Friday, 12 October 2012

Kerja ke??

Hye,

Semalam aku pergi Bangi dengan Safwa. Kitorang kena pergi opis kastam dekat Putrajaya dan MOSTI di Bangi, Kajang.

Tujuan utama di pejabat Kastam untuk hantar beberapa document dan invoice. Kat Mosti pulak, kitorang kena hantar survey meter sebab dah expired.

So, aku pun gerak la dengan Safwa dalam pukul 11.30 pagi. Safwa ajak lunch dulu dekat Alamanda. Aku follow je... Ye la, dekat time lunch dah kot.. Keje, keje jugak... tapi perut harus diisi dulu.. Pokcik-pokcik Kastam pun mesti tengah rehat.. Kalau pergi office diorang pun kompom takde orang...

So, kat Alamanda kitorang decide nak makan KFC je sebab budak Safwa ni memang suka makan ayam. Lagipun dia bilang padaku, perut dia dah masuk angin. Dah gastrik. Aku tak kesah. Follow jeee...

Tapi serius, KFC kat situ serve lembab gile kot.. Taw la belum pukul 1pm, tapi takkan la bukak kaunter satu je!! Tu pun yang kerja dekat depan tu hanya cashier sorang tu semata-mata. Memang hangin gak la aku. Aku tak boleh, bab-bab menunggu dan menanti ni memang bukan sifat aku. Pantang lambat je, aku dah maki2 dalam hati.. Tak kire sesiapa pun walaupun hanya seekor kucing!!

Aku mintak XMeal, cahier tu kata kene tunggu 15 minit!! kejadah!

Okeh! cancel!!

Aku mintak Toasted Twister, Kene tunggu 10 minit!! Defak!!

Cancel!!

Zingger Burger!

Kene tunggu 5 minit...hmmmmmm...(dalam hati maki2 dah!)
okay la.. 5 minit tak lama pun kan...
bayar fee, amik nombor, duduk!

Lepas 20 minit baru sampai Zinger Burger aku tu!!
(5 minit tengkurak mu!!)

Sebab dah lapo, makan je! Jangan banyak cerita!

K, dah setel makan, jalan-jalan dulu dalam Alamanda ni.. wakakakaak... Sambil menyelam, minum air orang kata... Eleh.. baru pukul 1pm kot.. Mane ada orang lagi dekat office...

Masuk Guardian jap. Terbang RM30. Pastu cucuk duit sket. Jalan-jalan lagi..
Takde beli ape-ape pun.. cuci mata je.
Survey-survey harga dulu.. next month, after gaji, datang balik...ngehngehngeh...

Pastu dalam pukul 1.30pm, shoot g kastam. Dah setel semua urusan, pergi solat kat surau. Time ni dah rasa ngantuk! heheheh.. rase nak tido je dalam surau tu... Lepas solat, rase segar balik. Bagus la solat ni. Sape tak solat rugi woo.. Bukan saje dapat dosa, malah badan pun lemah je.. kuikuikui...

Lepas solat, terus shoot pergi Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Pergi office MOSTI, hantar survey meter. Ambil certificate dan survey meter baru, Done!!


Ni namanya survey meter. 
Digunakan untuk mengukur radiasi.
Setiap kali kerja dekat site, aku kena bawak menatang ni. 
Mana tau kot2 ada radiasi ke, kang tak pasal-pasal aku terkena. 
rosak genetik aku nanti.. Tap pasal-pasal jadi alien lak kang..hehehe
Alat nisetiap tahun kena renew.


Bila masuk sini, secara automatiknya aku teringat UiTM Jengka..huhuhu.. 
sebab suasananya yang dekelilingi hutan, sebab tu aku teringat Jongker kot..hehehehe

Lepas setel hantar survey meter, Safwa ajak aku pergi Puchong pulak. Dia nak beli Reben untuk buat bunga telur kenduri kahwin dia nanti. Gigih betul budak Salwa ni. Kalau aku, malas dah. beli je senang! Malas aku nak melilit-lilit ni bagai.. (Eleh, cakap je la ko tak kreatif)..

Sampai Puchong Prima la jugak mencari reben ni.. selepas kuar masuk beberapa buah kedai, akhirnya beliau beli gak segulung reben ni...


Reben camni Wa nak beli.. kata nak beli warna putih, tapi beli warna purple pulak. Huhuhu..
Suke ati ko la.. Bukan majlis aku!


Sesungguhnya kreativiti ini bukan bidang aku...


Cantik gak bunga telur kaler biru ni.. Aku kawen nanti nak buat macam ni laaa..hahahaha
PANGGGG!!

Cari jodoh dulu. baru leh kawen!!!

Dah dapat apa yang beliau mahukan, kitorang terus balik Shah Alam. Sampai office dalam pukul 6pm. Pukul 6.30pm, thum out, balik rumah..hehehehe

Begitu la ceritanya bila kita pergi kerja luar...lalalalalaala..
Penat tul rasenye..(poooodaaahhh!!)

Safwa saje ajak aku sebab dia ada cakap, lepas kahwin nanti dia nak berhenti. Maka, kerja-kerja dia sekarang mungkin aku yang akan take over!! HOH???!!!

Thanks! But no thanks!!

Aku hanyalah seorang technician. Aku rase belum berminat lagi nak jadi Admin (merangkap akauntan, clerk, & PA Dato')..huhuhuhu..

Kalau ko dah berhenti nanti, pesan kat Dato' , sila ambil orang lain... 

Aku follow ko sehari pun dah rase penat nak mampos! Walhal aku follow ko je. hahahhaha...
Tapi thanks la sebab bagi aku experience pergi tempat-tempat yang tak mungkin aku akan jejakkan kaki ku ini selagi takde kene mengena aku dengan tempat tu.

Biarlah aku jadi technician yang hanya mengadap mesin dam komputer. Sesungguhnya itu lebih bahagia buatku..wakakakakakaka....

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment