Tuesday, 12 November 2013

Assignment Received..

 
Alhamdulillah...walaupun dah duduk jauh sket, tapi sampai awal jugak ke opis pagi ni... Mula-mula rasa macam malas je nak keje hari ni.. Badan sakit-sakit.. Semalam mengemas barang-barang, pasang cabinet sampai jari lebam..hmm aku rasa ada urat kat jari yang putus kot so ada darah beku.. Sampai pagi ni sakit lagi.. tapi bengkak dah kurang dah...

Macam biasa la..first time kalau aku masuk rumah/bilik baru, mesti tak boleh tido.. dah dekat nak subuh baru boleh. Semalam pun sama..Tapi kulup (Nana) sebelah aku tu rileks jer..Pukul 11 dah 'lesap' dah..Siap berdengkur bagai..Aku sorang la yang terkedip-kedip mata. Macam-macam bunyi la aku dengar semalam..haizzzz... Balik ni kompom aku pengsan. hahaha...

Disebabkan aku sakit jari (ngade2), maka Nana yang drive. Aku sambung make-up kat sebelah. Takde r jam sangat. Aku keluar rumah pukul 7.45am tadi, sampai TTDI pukul 8.25am.. Sempat la Nana masuk opis dia. Aku masuk kul 9.30 tapi dah alang-alang sampai awal, aku masuk je opis terus. Nasib baik ada kunci.
Oh dasat aku melalut...

Berbalik kepada topic asal... Aku dah dapat assignment dari programmer yang interview aku semalam... Simple je..Aku rasa guna html jer.. Tapi disebabkan aku dah lama tak usik coding, maka, mata aku tetiba je berair masa tengok design yang dia bagi tu..hahahaha..Mata oh Mata..time ni la ko nak ngengada pun kaaannnn???

Hmmm..sempat ke aku nak siapkan jumaat ni??
InsyaAllah..aku akan usaha sehabis boleh..
Dan aku serahkan segala-galanya pada Allah s.w.t.
Biar Dia yang buat keputusan untuk aku.
Kawan-kawan, doakan cheq naaa... =)
K, nak breakfast jap. bye

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment