Monday, 11 November 2013

Done Interview for Assistant Programmer Post


Alhamdulillah...selesai lagi satu interview... Ni kat One Drop Group.. Post Assistant Programmer.. Ni nak citer sket la pengalaman aku interview tadi..

Company ni senang je nak cari..Same building dgn kwsp shah alam..Lepas tanya Makcik Cleaner, aku dapat tau lokasi sebenar dan terus naik lif ke tingkat 4. Lepas introduce diri aku kat receptionist, dia kasi aku form untuk isi.. Part ni macam kelakar sket la.. Hahahah..

Sebab ape aku cakap kelakar?? Citernye cenggini.. Form tu ada 3 page. 

Page 1: Details aku, working experience & Educational info.
Page 2: Tell us one bad thing that happened to you and what lesson you got from it.. (lebih kurang cenggini la ayat dia.. macam suh buat karangan la..)
Page 3: Huraikan kriteria2 yang perlu anda capai untuk menjadi modal insan yang berkualiti. (300 patah perkataan)

Kat sini je dah bape minit aku spent nak mereka ayat..hahaha..

Dan kebetulan pulak semalam, kitorang baru pindah rumah. Bapak jauh gila dari tempat kerja.. Ni semua gara2 anak tuan rumah aku yang meroyan tahap hmmm... tahap orang bodoh sombong la... Aku malas nak cite lebih2..kang takut mengaibkan dia pulak tapi serius aku tak pernah jumpa orang yang sombong dan bongkak macam dia seumur hidup aku..

Lantak la..malas nak pikir dah..janji rumah baru kitorang cantik, besar, sewa murah dan yang penting aku duk ngan Nana jer.. malas nak ambik orang! Harap2 okay la kali ni..huhu

living room.
toilet master bed room

dapur..

porch

So, berbalik kepada citer interview tadi, aku pun citer la pasal kes pindah mengejut aku tu disebabkan takde perjanjian hitam putih dengan tuan rumah..sebab tu tuan rumah aku cam !@#$%^&* sket..cakap berbelit-belit...sakit nooooooooooo hati ni! dah! lupakan!!

So, pengajaran yang aku dapat, apa2 pun business deal, kena ada agreement officially.
Kelakar pulak bila pikir balik aku tulis benda2 jadah ni dalam application form..hahaha..page 3 aku hentam jer..huhuhu..

Masa sesi interview, aku bagitau secara jujur dengan manager tu tentang pengetahuan dan pengalaman aku dalam bidang programming. Alhamdulillah, dia bagi aku peluang untuk buktikan kesungguhan aku nak keje ngan dia. Dia akan bagi aku homework yang aku kene submit Jumaat nih.. InsyaAllah.. Aku try buat.. Coding guna html, php and MySQL jer.. Tapi disebabkan otak aku dah karat, maka aku akan gunakan kepakaran aku dalam bidang mengcopy paste coding kat internet, tanya kawan2 yang keje programmer dan buku2 programming aku yang akan menjadi sasaran. Aku akan buat bersungguh2 sebab "sungguh-sungguh" adalah salah satu kriteria modal insan yang aku hurai dan goreng2 dalam application form aku tu..huhuhuhu

Gaji tak banyak..tapi lepas tempoh percubaan, naik la sket.. Gaji penting gak bagi aku since aku dah duduk jauh. Minyak tu yang sakit tuuuu... Tapi kalau nak dibandingkan dengan experience, aku rasa experience tu lagi penting. Sape setuju?? Angkat tangan,..hehe

Okay la...aku pening kepala ni.. ni kat rumah Maksu.. kang sat lagi baru balik rumah. Kemas barang2 plak..waduh....fening mak nok...Jangan pitam kang sudah!
K la, nak tengok Upin Ipin jap..hehehee..
Bye.




Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment