ni la rope pemadam pen tapi ada yang lagi old skool. Aku google gambar dia tak jumpe pulak
Tapi hari ini dalam sejarah, aku guna pemadam pen. Fungsi dia untuk memadam tullisan yang ditulis dengan menggunakan pen. Cara guna dia macam pemadam biasa jugak tetapi tenaga yang digunakan untuk memadam dengan pemadam pen ni adalah 14 kali ganda dari menggunakan pemadam pensil. Ceh!! Lenguh terus lengan aku.
Kenapa tak guna liquid je???
Aku pantang dah guna liquid ni. Sebab masa aku form 4, cikgu aku tak bagi aku guna liquid. Ceh! Alasan! Tapi betullll tak tipuuuu..Cikgu aku yang tak kasi. Nape cikgu aku tak kasi guna liquid?? Ni sebab-sebab dia:-
1) Cikgu aku tak suka sebab bila guna liquid, ko akan mengambil masa untuk menunggu liquid paper tu kering.. So dah melambatkan ko nak menyiapkan kerja sekolah atau note yang cikgu suruh ko salin dari white board atau secara lisan.
2) Perasan tak, bila buku ko tu dipenuhi kesan liquid paper, maka buku ko tu menjadi comot dan apabila dua tiga minggu, kesan tulisan yang ko padam dengan menggunakan liquid paper tu akan muncul semula di permukaan. hahaha.. Padahal ko dah 'tindih' perkataan tu dengan perkataan lain. Maka, buku ko akan menjadi haru biru dan caca marba.
3) Cikgu aku cakap liquid ni tak bagus sebab kalau kena dekat tangan, susah nak tanggal. Lepas tu, kalau kita makan guna tangan, chemical dari liquid paper tu akan masuk sekali dalam badan kita dan boleh menyebabkan cancer. (Cancer ape ntah!!).
Jadi, setiap kali kalau cikgu tu nampak aku liquid buku aku, dia akan sound! Bukan aku sorang je kena,ramai lagi..(ceewah!! kene marah pun nak kena ada geng!!)
Bapak aku pun pantang nampak aku guna menatang liquid ni kalau aku tengah buat kerja sekolah. Tapi kadang-kadang, aku guna jugak! degil!Ada ke bapak aku suruh guna pemadam pen!?? Never! Aku tak suka kot pemadam pen ni.. Keras je. Kaler pun tak menarik. Aku kalau nak guna pemadam mesti yang ada 'sarung' , pastu nak kaler-kaler tak pun ade gambar Hello Kitty kat atas pemadam tu. (Ni masa aku sekolah rendah ye! Sekolah menengah pakai pemadam Faber-Castell putih je).Hobi aku dulu kumpul pemadam. Ada macam-macam bentuk dan kaler. Paling banyak gambar bendera. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan aku. Tapi banyak yang dah kena rembat dengan abang aku. Sekarang ada dalam 10 ketul je tinggal kat aku. Huhuhuhu...
Aku pernah tengok pemadam pen ni masa aku belum tadika. Masa tu aku tengok Maksu aku buat kerja sekolah dia (Maksu aku Form 6 masa tu). Lepas tu aku pelik tengok pemadam pen tu sebab memang pelik la aku tengok! Ganas je ropenye... Lepas tu aku suruh Maksu aku buat demo menggunakan pemadam tu. Lepas dia buat demo tu, aku tengok kesan pen tu memang hilang, tapi buku dia jadi macam nak terkoyak dah. Hahahaahah.. Start tu aku isytiharkan, pemadam pen tidak dibenarkan berada dalam pensil box aku bila aku dah sekolah nanti. Maknanya, hati aku tak berkenan tengok pemadam ni.
Tapi tidah disangka-sangka, hari ni pemadam pen tu muncul depan mata aku. Dengan tangan aku jugak aku gunakan ia untuk memadam nama Pegawai Dagang yang ada atas borang DP11. Ohmegod!!
Aku ditugaskan mengisi form tu minggu lepas. Alasannya sebab tulisan aku cantik! Muntah weyhh!!
So, disebabkan nama yang diberi admin salah, maka terpaksa padam balik. Tak boleh nak isi form baru sebab bos dah sign. Disebabkan si admin tadi taknak jumpe boss dah (mintak sign lagi sekali), maka dia suruh aku yang padam. Boleeyyyyy cenggittuuuuu????
Malas cakap banyak, padam je la.. Tapi kesan-kesan pemadam pen tu ada la kat form tu. Permukaan kasar pemadam pen ni la yang membuatkan dakwat pen tu terhakis bersama-sama sedikit cebisan kertas itu.. hahahaha... Mula-mula si admin ni nak liquid, tapi aku tak kasi takut Imigresen tak terima nanti. Aku dah macam fobia je. Masa SPM & exam dekat Universiti dulu pun tak boleh guna paper. Kalau salah, ko garis je contoh macam ni.
'Saya membeli ikan di
.
kalau ko liquid, pastu tulis pulak 'pasar' atas 'Guardian' tu, tengok la, dalam masa sebulan, perkataan tu dah bercampur aduk. Paham tak maksud aku ni? Tak paham sudah!!
Selingan:
siapa pernah main permainan kat bawah ni?? aku main ni masa darjah 2 je sebab ada minah sawan sebelah aku tu suka sangat main lawan pemadam ni. Nyesal aku ajar main permainan ni. Pantang cikgu takde je,dia paksa aku lawan dengan dia. Ape bestnya ntah?? Aku nak usya abang-abang pengawas ensem pun tak senang! Sia-sia tahun dua aku. Darjah 3, terus aku pindah sekolah. Darjah 4, minah ni follow jugak pindah sekolah aku tapi nasib baik dia duduk jauh dari aku. Gila psyco!! hehehehe.. Tapi darjah 6 ada la sekali aku main dengan dia konon-konon teringat kenangan zaman budak-budak la... Lepas kalah terus tak nak lawan dengan aku dah. Puuiiihhhh!!!! Ko takde luck la minachi... hehehesiapa la yang invent game ni?? mesti dia bosan sangat kot.. bagus jugak eh! Sape kalah, lempang seliang jadi habuan!!
No comments:
Post a Comment