Wednesday, 23 January 2013

Apa Kena-Mengena Hard Disk Malang dan Beliau???

Assalamualaikum...

Esok cuti sempena Maulidurrasul!! hehehe

Semalam aku mimpi pasal A. A ni adalah orang yang masih ada kat dlam hati aku yang aku tak boleh nak usir lagi walaupun dah hampir 2 tahun. Tapi A ni bukan 1st love aku. Huhuhuhu... Gile! Tak tau kenapa asyik teringat pasal dia sejak kebelakangan ni. Hati ni jadi sayu bila teringat dia. Rasa nak keluarkan jantung ni, campak je dalam tasik depan PKNS tu. Eh?? Jantung ke hati?? Apasal aku rasa rimas kat jantung je??? Ah..fedulik lah!!

Semalam aku termimpikan dia sebab terbawak-bawak sangat pasal kerja kot. Ceritanya cenggini;

Aku nak backup data dari satu hard disk ni tapi hard disk ni dah rosak la aku rasa. Sebab bila aku on je cpu, h/d ni akan berbunyi ktik..ktik..ktik.. macam bunyi kipas rosak. Mula-mula tu aku try masuk DOS buat check disk, first try, okay. Aku sempat backup separuh je data. Lepas tu terus hang! Aku restart balik pc, terus OS tak detect dah. banyak kali la aku try godek2, masuk safe mode pun tak boleh... Haizzz....

Aku suspect hard disk ni dah jahanam sebab aku nampak engineer ni letak merata-rata je hard disk ni. Lepas tu aku pegang h/d ni panas. Mungkin overheating. H/d ni kan sensitive, mane boleh careless. Tambah-tambah kalau brand W**tern Di***** je.. Muahahahahahah

Selalunya time-time cenggini, aku call si A sebab dia lagi terer dari aku tentang bab-bab hardware ni. Aku nak tanya dia kot-kot ada solution lain tak sebab aku nak kena selamatkan jugak data dalam h/d tu. Tapi disebabkan Si A dah lama menyepi, FB dan YM dia tak on, aku taknak kacau dia. Maka aku telefon la sorang kawan aku yang lain ni. Solution dia sama macam yang aku dah buat. Masuk safe mode, Dos, jumper..bla..bla..bla... dan akhirnya, dia cakap h/d tu tak boleh pakai dah. Dah rosak! Mungkin dia dah ada bad sector.

Ada arahan suruh format h/d tu tapi aku taknak sebab tak back-up apa-apa lagi. Aku taknak ambil risiko. macam-macam cara aku try cari kat internet tapi akhirnya aku biarkan je. Aku tengok engineer yang suruh back-up tu rileks je macam tak kisah je. Mungkin dia kisah tapi dah tak boleh back-up,nak buat macam mana?? Redho je la. Aku nak communicate dengan dia pun payah sebab dia tak paham English sangat. Aku pulak tak paham bahasa China. hahahaha...

Maka, atas sebab-sebab ini la kot sampai aku termimpi-mimpikan A. Aduhaiiii... Hati..tolong lupakan dia..

 Inilah hard disk malang itu

Sesapa tau solutions untuk problema ini, bagitau saya.

p.s: Adakah power supply jugak mempengaruhi kejahanaman hard disk? power untuk SATA boleh campur dengan IDE kan??? .. Oh My IT!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment