Monday, 21 January 2013

Ku Takkan Cuba Kembali

Assalamualaikum...

Waaahhh.. propa sungguh tajuk entry ni..Tak bleh blah.. Nak ambil tajuk lagu si Asfan jugak... Korang dah dengar lagu nih?? Best la jugak..muahahahah

Motif???

Tak tau kenapa, sejak dua tiga hari ni aku teringat kat seseorang. Rindu keh??? Maybe...

Mungkin sebab aku dah lama tak dengar khabar dia kot.. FB dan YM dia pun dah lama tak ON. Ntah hidup lagi ke tak aku pun tak tau. Harap-harap dia sihat la hendaknya.

So, bila aku dengar lagu si Asfan ni, tangkai hati aku tersentuh (waahhhh..melampauuu ayat kau..).
Rasa sedih semacam. Takpe la..Asalkan ko bahagia.. Aku tak mengharap apa-apa dah dari dia. Cuma yang aku runsingkan sekarang ialah wajah dia kerap muncul dalam kepala hotak aku sejak kebelakangan ni. Aku cuba mengusir bayang-bayang dia tapi kadang-kadang tengah sikat rambut pun boleh teringat. Oh apakah???

Setelah hampir 2 tahun aku berjaya melupakan dia, kini wajah dia muncul semula di merata-rata.. Sangat la tak best sebab aku akan terasa sayu bila aku teringat kat dia. Kadang-kadang aku sengih sorang-sorang bila teringat kenangan kelakar dengan dia. Bengong sudah aku ni...

Tapi kau jangan la risau. Aku bukan la seorang pompuan yang akan merampas kebahagiaan orang lain demi kepentingan diri sendiri. Seperti tajuk lagu ini, aku takkan cuba untuk kembali kepada kau. Biarlah kenangan dan janji-janji manis yang tak tertunai itu menjadi sejarah yang akan aku hargai sepanjang hidup aku.

Maka, sila la lenyap dari kepala hotak aku ni. Tak sanggup aku nak sayu-sayu hati lagi sebab kepala hotak aku ni dah ada banyak benda yang aku dah load dan bakal di load lagi.. Aku harap ada seseorang yang akan hadir untuk bantu aku lupakan dia.. Di manakah dia??? Tengah terbongkang tido kat umah atau tengah bekerja sekarang ni?? Heheehe..

Okay.. sekian aku mengarut. Terimalah lagu dari Asfan ini...Sekian.


p.s : listen..listen..listen... =p
Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment