukaati..

Bulan puasa ni aku diduga dengan satu perkara yang memang menduga kesabaran. Tapi Alhamdulillah, atas sokongan keluarga dan motivasi diri sendiri, aku berjaya hadapi dengan redho.. Aku redho dan aku bersyukur.. Perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.. 

Dan buktinya, aku sangat happy nak raya ni..hehehe.. tadi baru selesai ronda2 pekan Gerik.. shopping di saat-saat akhir + mengabiskan duit... Mak dah marah-marah.. takpe la Mak, bila lagi nak merasa..huhuhu..
Lepas ni makan maggie la balik Shah Alam nanti..heehehehe...

Okeh! Mak dah panggil2 aku.. Abang aku dah sampai dari Ipoh! Ceh! Macam la jauh sangat sampai balik kampung pun last sekalli.. Piiiraaahh!! hehehe.. takde la..Aku faham, abang aku seorang peniaga.. Hari ni dia terpaksa settlekan urusan dia dulu baru balik.. Yeay.. boleh berbuka sama2.. Lama tak berbuka satu family..

Aku taip laju2 ni sebab laptop aku ni bukan boleh harap..kang dia padam sendiri sebab overheat. Berukband celcom kat Gerik ni pulak lemb nak mamfus.. sabo je la..

Okay la.. 
Selamat Berbuka Puasa,
Selamat Kemas Rumah,
Selamat Bakar Lemang,
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Dan Batin...

=)



Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment