Minggu lepas aku balik kampung dekat Grik sebab abang aku nak bertunang. Jadi, aku ambil cuti hari Jumaat dan Isnin.
Aku bertolak hari Jumaat hari tu dari Shah Alam ke Ipoh, ambil abang aku dulu, balik sekali.
Lepas tu, Mak aku suruh pick up Opah dekat Kuala Kangsar. Lepas tu terus Shoot ke Grik.
Petang la jugak aku sampai. Tension je Mak aku sebab kitorang sampai lambat. Hehehehe..
Sampai je, terus Mak suruh aku bawak dia pergi pasar malam dekat Pekan Grik sebab dia nak buat nasi lemak sikit untuk sarapan esoknya. Abah cakap nak buat doa selamat sikit pagi Sabtu tu. Lepas tu, aku pergi merayau dekat kawasan taman sebab nak cari bunga nak letak dalam tepak sirih. Aku rembat bunga tepi jalan je. hehehe..
Hari Sabtu tu dah ramai sedara-mara dan jiran-jiran terdekat datang makan. Tengahari baru gerak ke rumah bakal tunang abang aku. Nasib baik rumah dia dekat Gerik jugak. Tak la jauh sangat. Anak polis jugak! Huhuhuhu...
okay la, aku malas nak membebel dah. Ni ada sedikit gambar di hari pertunangan beliau..
hantaran dari pihak abang aku
hasil gubahan Mak Ngah & Mak Yang aku.
dalam bilik aku jer diorang lepak. Ni time orang tengah baca doa.
Mak aku tak jemput ramai orang, so dia buat nasi lemak, bubur kacan dan kuih muih jer.
Oh! kuih tu orang sponsor eh.
ni cousin aku. Kitorang sebaya tapi dia dah ada dua orang anak. Aku ada anak tekak je!
kawan-kawan abah
ni pun kawan-kawan Abah.
Mak & Aku
berselerak giles kat blakang tu!
Nana & Mak
Yang kanan ni la abang aku. Masa ni tak mandi lagi. Ceh!!!
antara salah seorang ahli rombongan meminang
simple je hantaran kitorang. Maklum la, tangan pengkor..
Mak tengah nak letak cincin dalam bekas cincin. Tak nak letak awal-awal sebab takut cincin jatuh atas rumput katanya..hahahahha
Abah pulak join mak tolong letak cincin..
tiga dari kiri, wakil belah perempuan..
Abang aku bertunang setahun. InsyaAllah..
Hantaran dari pihak perempuan. Jenuh la aku makan coklat. Semalam aku timbang berat, rasa nak pitam tengok berat sendiri! huh!
Kucing tuan rumah..
nama abang aku Jeffry, nama tunang dia Miza.
sarung cincin
serius jer muka mak aku..heheheh
bakal geng aku nanti..Miza dan aku sebaya. Kitorang kenal masa kerja sekali dekat Ipoh haritu. Aku memang dah kenal sangat la dengan dia so aku tak la kekok sangat dengan dia ni.
yang paling kiri ni opah aku.solo lagi! hahaha
yang belakang Nana tu Mak Yang aku, yang baju hijau ni Mak Ngah aku. Belakang tu anak die.
Mak Ngah & handbag nyer..
Selamat dah ko jadi tunang abang aku ye!!
Tere Monkey Gangga..
malu-malu kucing konon! Blah la!
Abang, takleh ke ko duduk sopan sikit?? haizzz
Okay, sekian dulu waktu ni, aku nak pergi toilet jap.
Bye!
No comments:
Post a Comment