Wednesday, 30 January 2013

My Favorite Game!! Pikachu!!

Assalamualaikum w.b.t.
Morning!!

Kali ni aku nak cerita pasal favorite game aku. Ni dia!!

Pika..pika...! Pikachuuuuuuuu!!!

Aku memang tak suka main game tapi game ni dikecualikan. Hehehehe...
Aku start main game ni sejak dari diploma lagi. Maklum la, duduk kat Jengka, bukan ada ape nak buat. So, game ni la yang menjadi peneman. Sebenarnya ada orang tak tahan main game ni sebab serabut katanya...

Game ni sebenarnya simple je rules dia. Korang kena  padankan pokemon yang sama, mengikut laluan yang valid. Kalau pokemon tu kena block, korang tak boleh padankan. And lagi satu, dia ada timer. Nampak tak yang bar kaler hijau,kuning merah tu?? Haaaa... tu la timer dia!! Kalau korang dapat setelkan padanan pokemon-pokemon ni sebelum habis masa, korang akan ke level seterusnya. Kalau tak sempat, korang kalah. So, start balik dari mula.Oh ya, dia jugak ada 'nyawa'. Maksudnya, kalau dalam 1 block tu dah takde jalan  untuk kita padankan pokemon tu, dia akan scramble balik susunan pokemon tu. Setiap kali dia scramble, dia akan 

Mengikut pengalaman aku yang dah dekat 6 tahun main game ni, korang boleh tau otak korang tengah stress atau tak dengan hanya main game ni je. Kalau otak kita clear, takde pikir ape-ape, insyaAllah, korang akan berjaya sampai ke level terakhir.Kalau korang punya kepala hotak ada serabut kalu, kompom level satu pun tak lepas. Muahahahaha...

Jadi, kesimpulannya, kalau nak main game ni, clearkan otak korang dulu. So, bila kita main game ni, kita dapat clearkan otak kita dari sebarang masaelah. Macam terapi jugak la.. At least boleh hilangkan stress sekejap. 

Dulu masa aku sebarkan ketagihan main game ni dekat office aku praktikal dulu, semua macam happy je main game ni. Padahal banyak kerja! Siap berlumba lagi siapa yang akan dapat scor tertinggi. Boss aku pulak siap cakap game ni bagus untuk programmer sebab dia merangsang otak untuk berfikir logic. Selain matematik, game ni pun bagus untuk programmer. Hahahahahaha.. Ye la tu boss...

So, ape lagi? Pergi la cari game ni. Google la ye. Aku pun dapat software ni dari member aku. 

Oh ye, selain dari game ni, yang aku main tiap-tiap hari (maklum la, takde keje) aku jugak PERNAH main game Zuma, Bejewel, and Farm Town kat facebook. Lain-lain game aku tak tau dan tak minat nak ambil tau! Sebab aku tak suka main game! Ceh!!!

So, ape pulak game kegemaran korang??
Share sket!

*kagum tul aku dengan sorang remaja yang baru berumur 17 tahun (Syed Muhammad Syed Abdullah) boleh cipta game untuk i-phone. Ape ke nama game dia yang famous tu, Crazy Ball kot! Bangga tul aku sebab budak tu rakyat Malaysia. Hope budak tu akan menjadi seorang yang boleh membanggakan negara kita dengan kepintarannya itu. 

bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 29 January 2013

Langkah Sungai!!

Assalamualaikum..

Sabtu last week Mak & Abah datang ke rumah aku tapi diorang tak tidur kat rumah aku pun. bapak aku nak balik Perak hari tu jugak. Lepas diorang jenguk rumah kitorang, aku bawak diorang pergi ke rumah Mak Teh, adik Abah.

Bila dah sampai rumah Mak Teh, paham-paham la, takde topik lain la. Asyik cerita pasal nak kahwinkan anak jer. Kebetulan Abang Jeff pun bakal bertunang bulan February depan, maka topik ni pun makin menjadi hangat. Mak Teh pulak bercadang nak kahwinkan anak sulung dia, Syukri (sebaya aku) tahun ni jugak.

Hmmmm....

Masa tu, Nana bawak pakwe dia sekali. So, diorang pun tanya la, yang depa berdua ni bila pulak?? Ape jawapan diorang?? Ntah,Aku tak ingat.

Lepas tu Pak Teh tanya aku bila pulak??!!

*Bersiul-siul sambil mata tengok ceiling....
Soalan dibiarkan kosong tidak berjawab... sengih jer...

2 orang cousin pompuan aku yang lagi muda dari aku dah kahwin tahun lepas. Kiranya aku dah dilangkah 2 bendul la... eh??

Pastu tahun ni, sorang lagi cousin pompuan aku akan kahwin. Pun muda dari aku. Kalau adik aku jadi kahwin tahun ni jugak, maka dah berbendul-bendul la..

Lepas tu Pak Teh aku buat peribahasa baru...

"Linda, hang bukan dah kena langkah bendul dah!! Ni dah LANGKAH SUNGAI dah...!!".

*lepas tu semua orang gelak!
Hambik ko!! SUNGAI dia bagi...!
Takpe la, sungai pun sungai la...Ni sungai bersih, belum tercemar lagi.... heheheeheh...

Aku tak sentap pun masa tu sebab masa tu memang rasa kelakar. Tapi hari ni aku rasa macam surius pulak benda ni. wakakakaakaka.....sorry la Mak, anak dara Mak ni tak laku la...haahahahaha

Okay la, aku nak cari mangsa untuk dijadikan suami.muahahahaha

Sekian aku merepek meraban.
Bye.


Thanks for reading =) comment le weyh!

Diet ku

Assalamualikum w.b.t.
Selamat Pagi!! =)

Jom breakfast!!
Ni breakfast aku tadi.

Bihun Goreng Super Serving plus nuget & sosej
Haaaaa... banyak tak aku makan???
Sekarang ni aku breakfast menatang bihun ni jer.. Aku tak ambil nasi dah.
Dah disebabkan pagi-pagi aku akan kedarah habis-habisan, selalunya aku akan kenyang sampai petang.  So, lunch memang aku tak makan dah... Jimat sket duit aku. Ngehngehngeh...

So, malam aku akan makan biskut atau burger jer.. No nasi!! Perut aku dah berlapis-lapis macam kuih lapis, so, tak boleh makan nasi. Haizzz... Dah la diet tahun lepas failed. Tahun ni kena sungguh-sungguh sikit budok...

Si Nana tak kerja hari ni sebab tak sihat. Dalam mulut dia ada ulser. Pagi tadi penuh bau 'goyok' dalam bilik aku. Pening aku mane datangnya bau pelik tu. Rupa-rupanya si Nana ni tampak goyok kat pipi dan kepala dia. Kesian, ulser sampai migrain. Huhuhuhu.. Lunch sat lagi aku balik rumah sat nak bawak Nana pergi klinik. Nasib baik office dekat je dengan rumah. Senang aku nak balik. 

Okay, bagi yang sedang berdiet, jom diet dengan penuh semangat!
Ganbatte kudasai!!!

