Assalamualaikum w.b.t
Ni aku nak cerita pasai apa aku ngan Nana migrain tahap gaban selepas tergedik-gedik tengok concert Versus hari tu.. Aku rasa ini balasaaannnnn...Fadan Muka.!!
Al kisahnya begini....
Masa malam nak tengok concert tu, Nana dah pesan kat aku, dia kata tak payah bawak hand bag, nanti takut ada orang seluk.. Gitu yer.. Aku ni memang jenis tak reti nak pegang-pegang purse cenggitu jer, tambahan pulak purse aku gedabak. Nak masuk poket pun tak muat. Maka, aku pun ambil la casing letak handphone yang aku tak guna dah (comel, baldu warna hitam) untuk letak IC, lesen dan kad ATM aku temporary.
Nana pun takmau bawak purse dia, maka dia pun tumpang la letak IC dan lesen dia sekali dalam casing tu..
Duit memang aku tak bawak banyak sebab consert tu masuk free jer, lagipun kitorang dah makan siap-siap. Spare bawak dalam RM20 jer.. Pastu aku letak la dalam poket seluar... Lepas habis terkinja-kinja, balik rumahhh...
Aku ajak Nana singgah dekat 7Eleven sekejap sebab rasa haus giler plak. Lepas tu aku nyoping eskrem sebatang, air kotak milo 2 kotak, dan Kek Coklat yang ada marshmallow kat dalam dia tu.. Biasa la, selera jin! Tapi takde la aku hadap semua sekali malam tu... Lepas park kereta, terus balik rumah.. Penat tak hengat. Kaki rasa macam nak tercabut jer sebab berdiri sampai 3 jam.
Esoknya, disebabkan terlalu penat, pukul 2 petang baru aku bangun tido, mandi, siap-siap terus nak pergi makan. Lepas tu ingat nak shoping sikit dan Nana ajak pergi tengok wayang cerita 'BIKERS KENTAL'.
Masa nak keluar rumah tu, aku rasa macam tak sedap hati jer.. Rasa macam tak cukup sesuatu jer...
Lepas beberapa saat, baru aku teringat dekat casing baldu tu. Terus menggelabah cari sebab aku tak teringat langsung aku simpan dekat mana menatang casing tu. Lepas puas geledah, aku yakin yang casing tu takde dalam rumah. Confirm tercicir kat tengah jalan masa on da way nak balik rumah. Yang pasti, masa dekat 7E, ada lagi sebab lepas aku beli barang, then aku simpan duit baki dalam casing tu.
Aku panik dah. Terus je laju aku menapak ke tempat parking kereta. Nana pun risau jugak sebab Ic dan lesen dia pun ada dalam tu sekali. Dalam kepala aku dah fikir macam-macam. Risau dowh.. Sekarang ni macam-macam benda orang boleh buat guna IC kita. Jangan main-main. Lagi satu, Kad ATM aku pun ada dalam tu!! Dah la aku punya kad tu jenis Debit Visa.. Abes la kalau diorang swap.. huhuhu. Gaji pun aku tak sempat rasmi lagi sebab baru masuk hari Jumaat tu..
Puas jugak la aku cari dekat area tempat parking kereta tu. Memang takde. Lepas tu aku tanya pulak dekat guard house kot-kot ada orang terjumpa dan bagi kat diorang ker... Tapi pakgad pakgad situ kata takdok..
Hmmm.. Dah takde harapan. Nampak gayanya kena gi buat report polis jugak la. Aku malas betul la nak buat baru balik bendalah-bendalah tu.. Terus takde mood nak makan. Perut yang dah kebulur dari tadi pun, terus senyap, tak berani berkeroncong!! Nana pun sama.
Kitorang pergi buat report dekat Balai Polis Bukit Jelutong. Punya la payah nak mencari!! Padahal dekat dengan restoran Nasi Kukus yang aku selalu lepak jer. Apasal tak nampak pun sebelum ni?? Aikk?? Tapi kedai Nasi Kukus tutup pulak hari Sabtu, kalau tak, boleh terus pergi soru.
Sampai dekat balai polis, kitorang pun buat resport.. Ceritakan apa yang terjadi, bla..bla..bla.. Disebabkan kitorang hilang lesen, maka kena bayar RM2 seorang untuk ambil lesen baru dekat JPJ. Dah, setel!!
