Mulakan hari anda dengan senyuman...
Maka anda akan lebih gumbira dan awet muda =)
tapi entry kali ni leh menyebabkan aku awet tua dengan cepat!! T_T
Siapa Irfan???
Anak aku???
Bukaannnnnn....
Aku belum kawen lagi..hehehehe
Irfan ni anak sulung Maksu aku. Umur 10 tahun, Darjah 4.
This week dia ada exam. So, Maksu aku memberi tanggungjawab kat aku untuk ajar dia ape ape yang patut. Maksu aku selalu balik keje lewat, so, memandangkan aku balik awal, maka terpaksalah aku menjadi guru tak terlatih kepada adik sedara aku ni...
Isnin haritu exam BM (ni Ibu dia yang ajar malam Ahad tu)
Selasa exam Matematik, Bahasa Arab dan Agama. (Ni aku yang ajar)
Tapi aku ajar Matematik je sebab Bahasa Arab aku memang failed. Agama pun aku tak ajar sebab dia tiap-tiap hari pergi Sekolah Agama, so, aku budget dia OK.
So, aku ajar la dia ape yang patut. boleh tahan la lagi...
Rabu exam BI & Sains (Aku jugak..)
Serius time ni aku dah hilang sabar... hehehe.. Patut la aku tak boleh jadi cikgu.. nak tau kenape??? Sebab time ni dia dah buat perangai. Aku suruh dia bina ayat daripada perkataan-perkataan BI tu, dia dah buat muke kemek!! (Kalau adik aku memang aku sepak dah. Garang tak aku??)..Padahal aku siap tolong dia buat ayat tu. Dia cuma perlu tulis je.. Tu pun muka macam nak nanges. Padahal aku tak garang pun ajar dia. Geram aku!!
Fedup!!
Then aku suruh dia ambil buku Sains plak. Aku suruh dia baca pasal planet-planet yang ada kat system suria nih. Tu pun dia main baca je. Haram nak ingat ape yang dia baca. So, nak bagi dia ingat ape yang sia baca, aku suruh dia jawab soalan.. Tu pun muka nak nanges. Ape kes ntah! Bukan suruh lari keliling padang pun! Disebabkan aku baik, aku tolong la jawab soalan tu sama-sama... tu pun boleh salah jugak!! Hmmmm...
Nasib aku la.....
Aku siap tolong buatkan formula untuk dia hafal nama-nama planet tu ikut turutan. Nasib baik aku ingat lagi dengan formula yang aku praktikkan masa sekolah dulu.
Ustaz = Utarid
Zubir = Zuhrah
Beli = Bumi
Mee = Marikh
Maggie = Musytari
Zon = Zuhal
Utara = Uranus
Negeri = Neptun
*Perak = Pluto (Saintist dah keluarkan Pluto ni dari senarai sebab dia bukan planet. Tapi dia didefinasikan sebagai planet kecil @ dwarf planet. Kesian pluto...huhuuhu)
So, Irfan hafal sampai Neptun je...
Tu pun liat... sakit hati aku!
Last-Last aku cakap tak payah hafal yang UStaz kejadah sume tu.. Aku terus suruh dia hafal nama-nama planet tu... Sampai nak tertido la aku tunggu dia nak hafal nama 8 ketul planet tu! Huh!
Kalau suruh hafal nama-nama Ultraman kemain laju je dia ingat. Ultraman Max la, Mebius la, Nexus la.. Kang aku lempang kang!!! saje je....
Lepas dia dapat hafal tu, dia kata dia haus. nak turun dapur jap, minum.
Okay, aku izinkan.
5 minit..
10 minit..
15 minit...
tak jugak naik-naik lagi.
Aku tanya adik dia, Awish.
"Awish, mane Abang Irfan??"
Awish : "Dia tengok tv kat bawah".
Biadap tak???
Lantak ko la.. trus aku tarik selimut, tido! abes citer.
Dalam pukul 11 aku dengar dia baca buku Sains kuat-kuat dekat hall. Fadan Muke!! Tu mesti kene suruh baca buku dengan Papa dia. Takdenye aku nak tolong ko dah. Aku nak ajar, ko lari ekkk... hahahahaha... (jahat tak aku?? Ngan budak-budak pun nak jaki...)
Khamis exam Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Sivik Kewarganegaraan
(ape tu Sivik kewarganegaraan?? Mase aku skolah dulu takde pun subjek ni. Bila tengok buku dia, hmmm.. mudah amat... Soalan pun ikut logik je la.. Subjek ni pasal adab dan tatasusila la lebih kurang... Kira macam dia nak ajar budak KURANG AJAR jadi BERAJAR sikit la...)
Ni malam tadi aku ajar. Cam biasa, mula-mula je semangat. Pastu mula la sakit tengkuk la, haus la.. Aku sabo lagi... Tu la, sape suruh study last minit kan!!
Kemahiran hidup tu aku just suruh dia ingat nama-nama alatan, simbol-simbol electric circuit, cara-cara nak bercucuk tanam.. bleh..bleh..bleh...(Hotel Transylvania)
Masuk kajian tempatan, dah macam cacing kena panas je beliau.. Start tu mood aku pun dh turun sikit, temperature aku naik!!! Tapi sabar lagi...
Oh..mungkin dia dah letih baca.. Bak sini aku baca, ko dengar. (tak cukup baik lagi ke aku ni??)
Mula mula dia dengar.. pastu aku nampak mata dia dah kesana-sini, tengok adik dia main-main kat sebelah... Dah hilang focus. Cettt!!! Siyes aku malas dah!
Aku suruh adik aku take over, dia awal- awal lagi dah surrender. Dan dan je tarik selimut, tido.
Rase nak sular time tu jugak. Hampeh tul!!!
Fedup!!
Aku tutup trus buku Kajian Tempatan!
Bukak buku Sivik Kewarganegaraan...
Sama je macam aku buat masa study Kajian Tempatan!
Siap bacakan untuk dia..
pastu aku suruh jawab soalan.. Tu pun ade jugak yang salah.... hmmmm..padahal jawapan senang-senang je kot.. Tak paham, boleh baca balik.. tapi jangan harap la dia nak baca....huhuhuhu...
Fedup??!!!
Belom lagi... Aku suruh dia baca lagi beberapa topic... mula-mula cmni la gaya dia...
khusyuk sangat la konon.. sampai cadar katil tu semua habis terselak... Ni masa dia jawab soalan-soalan subjek Sivik Kewarganegaraan..
Time ni pun mata dia dah terkuyu-kuyu. Bila dia terpejam je, aku panggil nama dia, celik balik.. Tapi muka nak nangis dah!! hahahaa
*motif study atas katil???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
5 minit kemudian....
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
terus terbongkang!!
malas nak cakap ape2 dah!
-the end-
Esok tak tau la subject ape pulak. Malam ni aku kena ajar lagi jawabnya.
Patut la aku tak minat jadi Cikgu. Tobat la nak jadi Cikgu!
Sorang macam ni pun tak boleh nak handle, ni pulak nak handle yang berpulu-puluh murid.
Mulai saat ini, aku respect gila-gila pada orang-orang yang bergelar GURU @ CIKGU..
huhuhuhu...
Si Irfan ni bila aku tanya, "Boleh buat tak exam tadi??".
Kompom dia akan jawab "Boleh"...
Ntah ye ntah tidak. Kite tengok la resultnya nanti..hehehehe..
Tapi aku harap dia boleh buat la.. Dian kan 'anak murid' aku..hehehehe...Puuiii!!!
Ye la, kalau result dia hampeh, ade change la aku dipersalahkan!! OH TIDAK!! Aku baru sedar akan hakikat ini... mati la aku...
So, malam ni aku akan Ganyam style kat ko lagi Irfan.. Muahahahaha...
Tengah-tengah aku 'hangin' semalam, tetiba si Awish tunjuk kat aku lukisan dia. Terus gelak tak berhenti.. Adoyaiiii... nak tau dia lukis ape???? ni ha!!!
Spiderman Merah kurus melidi.... keh keh keh..
Dia ni memang suka melukis walaupun kadang-kadang imaginasinya terlalu tinggi... Adoyaii... Spiderman ni pun muka tak redho je kene lukis cenggini.. Kalau dia tengok lukisan ni kompom menangis!! hahahahaah...
Thanks Awish! lukis banyak-banyak lagi ye.. kalau Akak stress, akak akan tengok lukisan Awish ni.. Kompom senyum balik.. hehehehe...
Okeh! Jom Kerja!!!
Bye.
No comments:
Post a Comment