Aja..Aja!!

Tata...


Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 28 January 2013

Cuti Thaipusam; Tapi Aku Kena Kerja!

Assalamualaikum...
Ohaiyo Gozaimasu...
Good Morning!

Oh! Semangattttt...

Hoih..Hoih..Aku kene kerja arini padahal aku kat opis ni mana ade kerja sangat pun. Tengok?? Pagi-pagi lagi dah update blog... Tapi disebabkan bos aku kedekut tak bagi cuti, aku datang jugak ke office dengan semangat yang berkobar-kobar nak update blog. Ceh!!!

Nasib baik pagi tadi senang je aku bangun! Dah la semalam aku tak boleh tidur. Bahu aku ni lenguh semacam je... Ade 'benda' menumpang ke??? hehehehehe.... *ppangggg!!! Typical kuno sangat!!

Nana pun cuti hari ni.. Jelaous je tengok dia sambung tidur pagi tadi. Rasa nak angkat, humban kat tingkap jer...hahahahahha..

Tapi, bila fikir balik, best gak duduk kat office. Kalau aku duduk kat rumah, mati kutu dibuatnya. Dah la internet takder, tv apatah lagi. Nak layan drama Korea pun takde cerita baru. So, better aku kerja. Boleh jugak aku buat-buat busy. Jalan pun tak jam pagi tadi. Best giler... Hehehhe...

Okay, tu je aku nak cerita. Korang pulak macam mana?? Kena kerja jugak ke hari ni?? Kalau kena kerja jugak, maknanya kita serupaaaaaaaa... ngehngehngeh... Kerja rajin-rajin ye. Jangan jadi macam aku. =p

Dah! nak pergi breakfast jap!

Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 25 January 2013

Mengantuk Punya Pasal, Aku.....

Assalamualaikum...
Salam Jumaat =)

Pagi tadi dengar Hot FM AM Krew.. Macam biasa la, dengar si Fafau dan FBI tu mau pecah perut gelak. Pagi-pagi mesti kena dengar. Baru rase happy nak pergi kerja...Wahhh...propa sangat!! Tapi segmen Panggilan Hangit pagi tadi cam tak best sangat.Huhuhuhu

Siapa dengar Hot.FM tadi???

Topik pagi tadi ialah "Bila Dah Mengantuk...." (cenggini la lebih kurang tajuknya..)

So, ada la pemanggil yang call, ceritakan pengalaman mereka bila diorang dah mengantuk, apa perkara yang tak terjangka yang telah mereka lakukan.. Ada sorang tu cerita, dia tertidur dalam sembahyang Jumaat!!! Sembahyang Jumaat weyh!! hahaha.. Orang lain dah tahyat akhir dah, dia still berdiri lagi waktu rakaat pertama. Hahahaha... Yang sorang lagi pulak sebab dah mamai sangat, pergi singgah dekat rumah orang yang tengah buat kenduri tahlil, pastu order Kopi!! Tak bleh blah.... Hahahaha.. Mesti malu gile. So, berhati-hati la bila mengantuk! Kalau ada orang sorongkan bantal pun belum tentu selamat. Ntah-ntah landing atas tanah kubur nanti...Oh misteriiii...seraaammmm!! Hahahah

Mesti korang pun ada pengalaman macam ni kan?? Aku pun tak kurang jugakkkkk (ceh!! Nak jugakkk)..

Ye la, ada beberapa kenangan yang tak dapat aku lupakan disebabkan MENGANTUK!! Antaranya ialah:

1) Tertidur Atas Motor, Lepas Tu Kena Marah Dengan Abah
Kenangan ni aku akan ingat sampai aku tua. Ceritanya cenggini, masa aku kecik-kecik dulu, Abah selalu pergi kebun buah dia dekat kampung opah aku. Dia akan pergi naik motor Honda Cup dia. Selalunya aku akan ikut sebab aku suka ikut bapak aku. Biasa la, anak manja!! *ceh! Aku suka ikut bapak aku pergi kebun sebab setiap kali dia nak pergi kebun dia, dia akan lalu satu jalan short cut ni di mana beliau dengan berjiwa kentalnya mendaki sebuat bukit dengan motor Honda Cup nya tu! Camne aku nak explain ha?? Hmmm.. Korang bayangkan la, Kaki bukit tu tinggi dia hampir 4 or 5 meter, hanya ada batu-batu kecil dan akar-akar pokok dan cerun dalam kedudukan 50°. Kalau takde skill yang mantop, memang terbalik la motor tu...Hahahah.. tapi gile kental jiwa aku masa tu, aku tak takut langsung, walaupun bahaya, aku peluk bapak aku kuat-kuat, tapi aku rasa seronok dan excited!! Ke aku je yang rase bahaya??? Ok. full stop! Aku nak cerita pasal mengantuk, bukan pasal bukit!

So, bila nak balik rumah aku, (dalam 20km dari kebun) aku rasa mengantuk sangat-sangat! Selalunya aku tak mengantuk. Bapak aku dah pesan, jangan tidur sebab dia risau aku jatuh sebab aku bonceng kat belakang. Aku memang takkan duduk depan sebab aku tak suka. At least duduk kat blakang aku boleh nyanyi-nyanyi..hahahaha.. Nak dijadikan cerita, bapak aku macam dapat feel yang anak dia dah tidur kat belakang sebab mungkin dia rasa aku dah tak peluk pinggang dia dah. Dan memang benar tekaan bapak aku. Aku dah tertidur, lagi sikit je nak jatuh dah. Huhuhuhu.. So, bapak aku berhenti kat tepi jalan. Tengok-tengok, selipar aku dua-dua dah takde, tercicir kat mane2 la tu..Nasib baik helmet aku dah diikat. kalau tak, dengan helmet-helmet skali dah tergolek atas jalan. Pastu aku yang tengah mamai-mamai ni nampak banyak sangat pokok pisang kat tepi jalan tu. Pastu tanpa menghiraukan bebelan Abah aku, aku tunjuk pokok pisang tu, aku cakap ada King Kong kat pokok pisang tu. Vodo gile. Pengalaman ni aku tak cerita kat sesapa pun sebab aku malu gile!! Hahahaha... Mak aku je yang tau kot.Pastu bapak aku marah aku balik sebab aku cuba nak lari topik!! hahahaha... Taktik gagal!! Lepas tu, bapak aku ni gigih patah balik untuk cari balik selipar aku yang tercicir tu. Jumpa jugak akhirnya..Huhuhu..

2) Tertidur Masa Exam SPM

kalau basah paper tu, tau la dari mana datangnya..

