Friday, 31 May 2013
Final Versus @ Space U8 Ini Malam
Khatan Zaman Sekarang...
Kau Apahal???
Thursday, 30 May 2013
Bila???
Bila?? BILA??? Bila aku nak rajin ni?? hehehehe
Setiap kali tengok blog ni, aku 'berzanzi' ('berjanji' versi Kin Cin Lawak Ke Der 1(Johan)) untuk update blog aku jadi santek-santek skit...Tapi BILA???
Ntah.
Bila dah bukak, post sikit-sikit, terus malas..Haiihhh.. ape nak jadi nih??? Sekarang ni rasa macam malas nak menghadap laptop lama-lama.. Kalau dulu, masa study, pantang buat coding atau editing jer, confirm melekat depan laptop sampai tak sedar dah maghrib. Sebab tu aku rabun. Buat kerja dalam bilik yang tak cukup cahaya. Huh! Melampau! Tapi tak dekan punnn!!! POyo!!
La ni, aku duk gila main game.Hampeh!
Dahtu???
Ape lagi aku nak buat??
Kerja kat opis xde, nak study malas, nak FB pun malas,
Maka, aku pun main la game NinJump dari tablet aku.. Tablet??? Hmmmm... Nanti2 la aku citer...
hahaha
Okay, Bye!!
Monday, 27 May 2013
Lipas, Lalat, Rambut, Kerengga,Tali Rafia
Thursday, 23 May 2013
Moon Brothers, Kegilaan Terbaru Saya!!
p.s: Aku rasa macam panjang jer post ni.. Sebenarnya nak qada' balik kemalasan aku mengepost entry sejak dua menjak ni..hehehe buleh??? =p
Sumber gambar2: google dan facebook
Tuesday, 21 May 2013
Kereta Waja Pilihan Para Penyamun???
Mak aku pesan kat aku suruh bagitaw kat Maksu pasal anak Pah Ngah Lenggong yang akan berkahwin hujung minggu ni. Disebabkan opah sedara aku tu tak tau no telefon Maksu, maka dia wakilkan Mak aku jemput Maksu aku tu. Mak aku pulak pass kat aku suruh bagitaw Maksu... Boleh gitu??
Masa mesej Maksu aku tu, Maksu aku bagitau sekali yang kereta Waja dia dah kena kebas dengan penyamun malam Jumaat hari tu. Celaka punya penyamun, orang malam Jumaat duduk rumah, baca Yassin, ko pergi menyamun kereta orang.
Aku terkejut dengar berita tu. Terus Nana call Maksu (tetiba prihatin). Aku pun dengar sekali perbualan mereka.
Menurut Maksu aku, kereta Waja dia memang parking betul-betul depan rumah dia tapi dekat luar pagar. Dalam rumah Maksu aku park kereta Iswara dia. Dia memang biasa park dekat luar sebab senang nak pergi kerja. Paksu aku pun park dekat luar je. Sebelum ni selamat jer. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki nak pakai kereta tu dah. Sian Maksu aku. Tu tengah jiwa kacau tu. Kereta tu pun dah habis bayar rasanya sebab dah 10 tahun pakai.
Malam Jumaat tu pulak, Paksu aku takde dekat rumah, pergi tahlil. Dalam pukul 8 malam masih ada lagi sebab bibik maksu aku kata ada lagi masa dia hantar Awisyh pergi tution dekat belakang rumah.
Dalam pukul 11pm, Paksu aku balik, tengok-tengok kereta dah takde. Maksu aku pun tak sedar bila la penyamun tu dah hangkut kereta tu. Berapi je aku dengar. Kereta yang ada alarm dan stereng lock pun diorang boleh kebas. Confirm canggih alatan yang diorang guna dan memang berpengalaman dalam buat kerja-kerja terkutuk ni! Sialan punya pencuri!!
Adik aku cakap, sekarang ni, pencuri-pencuri kereta memang tengah aim kereta Waja, sebab spare part kereta Waja ni mahal. Lagi satu sebab Proton pun dah hentikan produce kereta Waja ni, sebab tu la spare part mahal kot. (Mana punya fakta dia dapat ntah, tapi ada relevennya). Kawan pakwe Nana lagi kesian, baru pakai Waja 10 hari, dah kena rembat dekat tempat parking kereta MSU. Hampeh!!
So, kepada anda-anda semua, berwaspada lah... Kalau dah kena rembat, confirm tak dapat balik dah. Pencuri-pencuri ni professional. Once diorang dah rembat, diorang akan cuba pelbagai taktik untuk elakkan kereta tu di 'spot' polis atau orang awam. Kalau diorang dah barai, habis laaaa....
Kalau boleh, lock banyak-banyak, stereng, stereng lock, gear lock, keypad lock dan bermacam-macam lock lagi la. Hehehe.. Yang duk parking depan rumah tu, pasang cctv untuk langkah keselamatan. Sayang wooo kereta kena curi macma tu jer..Kalau korang kaya, tak kesah, nak sedekah kat penyamun tu, takpe, suka hati. Bagi orang semekin macam aku, tak mampu rasanya nak sedekah camtu jer.. Seburuk-buruk kereta aku pun, masih berguna untuk pergi kerja dan balik kampung. Biar orang pandang kereta aku buruk, asalkan aku bebas dari hutang!! muahahahahhaa..
Sekian terima kasih.
Buat Maksu, bersabarlah.. Mungkin Allah nak duga Maksu sekeluarga. Ada hikmahnya kejadian ini. Saya doakan semoga Allah akan berikan yang lebih baik kepada Maksu =)
Monday, 20 May 2013
Sampai Hati Kau...
Beberapa minit tadi, masa aku tengah godek-godek website tu, DANGGGGG!!! Rasa terkejut macam kena sambar kilat je tadi (ewahhh, macam la pernah kena sambar ngan kilat!!). Terkesima sekejap aku tengok screen monitor. Aku kenal wajah itu!!! Terus sebak perasaan aku, mengalir jugak la air mata aku dua tiga titik tadi.
Wajah yang dah lama aku rindu nak tengok. Tapi bukan wajah yang sedang terpamer di screen ini!! Ya Allah, apa yang kau dah buat?? Kenapa sampai jadi macam tu???
Sungguh aku sedih, kecewa, marah dan kecewa! kecewa! kecewa!!
Korang tak paham perasaan aku kan??
Okay, sekarang, cuba ingat balik cerita 'Waris Jari Hantu' lakonan Maya Karin dan Rusydi Ramli sebagai teraju utama.
Korang bayangkan perasaan Maya Karin masa mula-mula jumpa Rusydi Ramli lepas dia lakukan pembedahan buang.........Ohhh!! Tak sanggup dah aku nak cerita... Dengan makeup, rambut.. Itulah perasaan aku sekarang!! Astaghfirullah.. Ya Allah, kau berikan kekuatan untuk hambamu ini supaya tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan hina kepada hambamu itu Ya Allah. Kurangkan rasa marahku ini.. Sesungguhnya aku hambamu yang lemah dan hina..
Kalau dia jadi begitu sebab aku dulu, aku mohon padamu TUHAN, kembalikan dia ke pangkal jalan, berikan dia petunjuk dan hidayahMu Ya Allah. Kasihanilah dia, kasihani ibu bapanya. Makbulkan doaku ini Ya Allah.
Ada hikmahnya aku join website tu. Sekali ko terkantoi dengan aku. Dan website tu jugak akan record every visitor yang visit profile ko. Jangan terkejut, aku adalah salah seorang visitor itu. Aku ingat kau dah berubah, rupanya kau masihhh............. :'(
Sunday, 19 May 2013
Saya Rindu Dia
Semalam saya mimpi tentang dia. Kami sama-sama merempit naik motor. Dia naik Ducati, aku naik Kriss. Wakakaka...
Sesungguhnya, saya teramat rindukan dia. :'(
Cuba teka siapa DIA???
P.s: ada orang cakap, kalau ada orang rindukan kita, kita akan jumpa dia dalam mimpi kita. Adakah ini bermakna dia juga rindu kat saya??? Muhehehe...
Tapi semalam juga saya ada termimpikan arwah kawan saya yang dah meninggal 2 tahun lepas. Xkan dia pun rindu kat saya????? Ngee~~~ Al-Fatihah saya sedekahkan untuk dia. Dia memang rakan yang baik.
Monday, 13 May 2013
U-TRIM : Berat Dah Semakin Menurun.
Hari ni ntah hari yang ke berapa ntah sejak aku mengambil U-Trim sebagai salah satu kaedah untuk aku mengawal dan menurunkan berat badan aku yang teramat berat nih. Hehehe..
Ni Testimoni dari aku sendiri. (Gigiiihhhhh nak buat testimoni!! Suke ati la!!)
Bagi aku U-Trim ni memang berkesan untuk menyekat rasa lapar aku. Kalau aku ambil U-Trim ni waktu pagi, petang sat lagi dalam pukul 3 atau 4 baru aku rasa lapar tahap gaban. Kalau lapar pun, aku memang tak berapa larat nak makan yang heavy. Cukup la setakat biskut beras aku 2 keping, atau roti Gardenia 2 keping. Kalau aku teringin jugak nak makan nasi, confirm tak habis. Kalau nak sumbat jugak, rasa macam senak pulak perut aku. Cenggitu la kaedahnya... Kalau aku kena kerja luar, aku akan make sure aku akan makan sikit waktu breakfast dan waktu lunch untuk bagi aku tenaga.
Kalau pagi tu aku aku tak ambil U-Trim ni, insyaAllah, licin sepinggan nasi waktu lunch. Hehehehe...
Ni kalau aku breakfast tak heavy la. Kalau pagi-pagi aku dah kedarah nasi goreng, tengahari aku dah tak larat nak makan. Kira macam nafsu makan tu tak berapa nak bernafsu la... hahahaha..
Malam pulak, aku selalu kedarah biskut kering empat segi tu dengan air teh atau nescaffe panas. Kalau nak best, aku beli sekeping ayam Uncle Bob. Tu je.Malas nak makan heavy. Takut senak perut. Huhuhuhu..
Hasilnya, hari Sabtu lepas, aku pergi rumah maksu aku, pastu aku pinjam penimbang dia, then bacaan penimbang tu ialah 66.5kg!! Muekekeke.. Puas hati aku!!
Tapi tak tau la kot-kot result ni adalah effect aku tak lalu makan minggu lepas sebab aku asyik muntah je sebab keracunan makanan. Tengok nasi jer, aku rasa nak termuntah. Hari Ahad haritu baru aku makan nasi balik. Tu pun sebab teman Nana makan Tom Yam kat Restoran Opah.
U-Trim ni jugak telah me're-shaped' kan bentuk badan aku. Perut aku yang sebelum ni macam boroi sikit, dah jadi kempis sikit. Sikit je laaa... So, rasa confident tu up la sikit. Hehehehe.. Oh ye!! Maksu aku yang memang amalkan U-Trim ni pun dah selim melim balik aku tengok. Badan dia dah comel dan ada shape klik sini. Maksu aku amalkan tiap-tiap hari dengan penuh disiplin. Aku malas!
Tau sebab ape aku malas?? Haaaa.. ni nak kasi tau. Aku tak suka mango flavour!!!! Muakakakaka..
Ni je satu sebab yang aku tak boleh nak GO dengan U-Trim ni. Aku tak suka bau mango yang setiap kali aku bancuh, aku kena minum cepat-cepat. Kalau minum lambat, dia jadi macam gel tu, lagi kembang tekak nak telan. Sebab tu kalau aku ada mood, aku minum. Kalau rasa macam palotak aku biol je pagi-pagi, toksah harap aku nak bancuh. Baik aku tibai nasi goreng ke, lontong ker... hehehehe..
