Assalamualaikum w.b.t
Siapa tak kenal jerawat??
Meh sini nak lempang!!
Hahaha..
Aku percaya semua orang benci
jerawat.Kira jerawat ni macam musuh utama la kepada kulit.
Punca-punca kulit berjerawat
ni ada banyak.. Antaranya ialah:
1) Hormon
Selalunya terjadi kepada
remaja yang baru akhil baligh sebab berlakunya perubahan hormon dalam badan
diorang. Selalunya jerawat cenggini kalau tak jaga, boleh menyebabkan jerawat
tumbuh dengan bayak pada wajah sehingga meninggalkan parut macam kawah bulan.
Hehe..
Jerawat ni 'jahat' bagi aku
sebab dia boleh meninggalkan parut kekal sampai tua especially bagi budak-budak
lelaki yang kita maklum, paling malas nak ambil tau pasal wajah.. Girl okay
lagi sebab sebelum matured lagi dah concern dengan kecantikan kulit mereka.
Eh??ye ke?? Hehehe
Selain remaja, jerawat yang
tumbuh disebabkan hormon ni jugak selalu muncul pada wanita-wanita yang sedang
atau sebelum datang haid. Ini menurut pengalaman aku sendiri dan wanita-wanita
yang ada disekeliling aku la..Hehehe.. Aku sendiri, kalau lagi dua tiga hari
nak period, mesti akan tumbuh jerawat tapi tah hape-hape la jerawat ni. Suka
tumbuh merata-rata tempat. Orang lain tumbuh kat pipi ke, dagu ke, dahi ke.. ni
tak. Jerawat aku ngada-ngada sikit. Dia tumbuh dalam hidung, dalam telinga, kat
kulit kepala, kat pelipat tangan, kat ketiak dan yang paling tak bleh blah, kat
kaki dan bla..bla..bla.. Apasal dia tak tumbuh kat muka?? Pelik aku.
Tiap-tiap bulan aku risau
memikirkan kat mana dia nak tumbuh. Bulan lepas dan dua bulan lepas, aku
terpaksa pergi klinik sebab dia tumbuh dalam telinga. Cet!!
macam ku kenal minah ni...tapi di mana ya??
senget!
2) Resdung
Huissh... Resdung ni bahaya
tau.. Setiap orang ada resdung, beza kuat atau tak jer.. Macam aku pun, aku ada
resdung tapi takde la sampai nak kena buat rawatan resdung bagai..
Alhamdulillah, setakat ni boleh kawal lagi. Cuma kena control sikit dengan
makanan seafood dan habuk.
Jerawat yang disebabkan
resdung ni memang susah nak dirawat dan selalunya menyebabkan kulit muka yang
ditumbuhi jerawat kemerah-merahan dan selalu luka-luka. Ada beberapa orang
kawan-kawan aku yang dijangkiti jerawat resdung ni dan kebanyakan dari mereka
sanggup menghabiskan duit yang banyak untuk merawat masalah jerawat dan resdung
mereka tapi kebanyakannya tidak berhasil. Kesian aku tengok. Muka diorang
comel-comel jer, tapi disebabkan jerawat tu, dah merosakkan kulit dan wajah
mereka. Degil betul jerawat ni!!
Mintak-mintak la resdung aku
tak teruk. Dah la muka tak berapa nak comel, kang kalau ada jerawat plak, tak
kawen la jawabnya..huhuhu..(bengong!!)
3) Produk Kecantikan yang
Tidak Sesuai Dengan Kulit Wajah.
Ni pernah terjadi dekat aku.
Masa tu aku study lagi kat UiTM Jengka. Biasa la, bila tengok kawan-kawan yang
ada kulit cantik, mula la nak risik-risik dia pakai produk ape.. Lepas tu aku
pun beli produk yang sama dan apply pada kulit aku yang comot tu.. Disebabkan
tak sesuai dengan kulit muka aku, bukan bertambah cantik.. bayang-bayang glow
in the dark pun takde.. Makin comot ade la!! Penuh jerawat tumbuh dekat dahi
aku. Jerawat yang kecik-kecik tu.. Kalau aku tangkap gambar, confirm nampak
walaupun dah ditepek dengan seinci bedak.
Lepas aku stop, aku pakai
balik produk asal yang aku pakai.. then, okay balik..huhuhu.. Masa tu pakai
Safi jerr.. Nampak no kulit aku sesuai pakai produk murahan jer.. Jimat duit
aku..huhuhu.. So, takyah gatai-gatai nak ikut orang lagi.. Diorang pakai
sesuai, aku pakai jadi selekeh terus..huhu..tobat dah.. hahaha..
4) Make-up
Haaaaa.. ni pun sama macam
point kat atas. Tapi make-up ni bukan untuk mencuci kulit tapi digunakan untuk
menconteng kulit. hehehe..
Pernah jugak terjadi pada
aku.. (ceh!semua pernah!!)
Masa tu aku study jugak dekat
UiTM (masa study banyak duit, beli make-up! tak gune!).. Masa ni la nak melawa
pergi kelas. Habis, dah semua kengkawan make-up, takkan aku nak tepek bedak
ketiak je dekat muka kot.. Nak la jugak bedak tepek-tepek dengan sponge,
blusher, liptip, maskarotun, dan eyeshadow..Bajet cantik je! Dah macam badut. Puuiihh!!
Kejadahnya nak make-up bagai.. Aku bukan budak OM (office management) pun.
Diorang lain la, appearance diorang dapat point. Aku budak CS (computer
science) je.. Belengas..
Paham-paham je la, study kat
U.. Disebabkan aku stay kat kolej, maka aku pergi kelas jalan kaki. Pagi okay
lagi.. Tu pun kalau sampai kat kelas, ketiak dah lenjun. Masa ni, boleh tau
siapa yang tak pakai odorono (deodoran) hahaha.. Lepas tu tukar kelas pulak,
jalan kaki lagi... Tu tak masuk panjat tangga pergi bilik lecturer bagai..
Percayalah, di saat aku sampai di bilik kolej, muka aku akan berlinang dengan
minyak dan ia sangat laaaa.. eeiiii... dah macam opera cina dah. Tu pun kalau
make-up tu ada lagi la..
Untuk pengetahuan korang,
muka aku kuat berpeluh. Bayangkan peluh + minyak..EEiiyuuuu..
Tu pun bangsa malas lagi nak
cuci muka... Lepak-lepak dulu...pastu baru mandi atau cuci muka nak
sembahyang.. pastu tepek balik make-up untuk pergi kelas sesi petang pulak..
Boleh bayangkan den jalan tongah-tongah panaeh nak pergi kelas.. Oh gigihnya
menuntut ilmu..puuii!!
Tak bernafas kulit aku..
Nasib baik aku cepat perasan
perubahan pada kulit aku. Dia jadi merah-merah dan berjerawat sikit. Lagi satu
kulit aku macam sensitif sikit kalau kena bahan-bahan kimia ni.. Last-last aku
malas dah nak make-up bagai.. Pakai sun block, bedak dan lip gloss jer.. Patut
takde boyfriend masa kat U dulu..selekeh!! Ah, lantak la..
Lagi satu, masa aku aktif
teater kat U dulu, aku memang selalu kena tadah muka untuk dimake-up kan oleh
make-up retis yang tak bertauliah ni yang terdiri dari student-student lembut
yang rajin no main make-up.. Paling aku tak boleh lupa bila diorang make-up
muka aku jadi setan sebab masa tu aku berlakon bawak watak setan.
Ish..Ish..Ish.. Make-up ape ntah diorang pakai! Susah gila nak tanggal. Dekat
nak habis sebotol minyak baby Jonson tu aku tenyeh kat muka aku. Sampai esok
pagi still ada lagi sebab aku penat sangat dah nak bersihkan make-up tu.. Jadi,
aku cuci muka ala kadar je, terus tido. Esok baru aku sambung balik cuci..Hehehe..
Gila pemalas! Dua tiga hari lepas tu, jerawat tumbuh.. Tapi takde la merebak..
Nasib baik.. Aku rasa make-up diorang tak bersih la.. Ye la, main kongsi-kongsi
jer.. Eiii yukkss!!
Next teater, aku pakai
make-up aku sendiri jer.. Pegang watak orang gaji je pun.. Motif nak make-up
bagai???!!!
oh! banyaknya setan??!!
tetiba rindu zaman ini! hahaha
5) Kulit Berminyak
Dah tau jenis kulit
berminyak, rajin-rajin la sikit basuh muka tu dengan pencuci muka yang ada
function oil control.. Rasa segar je lepas cuci muka tu.. Baru la takde
pori-pori yang tersumbat dengan minyak yang akhirnya mengakibatkan jerawat.
Sebab tu orang yang rajin
sembahyang, kulit diorang cantik jer.. Cuba peratikan.. Berkat air wuduk yang
diambil secara tak langsung mencuci kotoran yang ada di wajah dan juga mencuci
dosa. Huhuhu..
Bukan aku nak cakap orang yang muka banyak jerawat tu malas sembahyang pulak. Jangan nak pusing auta eh!Maksud aku air sembahyang tu salah satu cara untuk mencuci muka bagi mengelakkan minyak atau kotoran tersumbat di ruang pori-pori yang menyebabkan terjadinya jerawat...huhuhu
7) Jari/Tangan Korang Sendiri
Ni mak aku yang cakap. Nak tau tak nape?? Haaa.. meh nak habaq maii..
Sape sini suka kutil(garu/cungkil) jerawat
macam aku?? hahaha
Tau tak bila kita kutil
jerawat tu, kuman yang ada kat jari kita tu akan menjangkiti pulak bahagian
kulit yang lain.. Pandai mak aku kan?? Ni petua orang dulu-dulu katanya..
Pandai kan orang dulu-dulu?? Padahal Mak pun kena marah dengan Opah masa dia
muda-muda dulu sebab dia kutil jerawat. Habis jerawat satu muka. Boring
katanya...so, sambil menung-menung tu, dia kutil la jerawat..Hahaha..Boleh??
Skarang, Mak pulak marah
aku..hehehe.. Kalau aku kutil jerawat depan Mak aku, kompom tangan aku kena
pukul tanpa sebarang amaran diikuti bebelan yang berpanjangan. Hehehe..
Tapi masa aku kat U, (U
lagiiiii)... takde sape pun nak pukul tangan aku dan takde sape pun nak
leterkan aku.. Jadi, aku gunakan peluang untuk kutil jerawat dengan
sebaiknya..Nikmat dowh.. Pastu tak sedar jerawat dah banyak kat dahi.. Balik
cuti sem, kena tadah telinga sambil tangan garu-garu kulit kepala.. (gian nak
kutil jerawat tapi takut Mak nampak).. Berkat bebelan Mak aku,
Alhamdulillah..jerawat aku makin sikit dan sampai sekarang tak berani nak
tumbuh dah. Kalau ada pun, aku buat tak layan jer..
Mak cakap, kalau kita kutil
jerawat batu atau jerawat yang ada 'nasi' tu, parut dia akan tinggal kat muka
dan lambat hilang dan sememangnya betul cakap mak. Susah tol nak hilang..
Tangan kita pun sebenarnya
banyak habuk atau kuman yang kita tak nampak. Selalulah basuh tangan dengan
sabun antibakteria. Kalau malas, jangan pegang muka direct dengan tangan. Gunakan
tisu ke, sapu tangan ke.. Janji bersih. Awas, kuman ada di mana-mana..hehehe
Bayak lagi punca-punca
terjadinya jerawat ni. Apa yang aku listkan kat sini ialah berdasarkan apa yang
aku tahu dan dari pengalaman aku sendiri. korang pun mesti tau kan??
Okay kali ni aku nak share
satu petua turun temurun yang diamalkan oleh keturunan sebelah bapak aku untuk
elakkan kulit muka menjadi port jerawat datang singgah melepak..Hehehe..
Petua ni rahsia keluarga tapi
aku share kan just sekadar tips yang boleh digunapakai.. Terpulang la nak
percaya ke idokk..huhuhuhu
Tapi ni untuk bacaan kaum
hawa jer yerr.. kalau rasa-rasa korang lelaki, ada halkum, pergi main
jauh-jauh.. Kalau pondan, baca je la.. aku izinkan..hahaha
Camni.. menurut Mak aku, Opah
aku sebelah Abah, ada bagi tips camne nak kulit licin tanpa jerawat. Tapi mak
tak boleh nak 'buat' dah sebab dah terlebih tempoh berkesan. Hahaha..
Opah kata tips ni adalah
untuk anak-anak perempuan yang baru akhil baligh means hari first dia datang
period, dia kena 'buat' camni..
Masa first period, selalunya
kita tak sedar pun kita dah datang period kan?? Jadi, selalunya darah haid tu
akan terkena pada pakaian kita. Jadi, Opah cakap, ambil pakaian tu
(spender,seluar atau kain yang kena darah haid), basuh sampai cuci tanpa
menggunakan sebarang jenis bahan pencuci, then sapu dekat wajah..sambil tu niat
la supaya kulit cantik, licin tanpa jerawat.. Jangan tenyeh pulak.. Lap-lap
jer.. Pastu tunggu dalam beberapa minit, basuh muka dengan air bersih..
Aku tak tau la mane punya
petua la opah aku dapat.. mungkin mak dia turunkan kat dia kot.. Eh! Opah aku
anak yatim.. huhuhu.. Makcik dia kot..
but it works!! (maybe~~)
sebab aku tengok aunty2 aku semua kulit licin-licin jer.. Tapi pokcik-pokcik
aku semua ada kawah bulan termasuk Abah..yelaa.. diorang tak cukup
syarat..hehehe..
Dan yang lebih menguatkan
andaian aku ialah cousins aku semuanya kulit licin even kulit hitam manis pun..
Adakah tips Opah ni jugak diturunkan kat depa??Hehehe...
Tak tau la kot-kot diorang
memang betul-betul menjaga kulit diorang dengan menjaga kebersihan dan
mengamalkan petua-peua lain ker.. Tapi family sebelah Mak aku bersepah yang ada
jerawat termasuk semua makcik2 aku..ahaha
Korang rasa-rasa aku pernah
buat tak tips Opah aku ni?? hehehe
zaman belengas masa kat uitm dulu
nak derma darah tapi tak lepas.Poyo je lebih!
k, next entry plak..
muka berminyak boleh buat goreng lempeng.. iya.. like me haha.. tapi sekarang tak lagi.. any tips boleh lawat kat page saya http://inavitamin.blogspot.com/
ReplyDeleteMuka saya pun jenis kulit berminyak..sekarang dah terhapus minyak..thanks for sharing d info..
ReplyDeletehuhu.. kdg2 jerawat ni blh buat kite down.. kurang keyakinan diri.. Jom Klik Cara Atasi Jerawat.. Banyak yang boleh dikongsi
ReplyDelete