Masa aku tengah buat report tu, aku curi-curi dengar aduan yang brader polis ni terima. Kes samun bermotosikal yang boleh dijadikan ikhtibar. Camni ceritanya:-
'Ada sorang mamat ni, dia naik motor. Lepas tu dia jumpa ada seorang lelaki India yang juga menaiki motor, mintak bantuan dari si mamat ni untuk tumpang tarikkan motor dia. Kejadian ni berlaku waktu malam kot dan dekat laluan motosikal. Si Mamat ni takde la syak ape-ape dan setuju nak tolong lelaki India ni atas dasar perikemanusiaan. Tetapi!! Bila diorang tiba nak lalu dekat satu terowong laluan motosikal ni, ada seorang lelaki India yang bersenjatakan parang dah menunggu. Rupa-rupanya lelaki India tu berkomplot dengan kawan dia untuk samun si Mamat ni.. si mamat ni pun dah tak boleh nak buat apa. Dia pun serah je la barang berharga yang ada pada dia macam dompet dan telefon bimbit. Kunci motorsikal dia pun diorang rampas. Tapi motor dia, diorang tak ambil pun. Tak cukup geng nak rembat motor tu kot. Nasib baik! Lepas tu diorang tinggalkan dia macam tu jer.. Hmmm...'
Macam-macam kes la sekarang ni..menakutkan betul. Sebab tu aku risau kalau balik rumah lambat-lambat ni. Bahaya. Jenayah sekarang ni tak kira tempat dah. Depan rumah kita pun diorang boleh samun lagi.
Oh, berbalik kepada topik asal...
Lepas habis buat report, aku dan Nana pergi bank depan rumah sebab Nana nak keluarkan duit. Aku tetiba dapat idea untuk transfer kan semua duit aku dalam akaun Nana guna maybak2u sebab takut nanti diorang guna. Lagipun aku guna nombor pin yang senang orang nak teka. lagi pulak Ic aku ada dalam casing tu sekali..Pandaaaaaii!! Pui!! Time ni migrain dah datang menjengah sebab mikir banyak sangat. Tetiba Abah call suruh aku block je kad ATM tu, abes cerita. Call je customer service number. Hehehehe.. Bijak kan bapak aku. Apasal la aku tak terpikir...
Lepas call 1-300-88-6688 (Maybank customer service number) aku pun disambungkan kepada operator yang bertugas. Operator tu pun tanya la beberapa soalan kat aku untuk memastikan yang aku adalah pemilik kad ATM tersebut yang sah. Setelah memastikan details yang aku bagi matching dengan record diorang, diorang pun block la kad ATM aku tu.. Maka, tamat la jasa beliau....
Dalam 5 minit lepas aku block kad ATM aku tu, tetiba brader polis Bukit Jelutong call aku, dia bagitaw ada orang jumpa casing aku tu dan mintak aku pick up kat balai. Orang yang jumpa casing tu pun nak jumpa aku untuk make sure kitorang adalah pemilik yang sah.Aku pun agree dan dengan pantas kitorang pergi balai.
*Masih belum makan lagi..Jam dah dekat pukul 6.30pm..
Sampai dekat balai, brader-brader polis dah sengih-sengih tengok kitorang. Case solved. Hehehe.. Pakcik yang jumpa casing kitorang tu cakap, dia jumpa casing tu masa dia on da way nak pergi pasaraya depan rumah aku tu, betul-betul dekat tempat aku parking kereta. Dia kata casing tu macam kena tutup dengan daun tapi bini dia nampak. Huhuhuu.. Jutaan terima kasih aku ucapkan dekat pakcik tu.Aku bersyukur sebab Tuhan permudahkan urusan aku. Kalau tak jumpa jugak, aku dah plan nak ambil cuti je hari Isnin sebab nak pergi setelkan urusan buat IC baru, lesen baru dan kad ATM baru. Haissshh..leceh betul la..
Berkali-kali
aku ucapkan terima kasih dekat pakcik tu dan jugak brader-brader polis. Sorry,
kitorang dah susahkan mengkeme-mengkeme semua..Huhuhu..Gila, migraine dah capai
tahai half dah masa ni.. Kes dah settle, tapi aku tak settle lagi. Aku nak transfer
duit aku sikit dekat akaun Nana sebab nak beli macam-macam. Gile, takkan nak
kebulur tunggu sampai Isnin?? Maka, aku tumpang online dekat office Nana.
Tablet lupa nak bawak pulak. Ada dekat rumah. Masa ni dah kebulur gila.
Lepas
dah transfer, kitorang pergi makan dekat restoran Pecal Lele Lela yang terletak
dekat je dengan office Nana, Seksyen 13. Ni 1st time aku makan kat
sini dan aku rasa restoran ni lawak gila. Tak kira la kita datang makan waktu
pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam ke, pekerja-pekerja dia tetap akan
sambut kedatangan ko dengan berkata “Selamat Dataaaannggggg!! Selamat
Paaaggiiiiii”. Aku macam, huh?? Diorang ni apasal?? Aku datang makan pukul
7petang kot!! Pagi kejadahnya??Nana rileks jer.. Aku dah nak tergelak.
Nana
cakap, ni trade mark dia. Memang staf-staf dia akan cakap selamat pagi
memanjang. Setiap kali customer masuk restoran ni, dia akan greets customer dengan
ucapan selamat pagi tu. Bila customer nak blah, diorang akan cakap “Terima
Kaaaasiiihhh.. Datanggg Laaagiii”. Haaa..gitu yerrrr..
Bagi
aku restoran ni bagus la.. Dia macam concern dengan setiap keluar masuk
customer dia. Maka, ko rasa dihargai sebagai pelanggan. Restoran dia pun best,
interior design cantik, dinding kaler hijau kuning, sejuk je mata.. Service pun
okay, not bad.
ijo kuning..macam bendera kedah je..xpun Brazil. Hehehe
Muka senyum walaupun lapo
Pantang nampak camera!!Huh!
Aku
order Ayam Kermes manakala Nana pulak order Lele Goreng Tepung. hajat hati nak tambah menu Sotong Goreng Tepung tapi takut lambat pulak sampai, mau sawan kebulur pulak aku kat situ..hehehe..Maka, sesi
membantai makanan pun bermula. Makan tak hengat donia. Lapar tahap gaban.
Tambah dengan perasaan lega dan senang hati dah jumpa balik Ic dan lesen walaupun
kad ATM dh kena block. Takpe, Hari Isnin semalam aku dah buat baru. Hehehehe..
Kermes dia sedap, sambal dia sedap, sup dia sedap, ayam dia sedap, semua sedap la!!
(mindset orang kebulur)
Ni Lele Goreng tepung Nana..
Nasi dah separuh lauk tak usik lagi..
Kalau aku, tengah kebulur, jangan harap nak order ikan, kang mau mati tercekik tulang. Huhuhu
Gelojoh la katakan..
Nak makan kat luar pun boleh...
Ni pulak sudut dimana kalau ada retis-retis singgah makan kat sini,
boleh la diorang sign, tangkap gambo, bla..bla.bla..
Yang penting aku nampak Awwiiee!! kat situ.
Ni pulak hadiah yang bakal menanti pengunjung setia restoran ni. Aku tak sure contest ape sebab aku sibuk melantak. Malas aku nak kesah.
Restoran Pecal Lele Lela ni kat tepi sekali, corner lot.
Kalau korang nak rasa kelainan, lepak santai-santai dengan family, boleh lepak sini.
Next time aku nak pergi lagi. Huhuhu..
Lepas habis soru, Nana ajak aku pergi tengok wayang. Aku mula-mula malas dah nak pergi sebab kepala aku dah migrain. Ni gara-gara lambat makan, panik hilang kad ATM, dan pening tidur lambat, dan pakai contact lense lebih masa. Selalu limit aku 4 jam jer. Lepas 4 jam, confirm sakit kepala.. Aku terpikir, kang kalau aku gelak-gelak tak hengat kang, confirm lagi migrain. Tapi sebab Nana beriya ajak, lagipun dia nak belanja, aku follow la jugak. Nasib baik la Space U8 tu belakang rumah jer. Kalau jauh, memang malas dah.
Sampai kat Space U8, check tiket dulu, nasib baik ada pukul 10.50pm.. Hmm.. Ada lagi dalam sejam lebih.
Jadi, aku lepak-lepak dulu dekat bawah (MBO dekat tingkat 3), masuk kedai-kedai serbaneka, beli scrudriver dan gunting pastu lepak depan air pancut sambil tengok orang kemaskan pentas concert Versus.
Stage Versus untuk dibarai.. Masa ni Space U8 dah kosong. Semua kedai dah tutup.
Sesiapa yang tak suka shopping mall yang crowded, boleh la datang sini. Tapi kedai memang tak banyak.
Kalau nak tengok wayang okay la.
Filem Bikers Kental yang aku nak tengok ni pun ada beberapa ketul orang jer yang nak tengok.
Ye la, dah beberapa hari keluar.. baru nak tengok. 1st day mesti ramai.
masuk wayang , aku senyap jer sebab aku nak cool down kan dulu migrain aku
Start je citer sampai abes, migrain hilang walaupun aku gelak macam hape jer... Huhuhu
Best dowh citer ni. Nak tengok lagi la..
Tunggu VCD keluar!!
Zizang selekeh dowh dalam ni..huhuhu
tapi aku tetap peminat no 100 beliau..hehehe
Apok ngan anok berlakun..
Lusa keluar.
Sape nak join??
Okay la, penat dah membebel.. Aku nak makan kerepek pisang jap..huhuhuhu..
No comments:
Post a Comment