Aku dapat tau pasal ni pun dari member aku. Dia post dekat facebook. So, memandangkan aku takde buat ape Sabtu aritu, aku rase macam nak pergi je walaupun tengah sengkek! hehehe
Dalam pukul 10 pagi, nisa datang kat rumah aku. memandangkan Bibik tak masak breakfast, maka aku pun ajak nisa breakfast kat mamak Khalifa belakang rumah. Pekena Roti Canai Telur & Milo Ais. Perghhh... sedap kan?? (Belum tau akibatnya lagi...haa.., sat lagi aku citer)
Then, aku ngan nisa pun gamble pegi Sunway Pyramid (padahal tak ingat jalan). Aku pernah kerja dekat office sebelah Sunway Pyramid ni dulu tapi aku niak KTM. So, aku tak tau camne nak pergi naik kereta. Berbekalkan semangat gamble yang kental, kitorang redah je..Akhirnya jumpa jugak. Hehehe.. Terer tak??
Dah masuk dalam Sunway tu mula tercangak-cangak! Kat mane pameran tu???
Pastu aku ikut instinc. Jalan je sampai jumpe tempat ice-skating tu. Nisa dah blurr.. hehehe..Nasib la ko jalan ngan aku kan..heheh
Then, aku call member aku yang advertise iklan tu. Dia cakap dekat Convention Centre. Nasib baik aku dah nampak sign board Convention Centre tu. Pastu baru la ternampak sign board Korea Day ni...
(Padahal kat belakang tempat berdiri jer..Kitorang datang dari arah yang salah..hahahaha)
Ni Nisa, member aku.. sign board ni la yang kitorang tak prasan padahal kat belakang je.
Antara booth-booth yang bukak kat luar. Korang nampak tak ramai orang kan? Sebab aku datang awal. Hehehe.. Dalam pukul 1pm dah ramai orang..
Ni dekat bahagian dalam. Pun tak ramai orang. Ada satu pentas kecik kat depan tu..
So, kitorang decide nak jalan-jalan kat luar dulu..
Di bahagian luar banyak booth yang jual makanan, maka, mari kita makannn!
aku lupa la apa nama makanan ni. Tapi bukan selera tekak aku la..huuhuh..
*Ayam pedas & Nasi beras pedas..
Ayam ni manis so memang tak IN ngan aku.hehehe..
Masa tengah makan tu, berkenalan dengan seorang kakak ni. Dia bagi kitorang rasa Kim-Bab. Sedap jugak. Balik tu aku belikan untuk Nana. Yang ni memang aku suka. Sangaaatttt IN dengan aku. Hehehe..
Ahjumma ni tengah prepare KimBab.
Ni Kim Bab. 1 roll diorang jual 6 hengget.
Sape-sape yang nak diet elok makan ni.
Diorang ada booth yang sediakan Hanbook free untuk try. Pastu amik gambar sendiri.
Aku pun nak cuba gak. Bila lagi nk merasa kan?? Free plak tu. Ngehngehngeh...
Ahjumma ni pakaikan kat aku sebab aku jakun sangat tak reti nak pakai..hehehe
Nasib baik ade saiz untuk aku..huhuhu
Tadaaaaa...comel tak kami??heheheh..
Naneun hengbukhe ^_^ (I'm happy)
dah,takyah tengok lama-lama. Kang muntah kang.
Ni booth tourism. Sesape yang teringin nak bercuti ke Korea, boleh la usya-usya pekej kat sini. Aku takde duit nak pergi sana, so, jangan buang masa. Kita tengok-tengok booth lain jer...
Ada pameran kereta Kia. Pun aku tak minat. Amik gambar minat! hehehe
Korang rasa-rasa, TOP Big Bang tinggi macam patung ni ke???
Nisa dan Bing Soo (Ais kacang)
Antara barang-barang yang sempat aku beli.
Masker Pearl (6 paket = RM10)
Red Ginseng (1 tin = RM 3)
Masker tu aku belum try lagi. Tapi Air ginseng tu seyes sedap. Rasa manis-manis macam air laici pastu kat dalam dia ada serpihan-serpihan ginseng sikit. Orang korea suka makan ginseng. Sebab tu kulit diorang cantik dan diorang kuat kerja. Penangan si Ginseng ni la..
yang ni ada sorang mamat Melayu (menyamar jadi Korea) kat booth souvenir pilihkan untuk aku.
