Tuesday, 19 November 2013

Pengalaman Interview 2

 
 
Semalam aku interview dengan Datacom plak.. Position IT helpdesk.. Yang jenis angkat2 call nih.. Aku tak minat sebenarnya..tapi aku cuba jugak pergi..Taknak menyesal di kemudian hari la konon.. Puuihh!! Padahal aku gi pun sebab gaji yang dia offer tu tinggi..dekat 2.5k la gitu.. banyak ke?? Banyak la bagi orang yang gaji kecik macam aku ni.. huhuhu..

Client yang aku perlu serve kalau aku keje kat situ ialah client yang gunakan product HP. Contohnya printer.. dan..printer la!! tu je aku tau..sebut HP je, printer yang muncul dalam palotak aku.. padahal banyak lagi product dia macam desktop, laptop, server..bla..bla..bla.. tapi aku tau printer jer..hahahaha..So, bila dah kene keje dengan organisasi yang besar dan terkenal dan canggih vagai.. maka, proses untuk mendapatkan kerja tu memang leceh dan perlu melalui banyak tapisan la jugak.

Office dia dekat area Damansara. Dekat 1 Tech Park. Punya la jam masa aku nak pergi situ.. Balik pun jam. Tapi nasib baik la aku pergi awal..So aku sampai awal la jugak.. Sampai-sampai je aku terus call person in charge interview aku tu..tapi sampai pukul 10.30 tak sampai. Interview yang dijanjikan ialah pukul 10.00am. (Orang tu memang tak datang keje rupenye. So, interview di 'take over' oleh staff lain).

Ada 3 test yang perlu aku lalui untuk melayakkan aku ke stage interview.

Test 1: Test Bahasa Inggeris. Ada 30 soalan kalau aku tak silap.. Yang ni kertas objective. Kebanyakan soalan nak test tahap grammar la..

Test 2: Typing Test. Dia bagi masa 2 minit, dan aku boleh pilih tajuk ape2 pun yang aku nak taip. Markah lulus adalah 35% (average ketepatan dan kecepatan aku menaip) dan berkat aku belajar menaip laju2 dengan boss aku dulu, dan berkat aku kaki chatting dulu, maka aku lulus dengan markah 40%..wakakaka...janji lepas..

Lepas typing test ni, dia suruh kitorang pergi lunch. Ada lagi 2 orang candidates lelaki yang amik test ni dengan aku. Aku sorang je pompuan.. Tetiba jadi geng..hehehe.. Sambil lepak2 tu aku korek-korek sket ilmu nak troubleshooting ni sebab aku rasa macam diorang terer lagi bab2 teknikal ni dari aku..huhuhu..

Test 3: Test Technical. Ni dia nak tengok sejauh mana kemahiran aku dalam bidang technical. Ada 53 soalan kalau tak silap aku dan soalan-soalannya berkisar tentang komputer, printer, networking, operating system, dan macam-macam lagi kejadah yang aku tak ingat. Aku jawab dengan confident.. Confident je laaa... betul ke tak fedulik ape aku..ahahahaha.. Test ni pun jawab dalam komputer jer..ada 5 jawapan, boleh pilih sampai 3 jawapan.. Tapi kalau kita boleh kecikkan lagi skop jawapan, dapat markah lebih lagi..paham tak?? Dia bukan saja nak tengok kita boleh cari jawapan yang betul, tapi dia nak tengok sejauh mana kita paham soalan dan sejauh mana kita boleh berikan jawapan yang tepat atau hampir tepat.. Ada jugak dia repeat soalan yang sama, jadi dia nak tengok jawapan yang kita bagi tu sama tak dengan jawapan kita sebelum tu.. Kalau tak sama, potong markah. Bagi aku test ni tricky sket dan aku rasa macam menyampah jer...hahahaha

Selepas settle ketiga-tiga test ni, aku dipanggil interview pulak. Pukul 5ptg baru interview.

Interview plak ada 2 orang staff. Macam-macam la soalan diorang tanya related dengan post yang aku mintak tu. Memandangkan aku tak pernah keje bahagian call service ni, maka, banyak la aku tercengang-cengang dengar soalan diorang.. Antara soalan-soalan yang diorang tanya ialah:

1) boleh ke aku handle workload yang banyak?
2) kalau customer call, marah-marah, camne aku nak handle?
3) Boleh tak kalau hari raya pun aku kene keje jugak?
4) Macam mana aku tangani pressure aku?
5) Selalu kalau printer kat opis rosak, atau tak boleh print, ape yang aku akan buat?
6) Kalau aku tak tau nak handle problem customer, ape yang aku akan buat??
7) Pernah tak aku mengalami situasi dimana bila ak try buat sesuatu, dan aku gagal setlekannya, apakah lesson yang aku dapat daripada case tersebut?

Dan bla..bla..bla.. aku tak ingat banyak lagi..dekat setengah jam la aku disoal-siasat. Ada jugak dia tanya soalan2 teknikal dan aku blasah je la jawab.

Seriously, masa dengar diorang citer pasal customer yang call marah2, maki2, dan meninggi suara, aku rasa macam dah tak berkenan dengan keje ni, jadi aku jawab interview pun dah sambil lewa.

Aku malas la nak keje camni..kene maki2 ngan orang. Dah la aku ni sensitip..kang tak pasal2 aku mencarut jer kat orang tu pulak..wakakakakaa.. Hmm.. Aku kalau boleh kali ni nak cari keje tetap yang aku boleh stay lama la.. Taknak la keje kejap2.. Sebab aku rasa kalau aku dah tak tahan dimaki, aku blah je nanti.. So, aku rasa baik tak payah. Gaji banyak, hati tak gumbira pun watpe kan??

Keje mau happy2, baru awet muda.. tak kena cancer, takde darah tinggi.. tak gitu?? hehehe..
Okeh, tadi ada orang call interview lagi.. aku accept je la..Kali ni kat kelana jaya pulak. Lagi satu kat KLIA..aduh..nak g ke tak yang KLIA tu eh??? hmmm pening kepalo den..
Okay bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

2 comments:

  1. besenye gi interview, pakaian cmane eyh sis gune?

    ReplyDelete
    Replies
    1. depends kepada company yang panggil.. selalunya kalau swasta, akak pakai kemeja/slack.. kalau gomen harus la ayu pakai baju kurung... pakai kasut sarung tutup kuku... hehe

      Delete