Friday, 8 February 2013

Balik Kampung!!!

Assalamualaikum w.b.t.

Yeay!! Dapat cuti sampai hari Selasa next week.
Korang camne?? Cuti tak?? Ape plan??

Esok aku akan attend kenduri kahwin officemate aku kat Teluk Intan, Perak.
Lepas tu aku shoot terus ke Gerik, Perak.

Hari Isnin, aku nak pergi ke Kedah pulak, kenduri kahwin anak kepada sepupu bapak aku. Aku pun tak kenal mana satu sebab dah berzaman aku tak pergi Kedah. Last pergi rumah sedara mara dekat kedah tu tahun 2004 kalau aku tak silap. Balik nanti kena tanya balik kat mak aku nama2 tok sedara yang aku kena panggil macam Tok Teh, Tok Anjang, Tok Chik dan macam-macam lagi. Hari tu masa dekat kenduri cousin, nasib baik aku tak kena sekeh dengan Tok Teh sebab aku tak ingat dan tak cam langsung dia. Nasib baik bapak aku bagi hint dekat sebelah. Kalau tak, mesti dah kena dah!! Tu la penangan orang yang tak reti-reti nak ziarah sedara-mara. Bapak aku mesti suspend je time tu.  Takut kena sound tepek dengan pak sedara dia. Hahahahahah...

Dekat rumah mak nanti, aku nak tolong la mak aku buat persiapan untuk majlis bertunang abang aku nanti. Tapi nak buat ape eh?? Macam la aku terer no bab-bab menggubah hantaran ni. Ntah-ntah makan tido jer keje aku kat kampung tu.Huhuhuhu...

Okay la..
Selamat bercuti semua.
Gong Xi Fat Chai kepada rakyat Malaysia.
(Orang Malaysia ni semua perayaan diorang celebrate. Maksud aku, celebrate dalam context  cutiiiiii.... hehehehe)

Bye.

ps: dah receive Slim Swiss Shower Gel tadi. Abang pos laju hantar. Jom sental lemak-lemak yang ado.
Thanks for reading =) comment le weyh!

4 comments:

  1. best la bercuti kan... 5zol bru je blik Gerik kelmarin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. best la jugak tapi mengharung traffic jammed tu yang sakit tu. Huhuhuhu

      Delete
  2. bestnye die bercuti..pepun akk ucapkan selamat bercuti ye..hihii..akk da follow sini..blog akk ritu da xde..kalau inda sudi follow akk semula..follow blog nie ye dear..Qasehreena@blogspot.com.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak sebab sudi follow.. Eh, kenapa dah takde? Blog yang dah takde tu yang ni eh http://reensweetmama.blogspot.com/?? Blog tu cantik sangat. sayangnyeeee... So, qasehreena@blogspot ni blog baru eh?? orait nanti saya follow. ;)

      Delete