Ni si Nisa la punya angkara. Ade ke dia suruh mamat tu pilihkan untuk aku. Buat malu je. Aku nk beli yang lain, tapi dah dia sibuk pilih, aku terima la jugak. Saje taknak bagi malu kt orang.
Mula-mula rase macam tak berkenan jugak. ye la, kaler biru kot. Punya la banyak patung kaler pink yang cute2, biru jugak yang dia pilih.
2 hari lepas baru aku prasan. Patut la mamat ni pilih patung ni. Patung ni adalah groom yang pakai pakaian tradisional pengantin korea. memang selalunya kaler biru.Pastu aku peratikan betul-betul, patung ni jantan sebab dia pakai topi. hehehe.. Sian mamat tu, kene maki ngan aku. hehehe..
padahal, dia mungkin pilih patung tu untuk mewakili bakal somi aku nanti. Ke dia perli aku sebab aku belum kahwin lagi?? Tapi dia mana taw aku dah kahwin ke belum. (Ishh...suke no berpikiran negative)
Okayla.. aku anggap camni je la.. Patung ni dia pilihkan untuk aku supaya aku cepat kawen dengan lelaki idaman aku iaitu Arjun Rampal. The end. (Panngggg!!!)
Okay, haaa... ni yang aku nak cerita ni..
Dalam banyak-banyak booth, ada la booth kesihatan Sime Darby terselit kat situ.
Diorang bagi pemeriksaan kesihatan percuma.
Aku ni pantang dengar percuma je... Ape lagi, aku heret si Nisa ni check sekali walaupun minah ni takut jarum. Hehehe.. ye la, aku pun dah lama tak check up. Dan result nye amat mengejutkan aku.
haaaa.. ni muka sebelum dapat result
Ada check gula dalam darah, darah tinggi,dan BMI.
Okeh, boleh tengok sendiri kan betapa tak sihatnye aku...
tinggi:160cm
berat: 68.6kg
tekanan darah normal (125/79)
Okeh, part ni, orang yang check darah aku tu terkejut tahap babun.hehehe
paras glucose dalam darah : 14.1
Tinggi tuuu!!! kalau normal dalam 5 atau 6 je..huhuhu
bleh..bleh..bleh....
*kesimpulanya, aku kene banyak bersenam. paham kan???
Okeh. Ni body Age aku : 43 okeyyy..
tuanye... sepatutnya dah ada anak 5. hahahaha..
Lepas dapat result ni dan diberi ceramah serba sedikit dari staff Sime darby ni, aku dah jadi gelabah. Poyo kan???
Terus berazam taknak makan benda manis-manis dah. Balik rumah terus tipon mak aku mintak tips nak turunkan bacaan gula dalam darah. Takut aku kena diabetes nanti tak pasal-pasal je. Dah la keturunan belah bapak tu dah ada. Adoyaiiii...
Bulan depan nak beli raket badminton!! Musti!!!
Disebabkan nak sihat punye pasal, aku beli satu tea yang dijual kt expo ni. Teh ni dibuat dari cili. Aku dah rase tester dia macam boleh terima je. Tak pedas pun. So, aku beli 2 paket. Tea cili ni bagus untuk turunkan kadar gula dalam darah. (Poyo).
No la rope Tea Cili tu.. aku beli yang Ready to drink punya.
Nak beli yang uncang mahal. Sekotak = RM60.
So aku beli yang paket cmni murah sikit.
Sepaket = RM5
Aku beli 2.
Balik rumah aku try nak minum. Siyes kuat down bau chili dia. Nak muntah pulak aku. Aku surh adik-adik sedara aku hidu bau tea ni, diorang sume pakat nak muntah. Hahahaha...
Last-last aku campak dalam sinki. baru minum seteguk, aku dah rasa nak muntah, pening loya sume ada. Tapi apasal yang aku minum tester punya okay je??? hmmm..
So aku ada sepaket lagi..sapa mau??? roger aku eh.
Kesimpulannya, Korea Day 2012 ni biaseeeeee jeee... Takde yang menarik sangat pun. Aku saja je pergi, ingatkan ade la jumpe mamat2 korea yang ensem2 ke... TAKDE okay... TAKDE...
Kalau ade pun stok2 muda mudi lagi..hahaha... Orang Melayu lagi ensem kot... hahaha...
Pendapat aku la kan.. orang-orang Korea yang ensem dan Cun melecun ni sume pergi sini:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ngeh..ngeh..ngeh..
Jangan marah aaaaaaaaa.... nanti kena jual!!!
ADIOS!!!
No comments:
Post a Comment