Friday, 28 June 2013
notis layang
Thursday, 20 June 2013
Dobi Free!!
ni mesin2 yang boleh muat 14 kg..
Ada juga 2 mesin untuk 9kg
price list
bagi aku, kat sini mahal sikit compare dengan dobi layan diri biasa.
Kalau biasa, satu mesin basuh baru RM3.00 jer..
ni vending machine untuk tukar duit syiling lima posen baru.
Juga jual detergent,softtener dan beg plastik.
pemandangan dari pintu masuk
Ada sediakan kerusi untuk duduk
dan meja untu lipat baju..
Masa aku pergi ni takde orang, jadi aku bebas berkejar-kejaran
Tapi awas! CCTV banyak!! huhuhu
Aku yang pantang nampak cermin..
Comel je Maskot dobi ni..
basuh dengan dryer sekali ambil masa sejam jer..
ni pun maskot jugak tapi tengah garu ponggong. Seperti seorang mandur lagaknya..
Kami pergi lepas kerja..Tu yang tak salin baju kerja lagi ni..hehehe
Ate, ape lagi tunggu?? Moh le hangkut cadar, sarung bantal, teddy bear, kain alas meja, telekung, sejadah, baju-baju yang dah peram lama tak basuh ke sini.. Aku suka pergi dobi sebab lepas basuh, boleh keringkan terus. Malas aku nak sidai-sidai bagai.. Rumah aku dah la tak kena matahari..Huhuhuhu
Segmen Angpau Raya!!
Tadaaaaa!!!
6) Aku akan pilih 6 orang pemenang jer.. Setiap sorang akan dapat 2 paket (1 paket = 5keping)
*sarung kosong je tau..duit takdok..hehehe.. maknanya sorang pemenang akan dapat 10 keping sarung.. Corak aku bagi ikut suka hati aku ye..hehehe..
7)Tempoh peraduan adalah dari 20 Jun 2013 sehingga 19 July 2013
*kene pos awal..takut abang posmen dah ambik cuti raya..ceh! alessaannnn...
8) Aku akan umumkan pemenang pada 22 July 2013 nanti..
*cekedoooottttt...
Tangga Rumah Opah
Rindu Terlerai Sudah..
Wednesday, 19 June 2013
Good Luck Nana!!
Tuesday, 18 June 2013
Mengantuk!!
Monday, 17 June 2013
Orang Gaduh Masa Aku Tengah Makan
Assalamualaikum w.b.t
Thanks for reading =) comment le weyh!
Jumaat lepas, lepas balik kerja, aku dan
Nana singgah makan dekat sebuah restoran dekat area rumah aku kat TTDI.Malas
nak pergi jauh-jauh.
Sementara aku menunggu
makanan yang aku order sampai, terjadi la satu drama yang aku tak berapa
berkenan nak tengok.
Ceritanya cenggini....
Ada sorang kakak cashier ni
yang merangkap pekerja kedai tu marah marah seorang customer lelaki ni yang
dikatakan selalu makan free dan bagi alasan macam-macam masa nak bayar.
Disebabkan masa tu tak ramai orang dekat restoran tu, maka setiap makian akak
tu aku boleh dengar dengan jelas tapi aku malas nak toleh dekat kaunter cashier
tu. Konon-konon taknak ambil taw, buat-buat tengok tv. Sebenarnya aku cuak
sikit tengok orang bergaduh ni, aku takut kang aku pulak kena bantai..hihihi..
So, antara dialog akak tu dengan brader yang asyik nak makan free tu berbunyi
cenggini...
*KK=Kakak Kashier
*BMF= Brader Makan Free
KK: Ah!!! Macam-macam la
alasan time nak bayar. Awak ingat saya tak nampak ke awak selalu lari lepas
makan!! Sebelum ni saya malas nak tegur sebab orang ramai!!
(tetiba je terus dialog ni
yang aku dengar.. Aku tak dengar ape yang BMF cakap kat KK sebelum tu..)
BMF: Esok saya bawak duit,
saya bayar.. Nah ambil ni dulu.. (sambil bagi business card)
KK: Ah, takde-takde.. Ni mana
laku!! (sambil bagi balik business card BMF. Masa ni aku curi2 tengok scene ni)
BMF: Esok saya bayar.. Hari
ni saya sakit kaki~~ (Sambil macam nak blah dari kaunter)
KK: Ha!! Tak payah la.. Saya
halalkan je laaa! (sambil meninggikan suara.. maknanya dia tak ikhlas la nak
menghalalkan makanan yang BMF makan.. tu firasat aku laaa)
BMF: Nanti saya bayar.. (sambil
bergerak keluar dari restoran)
KK: Dah.. dah.. tak payah
la.. Lain kali tak payah datang dah!! Dah lama saya perhatikan.. Memang slumber
jer ambil lauk la, makan tak bayar la.. (Sambil bagitau dekat kawan2 dia)..
(Sambil tu, BMF masih mundar
mandir depan restoran sambil belek-belek purse dia..Lepas tu dia masuk balik
dalam restoran. Masa ni aku macam tak sedap hati, takut kot-kot dia nak mengamuk
ke.. Masa ni Nasi Goreng Kampung aku baru sampai. Aku takut kang dia mengamuk
ke, kempunan plak aku nak soru nasi goreng aku tu..Huhuhu
Brader tu pergi dekat KK yang
tengah kemas-kemas kerusi...)
BMF: Saya ada duit~~ Saya
kerja la...!! Esok saya bayar 20 ringgit..
KK: Ohhh!! Alhamdulillah
kerje ye!! Bagus laaa!! (Nada perli).. Dah, tak payah la.. Saya halal je la..
Esok macam-macam lagi la pulak alasan dia bagi. Hari tu kata tertinggal
dompet la, motor rosak la.. Ni kata sakit kaki la..!! Asyik nak makan free
jer.. Halal haram jumpa la dekat akhirat nanti!
(Masa ni BMF masih mundar
mandir depan restoran,dekat-dekat dengan satu lori jual burger depan restoran
tu..Aku risau jer dia masuk balik dalam restoran pastu mengamuk.. Nasi goreng
aku ada separuh lagi ni!!)
Lepas tu aku tengok brader
jual burger halau dia jauh-jauh.. Muka BMF macam tak puas hati lagi.. Lepas dia
kena halau, baru dia blah.. Menghilangkan diri di stesyen minyak Petron kat
depan restoran.Alhamdulillah..takde apa-apa berlaku.. Boleh sambung makan Nasi
goreng dengan tenang..
Sambil tu ada la lagi kakak
kashier tu merungut-rungut.. Malas aku nak ambil tau dah..
Yang aku peliik tu, orang
macam BMF tu wujud jugak eh?? Kenapa dia buat macam tu?? Aku tengok dia normal
je..Pakaian okay, siap pakai lebai lagi..Mungkin nak tunjuk macam baik kot..
Takde la compang camping ke, cacat ke..sihat je tubuh badan. Tapi kenapa la
buat macam tuu.. Tak takut ke makan makanan haram??
Cakap pun okay jer.. Nak kata
gila??? Hmmm.. Wallahualam..Aku malas nak fikir lebih-lebih.. Kang silap judge
kang, aku lak berdosa.
Kakak kashier pulak slumber
badak je sound orang time customer lain ada kat dalam restoran tu lepas tu tak
mintak maaf pun kat kitorang yang ado ni.. Boleh tahan kuat la jugak suara
kakak ni sampai aku rasa boleh tersedak la kalau tetiba dia menempik dekat
sebelah. Tanjat Boboi!!
Tak sopan la cenggitu.. Aku
yang rasa takut! Pasni tak mau dah aku makan kat situ. Tapi makanan dia sedap
dan murah.. Hmm tapau je la..
Dulu masa aku sekolah form 2,
ada seorang kawan pompuan aku ni memang jenis garang. Dia suka sound2 budak
lelaki. Suatu hari tu, ada seorang ustazah ni lalu depan kelas kitorang dan
terdengar kawan aku ni tengah sound sorang budak laki ni. Then, ustazah tu
tegur kawan aku ni. Dia kata suara perempuan tu aurat. Tak elok
bertempik-tempik ni. Tak manis orang tengok. Lepas tu, kawan aku tu terus
insaf. Before kena tegur dengan ustazah,dia memang garang. Aku pun takut nak
tegur dia. Pantang silap sikit. Lepas kena tegur, dia dah cool sikit, bleh la
dah nak bergurau, sepak terajang,,hehehe..
Tapi pesanan ustazah tu bukan
untuk dia seorang jer.. Ditujukan untuk semua..dan pesanan itu aku ingat sampai
sekarang. Aku kalau cakap pun sopan jer..kepit-kepit jer.. Aurat la
katakan..huhuhu.. Tapi kadang-kadang kalau dapat mengilai ngan kawan-kawan yang
gila-gila, hilang kepit. PUiii!!!
Oh yer, berbalik kepada
cerita brader yang makan free kene marah dengan kakak kashier tadi...
For your information, BMF tu
cakap slow jer.. Kepit jer dia cakap. Mungkin dia takut dan rasa bersalah kot..
Ye la, salah dia kan???
Terbalik sudah dengan kakak
kashier..hehehe..ye la..sape tak bengang kan?? Kalau dibiarkan, bermaharajalela
la BMF tu dengan perbuatan dia tu.. Rugi la kakak tu, kalau asyik nak makan
free jer.. Buat nye ambik lauk mahal-mahal ye tak??
BMF tu pun aku rasa tak
cerdik.. Kot ye pun, cuba la try modus operandi tu di restoran yang berlainan..
Takde la obvious sangat kan?? Tapi jangan buat kat restoran mamak..Kang tak
pasal-pasal masuk ICU kena tabuh dengan pekerja-pekerja kedai mamak yang ramai
tu..hahahaha.. Jahatnya aku bagi idea terkutuk ni..
Masa aku nak bayar, aku macam
nak cakap camni jer kat kakak tu..
"Kak, lain kali kalau
akak nak sound orang laki, suruh pekerja laki ye.. Tak manis la akak
terjerit-jerit tadi.. Suara tu aurat.. =)"
Tapi tak keluar... dalam hati
je la.. Barangkali aku takut dia sound aku balik kot..hmm.. bila mau datang keberanian??? Nasi goreng dia
sedap... dan murah...
zzZZzzzZZ....
JERAWAT
Assalamualaikum w.b.t
Siapa tak kenal jerawat??
Meh sini nak lempang!!
Hahaha..
Aku percaya semua orang benci
jerawat.Kira jerawat ni macam musuh utama la kepada kulit.
Punca-punca kulit berjerawat
ni ada banyak.. Antaranya ialah:
1) Hormon
Selalunya terjadi kepada
remaja yang baru akhil baligh sebab berlakunya perubahan hormon dalam badan
diorang. Selalunya jerawat cenggini kalau tak jaga, boleh menyebabkan jerawat
tumbuh dengan bayak pada wajah sehingga meninggalkan parut macam kawah bulan.
Hehe..
Jerawat ni 'jahat' bagi aku
sebab dia boleh meninggalkan parut kekal sampai tua especially bagi budak-budak
lelaki yang kita maklum, paling malas nak ambil tau pasal wajah.. Girl okay
lagi sebab sebelum matured lagi dah concern dengan kecantikan kulit mereka.
Eh??ye ke?? Hehehe
Selain remaja, jerawat yang
tumbuh disebabkan hormon ni jugak selalu muncul pada wanita-wanita yang sedang
atau sebelum datang haid. Ini menurut pengalaman aku sendiri dan wanita-wanita
yang ada disekeliling aku la..Hehehe.. Aku sendiri, kalau lagi dua tiga hari
nak period, mesti akan tumbuh jerawat tapi tah hape-hape la jerawat ni. Suka
tumbuh merata-rata tempat. Orang lain tumbuh kat pipi ke, dagu ke, dahi ke.. ni
tak. Jerawat aku ngada-ngada sikit. Dia tumbuh dalam hidung, dalam telinga, kat
kulit kepala, kat pelipat tangan, kat ketiak dan yang paling tak bleh blah, kat
kaki dan bla..bla..bla.. Apasal dia tak tumbuh kat muka?? Pelik aku.
Tiap-tiap bulan aku risau
memikirkan kat mana dia nak tumbuh. Bulan lepas dan dua bulan lepas, aku
terpaksa pergi klinik sebab dia tumbuh dalam telinga. Cet!!
macam ku kenal minah ni...tapi di mana ya??
senget!
2) Resdung
Huissh... Resdung ni bahaya
tau.. Setiap orang ada resdung, beza kuat atau tak jer.. Macam aku pun, aku ada
resdung tapi takde la sampai nak kena buat rawatan resdung bagai..
Alhamdulillah, setakat ni boleh kawal lagi. Cuma kena control sikit dengan
makanan seafood dan habuk.
Jerawat yang disebabkan
resdung ni memang susah nak dirawat dan selalunya menyebabkan kulit muka yang
ditumbuhi jerawat kemerah-merahan dan selalu luka-luka. Ada beberapa orang
kawan-kawan aku yang dijangkiti jerawat resdung ni dan kebanyakan dari mereka
sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk merawat masalah jerawat dan resdung
mereka tapi kebanyakannya tidak berhasil. Kesian aku tengok. Muka diorang
comel-comel jer, tapi disebabkan jerawat tu, dah merosakkan kulit dan wajah
mereka. Degil betul jerawat ni!!