Kompom ramai yang pernah tertidur masa exam kan?? Terutamanya pada yang suka study last minute macam aku. Esok nak exam, mula la malam tak tido, sibuk nak menghafal di saat-saat akhir. time tu la nak buat nota bagai.. Sangat huduh perangai aku! Tak patut dicontohi. Itu la yang terjadi masa aku nak exam last peeeyyypeeerrrr KIMIA. Disebabkan aku tak minat subject Kimia, aku malas nak study awal-awal.So, esok nak exam, baru aku pulun study hafal formula kejadah semua. Masa tu paper Kimia subjective. Aku dah mengantuk gile, dan aku tak sedar pun aku dah tertidur. Ngantuk gile! Tapi aku tak tidur lama pun sebab takde pengawas peperiksaan kejutkan aku pun. Kalau aku tidur lama, mesti diorang akan kejut suruh cuci muka kat toilet kan?? Mungkin aku tidur dalam 5 minit je kot. Aku tersedar pun sebab aku dengar ada bunyi pen jatuh. Rupenya pen kawan aku jatuh. Pastu dia sengih-sengih tengok aku terkebil-kebil bangun tidur. Terus segar mata aku time tu. Ingat nak sambung balik la jawab soalan. Tapi bila aku tengok buku jawapan aku, dah macam kena conteng-conteng. Aku syak, masa aku tidur tu, tangan aku masih gigih menjawab soalan sebab tah hapa-hapa je jawapan aku. Siap ada lukisan lagi. Tulisan jangan cakap la, dah macam cakar ayam. Benda yang takde kena-mengena pun pun ada dalam buku tu. Terpaksa aku cancel 1 pages tu. Buat malu je.. Dan keputusannya, Kimia aku adalah 6C. Tahniah...

3) Tidur Dalam kelas
Masa aku tadika sampai Form 5, surius aku tak pernah tidur dalam kelas. Sebab bagi aku, siapa yang tidur dalam kelas tu adalah budak yang tak berdisiplin dan tak menghormati guru. Cikgu penat-penat mengajar kat depan, ko pergi tidur pulak. Tidur dalam exam takpe! haahaha

Tapi aku telah menjadi tidak berdisiplin dan biadap sekali bila dah belajar di universiti sebab aku selalu tidur dalam kelas terutamanya kelas yang boring kuliah yang diadakan waktu tengahari selepas aku bantai sepinggan nasi dekat dining. Hahahaha...Saya rasa bersalah kepada lecturer yang saya tidur dalam kelasnya. Walaupun aku duduk depan sekali, aku tetap tak boleh nak hide perasaan mengantuk aku. Jadi, cara aku nak curi-curi tidur ialah aku letak tangan aku kat dahi (cover sikit tang mata), pastu tunduk mengadap buku sambil angguk-angguk sikit. Kononnya paham la ape yang lecturer tu cakap. Hahahaha.. Taktik ni aku banyak guna untuk kuliah subject Management, Networking, E-Commerce, CTU, dan kuliah-kuliah seangkatan dengannya di mana lecturernya, hanya membaca apa-apa yang dah ada pada power point atau buku. Baik aku baca sendiri je kat rumah. Tolong la, kalau ada sesapa kat sini lecturer, jangan la baca balik apa-apa yang dah ada kat slide show atau buku. Pastu guna intonasi suara yang mendatar, tanpa ada 2 way communication dengan student, tahukah anda suara anda seperti lullaby bagi kami. Hahahaha... Alasan!!! *ppaanngggg!!! Sape suruh ko tidur lewat kan!!!!

Tapi tak boleh lawan ada sorang member aku ni, siap berdengkur lagi dalam kelas!! Muahahahahahaha... Lecturer pun tak sampai ati nak kejut dah sebab nampak macam letih bebeno la study malam tadi konon..Padahal, main DOTA!!

4) Tidur Dalam Train dan Bas
Ha... ni yang paling aku tak sanggup. Kalau sedar tepat pada masanya takpe, tapi kalau terlajak tidur, terpaksa la ko turun kat train seterusnya, pastu patah balik ataupun tunggu train patah balik ke station yang dah terlepas. Aku pernah tertidur dalam KTM sampai ke Klang station. Ciss!! Sepatutnya turun dekat Station Padang Jawa. Tak pasal-pasal balik lambat. Masa tu aku kerja dekat KL dan oleh kerana terlalu penat, aku tertidur dan aku tak tau la macam mana la rope aku tidur dalam train tu. Huhuhhuhu..

yang pastinya bukan macam ni la...melampau!!!!

mungkin macam ni je kot. Hahahahahahah
|
|
|
|
|
|
ceh!! x senonoh!!

Dalam bas jangan cakap la... Zaman muda-muda aku dulu, bas tu memang kenderaan yang dah sinonim setiap kali aku nak balik kampung dari kampus. So, macam-macam gaya aku tidur dalam bas tu. Tapi selalunya aku akan cover muka aku dengan sweater. Hahahaha.. Bila dah jaga tu.....paham-paham la... Muka layak diberi penampar. Oh! Aku tak senonoh rupanya.... Ah!! mengantuk punya pasal! Fedulik apa??!!

5) Tidur Dengan Pakaian Kerja
Yang ni pun orang pernah buat kot. Disebabkan aku telampau penat menempuh perjalanan pulang dari tempat kerja (paham-paham je la, kalau kerja kat KL, naik train pulak), sampai rumah pun dah dekat pukul 12 malam, aku terus tidur tanpa cuci muka . Asalnya nak rehat je dekat hall, tapi pagi tu aku sedar aku ada dekat hall.Mula-mula rasa macam terkejut beruk, pastu blurr sekejap. Sape pulak yang angkat aku campak kat hall ni??? Macam la rumah aku ada orang!! Cess!! Terus aku EL hari tu sebab aku rasa diri aku dah tak senonoh dan otak aku dah ting-tong. Nasib baik muka aku spesies kulit buaya. Kalau tak kompom dah naik jerawat besar-besar telur ayam sebab tidur tak cuci muka! Haizzzz...


Setakat ni, tu je la kot.. Tak pernah lagi la ada perkara yang sangat memalukan terjadi dekat aku disebabkan aku mengantuk. Kalau drive pun aku jarang mengantuk, sebab kalau aku mengantuk, awal-awal lagi aku dah suruh orang lain replace. Taknak aku ambil risiko drive waktu mengantuk. Bahaya! Nasib baik la aku ni jenis susah nak tidur. Ada kawan aku ni, dia cakap kalau dia drive sorang-sorang, dia selalu tertidur masa tengah drive. Walaupun jarak perjalanan tu dekat pun, dia boleh tertidur. Giler bahaya! Pasang la Hot.FM kuat-kuat, kompom tak ngantuk!! Huhuhuhuhu!!


Ada satu kenangan masa aku kecik dulu. Bapak aku ni polis bahagian transport. Kalau dia nak isi minyak kereta polis dulu, dia selalu bawak anak kesayangan dia ni temankan. *ceh!! Kadang-kadang malam pun kena isi dan bila aku dah mengantuk sangat, aku selalu tertidur dalam kereta tu. Bila aku terjaga, aku tengok bapak aku dah takde. Mula la aku takut, terus nangis. Adakah sebab dia kesian nak kejutkan aku?? padahal scary kot. Selalunya lepas isi minyak, bapak aku akan record dalam buku log dekat office dia. Dan aku pasti akan ditinggalkan dalam kereta kat garaj. Bapak aku tak risau ke orang culik anak dia yang comel ni?? Haizzz... Even kereta tu dalam berek polis pun... penjenayah ada di mana-mana. Mungkin dulu jenayah kurang tak macam sekarang kot... Pernah satu hari tu, aku ingat bapak aku tak ingat kat aku dah, terus aku balik rumah nangis-nangis. Mak aku terkejut beruk sebab aku balik sendiri. Rumah kat belakang garaj transport je, jalan kaki memang no hal la tapi disebabkan aku masih kanak-kanak ribena, perkara ini dipandang surius! Pastu Mak marah Abah sebab biarkan aku balik sorang-sorang. Hehehehehe...Sejak dari hari tu, terus Mak tak bagi aku ikut Abah dah! Aku tak salahkan Abah aku sebab mungkin dia plan nak kejutkan aku lepas dia setelkan kerja-kerja dia dulu. hehe

Oh! Sekarang ni kes culik kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Budak yang nama William Yau tu masih tak dijumpai lagi. Tolong lah jaga anak-anak anda. Jangan biarkan mereka sendirian dalam kereta atau nak ke mana-mana pun. Even depan rumah pun orang still boleh culik lagi. Kesian budak-budak zaman sekarang terutama yang duduk kat bandar. Mereka tak sebebas macam kita dolu-dolu..

Sekian.


Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidurrasul :Anak Kita Kenal ke Siapa Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Salam Maulidurrasul.
Cuti tak hari ni?? Aku cuti. hehehehe

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ni, mari kita sama-sama singkap kembali perjuangan Nabi kesayangan kita ni dalam usahanya memperjuangkan Islam. Jangan la pulak ada yang ambil kesempatan hari cuti ni nak pergi berjimba-jimba tak tentu hala. Hormat sket hari bersejarah ni hokeyyy.

Nak lagi bagus, pergi follow mana-mana perarakan Maulidurrasul dan dalam masa yang sama, kita berselawat ke atas Rasul Junjungan kita. Dapat jugak pahala. Dalam Hadis, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali".

nahh..rugi la sesiapa yang tak mahu berselawat.. Jom selawat sekejap.


Bagi yang ada anak-anak kecil tu, apa kata kita ambil peluang hari cuti ni untuk dekatkan anak-anak kita dengan Rasulullah. Maklum lah, budak-budak sekarang ni, kalau sebut hero-hero animasi kenal la kot. Tapi kalau tanya siapa itu Rasulullah, mungkin masih ada lagi yang tak kenal kekasih Allah ini. So, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ambil peluang ni untuk ceritakan kisah hidup nabi terakhir ini kepada anak-anak kita. Ceritakan salasilah keluarga nabi, kisah zaman kanak-kanak nabi, kisah bagaimana nabi diangkat menjadi rasul, kisah kebaikan dan kemuliaan hati Nya terhadap sesama makhluk agar anak-anak kita akan terbuka hati untuk menjadikan Nabi Muhammad sebagai Hero mereka pula.

Cuba gunakan pendekatan yang menarik untuk ajak anak-anak anda berminat untuk mengetahui siapa itu Rasulullah.

Contohnya, beli buku-buku cerita berkenaan Nabi-Nabi yang berbentuk animasi. Kalau ada cartoon yang ada kaler-kaler, lagi bagus sebab kanak-kanak ni mudah tertarik dengan buku yang ada gambar. Bapak aku dulu pun selalu belikan aku buku-buku cerita Islamik yang ada kartoon ni sebab dia tau anak dia ni kalau takde karton, taknak baca. Even dah besar gajah ni pun, kalau beli buku cerita, mesti nak ada karton. Kalau takde, rasa macam baca buku sejarah form 5 jer.. huhuhuhu..

 gambar hiasan


Menarik kan??? Tetiba rasa nak pergi kedai buku. Aku pun dah lama tak baca buku sirah 25 rasul ni. Huhuhu

Selingan:

Perasan tak, kalau buku cerita tentang Nabi Muhammad, takde pun diorang lukis Nabi Muhammad tu dalam bertuk cartoon, tapi kalau nabi lain ada. Sebab ape eh?? Siapa tau??

Pada pendapat aku, mungkin sebab orang tak berani nak menggambarkan Nabi Muhammad dalam sebarang bentuk animasi sebab Nabi Muhammad terlalu mulia, tak layak dijadikan cartoon. Sebab tu kalau ada orang yang mempersendakan Nabi dengan karikatur, memang layak disular 44 kali. Oh emosi! Kalau nabi ada di zaman ini, tentu nabi dah maafkan sebab sikap nabi sangat mulia. 

Okay, selain dari itu, terdapat jugak kaedah-kaedah lain untuk menarik kanak-kanak untuk mengenali Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya:

-Ajar diorang selawat sebab selawat ni macam nyanyi.. Benda-benda yang berirama ni senang nak hafal. Contohnya cari lagu selawat dari kumpulan-kumpulan Nasyid.(aku suka kumpulan Raihan.Huhuhu). Lagi satu, cari lagu yang menceritakan perihal kehidupan Rasulullah. Contoh macam lagu Raihan ni. Raihan lagiiii...
InsyaAllah, lagu lagu nasyid seperti ini akan menjadi siulan di bibir anak-anak anda nanti. Sekaligus menanam kecintaan mereka terhadap agama. cewah ayaaattttt....


Nasyid Selawat nabi

Rindunya pada Rasulullah tatkala mendengar lagu nasyid ni. 

-memandangkan sekarang ni zaman IT, masyarakat sekarang prefer cari maklumat depan internet je. So, segala maklumat berada di hujung jari. So, ibu bapa boleh la surf video ceramah-ceramah agama di internet, tengok sekali dengan anak-anak. Kalau diorang tak paham, at least diorang boleh tanya anda. Aktiviti macam ni pun boleh merapatkan hubungan ahli keluarga. =)

-bawak diorang pergi ceramah agama secara live. Macam aku dulu-dulu. Setiap kali ada ceramah agama dekat surau, bapak aku akan mewajibkan anak-anak dia hadir. Mentang-mentang dia AJK surau dulu. ceh!
Tapi walaupun kena paksa, aku tetap seronok sebab aku dapat jumpa kawan-kawan aku, ustazah sekolah agama rakyat aku, dan secara tak langsung, aku kenal pokcik-pokcik geng surau merangkap geng-geng abah aku. Jadi silaturrahim antara sesama masyarakat tu jadi kuat. Tak macam sekarang ni. Jangan kata geng surau, jiran sebelah rumah pun aku tak kenal!!

-Ajarkan mereka sunnah-sunnah Rasulullah seperti cara kehidupan nabi. Cara nabi makan, duduk, tidur, cara bercakap, cara memuliakan tetamu, memaafkan orang dan bermacam-macam lagi. Semoga dengan mengangkat sunnah-sunnah nabi ni akan mendidik anak-anak kita menjadi insan yang lebih cantik akhlaknya.

Apa-apa kaedah pun yang kita gunakan, harap ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anak kita. Biar hati mereka penuh dengan rasa cinta kepada Rasulullah dan agama Islam. Maklum la, hati kanak-kanak ni suci lagi. Ibarat kata pepatah "melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Sekian dari aku. Salam Maulidurrasul. =)

p.s: Diri ini terlalu hina disisi Allah s.w.t. Sedangkan KEKASIH Allah s.w.t pun sangat humble dan taat kepada-Nya, inikan pula Aku! Hanyala seorang HAMBA yang hina. Maafkan aku Ya Allah!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 23 January 2013

Apa Kena-Mengena Hard Disk Malang dan Beliau???

Assalamualaikum...

Esok cuti sempena Maulidurrasul!! hehehe

Semalam aku mimpi pasal A. A ni adalah orang yang masih ada kat dlam hati aku yang aku tak boleh nak usir lagi walaupun dah hampir 2 tahun. Tapi A ni bukan 1st love aku. Huhuhuhu... Gile! Tak tau kenapa asyik teringat pasal dia sejak kebelakangan ni. Hati ni jadi sayu bila teringat dia. Rasa nak keluarkan jantung ni, campak je dalam tasik depan PKNS tu. Eh?? Jantung ke hati?? Apasal aku rasa rimas kat jantung je??? Ah..fedulik lah!!

Semalam aku termimpikan dia sebab terbawak-bawak sangat pasal kerja kot. Ceritanya cenggini;

Aku nak backup data dari satu hard disk ni tapi hard disk ni dah rosak la aku rasa. Sebab bila aku on je cpu, h/d ni akan berbunyi ktik..ktik..ktik.. macam bunyi kipas rosak. Mula-mula tu aku try masuk DOS buat check disk, first try, okay. Aku sempat backup separuh je data. Lepas tu terus hang! Aku restart balik pc, terus OS tak detect dah. banyak kali la aku try godek2, masuk safe mode pun tak boleh... Haizzz....

Aku suspect hard disk ni dah jahanam sebab aku nampak engineer ni letak merata-rata je hard disk ni. Lepas tu aku pegang h/d ni panas. Mungkin overheating. H/d ni kan sensitive, mane boleh careless. Tambah-tambah kalau brand W**tern Di***** je.. Muahahahahahah

Selalunya time-time cenggini, aku call si A sebab dia lagi terer dari aku tentang bab-bab hardware ni. Aku nak tanya dia kot-kot ada solution lain tak sebab aku nak kena selamatkan jugak data dalam h/d tu. Tapi disebabkan Si A dah lama menyepi, FB dan YM dia tak on, aku taknak kacau dia. Maka aku telefon la sorang kawan aku yang lain ni. Solution dia sama macam yang aku dah buat. Masuk safe mode, Dos, jumper..bla..bla..bla... dan akhirnya, dia cakap h/d tu tak boleh pakai dah. Dah rosak! Mungkin dia dah ada bad sector.

Ada arahan suruh format h/d tu tapi aku taknak sebab tak back-up apa-apa lagi. Aku taknak ambil risiko. macam-macam cara aku try cari kat internet tapi akhirnya aku biarkan je. Aku tengok engineer yang suruh back-up tu rileks je macam tak kisah je. Mungkin dia kisah tapi dah tak boleh back-up,nak buat macam mana?? Redho je la. Aku nak communicate dengan dia pun payah sebab dia tak paham English sangat. Aku pulak tak paham bahasa China. hahahaha...

Maka, atas sebab-sebab ini la kot sampai aku termimpi-mimpikan A. Aduhaiiii... Hati..tolong lupakan dia..

 Inilah hard disk malang itu

Sesapa tau solutions untuk problema ini, bagitau saya.

p.s: Adakah power supply jugak mempengaruhi kejahanaman hard disk? power untuk SATA boleh campur dengan IDE kan??? .. Oh My IT!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 22 January 2013

Ini Anak Mariam, Nawrah Dhiyaa' Mayeesa

Assalamualaikum...

Sekarang ni waktu lunch tapi aku malas nak makan. Pagi tadi aku dah bantal bihun goreng sepolistren.. Banyak la jugak aku senduk tadi siap ada telur paprik dan fish ball lagi..muahahaha..

Kedarah tak hengat!!

So, disebabkan aku malas dah nak makan sebab dah kekenyangan macam pacat, jadi aku stay je kat opis sambil praktis tulisan Jepun yang aku belajar ni sambil dengar radio Hot.FM... banyaknya sambil.....

Disebabkan tangan aku dah rasa lenguh-lenguh sebab praktis tulisan Katakana ni, (dah lama tak pegang pensil) maka aku rehat sekejap dengan meng'update' blog ni...

Oh panjangnya intro...

Okay, sebenarnya aku nak cerita, hari Ahad lepas aku pergi jenguk kawan aku dalam pantang dekat Klang. Nama kawan aku ni Mariam. Tahun lepas aku jadi pengapit masa dia kawen, tahun ni dah ada anak dah beliau. Oh cepatnya masa berlalu.. Huhuhuhu...


Sebelum pergi rumah dia, aku jemput Mala (kawan aku. Aku, Mariam & Mala sama-sama praktikal dekat library UiTM Shah Alam dulu) dekat KTM Padang Jawa. Terkejut beruk bila nak masuk area KTM Padang Jawa tu ada tol. Ciss!! Dulu takde pun!! Sejak bila ni???  Tak bleh blah.... Tak pasal-pasal kena bayar tol. Aku pun silap. Sepatutnya aku cakap nak ambil kawan je. Bukannya aku nak park kereta aku lama-lama kat situ.. Oh!! nyesal tak tanya. Kena la bayar RM3 akibat kealpaan diri sendiri... Adeiii..


Gile parah kalau sesapa yang keja naik KTM tu..Dulu tak payah pun. 

pondok jaga.. 

Tapi okay la, at least keselamatan kenderaan terjamin la sikit sebab dah ada orang jaga parking tu. Dulu memang banyak kes kereta dan motor kena curi dekat Padang Jawa tu. Macam mana la dulu aku ada keberanian balik keje pukul 11 malam turun dekat KTM Padang Jawa ni?? Dah la sunyi je kat situ. Setiap kali balik, aku akan merempit selaju mungkin tanpa menoleh ke belakang lagi. Hehehehe

Okay, berbalik kepada tajuk asal... (*nape eh, aku suka mengarut lari topik??)


 Tadaaaa!!! Ni la Nawrah Dhiyaa' Mayeesa. Cute tak?? Sedap tol dia tido masa aku sampai tu..


 Bestnya ada anak... ehh??

 Ni Mala.. Eesya tido lagi...

Comel je tangan dia pose cenggitu time tido. Nampak sangat aku takut pegang budak kecik. Muahahahahaha....

Okay, tu je. Jom sambung tengok drama Korea yang aku tak habiskan semalam!! Muahahaha!! 
*Padahal masuk ni dah 12 kali aku tengok drama Iljimae ni. Ciss!! Apasal best?? ppaangggg!!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday, 21 January 2013

Ku Takkan Cuba Kembali

Assalamualaikum...

Waaahhh.. propa sungguh tajuk entry ni..Tak bleh blah.. Nak ambil tajuk lagu si Asfan jugak... Korang dah dengar lagu nih?? Best la jugak..muahahahah

Motif???

Tak tau kenapa, sejak dua tiga hari ni aku teringat kat seseorang. Rindu keh??? Maybe...

Mungkin sebab aku dah lama tak dengar khabar dia kot.. FB dan YM dia pun dah lama tak ON. Ntah hidup lagi ke tak aku pun tak tau. Harap-harap dia sihat la hendaknya.

So, bila aku dengar lagu si Asfan ni, tangkai hati aku tersentuh (waahhhh..melampauuu ayat kau..).
Rasa sedih semacam. Takpe la..Asalkan ko bahagia.. Aku tak mengharap apa-apa dah dari dia. Cuma yang aku runsingkan sekarang ialah wajah dia kerap muncul dalam kepala hotak aku sejak kebelakangan ni. Aku cuba mengusir bayang-bayang dia tapi kadang-kadang tengah sikat rambut pun boleh teringat. Oh apakah???

Setelah hampir 2 tahun aku berjaya melupakan dia, kini wajah dia muncul semula di merata-rata.. Sangat la tak best sebab aku akan terasa sayu bila aku teringat kat dia. Kadang-kadang aku sengih sorang-sorang bila teringat kenangan kelakar dengan dia. Bengong sudah aku ni...

Tapi kau jangan la risau. Aku bukan la seorang pompuan yang akan merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Seperti tajuk lagu ini, aku takkan cuba untuk kembali kepada kau. Biarlah kenangan dan janji-janji manis yang tak tertunai itu menjadi sejarah yang akan aku hargai sepanjang hidup aku.

Maka, sila la lenyap dari kepala hotak aku ni. Tak sanggup aku nak sayu-sayu hati lagi sebab kepala hotak aku ni dah ada banyak benda yang aku dah load dan bakal di load lagi.. Aku harap ada seseorang yang akan hadir untuk bantu aku lupakan dia.. Di manakah dia??? Tengah terbongkang tido kat umah atau tengah bekerja sekarang ni?? Heheehe..

Okay.. sekian aku mengarut. Terimalah lagu dari Asfan ini...Sekian.


p.s : listen..listen..listen... =p
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday, 18 January 2013

Aku busy Study... Study la sangatttt....

Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang penuh barakah..

Aku dah lama tak update blog ni sebab takde ape yang aku nak update kan.. Kang aku citer pasal semut kang, ada yang terasa nak baling pasu bunga kat kepala aku kang..kompom!

Okay la, aku nak citer sikit, sekarang aku tengah busy study!

Jeng..jeng..jeng...

Takde ape pun..saje propa...

Aku study sendiri je... Nak tau aku study ape??? tengok kat bawah..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
ngeh..ngeh..ngeh.....

Aku tengah study tulisan Jepun.. Setakat ni aku baru tengah menghafal tulisan Hiragana. Seronok pulak aku belajar tulisan Jepun ni. Disebabkan tangan aku keras (*pengkor), maka aku kena berusaha keras untuk membentukkan lengkok-lengkok yang cantik dari tulisan Hiragana ni. Hehehehe

Apasal tetibe je nak belajar tulisan Jepun ni???

Saje... Nak menambah kemahiran..Tak salah kan?? Kalau aku dah mahir tulisan Jepun ni nanti, (Hiragana, Katakana & Kanji) maka aku akan dapat menulis dalam 4 jenis tulisan iaitu Rumi, Jawi, Korea(Hangul) dan Jepun. Terer tak?? Hahahaha *ppaaangggg!!!

Tu tak masuk bahasa programming lagi...
(HTML, C++, C#, Java, VB.NET, Pascal,ASP.net, SQL, dan kejadah yang lain lagi)
Ko ade???hohohohoh...

So, aku kena belajar dengan rajin supaya dapat menguasai tulisan dan bahasa nya dengan baik. At least ada sesuatu yang aku boleh banggakan dengan diriku... Huhuhuhu..

Lagi satu sebab kenapa aku belajar bahasa jepun ni, ialah apabila aku terjebak dengan satu blog ni iaitu blog

Mulanya aku just usya blog ni untuk study balik bahasa Korea yang dah lama aku tinggalkan. Dah berkarat sikit skill aku. Tetiba aku tengok ada entry untuk belajar bahasa Jepun pulak. Bagus blog ni. Dia ajar dari mula macam mana nak kuasai tulisan Jepun ni dari kosong....kosong....(Mode Najwa Latif).

Terus aku beli buku kotak-kotak kecik tu untuk aku belajar tulisan Jepun ni. Macam masa masuk tadika dulu bila kena tulis ABC. Lepas tu aku beli buku pulak untuk lebih memahami dengan lebih detail. Poyo kan??

So, disebabkan aku dah tak busy sangat, maka akan aku gunakan masa terluang dekat office ni untuk study sendiri. Lepas ni kalau terer cakap Jepun, boleh keje kat Toyota pulak. Muahahahaha..verangan.....

Okay la, takde ape nak cakap dah..

Mata-ne!
(*Jumpa lagi!)
Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday, 10 January 2013

Dan Akhirnya Aku Terjebak; Felinna Inch Loss

okeh, tadi aku baru je dapat Felinna Inch Loss ni dari Ella. Aku beli kat dia. Oh! Ella ni office mate aku. Dia ni ape yang takde..Semua benda dia jual.. Otak Bisness wa cakap lu...

Felinna Inch Loss
Wangi tau!! suke..suke..hehehe

Kalau korang ada tengok entry aku sebelum ni, aku ada post gambar sorang cik kak ni, dari muka dia yang agak chubby, leh jadi kecik cute miut lepas sapu losyen Fellina ni dekat muka dia. Aku tak pernah lagi dengar ada losyen yang boleh kecikkan wajah. Ni yang aku nak try ni. Hopefully takde side effect la.

Diet aku???
Ntah la.. kadang-kadang aku makan nasi jugak. Tak boleh tahan jugak. Ate, udoh perut ni dah biase disumbat dengan nasik sejak azali lagi...nak buat cam mane.... sekali sekala kena makan jugak... Kang meleleh je air liur aku tengok orang makan nasi. Heheheheh Alasaaaannnnn!!! Ppaaanggggg!!!!

Aku pun dah lama tak timbang berat badan ni. Hopefully lepas menonyoh Fellina di setiap anggota yang bermasalah ni, aku boleh dapat berat badan ideal la... muahahahahaha...

okay la.. aku nak rehat ni. Makan kuih popiah je..hehehe.. jemput makan semua... =)
Thanks for reading =) comment le weyh!

Bila Aku dah Boring

mula la aku buat kerja-kerja yang tak berfaedah.. 

antaranya ialah meng 'edit' gambar...





Nasib baik la aku tak pakai Samsung Galaxy Note.
Ntah hape-hape la lagi yang akan muncul

Soory, buang masa korang baca entry ni..

Muahahahahahaha



Thanks for reading =) comment le weyh!

Dimataku, HELLO KITTY adalah sangat CUTE!!

Assalamualaikum...

Ingatkan dah besar-besar badak ni, takde la minat kat Hello Kitty dah. Rupanya minat aku pada Hello Kitty masih belum terpadam.

Buktinya ialah apabila aku telah membeli seutas rantai tangan bermotifkan Hello Kitty. Motifff!!!!

Ni semua gara-gara aku terpegi ke Ole-Ole Seksyen 18 kelmarin. Tetiba ada booth jual product Hello Kitty betul-betul depan Main entrance. Haizzzz... Tu pun nasib baik aku cepat tersedar daari hasutan syaitonnnn...
Kalau tak, purse, earing, rantai, loket, calculator, selipar, semua aku borong. SURIUS cute gile. Bagi orang yang tak minat Hello Kitty tu mungkin takde perasaan kot.
 
 Rantai tu aku beli kat Sophie. Takde kene mengena dengan Hello Kitty

cute kan??

Yang ni pulak Nana belikan untuk aku. Aku sangkut sekali dengan kunci rumah.

Aku masih ingat lagi product pertama Hello Kitty ialah sebuah key chain yang comel yang aku beli dekat kedai runcit dekat area sekolah aku. Masa tu aku darjah 4 kalau tak silap. Aku gantung kunci beskal aku kat  key chain tu. Aku sayang gila kat key chain tu sebab cute sangat. Masa kunci beskal tu hilang, aku nangis sebab bukan pasal sedih kunci beskal hilang, tapi pasal key chain tu hilang. Huhuhuhu... Kunci aku tak heran.. bapak aku dah duplicate banyak-banyak sebab dia tau anak dia ni suka hilangkan barang. Pelupa ya amat. Haizzzz...

Mak aku pun dulu, suka belikan berang-barang yang ada printed Hello Kitty kat aku. Contoh macam sarung bantal, beg, purse, pensil box, jam, dan lain-lain lagi. Oh ye, tabung aku pun Hello Kitty. Muehehehehe...

Aku bukan la fanatik sangat dengan Hello Kitty ni. Tapi benda cute, ape salah propa kan?? kan??kan??

Tambah kalau ade kaler pink!! muahahahaha...

Oh!!barang-barang atas meja aku ni banyak yang kaler pink rupenyerrrrrrr.....



Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 8 January 2013

Takde IDEA!!

Assalamualaikum..

Aku dah takde idea nak dibebelkan di blog ni.
So, aku akan bebel secara random je la...

1) GAJI DAH MASUK!! WTH!!!
Hari ni secara rasminya gaji aku bulan lepas punya baru masuk!! TERBAEKKKKK!!
Cela** betul!!
Semua cek punya pasal! Eh! Bukan!!
Accountant la punya pasal!! Dah tau house cheque nak habis, apasal tak ambil baru?? Tak pasal2 aku yang jadi mangsa! Tampo kang!! Okeh..aku marah ni.. rileks jap... fuhhhh...

So, tadi segala hutang2 telah ku setelkan dengan menggunakan Maybank2u. Nasib baik ada M2U. Senang keje aku.

2) ABANG DAH NAK BERTUNANG
Okeh,aku agak terkejut babun la bila Mak bagitau aku yang Abang Jeffry dah nak bertunang bulan depan (February).Mak akan merisik si Miza (awek abang aku) pada hujung bulan ni. Aku tak balik kampung kot. Nak tunang nanti baru aku balik.

Okeh, di sini, ada 2 perasaan yang aku rasa iaitu HAPPY dan TAKUT!!

HAPPY sebab aku tumpang gumbira la.. hehehe.. Akhirnya abang aku bakal menamatkan zaman solo dia. (ceh! propa! Baru tunang je kot). Ye la, kiranya abang aku dah melonjak ke fasa hidup yang seterusnya. Huhuhu.. Lepas tu kawen pulak kan?? Pas kawen, ada orang jaga dia. Kira hidup dia lebih teratur la dari sekarang. Aku tumpang happy. Bakal kakak ipar aku tu kawan aku jugak. Sebaya pun. Dah la pandai masak. Nanti boleh la aku lepak rumah diorang kalau rasa nak makan sedap-sedap. Muahahahaha

TAKUT sebab lepas ni mesti orang akan tanya aku bila pulak???Muehehehe..
Mesti korang cakap cenggini:

"Apa susah?? Cakap je la tak tahu atau paling biadap pun tunggu lepas Opah kawen lain".

Tak semudah itu kengkawan...

Sebab masalahnye di sini, Si Nana pun bakal bertunang tahun ni kalau ikut plan dia. Tapi tak tau lagi bulan berapa. Maka, aku yang tersepit kat tengah-tengah ni mau nye orang tak tanye??? Adoiii... Memang kene langkah bendul kot aku ni. Ape nak buat...jodoh aku tak nampak bayang lagi... Mak dah bising.. Aku rasa stress kalau orang paksa-paksa aku cari jodoh ni. Ingat senang ke nak cari?? Ingat ade kat pasar malam selonggok 10 hengget???? Sedih tu sedih la jugak tapi nak buat cam mane?? Aku tak ready lagi.. Kalau jumpa, aku ajak kawen je terus!! Tengok la!! Tak caya, ntah2 taun ni jugak aku kawen!! Muahahahahah
*Ppaaaanngggg!!!! Berangan!!!

So, korang doa-doa la aku cepat dapat jodoh, terus kawen je!! Malas nak bercintan-cintun ni. Cintun lepas kawen terus buleh????

So, aku ucapkan TAHNIAH in advance la kepada Abang dan Nana. Kalau korang buat kenduri sekali terus lagi cantekkkk kan??? Tak payah aku susah2 nak kena jawab soalan cepu emas tu nanti. Hehehehe..


3) BEST NYE KALAU DAPAT KERJA GOMEN
Ada siapa-siapa di sini yang nak recommend saya kerja gov x??heheheh
Kalau ada, sila pm saya huahahahahaa...

Sebenarnya aku bukan nak kerja dengan gov. Aku lebih suka kerja di company swasta macam sekarang. Tapi kalau rezeki aku dapat kerje gomen, Alhamdulillah.... heheheh.. Cuma di company swasta ni persaingan dia lagi dasat la. Aku suke! Cume kerja aku sekarang ni memang takde saingan. Sebab aku seketul je technician pompuan kat sini. Aku la technician, aku la tukang uruskan pegawai asing yang nak kerja kat sini, aku la dispatch  aku la tukang buat schedule dll lagi. Walaupun nampak macam banyak keje, tapi sebenarnya sangat takde keje. Company korang ade??? hehehehe..

Aku siap boleh main game & layan movie lagi...

Opsss..lari topik!!

Sebenarnya aku nak citer camni, tadi aku pergi ke satu opis gomen ni, cam biasa la, nak antor samething..
Pastu masa lalu depan bilik berkaca ni, aku tengok ada sorang staff tengah tidor baikkkkkk punya sambil ternganga.. Hahahaha... Rileks je keje korang eh.. Untung keje gomen!! Hahahaha.... Kalau aku jahat tadi, aku ambil gambar dah! Pastu letak kat FB! Tapi disebabkan aku hormat orang keje gomen ni, aku pujuk diri aku supaya menjadi budak baik. Hahahaha...

