Thursday, 4 October 2012

What I'm Doing Right Now

Hye,

Thanks sebab visit blog aku (confident je ade orang visit!!)
What ever la.. Janji aku dah create satu blog untuk diri aku sendiri. Sebelum ni memang ada create 1 tapi macam hampas je. So, aku malas dah nak update blog tu. huhuhu

Okay, Berbalik kepada tajuk asal,
Sebenarnye aku dekat office sekarang ni. Disebabkan aku takde keje, jadi aku pikir, aku nak buat blog. At least kalau aku nak merepek apa-apa, aku dah ade blog. takde la aku nk menyemak mengacau orang. Tapi sape keje dekat company aku ni memang best. Memanjang je takde keje. Lepak je keje kitorang.

Walaupun aku programmer (hanya pada nama), tapi aku takde la busy macam programmer-programmer lain yang konon-konon nye "takde life" kalau dah jadi programmer. Puiii!! Aku rileks je..hahahaha... Suka-suka hati boss aku je nak letak jawatan COMPUTER PROGRAMMER dalam Offer letter aku. Bila orang tanya aku keja apa, aku segan nak cakap aku ni programmer. Sebab aku bukan programmer extrem!! hehehe

Tapi bukan la aku takde keje langsung. Boss aku ade letak 2 jawatan dalam OL aku tu!! (Pergghh! ko ade??), iaitu TECHNICIAN MAINTENANCE (bajet bagus je). Oh!! lupe nak bagitau, aku ni perempuan taw!! Im not a girl, not yet a women~~~ ,ewahhh!! Panngggg!! kan dah kena!!

Bukan apa, bila aku bagitahu aku technician, (segan nak bagitaw aku ni programmer.puuiii!!), ramai yang cakap:

"waa... ade ke perempuan jadi programmer??"
(ape pulak takde?? lempang kang!)

"Eh, saya jarang dengar perempuan jadi technician"
(ko jarang dengar ke memang ko rase tercabar?? heh!)

mostly lelaki la yang cakap macam ni..pastu ade lagi pulak cakap macam ni, lagi haremm:

"Yeke you technician? You technician kilang ye?? I dengar orang cakap, kalau technician perempuan ni susah nak beranak!!"
(Wakluu!!! sape yang bagi fakta auta tu ye?? susah nak beranak sebab ape?? xkan setakat tangan pegang scrudriver, player, minyak, tu dah xboleh beranak?? Nonsense! ke ko jeles..hehehe)

pastu aku pun terpaksa la melabun diorang....

"Saya ni technician iT, xkan la tu pun susah nak beranak??" hahahaha...

Padahal, aku ni merangkap technician mesin scanner yang tak bertauliah. huhuhu...
mungkin ade logik kalau dia kata technician perempuan tak boleh beranak kalau sebabnye seperti berikut:-

1) Pompuan tu belum kawen lagi dalam erti kata lainnya, bujang, single, not married yet!
2) Kalau dia technician kapal, paham-paham la kan.. skali kena duduk atas kapal tu brape lama.. terpaksa la tinggalkan laki kat rumah. So, proses nak mendapatkan anak tu mungkin menjadi sukar..hehehe...
3) Perempuan tu memang tak mahu beranak sebab faham-faham la, bila dah pregnant, banyak benda yang sensitive. nanti tak pasal-pasal termuntah kt circuit pulak..hehe.. silap-silap, company yang bersikap diskriminasi, akan membuang perkerja itu sebab dah tak boleh nak buat kerja.
4) sebab perempuan tu memang mandul. hehe..

okay, aku ade soalan, kalau kita terdedah dengan sinar radiasi, boleh mandul tak??? Siapa terer, sila jawab.

Ape kejadahnye, yang aku merepek kat atas tadi tu ha?? hmm..aku macam ni la..tak dapat sembang dengan orang, kat sini pun jadi laaa...hahaha

okay, sekarang jam pc aku pukul 12.35pm, aku lunch pukul 1.00pm-2.00pm tapi aku malas nak turun makan. Selalu nya aku beli je kuih-muih pagi-pagi sebelum ke tempat kerja.(skema gile ayat aku wehh).
Bukan apa, office aku ni sangat la tak strategik. Jalan raya depan Office ni semedang je jam! tak pernah tak jam. kalau aku keluar makan dekat luar, pukul berapa nak masuk balik??? Oh ye, dekat Office aku ni memang takde kedai makan. kalau ada pun, depan kilang gula kt opposite office ni. Kena melintas jalan. Dah la tak ada jejantas, kalau kene hentam ngan lori, mati free je.huhuhu..

So, disebabkan aku masih sayangkan nyawa aku lagi, aku lebih rela makan kuih je..huhuhu.. jimat jugak duit aku.

Minngu ni tak ada problem sangat kot dekat site.Kalau ada pun mungkin dah ada technician lain dah standby kat sana. So, tak payah dah aku nak terhegeh-hegeh harung jam nak pegi sana. Especially dekat Westport & Northport Klang..

Okay la.. ada masa nanti aku merapu lagi.. aku nak layan facebook jap.. Adios.

p.s: cuba-juga untuk cantikkan blog ni. Nak suruh orang bijak pandai ajar..hehehe


















Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment