Ye la, Abah kan polis. Memang selalu kena pindah. Dari aku kecik, sampai aku dah besar gedabak ni, asyik pindah je..
Sejarah Perpindahan:
1)Berek Polis Kuala Kangsar (flat tingkat atas)
2)Berek Polis Kuala Kangsar (tingkat bawah)
3)Rumah Awam Kuala Kangsar
4)Berek Polis Gerik
5)Rumah Awam Lenggong
6)Rumah Awam Lenggong (pindah ke sebelah rumah sebab owner yang kasi sewa rumah dia nak jual rumah tu. Nasib baik rumah sebelah kosong)
7)Berek Polis Gerik
8)Kuarters JKR
9)Berek Polis Gerik (coming soon).
Kalau tengok urutan di atas ni mesti korang pelik kan?? Apasal masuk Berek Polis Gerik sampai 3 kali??
Haaaa... camni citernye...
Hujung tahun 2001, bapak aku kena transfer ke IPD Gerik. So, kena pindah sana. Masa tu aku baru Form 2. Gila nak nangis siot kene duduk dalam berek polis. Sebelum tu, aku tinggal dekat taman perumahan. Seronok. Bebas. Tapi duduk dalam berek polis, jadi tak bebas. Aku pun malas dan takde mood nak membebaskan diri aku.
Pastu tahun 2006, masa aku dah study dekat UiTM Jengka, bapak aku kena transfer ke IPD Lenggong pulak. Bapak aku suka la... Dekat sikit nak balik kampung. Lepas tu dia cari rumah sewa. Taknak duduk berek katanya...Aku pun jarang balik masa tu. Sebab aku study jauh. Kalau balik pun aku mati kutu. Tak taw nak buat apa. Terperap je la dekat rumah. Jiran-jiran pun aku tak kenal. Nak berjalan kat pekan Lenggong tu pun aku rasa nak nangis sebab banyak kedai apek jual ubat je..hahaha.. Sebab tu orang panggil pekan Lenggong tu sebagai Pekan Cowboy.Muahahaha... sedih gila!!
Pastu tahun 2009, Pihak pengurusan polis nak jadikan IPD Lenggong tu 'turun taraf'.Nak jadikan ia taraf balai polis kecil je. So, ramai yang kena transfer termasuk la bapak aku. Yang tak boleh blah tu, kena transfer ke Gerik balik. hmmm... Masuk berek polis Gerik balik...Masa ni aku dah study kt UiTM Shah Alam. So, aku jarang balik jugak.
Lepas tu tak lama kemudian, pihak pengurusan nak renovate berek polis tu. Nak jadikan 2 buah rumah sebagai satu buah rumah sahaja. Kira luas la sikit satu rumah tu. Kalau tak, rasa macam duduk dalam khemah je. Kecik sangat. Huhuhuhu...
So, terpaksa la semua polis-polis ni cari rumah sewa lain buat sementara waktu. Tu yang sekarang ni bapak aku duduk di kuarters JKR sebab kat situ je banyak rumah kosong. Rumah lain penuh. Kalau ada pun, tinggal yang mahal-mahal je.
Semalam aku call mak aku. Dia cakap, dah dapat kunci dah untuk rumah baru, Dia dah tengok design rumah tu dan dia kata cantik. Excited nak masuk balik. Tak taw lagi bila mak aku nak masuk rumah baru. Kesian diorang. Aku duduk jauh, nak balik tolong pun susah. Mak kata, nanti bila betul-betul nak pindah nanti dia inform aku. boleh aku ambil cuti. Yezzzaaaaaa...Aku pun tak sabar nak duduk rumah baru..heheheheh,,,,
Lepas Abah pencen, pindah lagiiiiiiiii.....hmmmm....
No comments:
Post a Comment