Best kan kalau keje kerajaan...

4) RASA NAK SAMBUNG STUDY
Yezzaaaa... a'ah.. aku rasa nak sambung study memandangkan keje aku sekarang pun tak busy sangat, so banyak masa terluang. Aku rasa nak ambil PJJ kat UiTM tapi course yang ditawarkan semua macam memerlukan aku menjadi ulat buku. Oh! Sangat tak IN!! Aku nak course yang ada practical maksud aku macam course Electrical Engineering... (duck face). Pppanngggg!!!

Of course la course macam tu takkan ada. Impossible la.. PJJ tu berapa kali je ko jumpa lecturer ko. Seminggu sekali je kot kuliah. Pastu ko pandai-pandai la study sendiri. Sebab tu la course yang berkenaan technical ni takde. Management ni banyak la. Hadoiii.. Cemane??? Takkan nak kena berhenti kerja kot??? Oh tidakkkk...

Aku teringin la nak kerja atas kapal. Muahahahha.. (Datang dah mengada-ngada)..
Lupakan!

So, buat masa sekarang, aku plan nak ambil kursus Bahasa Korea je la. Sebab aku dapat offer kerja sebagai IT Helpdesk for Korean Speaker punye la banyak tapi terpaksa tolak sebab aku tak confident boleh cakap dengan fluent sebab term-term computerize ni memang aku tak belajar dulu. Setakat basic daily communication tu boleh la. Tu pun dah berkarat sebab dah lama tak practice. Bingai dah kepala otak aku mikir..

Nanti nak survey pusat bahasa dekat Seksyen 9 tu la...

Ok la.. aku nak kuar lunch ni.
ADIOS!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 2 January 2013

Aku dah Officially Pindah

Assalamualaikum...

Perghhh!! sekarang tengah hujan lebat giler.. Dari tingkap opis aku ni, aku boleh nampak pokok yang bergoyang-goyang ditiup angin. Ngeri aku tengok!! Jangan ada yang patah sudah ye!! Dah la aku park kereta bawah pokok hari ni.. huhuhuhu :'(

Semalam (1st January 2013), aku officially dah duduk kat rumah baru yang aku sewa tu. Malam semalam ialah malam 1st aku tidur kat rumah tu. Dan seperti biasa, bila tidur dekat 'tempat' baru jer, mula la aku tak boleh tidur. (ape punye ayat daaaaa).

Memang tabiat aku cenggitu. Dari kecik lagi aku ni memang susah nak tidur kalau kena tidur dekat tempat baru. Mesti aku akan terjaga banyak kali. Pastu blurr sekejap.

Pastu aku akan terpikir camni:

"Kat mana ni?? Macam mana aku boleh ada kat sini??"

Memang cenggitu walaupun kadang-kadang persoalan tu aku biarkan je tanpa berjawab.

Macam malam semalam, aku rasa 3 kali jugak la aku terjaga.
sawan ape ntah! Malas aku nak layan.

Dah, tukar citer.

Hari ni aku half day sebab Nana demam. Masuk rumah baru je terus demam. Lagi teruk! Hehehe..
Sebenarnya badan aku pun macam nak demam tapi aku malas nak layan sangat. Jadi, lepas hantar Nana pergi klinik tadi, bawak dia pergi makan kejap, pastu terus aku pergi office. Rumah baru ni dekat sikit dengan office. Hehehe.. Jam 1300 tadi tepat aku thumb print. Hehehe

Rumah aku ni banyak pokok. Depan rumah ada sungai. Rasa macam duduk dekat kampung Opah jer. Hehehe.. Cuma takde bunyi cengkerik dan riang-riang jer.. Kalau ada, best giler woo..hehehe..

 ni view dari tingkap bilik aku.. 
sejuk je bilik ni sebab banyak pokok disekelilingnya.

 ni pun view dari tingkap bilik aku.

 Ni ruang tamu. 
Takde perabot pun sebab baru masuk.
Housemate aku rajin nak ngecat dinding.

 Ni sungai depan rumah. 
Jangan air naik musim-musim hujan ni sudah la ye...

 Pokok lagi...

 Tree

 Senang nak tengok kereta.
Langsir tu ikat dengan tali rafia jer..
Ingat pasni nak beli riben santek-santek sket..huhuhu

 Cantik tak pasu tu??
yang ni bukan aku yang beli.hehehe

Ni bilik aku. Kecik je. Bulan 3 nanti baru dapat masuk master bed room.
Maka, aku taknak menyemakkan bilik aku dengan barang-barang yang tak penting.
Ni pun dah semak bilik aku. Huhuhuh..

Maka, bermula la hidup aku dan Nana sebagai anak rantau yang berdikari. Muahahha... Maksu dan Paksu bersungguh-sungguh suruh kitorang tinggal dengan diorang lagi tapi aku  terpaksa tolak niat baik diorang tu. Dah banyak kali aku menyusahkan diorang. Paksu lagi tak boleh blah... Hari Jumaat petang dia dah suruh datang rumah dia tidur sana sampai hari Ahad. Hahahah..

Terima kasih banyak Paksu.. Takpe la, nanti kalau kitorang rindu adik-adik, kitorang datang la lepak kejap..Tapi nak tidur sana tu rasa macam tak perlu kot.. hehehehe.. Lagipun adik-adik dah start sekolah. nanti diorang tak selesa pulak. 

Sudah..cukup..cukup sudah...cukup sampai di sini saja....

Terlalu banyak jasa diorang yang tak mampu aku nak balas. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin.. =)

Oh! Kempunan aku nak tengok Nana Kecik pergi tadika. Tahun ni Paksu hantar dia ke tadika Smart Reader. Tahun ni dia 5 tahun. Mesti dia dah tak boring dah tinggal dekat rumah sorang-sorang lepas ni. Hope dia rajin, cerdik dan bijak lagi lepas ni. Hehehe...

Okay, nak layan lagu kejap. 
Asyik takde keje je! boring betul!!!huhuhuhuhu

Bye.




Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday, 1 January 2013

Happy New Year ^_^

Hye Alls..
Wishing u a Happy New Year ^__^

May this year bring us happiness, success, lots of love, beautiful moments, good healthiness, and the most important is barakah from Allah s.w.t. (*omputeh konon!!)

So, apakah azam tahun baru anda??
Adakah masih sama seperti azam-azam tahun lepas?

Atau

just RENEW azam yang tak tercapai pada tahun lepas??
Heheheheh

Azam saya pula ialah......ntah!!...huhuhuhu...

Tapi 2 azam yang saya nak renew ialah:

1) Nak kuruskan badan =p (*pppaaanggggg!!!)
2) Never failed to pay PTPTN loan every month! Heheheheh...

Wish me luck!!

Semoga segala azam anda pada tahun 2013 ini tercapai hendaknya...

Lots of love,
Inda Linda 
Thanks for reading =) comment le weyh!