Semalam, aku baru dapat bersembang dengan sorang housemate aku ni. Selama aku pindah kat rumah sewa ni, tak pernah lagi aku tegur dia. Tengok muka pun tak pernah! Mane taknye, bila dia balik rumah je, mesti terus masuk bilik. Aku pun memang jenis bangsa tak lepak dekat hall (hall pun takde ape, kalau ada TV, ok la aku nak lepak).Bila dia balik malam dalam pukul 9 or 10 gitu, aku pun mungkin dah terbongkang tidur dalam bilik.
Jadi semalam, aku dapat idea macam mana nak tegur dia. Mula-mula, aku ambil buah limau 3,4 bijik dari sekotak limau mandarin yang bos aku kasi, kendian, aku ketuk pintu bilik dia. Ada la dalam 30 saat cenggitu, baru dia keluar. Nak make-up sket-sket kot.. Aku dengan baju tidur dan rambut tak sikat ni, selamber jer ketuk pintu bilik orang. Fedulik ape aku..
Pas bagi limau, aku pun 'ayat' la ape-ape yang patut nak bagi dia nyembang dengan aku. Rupa-rupanya, beliau lagi peramah orangnye.. Last-last aku yang diam, angguk-angguk, geleng-geleng jer dengar dia bercakap. Dia tua setahun dari aku, kerja sebagai programmer dekat sebuah universiti swasta yang famous kat Seksyen 13, Shah Alam tu. Siap promote kaw-kaw punya jawatan programmer kat office dia. Dia siap suruh aku bukak website, apply online lagi.. Haizzz...Ini sudah lebehhhh....
Aku ni pantang kalau orang cucuk-cucuk aku suruh apply kerja baru. Kang laju je aku update resume bagai. Padahal kerja kat sini baru je 4 bulan.
Housemate aku tu suruh aku apply jawatan programmer kat tempat dia kerja. Dia cakap office dia memang nak pakai orang. Dan tadi aku bukak website tu, yes, memang dia nak pakai programmer. Tapi requirement dia nak yang ada DEGREE!! Aku degree celah mana?? Diploma pun cukup-cukup makan je. Lagi satu, dia nak yang reti pakai Apache, MySQL, PHP and JSP. Hadoi laaa... Dah lama dah tinggal menatang-menatang ni. Kalau MySQL tu boleh lagi.. PHP dengan JSP tu yang lemoh tu.. Tapi tak yah pening-pening la... Dah sah-sah aku disqualified sebab aku ade diploma jewwwwwwww...
Pastu dengan kuasa Allah s.w.t, tadi member aku dari Ipoh call. Dia tanya pasal kerja kosong dekat Shah Alam ni. Katanya nak tukar kerja pulak. So, aku bagitau la apa yang housemate aku cerita kat aku tu. Aku siap suruh dia bukak website universiti tu then suruh apply. Kat Air Asia pun aku suruh dia apply. Mungkin percaturan tu dah ditentukan Allah. Aku hanya sebagai medium penyampai berita dan info-info ni untuk dia. Mungkin rezeki dia dekat situ. Dan kalau dia dapat, aku tumpang gumbira.
Berbalik kepada dilema yang sedang dialami oleh aku sekarang. Aku sedang kaji punca dilema aku. Puncanya adalah wang dan kerja.
Yes!
Kerja aku sekarang memang rileks memanjang. Jadi aku punya muka sudah tebal macam itu Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka itu macam aaa... Asyik mentenetkan diri, pastu layan movie. Korang ade??? Aku pun dah tak tau nak cari kerja ape dah. Kawan-kawan aku pun dah takde kerja nak bagi dekat aku. Takde ke komputer yang nak rosak ni?? Haizzz.. Lagipun dah ramai bebeno technician IT kat office aku ni. Nasib baik la aku perempuan, kalau lelaki mesti dah kena perambat pergi Port Klang jugak tengok mesin. Aduhaiii..nasib..nasib..
Gaji tak banyak pun. Nasib baik aku takde hutang kereta or langgan berukben. Hutang PTPTN je. Tu pun culas. Kalau tak, kompom makan maggie tiap-tiap hari. Ini pun nyawa-nyawa ikan. Dah la kos sara hidup kat sini tinggi. Kalau aku boleh buat OT macam technician lelaki tu takpe la jugak. Ni haraaaammmm... Nak claim minyak ngan tol pun aku segan. nanti boss kata berkira sangat. Ciss!! Apasal aku segan ni???
Jadi, bila dah takde kerja, takde maknenya boss kita akan bermurah hati nak naikkan gaji. Aku dapat confirmation haritu pun naik sikit je. Baik tak payah kasi. Ciss!! Aku nak demand pun segan giler sebab takde kerja. Walaupun naik bebepara sen je, tetap aku segan gile nak terima sebab kerja aku rileks je, tapi hujung bulan, gaji masuk!! Oh!! Kenapa aku rasa malu gile nih???
Dan disebabkan dua problema ini je, minda aku dah berada di dalam keadaan yang tertekan. Macam-macam plan aku pikir nak bagi rasa yang aku ni tak la membuang masa sangat dekat office ni.
Mesti ada orang yang cakap aku ni tak bersyukur la,ngada-ngada la...
Adoiii.. Bai!! takyah nak jadi ustaz sangat bleh???
Bukan aku tak bersyukur. Masalahnya sekarang, aku takut duit gaji aku ni tak berkat je bro!! Aku ni dah la nak bagi kat mak bapak aku! Kang aku blasah kang!!
Lagi satu, kalau dah memerap je kat office ni takde buat kerja, kang dalam resume aku nak update ape under "Working Experience"??? Goyang kaki? Buat kerja kerani? angkat telefon? tolong akak cleaner sapu sampah???? Hah??hah???
So, dilema aku sekarang ni camne aku nak setelkan?? Aku nak kena cari kerja lain ke??
Kalau nak cari kerja lain, kena cari dekat area-area Shah Alam ni je sebab aku kan share kereta dengan adik aku. Buat masa sekarang, office kitorang memang dekat-dekat. So, takde masalah kalau nak pergi kerja. Lagipun adik aku masuk pukul 9, aku pukul 8.30. Memang ngam-ngam la. Rumah pun dekat dengan office kitorng.
Kalau aku dapat kerja tempat lain, kan dah jadi satu problem besar punya!!! Aduihh...
Bilik sewa ni pun contract setahun. Kalau aku keluar sebelum setahun, deposit RM500 burn gitu jer...Nak tak nak, memang kena tunggu sampai bulan 1 tahun depan. Takde makne aku nak berlagak kaya nak bagi free je kat orang RM500 tu. Vanyak santek lu punya muka??
Arrgghhhh..Tension!!
Aku nampak 2 solution ni je:
1) Kerja je dulu kat sini at least sampai setahun, pastu cari kerja lain. Fedulikkan je muka yang dah tebal tu. Dalam pada masa yang sama, kumpul duit untuk bayar down payment kereta Myvi! Bila dah ada kereta, senang nak bawa haluan masing-masing. Kereta aku sekarang, (kereta yang Abah beli untuk aku sebenarnya) boleh la aku pass kat Nana pulak.
*(Solution ni macam tak brape boleh pakai sangat aku rase sebab nak memupuk budaya menyimpan tu memang payah bagi aku yang boros ni.Tapi aku cuba)
2)Nana kawen. Lepas dah tanggungjawab aku jaga dia.Hehehehe..Abes citer!
Dah!! nak study ni.
Bye.
No comments:
Post a Comment