Mintak-mintak la resdung aku
tak teruk. Dah la muka tak berapa nak comel, kang kalau ada jerawat plak, tak
kawen la jawabnya..huhuhu..(bengong!!)
3) Produk Kecantikan yang
Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah.
Ni pernah terjadi dekat aku.
Masa tu aku study lagi kat UiTM Jengka. Biasa la, bila tengok kawan-kawan yang
ada kulit cantik, mula la nak risik-risik dia pakai produk ape.. Lepas tu aku
pun beli produk yang sama dan apply pada kulit aku yang comot tu.. Disebabkan
tak sesuai dengan kulit muka aku, bukan bertambah cantik.. bayang-bayang glow
in the dark pun takde.. Makin comot ade la!! Penuh jerawat tumbuh dekat dahi
aku. Jerawat yang kecik-kecik tu.. Kalau aku tangkap gambar, confirm nampak
walaupun dah ditepek dengan seinci bedak.
Lepas aku stop, aku pakai
balik produk asal yang aku pakai.. then, okay balik..huhuhu.. Masa tu pakai
Safi jerr.. Nampak no kulit aku sesuai pakai produk murahan jer.. Jimat duit
aku..huhuhu.. So, takyah gatai-gatai nak ikut orang lagi.. Diorang pakai
sesuai, aku pakai jadi selekeh terus..huhu..tobat dah.. hahaha..
4) Make-up
Haaaaa.. ni pun sama macam
point kat atas. Tapi make-up ni bukan untuk mencuci kulit tapi digunakan untuk
menconteng kulit. hehehe..
Pernah jugak terjadi pada
aku.. (ceh!semua pernah!!)
Masa tu aku study jugak dekat
UiTM (masa study banyak duit, beli make-up! tak gune!).. Masa ni la nak melawa
pergi kelas. Habis, dah semua kengkawan make-up, takkan aku nak tepek bedak
ketiak je dekat muka kot.. Nak la jugak bedak tepek-tepek dengan sponge,
blusher, liptip, maskarotun, dan eyeshadow..Bajet cantik je! Dah macam badut. Puuiihh!!
Kejadahnya nak make-up bagai.. Aku bukan budak OM (office management) pun.
Diorang lain la, appearance diorang dapat point. Aku budak CS (computer
science) je.. Belengas..
Paham-paham je la, study kat
U.. Disebabkan aku stay kat kolej, maka aku pergi kelas jalan kaki. Pagi okay
lagi.. Tu pun kalau sampai kat kelas, ketiak dah lenjun. Masa ni, boleh tau
siapa yang tak pakai odorono (deodoran) hahaha.. Lepas tu tukar kelas pulak,
jalan kaki lagi... Tu tak masuk panjat tangga pergi bilik lecturer bagai..
Percayalah, di saat aku sampai di bilik kolej, muka aku akan berlinang dengan
minyak dan ia sangat laaaa.. eeiiii... dah macam opera cina dah. Tu pun kalau
make-up tu ada lagi la..
Untuk pengetahuan korang,
muka aku kuat berpeluh. Bayangkan peluh + minyak..EEiiyuuuu..
Tu pun bangsa malas lagi nak
cuci muka... Lepak-lepak dulu...pastu baru mandi atau cuci muka nak
sembahyang.. pastu tepek balik make-up untuk pergi kelas sesi petang pulak..
Boleh bayangkan den jalan tongah-tongah panaeh nak pergi kelas.. Oh gigihnya
menuntut ilmu..puuii!!
Tak bernafas kulit aku..
Nasib baik aku cepat perasan
perubahan pada kulit aku. Dia jadi merah-merah dan berjerawat sikit. Lagi satu
kulit aku macam sensitif sikit kalau kena bahan-bahan kimia ni.. Last-last aku
malas dah nak make-up bagai.. Pakai sun block, bedak dan lip gloss jer.. Patut
takde boyfriend masa kat U dulu..selekeh!! Ah, lantak la..
Lagi satu, masa aku aktif
teater kat U dulu, aku memang selalu kena tadah muka untuk dimake-up kan oleh
make-up retis yang tak bertauliah ni yang terdiri dari student-student lembut
yang rajin no main make-up.. Paling aku tak boleh lupa bila diorang make-up
muka aku jadi setan sebab masa tu aku berlakon bawak watak setan.
Ish..Ish..Ish.. Make-up ape ntah diorang pakai! Susah gila nak tanggal. Dekat
nak habis sebotol minyak baby Jonson tu aku tenyeh kat muka aku. Sampai esok
pagi still ada lagi sebab aku penat sangat dah nak bersihkan make-up tu.. Jadi,
aku cuci muka ala kadar je, terus tido. Esok baru aku sambung balik cuci..Hehehe..
Gila pemalas! Dua tiga hari lepas tu, jerawat tumbuh.. Tapi takde la merebak..
Nasib baik.. Aku rasa make-up diorang tak bersih la.. Ye la, main kongsi-kongsi
jer.. Eiii yukkss!!
Next teater, aku pakai
make-up aku sendiri jer.. Pegang watak orang gaji je pun.. Motif nak make-up
bagai???!!!
oh! banyaknya setan??!!
tetiba rindu zaman ini! hahaha
5) Kulit Berminyak
Dah tau jenis kulit
berminyak, rajin-rajin la sikit basuh muka tu dengan pencuci muka yang ada
function oil control.. Rasa segar je lepas cuci muka tu.. Baru la takde
pori-pori yang tersumbat dengan minyak yang akhirnya mengakibatkan jerawat.
Sebab tu orang yang rajin
sembahyang, kulit diorang cantik jer.. Cuba peratikan.. Berkat air wuduk yang
diambil secara tak langsung mencuci kotoran yang ada di wajah dan juga mencuci
dosa. Huhuhu..
Bukan aku nak cakap orang yang muka banyak jerawat tu malas sembahyang pulak. Jangan nak pusing auta eh!Maksud aku air sembahyang tu salah satu cara untuk mencuci muka bagi mengelakkan minyak atau kotoran tersumbat di ruang pori-pori yang menyebabkan terjadinya jerawat...huhuhu
7) Jari/Tangan Korang Sendiri
Ni mak aku yang cakap. Nak tau tak nape?? Haaa.. meh nak habaq maii..
Sape sini suka kutil(garu/cungkil) jerawat
macam aku?? hahaha
Tau tak bila kita kutil
jerawat tu, kuman yang ada kat jari kita tu akan menjangkiti pulak bahagian
kulit yang lain.. Pandai mak aku kan?? Ni petua orang dulu-dulu katanya..
Pandai kan orang dulu-dulu?? Padahal Mak pun kena marah dengan Opah masa dia
muda-muda dulu sebab dia kutil jerawat. Habis jerawat satu muka. Boring
katanya...so, sambil menung-menung tu, dia kutil la jerawat..Hahaha..Boleh??
Skarang, Mak pulak marah
aku..hehehe.. Kalau aku kutil jerawat depan Mak aku, kompom tangan aku kena
pukul tanpa sebarang amaran diikuti bebelan yang berpanjangan. Hehehe..
Tapi masa aku kat U, (U
lagiiiii)... takde sape pun nak pukul tangan aku dan takde sape pun nak
leterkan aku.. Jadi, aku gunakan peluang untuk kutil jerawat dengan
sebaiknya..Nikmat dowh.. Pastu tak sedar jerawat dah banyak kat dahi.. Balik
cuti sem, kena tadah telinga sambil tangan garu-garu kulit kepala.. (gian nak
kutil jerawat tapi takut Mak nampak).. Berkat bebelan Mak aku,
Alhamdulillah..jerawat aku makin sikit dan sampai sekarang tak berani nak
tumbuh dah. Kalau ada pun, aku buat tak layan jer..
Mak cakap, kalau kita kutil
jerawat batu atau jerawat yang ada 'nasi' tu, parut dia akan tinggal kat muka
dan lambat hilang dan sememangnya betul cakap mak. Susah tol nak hilang..
Tangan kita pun sebenarnya
banyak habuk atau kuman yang kita tak nampak. Selalulah basuh tangan dengan
sabun antibakteria. Kalau malas, jangan pegang muka direct dengan tangan. Gunakan
tisu ke, sapu tangan ke.. Janji bersih. Awas, kuman ada di mana-mana..hehehe
Bayak lagi punca-punca
terjadinya jerawat ni. Apa yang aku listkan kat sini ialah berdasarkan apa yang
aku tahu dan dari pengalaman aku sendiri. korang pun mesti tau kan??
Okay kali ni aku nak share
satu petua turun temurun yang diamalkan oleh keturunan sebelah bapak aku untuk
elakkan kulit muka menjadi port jerawat datang singgah melepak..Hehehe..
Petua ni rahsia keluarga tapi
aku share kan just sekadar tips yang boleh digunapakai.. Terpulang la nak
percaya ke idokk..huhuhuhu
Tapi ni untuk bacaan kaum
hawa jer yerr.. kalau rasa-rasa korang lelaki, ada halkum, pergi main
jauh-jauh.. Kalau pondan, baca je la.. aku izinkan..hahaha
Camni.. menurut Mak aku, Opah
aku sebelah Abah, ada bagi tips camne nak kulit licin tanpa jerawat. Tapi mak
tak boleh nak 'buat' dah sebab dah terlebih tempoh berkesan. Hahaha..
Opah kata tips ni adalah
untuk anak-anak perempuan yang baru akhil baligh means hari first dia datang
period, dia kena 'buat' camni..
Masa first period, selalunya
kita tak sedar pun kita dah datang period kan?? Jadi, selalunya darah haid tu
akan terkena pada pakaian kita. Jadi, Opah cakap, ambil pakaian tu
(spender,seluar atau kain yang kena darah haid), basuh sampai cuci tanpa
menggunakan sebarang jenis bahan pencuci, then sapu dekat wajah..sambil tu niat
la supaya kulit cantik, licin tanpa jerawat.. Jangan tenyeh pulak.. Lap-lap
jer.. Pastu tunggu dalam beberapa minit, basuh muka dengan air bersih..
Aku tak tau la mane punya
petua la opah aku dapat.. mungkin mak dia turunkan kat dia kot.. Eh! Opah aku
anak yatim.. huhuhu.. Makcik dia kot..
but it works!! (maybe~~)
sebab aku tengok aunty2 aku semua kulit licin-licin jer.. Tapi pokcik-pokcik
aku semua ada kawah bulan termasuk Abah..yelaa.. diorang tak cukup
syarat..hehehe..
Dan yang lebih menguatkan
andaian aku ialah cousins aku semuanya kulit licin even kulit hitam manis pun..
Adakah tips Opah ni jugak diturunkan kat depa??Hehehe...
Tak tau la kot-kot diorang
memang betul-betul menjaga kulit diorang dengan menjaga kebersihan dan
mengamalkan petua-peua lain ker.. Tapi family sebelah Mak aku bersepah yang ada
jerawat termasuk semua makcik2 aku..ahaha
Korang rasa-rasa aku pernah
buat tak tips Opah aku ni?? hehehe
zaman belengas masa kat uitm dulu
nak derma darah tapi tak lepas.Poyo je lebih!
k, next entry plak..
Tabiat Buruk Kembali
Sabtu lepas lepak kt rumah
je.Pagi-pagi lagi dah buat roti telur..saje nak perabehkan telur dengan roti..
Malas nak simpan lama-lama..Nanti expired, rugi pulak..
Sejak aku stop ambil U-trim
ni, aku perasan yang aku kuat makan. Ceh! Padahal memang sejak dari azali lagi
aku kuat makan! Tak sador diri!!
Bukaannn...
Maksud aku, masa aku ambil
U-trim, selera aku tak macam sekarang..Sekarang selera aku macam bela hantu
raya. Leceh la camni.. Aku dah tak berapa minat flavour manggo U-trim ni..
Rasanya kena ambil balik ni. Maksu kata ada perisa Lime dan Nanas jugak..
Errr.. Nanas???
Hmmm.. Takpe la..Nanti aku
try ambil Lime pulak.
Seyes ar....Nanas????
Dah memang aku jenis payah
nak makan buah, banyak cengkadak pulak.. !!
Bila aku tanya Nana,
Aku: Nana, aku dah gemuk
balik kan?? (sambil berdiri depan cermin)
Nana: (*usya aku atas bawah
dulu) Takde la.. biasa jer.. Ko makan lagi tak ubat kurus ko beli kat Cu tu??
Aku: Lama dah tak makan..Ada
baki sikit lagi tu.. Tak suka la perisa manggo..
Nana: Hmm..aku tengok ko okay
jer..
Blah la hang!! Saje nak
sedapkan hati aku kan???
berapa keping ni eh?? lupa la..
percaya tak semua roti-roti ni aku sorang je perabeskan?? Nana makan sekeping jer.. tu pun sebab dia balik kerja awal. Kalau dia terus keluar dating lepas abes kerja, kompom semua roti ni bersemadi dalam perut aku..hehehehe
Friday, 14 June 2013
Rasa Nak Buat Segmen Pulak
Assalamualaikum..
Saya tau, kalau nak bagi blog kita ramai followers, nak increase traffic, salah satu kaedahnya adalah dengan membuat segmen atau giveaway..
Tapi saya ni kan pemalas. Blog pun malas nak hapdet, ada hati nak buat segmen bagai..
Tapi tetap rasa nak buat jugak.. Bukan sebab nak tambah ramai followers, tapi rasa nak kongsi sesuatu yang agak cute untuk kengkawan 'disana'.. hihiihi...
Nanti saya fikirkan segmen ape nak buat dan yang penting, MACAM MANA NAK BUAT???
Hehehe.. okeh, nak google kejap.
Siapa boleh tunjuk ajar???? Memang tak reti nih.. haizzz..
Thanks for reading =) comment le weyh!
Saya tau, kalau nak bagi blog kita ramai followers, nak increase traffic, salah satu kaedahnya adalah dengan membuat segmen atau giveaway..
Tapi saya ni kan pemalas. Blog pun malas nak hapdet, ada hati nak buat segmen bagai..
Tapi tetap rasa nak buat jugak.. Bukan sebab nak tambah ramai followers, tapi rasa nak kongsi sesuatu yang agak cute untuk kengkawan 'disana'.. hihiihi...
Nanti saya fikirkan segmen ape nak buat dan yang penting, MACAM MANA NAK BUAT???
Hehehe.. okeh, nak google kejap.
Siapa boleh tunjuk ajar???? Memang tak reti nih.. haizzz..
Thursday, 13 June 2013
Lapar.. Rasa Nak Muntah..
Aku lapar ni.. Lunch tadi tak makan pun lagi..
Ni gara-gara kena buat kerja-kerja translate user manual untuk 4 buah mesin scanner..Muntah weyh!!
Masalahnya, ni bukan kerja aku..
Ni kerja Engineer...
Diorang lebih pakar dan tau selok belok mesin2 tu..
Aku dah lama tak pergi site..
Kejadahnya aku tau benda-benda ni semua..
Yang si Kastam pulak ngada-ngada..
Elok-elok manual dah dalam English, nak jugak BM.
Macam ko paham je kan kaedahnya dalam BM.
Aku sepak nanti naya jer... Nasib baik aku tak boleh sepak korang.
Kalau aku lapar, aku boleh lagi bancuh milo ke, air coklat ke..
Ni kalau aku stress buat menatang ni, mau aku campak je manual ni dalam tong sampah.
Fed-up aku. Dari pagi tadi buat. Buruk bebeno kalau manual english tukar ke BM. Haizzz..
Kang aku muntah je atas manual ni abes citer!
Geram aihh!!
Mentang2 aku takde keje, keje ni korang bagi kat aku ye..
Xpeee.. Ada hari ada batas..
Aku nak bancuh air coklat jap.. nak hilangkan kelaparan yang melanda diri..
Thanks for reading =) comment le weyh!
Ni gara-gara kena buat kerja-kerja translate user manual untuk 4 buah mesin scanner..Muntah weyh!!
Masalahnya, ni bukan kerja aku..
Ni kerja Engineer...
Diorang lebih pakar dan tau selok belok mesin2 tu..
Aku dah lama tak pergi site..
Kejadahnya aku tau benda-benda ni semua..
Yang si Kastam pulak ngada-ngada..
Elok-elok manual dah dalam English, nak jugak BM.
Macam ko paham je kan kaedahnya dalam BM.
Aku sepak nanti naya jer... Nasib baik aku tak boleh sepak korang.
Kalau aku lapar, aku boleh lagi bancuh milo ke, air coklat ke..
Ni kalau aku stress buat menatang ni, mau aku campak je manual ni dalam tong sampah.
Fed-up aku. Dari pagi tadi buat. Buruk bebeno kalau manual english tukar ke BM. Haizzz..
Kang aku muntah je atas manual ni abes citer!
Geram aihh!!
Mentang2 aku takde keje, keje ni korang bagi kat aku ye..
Xpeee.. Ada hari ada batas..
Aku nak bancuh air coklat jap.. nak hilangkan kelaparan yang melanda diri..
Monday, 10 June 2013
Hari Misteri
Assalamualaiku w.b.t.
Ce teka hari ni hari ape??
teka la..
hmm..
tak tau eh...
okay..
hari ni birthday saya yang ke 26..hihihi..
tua dah!! Rasa baru je semalam berebut basikal roda tiga dengan Nana.
Huhuhu....
Friday, 7 June 2013
Happy Birthday Mak!!!
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni, 7 Jun, hari lahir Mak saya yang tercinta.
Genap dah umur dia 49 tahun.. Hihi..
Pagi tadi call dia, happy jer dia bila kitorang wish birthday dia..
"Dekat nak masuk 50 daaahhhh..." katanya..
Tak kisah laahh.. 50 ke, 60 ke, janji Mak sihat.
So, di kesempatan ni, saya nak mintak tolong readers tolong doakan kesejahteraan Emak saya, dan sedekahkan Al-Fatihah untuk dia.
Sedekah Al-Fatihah bukan untuk orang meninggal je yer.. Untuk parent yang masih hidup pun boleh. Tiap-tiap malam saya sedekahkan Al-Fatihah untuk parent saya sebelum tidur. =)
Semoga Emak panjang umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, disayangi Abah (romantik memanjang), diampunkan dosa-dosa, dijauhkan fitnah dajjal, dilapangkan kubur dan disayangi Allah. Aminn...
Linda sayang Mak sangat-sangat!! Mmmmuuaaaahhh!!!! =)
Thursday, 6 June 2013
Insurans Baru; Kopak di Hari Jadi
Assalamualaikum w.b.t
Baru-baru ni, aku panas hati dengan Insurans Takaful Protect Plus yang aku ambik melalui direct marketing. Masa aku ambik tahun lepas, tak pikir panjang..Pikir nak murah dan mudah jer.. Ye la. RM45 je sebulan, janji aku ada insurans. Tu je aku pikir. Fadahal... Yang dia cover, memang tak membantu pun sebenarnya.. Aaah!! janji ada insurans..Hmmm..
Dah 3 kali aku hantar form ammend sebab Nama ayah aku (sebagai penama) dan nombor IC dia salah, so aku nak betulkan..Dah berjanggut aku tunggu, ingatkan akan dapat sijil yang baru dengan nama dan ic ayah aku yang dah dibetulkan, tapi....haraaammmm.. Buku lama jugak yang diorang post balik dekat aku. Masalahnya form ammend tu dah dua kali aku hantar. Borang first, aku silap isi, jadi dia hantar satu form lagi, suruh isi semula, aku isi. Pastu aku post bulan 2 aritu. Last week, sijil sampai, tapi!!! Sijil lama! Takde ammend ape2 pun. Pnaih dah ni!!
Pastu siap kasi surat yang mengatakan aku tak bagi form yang diorang nak untuk ammend kesalahan2 tersebut. WTH!! Aku fed-up dah. Isnin lepas aku call customer service dia. For your information kengkawan, kalau kita ambik insurans direct call ni, kita takde agent khas yang ditugaskan untuk jaga kita punya insurans k. Setiap kali call, kita akan dapat agent yang berlainan. So, kalau ada urusan yang berkaitan, ko kena explain satu-satu kat agent tu. Last Monday, aku dapat agent lelaki, biasa aku call dapat agent pompuan jer..
Aku pun explain la dan tanya pasai apa aku dapat sijil yang sama jugak? Berapa kali nak main post-post surat ni? Ingat aku suka ke nak pergi pejabat pos tu banyak kali?? Lepas tu dia kata aku tak hantar amendment form. Palotak dia.!! Takkan ko takde record yang ammend form baru aku tu tengah pending?? Nampak sangat ko pentingkan sales je kan?? Lepas sales, belakang kira. Pergi mampos la dengan customer yang tetiap bulan kena potong duit ni.
Tapi, Alhamdulillah, mungkin Allah nak bantu aku daripada ditipu oleh mereka2 yang tak bertanggungjawab ni. Aritu aku meyatakan ketidakpuasan service AIA AFG Takaful ni, then ada seorang kakak yang kerja dekat AIA tu nak tolong aku. Akak ni agent AIA macam aku jugak dulu, tapi aku buat half jer, sebab income aku tak masyuk sangat, jadi, aku blah cari kerja lain! Tapi akak ni positif orangnya.. Dia stay jugak sampai dah masyuk nampaknya sekarang ni.
Tadi akak tu inform kat aku, dia dah check dalam sistem, nama aku memang takder dalam sistem, tapi duit aku Maybank memang tolak tiap-tiap bulan. Senang nak paham, kalau tetiba esok aku mati katak ke, memang aku tak boleh claim la sebab nama aku takde dalam sistem.. Gitu la penerangan dia.. Tapi macam tak logik jugak, sebab aku ada No id aku dan setiap kali aku call customer service, dia akan tanya aku no id tu. Hmm.. mana satu nak percaya ni. Mungkin ada dalam sistem, tapi paham-paham je la kalau dah banyak tangan.. Aku pun dah tawar hati dah kat AFG ni. At least kalau dengan akak ni, aku dah kenal. Kalau ape-ape jadi, aku terjah je opis terus jumpe big boss aku, Encik Rizal.
Aku plan nak stop jer la..
Sekarang, aku dah kasi sijil dekak Kak Wa.
Dia akan tolong tanyakan macam mana nak stop.
Mungkin dapat duit balik ke camneee... Kalau tak dapat pun lantak la
Malas dah aku nak layan.
Insurans Takaful yang aku baru ambil dekat Kak Wa ni, aku kena bayar banyak sikit, tapi aku puas hati. Macam-macam dia cover including medical card sekali. Dan aku ambil jugak sekali untuk ayah aku. Ok la, pasni aku kena makan maggie je la..hahaha.. Takpun, kena cari keje yang lagi masyuk dari sekarang. InsyaAllah, moga urusan aku dipermudahkan Allah. Amin..
So, next month baru start payment. Tapi tadi aku dah bayar sikit untuk satu sub plan dia. So, in case ape-ape terjadi kat aku pasni, at least sedikit sebanyak dapat membantu. Tapi hopefully aku selamat la. Moga Allah lindungi kita daripada sebarang malapetaka yang tidak diingini.
p.s: Semalam dah kopak, beli baju kurung, shopping barang-barang nak renovate dapur. Jeles dowh tengok dapur baru Iqram Dinzly. Aku punya dapur daih bebeno ropenyer..Macam tongkang kena tsunami. Ni kalau mak aku tengok, mau pengsan kot. Hehehehe..
Pesanan penaja: Jangan sesekali accept insurance dari direct call sebab diorang pentingkan sales jer!! Tambah yang murah-murah ni. Diorang cover kalau ko meninggal jer! Jangan merasa la nak duit insurans time ko duduk sepital! Ingat, ko kena meninggal dulu baru dapat claim! Yang aku punya polisi tu lagi best. Aku kena dapat denggi dulu, pastu meninggal! Baru dapat claim! Hahaha.. lawak pulak aku dengar. Tu la, masa orang explain, tak mau dengar bebetul.. Idup-idup kena naya. Linda..Linda..
Bilakah Semua Ini Akan Berakhir??
Assalamualaikum w.b.t
Hari ni bos takder.. Pergi meeting dengan client.
Dekat Office tinggal kitorang bertiga jer..
Aku, receptionist and seorang graphic designer..
Engineers semua dah pergi site..
Masing-masing takder kerja..
Masing-masing layan movie, game dan FB..
Bosan dowh..
Opis korang ade cenggini??
Takde kann??
Sepanjang aku kerja kat sini, aku stress memanjang..
Orang lain stress sebab banyak kerja..
Tapi aku stress sebab takde kerja..Huhuhu..
Bila semua ni akan berakhir??
Aku pun tak tau..
Tapi yang pasti, aku akan cari kerja lain pasni..
Tengok la.. Lepas dapat bonus ker..
Huhuhuh....
Nak layan novel online jap..
Thanks for reading =) comment le weyh!
Hari ni bos takder.. Pergi meeting dengan client.
Dekat Office tinggal kitorang bertiga jer..
Aku, receptionist and seorang graphic designer..
Engineers semua dah pergi site..
Masing-masing takder kerja..
Masing-masing layan movie, game dan FB..
Bosan dowh..
Opis korang ade cenggini??
Takde kann??
Sepanjang aku kerja kat sini, aku stress memanjang..
Orang lain stress sebab banyak kerja..
Tapi aku stress sebab takde kerja..Huhuhu..
Bila semua ni akan berakhir??
Aku pun tak tau..
Tapi yang pasti, aku akan cari kerja lain pasni..
Tengok la.. Lepas dapat bonus ker..
Huhuhuh....
Nak layan novel online jap..
Tuesday, 4 June 2013
Cuti Esok!!
Esok aku cuti sebab TNB nak buat maintenance dekat area office aku ni..huhuhuu
Ape aku nak buat esok eh??
Ngeteh??
Mane??
Thanks for reading =) comment le weyh!
Ape aku nak buat esok eh??
Ngeteh??
Mane??
Musibah Selepas Menggedik & Release Migrain
Assalamualaikum w.b.t
Ni aku nak cerita pasai apa aku ngan Nana migrain tahap gaban selepas tergedik-gedik tengok concert Versus hari tu.. Aku rasa ini balasaaannnnn...Fadan Muka.!!
Al kisahnya begini....
Masa malam nak tengok concert tu, Nana dah pesan kat aku, dia kata tak payah bawak hand bag, nanti takut ada orang seluk.. Gitu yer.. Aku ni memang jenis tak reti nak pegang-pegang purse cenggitu jer, tambahan pulak purse aku gedabak. Nak masuk poket pun tak muat. Maka, aku pun ambil la casing letak handphone yang aku tak guna dah (comel, baldu warna hitam) untuk letak IC, lesen dan kad ATM aku temporary.
Nana pun takmau bawak purse dia, maka dia pun tumpang la letak IC dan lesen dia sekali dalam casing tu..
Duit memang aku tak bawak banyak sebab consert tu masuk free jer, lagipun kitorang dah makan siap-siap. Spare bawak dalam RM20 jer.. Pastu aku letak la dalam poket seluar... Lepas habis terkinja-kinja, balik rumahhh...
Aku ajak Nana singgah dekat 7Eleven sekejap sebab rasa haus giler plak. Lepas tu aku nyoping eskrem sebatang, air kotak milo 2 kotak, dan Kek Coklat yang ada marshmallow kat dalam dia tu.. Biasa la, selera jin! Tapi takde la aku hadap semua sekali malam tu... Lepas park kereta, terus balik rumah.. Penat tak hengat. Kaki rasa macam nak tercabut jer sebab berdiri sampai 3 jam.
Esoknya, disebabkan terlalu penat, pukul 2 petang baru aku bangun tido, mandi, siap-siap terus nak pergi makan. Lepas tu ingat nak shoping sikit dan Nana ajak pergi tengok wayang cerita 'BIKERS KENTAL'.
Masa nak keluar rumah tu, aku rasa macam tak sedap hati jer.. Rasa macam tak cukup sesuatu jer...
Lepas beberapa saat, baru aku teringat dekat casing baldu tu. Terus menggelabah cari sebab aku tak teringat langsung aku simpan dekat mana menatang casing tu. Lepas puas geledah, aku yakin yang casing tu takde dalam rumah. Confirm tercicir kat tengah jalan masa on da way nak balik rumah. Yang pasti, masa dekat 7E, ada lagi sebab lepas aku beli barang, then aku simpan duit baki dalam casing tu.
Aku panik dah. Terus je laju aku menapak ke tempat parking kereta. Nana pun risau jugak sebab Ic dan lesen dia pun ada dalam tu sekali. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam. Risau dowh.. Sekarang ni macam-macam benda orang boleh buat guna IC kita. Jangan main-main. Lagi satu, Kad ATM aku pun ada dalam tu!! Dah la aku punya kad tu jenis Debit Visa.. Abes la kalau diorang swap.. huhuhu. Gaji pun aku tak sempat rasmi lagi sebab baru masuk hari Jumaat tu..
Puas jugak la aku cari dekat area tempat parking kereta tu. Memang takde. Lepas tu aku tanya pulak dekat guard house kot-kot ada orang terjumpa dan bagi kat diorang ker... Tapi pakgad pakgad situ kata takdok..
Hmmm.. Dah takde harapan. Nampak gayanya kena gi buat report polis jugak la. Aku malas betul la nak buat baru balik bendalah-bendalah tu.. Terus takde mood nak makan. Perut yang dah kebulur dari tadi pun, terus senyap, tak berani berkeroncong!! Nana pun sama.
Kitorang pergi buat report dekat Balai Polis Bukit Jelutong. Punya la payah nak mencari!! Padahal dekat dengan restoran Nasi Kukus yang aku selalu lepak jer. Apasal tak nampak pun sebelum ni?? Aikk?? Tapi kedai Nasi Kukus tutup pulak hari Sabtu, kalau tak, boleh terus pergi soru.
Sampai dekat balai polis, kitorang pun buat resport.. Ceritakan apa yang terjadi, bla..bla..bla.. Disebabkan kitorang hilang lesen, maka kena bayar RM2 seorang untuk ambil lesen baru dekat JPJ. Dah, setel!!
Masa aku tengah buat report tu, aku curi-curi dengar aduan yang brader polis ni terima. Kes samun bermotosikal yang boleh dijadikan ikhtibar. Camni ceritanya:-
'Ada sorang mamat ni, dia naik motor. Lepas tu dia jumpa ada seorang lelaki India yang juga menaiki motor, mintak bantuan dari si mamat ni untuk tumpang tarikkan motor dia. Kejadian ni berlaku waktu malam kot dan dekat laluan motosikal. Si Mamat ni takde la syak ape-ape dan setuju nak tolong lelaki India ni atas dasar perikemanusiaan. Tetapi!! Bila diorang tiba nak lalu dekat satu terowong laluan motosikal ni, ada seorang lelaki India yang bersenjatakan parang dah menunggu. Rupa-rupanya lelaki India tu berkomplot dengan kawan dia untuk samun si Mamat ni.. si mamat ni pun dah tak boleh nak buat apa. Dia pun serah je la barang berharga yang ada pada dia macam dompet dan telefon bimbit. Kunci motorsikal dia pun diorang rampas. Tapi motor dia, diorang tak ambil pun. Tak cukup geng nak rembat motor tu kot. Nasib baik! Lepas tu diorang tinggalkan dia macam tu jer.. Hmmm...'
Macam-macam kes la sekarang ni..menakutkan betul. Sebab tu aku risau kalau balik rumah lambat-lambat ni. Bahaya. Jenayah sekarang ni tak kira tempat dah. Depan rumah kita pun diorang boleh samun lagi.
Oh, berbalik kepada topik asal...
Lepas habis buat report, aku dan Nana pergi bank depan rumah sebab Nana nak keluarkan duit. Aku tetiba dapat idea untuk transfer kan semua duit aku dalam akaun Nana guna maybak2u sebab takut nanti diorang guna. Lagipun aku guna nombor pin yang senang orang nak teka. lagi pulak Ic aku ada dalam casing tu sekali..Pandaaaaaii!! Pui!! Time ni migrain dah datang menjengah sebab mikir banyak sangat. Tetiba Abah call suruh aku block je kad ATM tu, abes cerita. Call je customer service number. Hehehehe.. Bijak kan bapak aku. Apasal la aku tak terpikir...
Lepas call 1-300-88-6688 (Maybank customer service number) aku pun disambungkan kepada operator yang bertugas. Operator tu pun tanya la beberapa soalan kat aku untuk memastikan yang aku adalah pemilik kad ATM tersebut yang sah. Setelah memastikan details yang aku bagi matching dengan record diorang, diorang pun block la kad ATM aku tu.. Maka, tamat la jasa beliau....
Dalam 5 minit lepas aku block kad ATM aku tu, tetiba brader polis Bukit Jelutong call aku, dia bagitaw ada orang jumpa casing aku tu dan mintak aku pick up kat balai. Orang yang jumpa casing tu pun nak jumpa aku untuk make sure kitorang adalah pemilik yang sah.Aku pun agree dan dengan pantas kitorang pergi balai.
