Cerita Tauladan: Abu Yazid Dihina Seekor Anjing
Suatu hari Abu Yazid sedang berjalan di suatu lorong, maka datanglah seekor anjing. Beliau menarik sedikit pakaiannya agar tidak tersinggung oleh anjing itu.
Anjing itu pun berkata2 dalam bahasa manusia: "Jikalau aku kering, sia2 menyinggung aku. Jika aku basah tuan boleh cuci pakaian itu dengan air. tapi benci yang ada dalam hatimu terhadapku tidak dapat dibasuh dengan 7 batang sungai. Dosa batin itu payah hendak sibasuh!"
Abu Yazid berkata lagi kepada anjing itu: "Engkau sangat bijak, marilah tinggal bersamaku!"
Anjing itu terus menjawab: "Tidak. Kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina oleh dunia tetapi tuan dipuji oleh dunia! Aku tidak menyimpan makanan untuk esok, tapi tuan menyimpan makanan untuk setahun!"
Abu Yazid termenung mendengar kehebatan anjing itu berkata-kata. "Sekiranya aku tidak layak tinggal dengan anjing, bagaimana aku hendak hampir dengan Tuhan dan duduk di majlis-Nya??" fikir Yazid lantas menadah tangan bersyukur mendapat pengajaran selepas dihina oleh anjing itu.
*aku dapat interesting story ni dari majalah Mastika and aku rasa nak share dengan korang. Sebagai manusia yang deberikan akal oleh Allah s.w.t, renung dan fikirkan maksud story ni ye.. Sambil tu leh muhasabah diri..
Tapi aku tetap lari kalau nampak anjing sebab trauma pernah kene kejar dgan anjing masa kecik2 dulu..huhuhuhu
Thanks for reading =) comment le weyh!
No comments:
Post a Comment