Perghhh!! sekarang tengah hujan lebat giler.. Dari tingkap opis aku ni, aku boleh nampak pokok yang bergoyang-goyang ditiup angin. Ngeri aku tengok!! Jangan ada yang patah sudah ye!! Dah la aku park kereta bawah pokok hari ni.. huhuhuhu :'(
Semalam (1st January 2013), aku officially dah duduk kat rumah baru yang aku sewa tu. Malam semalam ialah malam 1st aku tidur kat rumah tu. Dan seperti biasa, bila tidur dekat 'tempat' baru jer, mula la aku tak boleh tidur. (ape punye ayat daaaaa).
Memang tabiat aku cenggitu. Dari kecik lagi aku ni memang susah nak tidur kalau kena tidur dekat tempat baru. Mesti aku akan terjaga banyak kali. Pastu blurr sekejap.
Pastu aku akan terpikir camni:
"Kat mana ni?? Macam mana aku boleh ada kat sini??"
Memang cenggitu walaupun kadang-kadang persoalan tu aku biarkan je tanpa berjawab.
Macam malam semalam, aku rasa 3 kali jugak la aku terjaga.
sawan ape ntah! Malas aku nak layan.
Dah, tukar citer.
Hari ni aku half day sebab Nana demam. Masuk rumah baru je terus demam. Lagi teruk! Hehehe..
Sebenarnya badan aku pun macam nak demam tapi aku malas nak layan sangat. Jadi, lepas hantar Nana pergi klinik tadi, bawak dia pergi makan kejap, pastu terus aku pergi office. Rumah baru ni dekat sikit dengan office. Hehehe.. Jam 1300 tadi tepat aku thumb print. Hehehe
Rumah aku ni banyak pokok. Depan rumah ada sungai. Rasa macam duduk dekat kampung Opah jer. Hehehe.. Cuma takde bunyi cengkerik dan riang-riang jer.. Kalau ada, best giler woo..hehehe..
ni view dari tingkap bilik aku..
sejuk je bilik ni sebab banyak pokok disekelilingnya.
ni pun view dari tingkap bilik aku.
Ni ruang tamu.
Takde perabot pun sebab baru masuk.
Housemate aku rajin nak ngecat dinding.
Ni sungai depan rumah.
Jangan air naik musim-musim hujan ni sudah la ye...
Pokok lagi...
Tree
Senang nak tengok kereta.
Langsir tu ikat dengan tali rafia jer..
Ingat pasni nak beli riben santek-santek sket..huhuhu
Cantik tak pasu tu??
yang ni bukan aku yang beli.hehehe
Ni bilik aku. Kecik je. Bulan 3 nanti baru dapat masuk master bed room.
Maka, aku taknak menyemakkan bilik aku dengan barang-barang yang tak penting.
Ni pun dah semak bilik aku. Huhuhuh..
Maka, bermula la hidup aku dan Nana sebagai anak rantau yang berdikari. Muahahha... Maksu dan Paksu bersungguh-sungguh suruh kitorang tinggal dengan diorang lagi tapi aku terpaksa tolak niat baik diorang tu. Dah banyak kali aku menyusahkan diorang. Paksu lagi tak boleh blah... Hari Jumaat petang dia dah suruh datang rumah dia tidur sana sampai hari Ahad. Hahahah..
Terima kasih banyak Paksu.. Takpe la, nanti kalau kitorang rindu adik-adik, kitorang datang la lepak kejap..Tapi nak tidur sana tu rasa macam tak perlu kot.. hehehehe.. Lagipun adik-adik dah start sekolah. nanti diorang tak selesa pulak.
Sudah..cukup..cukup sudah...cukup sampai di sini saja....
Terlalu banyak jasa diorang yang tak mampu aku nak balas. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. Amin.. =)
Oh! Kempunan aku nak tengok Nana Kecik pergi tadika. Tahun ni Paksu hantar dia ke tadika Smart Reader. Tahun ni dia 5 tahun. Mesti dia dah tak boring dah tinggal dekat rumah sorang-sorang lepas ni. Hope dia rajin, cerdik dan bijak lagi lepas ni. Hehehe...
Okay, nak layan lagu kejap.
Asyik takde keje je! boring betul!!!huhuhuhuhu
Bye.
No comments:
Post a Comment