*Masih belum makan lagi..Jam dah dekat pukul 6.30pm..
Sampai dekat balai, brader-brader polis dah sengih-sengih tengok kitorang. Case solved. Hehehe.. Pakcik yang jumpa casing kitorang tu cakap, dia jumpa casing tu masa dia on da way nak pergi pasaraya depan rumah aku tu, betul-betul dekat tempat aku parking kereta. Dia kata casing tu macam kena tutup dengan daun tapi bini dia nampak. Huhuhuu.. Jutaan terima kasih aku ucapkan dekat pakcik tu.Aku bersyukur sebab Tuhan permudahkan urusan aku. Kalau tak jumpa jugak, aku dah plan nak ambil cuti je hari Isnin sebab nak pergi setelkan urusan buat IC baru, lesen baru dan kad ATM baru. Haissshh..leceh betul la..
Berkali-kali
aku ucapkan terima kasih dekat pakcik tu dan jugak brader-brader polis. Sorry,
kitorang dah susahkan mengkeme-mengkeme semua..Huhuhu..Gila, migraine dah capai
tahai half dah masa ni.. Kes dah settle, tapi aku tak settle lagi. Aku nak transfer
duit aku sikit dekat akaun Nana sebab nak beli macam-macam. Gile, takkan nak
kebulur tunggu sampai Isnin?? Maka, aku tumpang online dekat office Nana.
Tablet lupa nak bawak pulak. Ada dekat rumah. Masa ni dah kebulur gila.
Lepas
dah transfer, kitorang pergi makan dekat restoran Pecal Lele Lela yang terletak
dekat je dengan office Nana, Seksyen 13. Ni 1st time aku makan kat
sini dan aku rasa restoran ni lawak gila. Tak kira la kita datang makan waktu
pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke, pekerja-pekerja dia tetap akan
sambut kedatangan ko dengan berkata “Selamat Dataaaannggggg!! Selamat
Paaaggiiiiii”. Aku macam, huh?? Diorang ni apasal?? Aku datang makan pukul
7petang kot!! Pagi kejadahnya??Nana rileks jer.. Aku dah nak tergelak.
Nana
cakap, ni trade mark dia. Memang staf-staf dia akan cakap selamat pagi
memanjang. Setiap kali customer masuk restoran ni, dia akan greets customer dengan
ucapan selamat pagi tu. Bila customer nak blah, diorang akan cakap “Terima
Kaaaasiiihhh.. Datanggg Laaagiii”. Haaa..gitu yerrrr..
Bagi
aku restoran ni bagus la.. Dia macam concern dengan setiap keluar masuk
customer dia. Maka, ko rasa dihargai sebagai pelanggan. Restoran dia pun best,
interior design cantik, dinding kaler hijau kuning, sejuk je mata.. Service pun
okay, not bad.
ijo kuning..macam bendera kedah je..xpun Brazil. Hehehe
Muka senyum walaupun lapo
Pantang nampak camera!!Huh!
Aku
order Ayam Kermes manakala Nana pulak order Lele Goreng Tepung. hajat hati nak tambah menu Sotong Goreng Tepung tapi takut lambat pulak sampai, mau sawan kebulur pulak aku kat situ..hehehe..Maka, sesi
membantai makanan pun bermula. Makan tak hengat donia. Lapar tahap gaban.
Tambah dengan perasaan lega dan senang hati dah jumpa balik Ic dan lesen walaupun
kad ATM dh kena block. Takpe, Hari Isnin semalam aku dah buat baru. Hehehehe..
Kermes dia sedap, sambal dia sedap, sup dia sedap, ayam dia sedap, semua sedap la!!
(mindset orang kebulur)
Ni Lele Goreng tepung Nana..
Nasi dah separuh lauk tak usik lagi..
Kalau aku, tengah kebulur, jangan harap nak order ikan, kang mau mati tercekik tulang. Huhuhu
Gelojoh la katakan..
Nak makan kat luar pun boleh...
Ni pulak sudut dimana kalau ada retis-retis singgah makan kat sini,
boleh la diorang sign, tangkap gambo, bla..bla.bla..
Yang penting aku nampak Awwiiee!! kat situ.
Ni pulak hadiah yang bakal menanti pengunjung setia restoran ni. Aku tak sure contest ape sebab aku sibuk melantak. Malas aku nak kesah.
Restoran Pecal Lele Lela ni kat tepi sekali, corner lot.
Kalau korang nak rasa kelainan, lepak santai-santai dengan family, boleh lepak sini.
Next time aku nak pergi lagi. Huhuhu..
Lepas habis soru, Nana ajak aku pergi tengok wayang. Aku mula-mula malas dah nak pergi sebab kepala aku dah migrain. Ni gara-gara lambat makan, panik hilang kad ATM, dan pening tidur lambat, dan pakai contact lense lebih masa. Selalu limit aku 4 jam jer. Lepas 4 jam, confirm sakit kepala.. Aku terpikir, kang kalau aku gelak-gelak tak hengat kang, confirm lagi migrain. Tapi sebab Nana beriya ajak, lagipun dia nak belanja, aku follow la jugak. Nasib baik la Space U8 tu belakang rumah jer. Kalau jauh, memang malas dah.
Sampai kat Space U8, check tiket dulu, nasib baik ada pukul 10.50pm.. Hmm.. Ada lagi dalam sejam lebih.
Jadi, aku lepak-lepak dulu dekat bawah (MBO dekat tingkat 3), masuk kedai-kedai serbaneka, beli scrudriver dan gunting pastu lepak depan air pancut sambil tengok orang kemaskan pentas concert Versus.
Stage Versus untuk dibarai.. Masa ni Space U8 dah kosong. Semua kedai dah tutup.
Sesiapa yang tak suka shopping mall yang crowded, boleh la datang sini. Tapi kedai memang tak banyak.
Kalau nak tengok wayang okay la.
Filem Bikers Kental yang aku nak tengok ni pun ada beberapa ketul orang jer yang nak tengok.
Ye la, dah beberapa hari keluar.. baru nak tengok. 1st day mesti ramai.
masuk wayang , aku senyap jer sebab aku nak cool down kan dulu migrain aku
Start je citer sampai abes, migrain hilang walaupun aku gelak macam hape jer... Huhuhu
Best dowh citer ni. Nak tengok lagi la..
Tunggu VCD keluar!!
Zizang selekeh dowh dalam ni..huhuhu
tapi aku tetap peminat no 100 beliau..hehehe
Apok ngan anok berlakun..
Lusa keluar.
Sape nak join??
Okay la, penat dah membebel.. Aku nak makan kerepek pisang jap..huhuhuhu..
Subscribe to:
Posts (Atom)