Thursday, 24 January 2013

Salam Maulidurrasul :Anak Kita Kenal ke Siapa Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum..

Salam Maulidurrasul.
Cuti tak hari ni?? Aku cuti. hehehehe

Sempena Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ni, mari kita sama-sama singkap kembali perjuangan Nabi kesayangan kita ni dalam usahanya memperjuangkan Islam. Jangan la pulak ada yang ambil kesempatan hari cuti ni nak pergi berjimba-jimba tak tentu hala. Hormat sket hari bersejarah ni hokeyyy.

Nak lagi bagus, pergi follow mana-mana perarakan Maulidurrasul dan dalam masa yang sama, kita berselawat ke atas Rasul Junjungan kita. Dapat jugak pahala. Dalam Hadis, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

"Barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali".

nahh..rugi la sesiapa yang tak mahu berselawat.. Jom selawat sekejap.


Bagi yang ada anak-anak kecil tu, apa kata kita ambil peluang hari cuti ni untuk dekatkan anak-anak kita dengan Rasulullah. Maklum lah, budak-budak sekarang ni, kalau sebut hero-hero animasi kenal la kot. Tapi kalau tanya siapa itu Rasulullah, mungkin masih ada lagi yang tak kenal kekasih Allah ini. So, sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, ambil peluang ni untuk ceritakan kisah hidup nabi terakhir ini kepada anak-anak kita. Ceritakan salasilah keluarga nabi, kisah zaman kanak-kanak nabi, kisah bagaimana nabi diangkat menjadi rasul, kisah kebaikan dan kemuliaan hati Nya terhadap sesama makhluk agar anak-anak kita akan terbuka hati untuk menjadikan Nabi Muhammad sebagai Hero mereka pula.

Cuba gunakan pendekatan yang menarik untuk ajak anak-anak anda berminat untuk mengetahui siapa itu Rasulullah.

Contohnya, beli buku-buku cerita berkenaan Nabi-Nabi yang berbentuk animasi. Kalau ada cartoon yang ada kaler-kaler, lagi bagus sebab kanak-kanak ni mudah tertarik dengan buku yang ada gambar. Bapak aku dulu pun selalu belikan aku buku-buku cerita Islamik yang ada kartoon ni sebab dia tau anak dia ni kalau takde karton, taknak baca. Even dah besar gajah ni pun, kalau beli buku cerita, mesti nak ada karton. Kalau takde, rasa macam baca buku sejarah form 5 jer.. huhuhuhu..

 gambar hiasan


Menarik kan??? Tetiba rasa nak pergi kedai buku. Aku pun dah lama tak baca buku sirah 25 rasul ni. Huhuhu

Selingan:

Perasan tak, kalau buku cerita tentang Nabi Muhammad, takde pun diorang lukis Nabi Muhammad tu dalam bertuk cartoon, tapi kalau nabi lain ada. Sebab ape eh?? Siapa tau??

Pada pendapat aku, mungkin sebab orang tak berani nak menggambarkan Nabi Muhammad dalam sebarang bentuk animasi sebab Nabi Muhammad terlalu mulia, tak layak dijadikan cartoon. Sebab tu kalau ada orang yang mempersendakan Nabi dengan karikatur, memang layak disular 44 kali. Oh emosi! Kalau nabi ada di zaman ini, tentu nabi dah maafkan sebab sikap nabi sangat mulia. 

Okay, selain dari itu, terdapat jugak kaedah-kaedah lain untuk menarik kanak-kanak untuk mengenali Nabi Muhammad s.a.w. Antaranya:

-Ajar diorang selawat sebab selawat ni macam nyanyi.. Benda-benda yang berirama ni senang nak hafal. Contohnya cari lagu selawat dari kumpulan-kumpulan Nasyid.(aku suka kumpulan Raihan.Huhuhu). Lagi satu, cari lagu yang menceritakan perihal kehidupan Rasulullah. Contoh macam lagu Raihan ni. Raihan lagiiii...
InsyaAllah, lagu lagu nasyid seperti ini akan menjadi siulan di bibir anak-anak anda nanti. Sekaligus menanam kecintaan mereka terhadap agama. cewah ayaaattttt....


Nasyid Selawat nabi

Rindunya pada Rasulullah tatkala mendengar lagu nasyid ni. 

-memandangkan sekarang ni zaman IT, masyarakat sekarang prefer cari maklumat depan internet je. So, segala maklumat berada di hujung jari. So, ibu bapa boleh la surf video ceramah-ceramah agama di internet, tengok sekali dengan anak-anak. Kalau diorang tak paham, at least diorang boleh tanya anda. Aktiviti macam ni pun boleh merapatkan hubungan ahli keluarga. =)

-bawak diorang pergi ceramah agama secara live. Macam aku dulu-dulu. Setiap kali ada ceramah agama dekat surau, bapak aku akan mewajibkan anak-anak dia hadir. Mentang-mentang dia AJK surau dulu. ceh!
Tapi walaupun kena paksa, aku tetap seronok sebab aku dapat jumpa kawan-kawan aku, ustazah sekolah agama rakyat aku, dan secara tak langsung, aku kenal pokcik-pokcik geng surau merangkap geng-geng abah aku. Jadi silaturrahim antara sesama masyarakat tu jadi kuat. Tak macam sekarang ni. Jangan kata geng surau, jiran sebelah rumah pun aku tak kenal!!

-Ajarkan mereka sunnah-sunnah Rasulullah seperti cara kehidupan nabi. Cara nabi makan, duduk, tidur, cara bercakap, cara memuliakan tetamu, memaafkan orang dan bermacam-macam lagi. Semoga dengan mengangkat sunnah-sunnah nabi ni akan mendidik anak-anak kita menjadi insan yang lebih cantik akhlaknya.

Apa-apa kaedah pun yang kita gunakan, harap ia akan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap anak kita. Biar hati mereka penuh dengan rasa cinta kepada Rasulullah dan agama Islam. Maklum la, hati kanak-kanak ni suci lagi. Ibarat kata pepatah "melentur buluh, biarlah dari rebungnya".

Sekian dari aku. Salam Maulidurrasul. =)

p.s: Diri ini terlalu hina disisi Allah s.w.t. Sedangkan KEKASIH Allah s.w.t pun sangat humble dan taat kepada-Nya, inikan pula Aku! Hanyala seorang HAMBA yang hina. Maafkan aku Ya Allah!

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment