Monday, 3 June 2013

Bila Aku Ke Konsert Versus 2 (Batak)

Assalamualaikum..

Jumaat lepas, aku kena temankan Nana tengok konsert Versus kat Space U8, belakang rumah aku jer..
Ni Konsert Final. Kalau tak sebab si Nana ugut nak pergi sorang-sorang, memang tak sior teman nak nemannyer... Aku bukan ape, aku just tak suka tempat yang crowded, berhimpit-himpit, terkinja-kinja dan yang pasti, bau bangla macam mekar di taman gitu...

Aku bukan nak cakap aku baik, tak pergi konsert-konsert ni bagai.. Bukan ye! Cuma aku tak suka tempat-tempat macam ni.. Tak sesuai dengan jiwa aku. Entah la, mungkin sebab dah tua kot.. Aku lebih suka pergi tempat yang tenang, boleh lepak-lepak sambil tengok ikan berenang, boleh tengok gelagat orang, tapi dalam suasana yang tenang.. Konsert-konsert ni dah lama aku tinggalkan.. Dulu memang aku suka, tapi sekarang dah slow down dah.. Aku sekarang lebih santai...

Disebabkan kebiasaanya konsert versus ni habis pun dekat pukul 12 malam, maka aku tak benarkan Nana pergi sorang-sorang. Pakwe dia pun takde, balik kampung. So, dia tengok kat TV9 je laaa... Jadi, aku temankan dia.

Gerak dari rumah aku yang terletak dekat area TTDI dekat pukul 9 malam. Masa tu dah ramai orang dekat Space U8. Parking toksah cakap la.. Berapa kali pusing kat basement, baru dapat. Tapi nasib baik dekat dengan tangga. Naik je tangga, terus sampai dekat stage.

Dalam pukul 9.30 gitu, start la konsertnya.. Yang tak best tu.....

Aku ni penyokong tegar band Manifesto tapi duduk dekat area-area fan Kyoto Protocol. Hampeh. Ni semua Nana punya pasal sebab dia penyokong Kyoto Protocol. Malas nak berpecah, aku redha jer.. Si Nana siap beramah mesra bagai dengan mak si Fuad (vocalist Kyoto Protocol).Cett!! Pastu siap bagi aku flag Kyoto Protocol untuk dikibar-kibarkan. Memang taaaakkkkk laaaaa... Sampai koyak flag tu aku kerjakan, pastu aku campak merata jer.. Kena pijak-pijak jer.. Huhuhuhu..

Nak pergi dekat fan Manifesto, dah macam crowded sangat dah. Maka, kitorang pun stay je la kat situ..

Bila konsert start, maka start la orang terkinja-kinja, annoying giler.. Ada 2 orang budak perempuan depan aku, comel la jugak, kembar kot.. Terlompat-lompat sampai beberapa kali la jugak pijak kaki aku.. Tapi aku cuba bersikap sporting dengan memberikan senyuman yang paling plastik terhadap mereka bila mereka toleh ke belakang. Chill la bradeerrrr..Bak kata tajuk lagu Estrange.. Chill Korak mu!!

Part yang paling sadis sekali ialah bila band Oh Chenta Ku baling T-Shirt diorang ke arah betul-betul atas kepala aku. Ape lagi, walaupun aku dapat sambut, tapi tetap kena rampas dengan budak-budak lelaki kat belakang aku yang gila fanatic dengan band ni.. Bila bergasak-gasak tu, ape lagi, mula la diorang rempuh jer orang depan-depan ni. Pastu, cam bangga plak dapat T-Shirt rampas kat tangan orang. Podah!! Aku ingat kalau aku dapat T-Shirt tu, aku nak baling balik kat pentas. Sape suruh baling kat aku. Huhuhu.. Padan muka, band kesayangan korang kalah!! Tak masuk battle pun. Uweeekkkk!!!

First round, diorang kasi tunjuk peratusan undi untuk setiap band. Undian teratas adalah milik Kyoto Protocol, ke dua, Estrange, ketiga OCK kalau tak silap, then, keempat Manifesto!! Aku dah tak sedap ati.. Tak bleh jadi ni.. Kena undi ni.. Sakit ati pulak tengok fan Kyoto Protocol jerit-jerit kat telinga aku. Memekak jer.. Ada sorang tu, muka sebijik Bangla. Tapi fasih berbahasa Melayu. Macam-macam la dia merepek dekat belakang aku. Macam Syial!! Aku rasa dia nampak aku vote untuk Manifesto kot, tu yang dia lagi memekak jerit-jerit dekat telinga aku tu. Mulut dah la bau longkang. Lagi sorang, kawan dia, Bangla jugak, diam jer.. Dia yang over. Bahab!...