So, nasihat aku, sesiapa yang teringin nak berdiet dengan U-Trim, sila la berdisiplin. Confirm lagi cepat turun berat badan korang. Jangan jadi macam aku. Hehehe.. Oh ye, sesiapa yang tak suka perisa mango macam aku, U-Trim ada juga perisa Lemon dan Nanas. Maksu aku kata Nanas tak sedap! (marah stokis U-Trim). Ntah la, tekak orang lain-lain kan.. Macam maksu aku, dia suka perisa Mango ni. Aku pulak kembang tekak dengan perisa mango ni. Ikut kesesuaian korang la..
Next month, kalau dah habis stock Mango ni dalam locker aku, aku nak try ambil perisa Lemon pulak. Hopefully boleh GO sebab product ni memang bagus. Dan jangan lupa, minum banyak air ye. Sekian terima kasih.
Selamat Hari Ibu buat Mak
Pagi ni, bukak facebook, rasa macam sedih pulak bila tengok gambar kawan-kawan yang celebrate hari ibu semalam. Ada yang bawak mak diorang jalan-jalan, ada yang celebrate dekat restoran mahal, ada yang masakkan makanan special dan ada jugak yang buat suprise party kat mak diorang. Cambest jer...
Aku semalam, just call jer untuk ucap selamat hari Ibu. Nak balik, baru jer balik minggu lepas. Huhuhu.. Sedihnya.. Bagi kawan-kawan yang tak duduk sekali dengan parent korang dan yang tak dapat balik celebrate Hari Ibu semalam mesti faham perasaan aku nih. Huhuhuhu.. Sayu jer...
Disebabkan jauh, maka aku akan lepaskan kerinduan aku pada parent aku dengan menelefon diorang setiap dua hari sekali. Kadang-kadang tiap-tiap hari aku call sampai mak aku pun naik fed-up. Bukan nak sembang ape pun, just tanya khabar dan nak dengar suara Mak jer. Bila dengar mak happy, rasa macam hilang stress semua.
Tapi ada hikmahnya aku duduk jauh dari Mak sebab aku ni suka melawan cakap Mak. Kadang-kadang terlupa sampai tertinggi kan nada suara. Tapi tak pernah la aku tengking Mak. Gile ko, tak cium bau sorgaaa!! Aku melawan pun kecik-kecik jer.. Contohnya, kalau mak suruh aku mandi time aku tengah khusyuk main game, mesti aku akan cakap camni "Alaa... rileks la mak.. jap lagi la.." haaa.. sopan gitu tapi tu pun dah mendatangkan annoying pada mak. Kan berdosa tu.. Lepas tu mak akan membebel macam-macam disebabkan perangai kambing aku tu.. Stress mak aku!
Ye, ada hikmahnya aku duduk jauh. Semoga Allah mengampunkan dosa aku. T_T..
Jadi, kepada yang stay dengan Mak Bapak korang, jangan la melawan, merungut itu ini, dan mendera fizikal dan mental diorang.Jadilah anak yang rajin, taat dan berusahalah meringankan beban diorang. Jangan buat diorang macam orang gaji pulak. Dah la diorang jaga kita sejak dari kecil. Jangan pulak dah besar bangka camni pun nak suruh mak basuh spender korang lagi., masak untuk korang lagi..Huhuhuh.. (eleh! macam aku baik jerrrr walhal 2x5). Aku takpe, sebab jarang balik. Sekali sekala balik, mesti wajib nak makan air tangan mak aku. huhuhuhu. Bagi korang yang stay dengan mak ni, peluang ke syurga terbuka luas sebab syurga tu dibawah tapak kaki Mak korang, dengan syarat, jangan biadap. Tu je! hehehehe..
Hari Ibu bukan semalam jer. Kalau boleh, buat ibu happy tiap-tiap hari. Ibu antara insan yang paling banyak jasanya pada kita. Ayah pun jangan dilupakan tapi Ibu perlu diberi keutamaan seperti dalam hadis ni:
Abu Hurairah Radiallahu'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya:
"Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ibu kamu."
Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa"
Baginda menjawab: "Ayah kamu."
Haaa... sampai 3 kali Rasulullah ulang.. Tu maknanya Ibu kita lebih penting dari bapa kita. Dulu masa aku kerja insurans, boss aku siap pesan, nasihatkan orang yang nak ambil insurans tu supaya lebihkan percentage Ibu diorang sebagai penama berbanding bapa diorang. Tu lebih fair.
Bulan depan birthday mak aku. Hadiah birthday, mak aku dah request awal-awal dah. Dia nak handbag!! Benda lain tak mau!! Hehehe..Next month nak balik kampung lagi!!! Hoyeayyyyy!!!
Friday, 10 May 2013
Aku Dijangkiti Virus??
Semalam aku MC. Aku demam, loya, pening, muntah2 dan selsema. Jadi, macam biasa, aku pergi klinik depan rumah aku ni. Masa jumpa doktor, aku bagitau la ape yang telah terjadi. Aku bagitau aku demam, muntah2, loya, pening dan sakit tekak. Mula-mula, doktor tu check mata aku' ppastu dia tekan ibu jari aku pulak. Lepas tu dia kata aku macam takde darah sebab muka aku pucat gile. Manr tak pucat, semua yang aku makan, keluar balik.
Lepas tu dia check pulak tekanan darah aku, dia kata rendah sikit. Lupa pulak nak tsnya berapa bacaan dia. Lepas tu dia check jantung, normal. Pastu dia check perut aku pulak. Masa aku baring, dia tekan-tekan. Ada beberapa bahagian yang dia tekan tu, aku rasa sakit. Dia kata 'angin'. Mungkin la kot sebab aku adyik sendawa je. Bila sendaws, mesti aku rasa nak muntah. Pastu aku tanya la, ape penyakit aku sebenarnya sebab aku tak pernah kena macam ni. Lain macam je... Doktor tu terus cakap. 'Awak dah terkena virus'.
Cheh!!! Virus mende pulakkkk??
Aku malas nak tanya sebab masa tu aku macam blur jer. Muka doktor tu pun aku tak nampak sangat sebab aku lupa nak pakai speck. Lepas tu doktor tu tanya aku, semalam ada pergi mana2 tak? Aku baegitau la kat doktor tu, semalam aku pergi pejabat imigresen Putrajaya. Lepas tu aku pergi Plaza Masalam. Masa dekat Plaza Masalam tu aku dah rasa nak demam dan muntah2. Kat plaza masalam la aku start muntah2. Doktor tu boleh gelakkan aku pulak. Siap tanya aku sempat pergi toilet tak. Mesti la sempat!! Takkan aku nak muntah dekat food court dia pulak. Tak pasal-pasal kena saman plak kang. Hehe. Dalam hati aku cakap, 'eh' orang tua ni gelakkan aku plak. Biadap dia ni.
Bila dah balik rumah, makan ubat, baru aku tertanya-tanya virus apa yang dah serang aku? Serius kah? Ape kena mengena dengan tempat yang aku pergi? Macam mana aku boleh dapat? Adoiiii.. tadi taknak tanya sebab masa tu aku just pikir nak makan ubat cepat, dan nak sembuh cepat. Hmm...
La ni aku okay sikit dah tapi tak larat nak pergi office . Pening dan loya tu masih ada. Masuk hari ni dah 3 hari aku makan roti Gardenia cicah air kosong je. Masih tak boleh makan nasi. Pikir nasi pun aku dah loya. Dah macam orang mengandung jer... huhuhu...
Ni nak letak minyak cap kapak atas kepala. Best betul. Hilang sikit rasa pening tu. Semalam bapak minyak cap kapak Nana belikan untuk aku.
K lah, lapar la pulak . Nak makan jap. Makan biskut kering perisa jagung plak.
Bye.
Doakan saya cepat sembuh ye. Tq. :-)
Tuesday, 7 May 2013
Kali Pertama Mengundi
Result sudah keluar.. apa macam?? Puas hati ke idokkk???
Bagi aku, PRU-13 ni adalah pilihanraya yang paling bersejarah dalam hidup aku.
Ni first time aku mengundi dan aku rasa macam teruja bila memikirkan satu undi aku tu amat berharga. Ni adalah salah satu cara aku berbakti kepada negara aku.
Pilihanraya kali ni juga adalah pertama dalam sejarah bila SPR melaksanakan peraturan baru iaitu mencalit dakwat yang kononnya kekal selama 7 hari.. huhuhu.. takyah sampai 7 hari la.. 2 hari pun jadi.. Tapi ramai jugak yang kata, sehari pun dah boleh hilang kalau dibasuh dengan beberapa cecair tertentu. Pada pemerhatian aku, dakwat tu takde la kekal mane pun. Hari pertama je, dah comot dakwat tu kena dekat kuih pau yang aku makan. Tu belum kena basuh dengan air lagi..huhuhu.. SPR kena kaji balik pasal dakwat ni.. Ramai yang tak puas hati nampaknya..hehehehe..
Hari Ahad lepas, aku dan Mak semangat gila nak pergi mengundi. Mak aku awal-awal pagi lagi dah kejutkan aku. Ada la dalam pukul 5.30 pagi dia kejutkan. Tapi aku macam biasa la, golek-golek dulu, tidur-tidur ayam balik.. Best woo tidur kat rumah Mak. Sejuk gile. Rasa macam taknak bangun jer.. Lepas kena sergah, akhirnya aku pun bangun la, sembahyang Subuh dulu. Lepas selesai, aku terus menuju ke dapur lantas mengangkat tudung saji. Ahaaa!!! Ada nasi goreng!! Pemalas punya anak! Bukan nak tolong mak masak. Tau makan jer.. hehehehe... Memandangkan Abah aku kena bertugas seawal pukul 3.00 pagi, maka mak pun masak awal katanya... Tanpa membuang masa, aku pun melantak la nasi goreng mak aku. Mak aku kata nasi gorang dia failed. Tapi aku tetap belasah sampai 2 pinggan. Masakan mak tetap yang ter 'best' in the world.
Lepas setel makan, dalam pukul 7.00 pagi, mak aku dah bising suruh aku bersiap.Nak pergi awal katanya, takut orang ramai, penat pulak nak berbaris nanti..Hehehehe.. Aku cakap, "relaks la mak, pergi lambat-lambat sikit la baru otai...". Terus aku kena marah! Huhuhuhu...
Lepas dah siap, dalam pukul 7.50 pagi, bergerak la kitorang ke tempat mengundi masing-masing. Adik aku yang hantarkan. Mak aku dekat sekolah Adika Raja, aku kena dekat sekolah cina. Dekat sekolah cina ni, aku tengok ramai gila cina. Aku dapat saluran 5. Depan aku ramai anak-anak muda berbangsa cina. Melayu ada la dalam 3,4 orang. India takde. Mungkin sebab aku datang awal kot. Pukul 8.05 pagi aku dah beratur. Depan aku ada la dalam 10 orang kot.
Friday, 3 May 2013
Bingai
Sekarang ni aku da way pak munawei balik perak. Nana yang drive. Kepala aku tintong sbb xckup tido mlm tadi, so sekarang aku nak tido. Muehehehe..
Bye
Thursday, 2 May 2013
Busy
Ada beberapa perkara yang aku nak update tapi banyak keje sket.. Tengok la, lepas aku balik dari pejabat imigresen kang, kalau sempat, aku update ko ye blog!! kalau tak sempat, maknanya minggu depan la aku update sebab esok nak balik kampung dah!! horraayyy!!
Jom mengundi =)