Dan pada malam itu, dengan senyap-senyap aku telah mengundi Manifesto sebanyak 70 kali. Sekali undi, aku hantar 5 terus. Sampai habis kredit aku, terus dah tak boleh undi dah.. Huhuhu.. Kalau ada lagi, akan kuundi sampai habis-habisan. Manifesto punya pasal, aku sanggup!! Nana bengang jer Kyoto kalah..Kahkahkah.. Ko geng la dengan Bangla belakang ko tu... 

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

 ni topup dah habis.. padahal, time ni Batle penting antara Manifesto dan Kyoto.. Cehh!! Tambah pulak dengan line Celcom yang cam h****..

Gigih..nunjuk yang ko ngundi!!
Suke ati la!
Aku PUAS sebab aku jaki dengan fans Kyoto Protocol..Wahahaha..

Tapi dalam duk tengah-tengah layang konsert tu, adalah beberapa mangkuk hayun yang menari kat tengah-tengah kandang tu sampai tolak-tolak orang. Memang ganas la. Macam dah tak sedar diri jer aku tengok. Nak je aku hempuk sorang-sorang. Menari pulak kalau sopan macam joget lambak dekat kenduri-kenduri kahwin tu takpe la jugak, ni tak, macam orang mabuk. Sepak terajang orang. Securiti guard tak buat ape pun. Patut nye halau jer, dah macam orang gila aku tengok. Aku tak suka la camni. Diorang tak respect penonton lain. Diorang buat kandang tu macam kandang bapak diorang punya. Ni bukan konsert Black Metal hokeyhhh.. Behave sikit. Malu aku dengan Mat-mat saleh yang ada tengok sekali. Diorang pun sopan je aku tengok. Dari awal, sampai akhir, gigih pegang sepanduk Kyoto Protocol. 

Semalam aku tengok balik video concert tu dalam youtube, memang abang cameraman tu pandai giler cover. Tak nampak pun puak-puak bangang ni buat hal. Padahal, dah macam ribut kat tengah-tengah kandang tu. Dalam TV nampak macam aman jer..nampak macam behave jer.. Fadahaaallllll........!!

Ni pengalaman baru aku la pergi konsert cenggini.. Memang tobat taknak pergi dah kalau lagu ni la caranya. Baik aku duduk dekat rumah, tengok dekat TV je lagi bagus. Dekat concert ni memang la live, sound system best, dapat tengok retis bagai.. tapii... 3 jam aku nak tunggu sampai habis tu, hazaaabbb..

Nasib baik ada XPDC malam tu. Memang sentimental la bila Mael dan XPDC buat show malam tu. Rindu gile zaman sekolah menengah dulu sebab masa tu aku tengah gilakan lagu-lagu XPDC. 

Masa Manifesto diumumkan dapat masuk pusingan Battle, aku dah excited gila. Masa ni aku tepuk tangan jer, sebab nak cover.. Kan aku duduk dekat dengan fan Kyoto..Kang kena belasah pulak. Sekali, Kyoto pun dapat masuk Battle. Part yang paling best tu, bila si Aidid dan Hunny umumkan juara Versus 2 ialah Manifesto, aku dah tak fedulik, terus lompat sambil tepuk tangan kuat-kuat bagi Bangla belakang aku tu bengang!! Wakakaka.. Fadan muka kau!!!

Lepas semua blah dengan kecewanya, aku terus pergi depan sebab nak ambil gambar Tomok dan Manifesto.. Dekat depan, dekat area-area banner tu, bau masam semacam. Ni mesti bau peluh-peluh orang yang melekat dekat banner tu. Nasib baik aku tak duduk depan. Kalau tak, kompom aku muntah ijo kat situ. Aku tak ambil gambar banyak sangat malam tu sebab enpon aku tak canggih.. Ada pun, malap.. Haii..bila la nak merasa pakai DSLR... Haip!! 

 Ni aku suruh Nana tangkap,  Cett!! Kyoto!!


Ni Manifesto masa bergelar Juara...Tomok kiri sekali..
Kan aku dah cakap..kamera aku malap...huhuhu
Tahniah Manifesto!!!



 Sesi meraikan kemenangan


Konfrontasi Terakhir.. 
Aku suka Manifesto buat balik lagu ni.. 
Arrangement music dia best... 
Terbaekkk
You deserved it.. RM200,000.00 yaawww..
Aryaannnnnn.....!!


Balik dari konsert, berlaku kejadian yang telah membuatkan aku dan Nana migrain mengejut. Nanti aku cerita kendian...













Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment