Monday, 6 June 2016

Ramadhan Yang Sepi


Tahun ni adalah tahun yang paling menyedihkan bagi aku sekeluarga.
Kami baru kehilangan ibu kami yang tercinta pada tanggal 25 Januari 2016 akibat kanser payudara.
Hanya Allah yang tahu betapa sayunya hati aku masa bangun bersahur pagi tadi.
Sebelum2 ni  bulan Ramadhan memang meriah bila ada Mak. Aku dan Mak akan bersama-sama memasak hidangan untuk bersahur dan berbuka. Memang ada jer topik untuk kami bualkan.
Sekarang, aku sunyi...
Mak dah pergi untuk selama-lamanya...
Hidup aku macam dah takde makna lagi dah..
Pagi tadi aku bersahur dengan Abah jer..
Rasa nak menitik air mata tapi aku tahankan..
Aku tahu Abah pun sedih
Sebelum ni Mak yang temankan Abah makan
Sekarang hanya kenangan dengan Mak je yang boleh aku kenang untuk mengubat rindu pada Mak.

kalau lah dapat ku undur masa................

Mak, Linda rindu Mak sangat2...
Harap kita boleh berjumpa lagi di sana nanti..

Sungguh Ramadhan kali ini sangat sepi tanpa Mak..
Tak dapat dibayangkan saat tiba Syawal nanti..
Allah...

*korang yang dah pernah kehilangan insan tersayang yang bernama IBU mesti paham ape yang aku rasa sekarang kan??? 

Thanks for reading =) comment le weyh!

Sunday, 19 April 2015

The Cinderella's Daughter


Bebaru ni tetengah aku nak bersihkan laptop aku dari file2 yang dah tak penting, tetiba aku terjumpe satu karangan sengal yang aku penah tulis dulu.. Tah hape-hape jer.. Mungkin masa tu aku berangan nak tulis novel kot... Tajuk dia macam kat atas ni la.. harap korang sudi membacanya di kala boring-boring tu... Mana tau respond okay, aku gi amik kelas penulisan skrip terus..hahahah.. poooodaahhh!!

Nah..baca la...

Korang pernah terpikir tak ape jadi lepas Cinderella berkahwin dengan putera raja? Ramai orang akan anggap yang die akan hidup bahagia selama-lamanya… Happily ever after…. Tapi pernah tak korang terpikir tentang anak Cinderella dengan putera tu? Dia dapat  berapa orang anak? Putera ke puteri? Chantek ke?? Baik ke?? Haaaaaa…. Kat sini aku nak reka satu story baru pasal anak die plak… Ni kalau Disney nak terbitkan cerita aku, mau kaya aku nanti..hehehe.. So, aku bagi tajuk citer ni “The Ciderella’s Daughter” . Tajuk je bahasa Inggeris, tapi citer versi melayu..hahahah… Buat gempak je!! Okaylah, tanpa membuang masa, korang baca la citer ni.. Hope korang semua enjoy..hehehe…

                Selepas empat tahun Cinderella menjadi permaisuri di Negara Pasir Berdengung, negara itu semakin makmur. Rakyatnya semakin maju dan ekonomi negara itu semakin pesat membangun. Kebanyakan rakyat  negara itu menjadikan Cinderella, iaitu permaisuri mereka sebagai idola dan mencontohi sikap-sikap dan amalan-amalan yang baik yang diamalkannya.

Namun begitu, kebanyakan mereka masih tertanya-tanya, bilakah Cinderella akan melahirkan pewaris takhta negara berkenaan. Rakyat negara itu terlalu teruja untuk menyambut kelahiran putera atau puteri pertama Cinderella.  Oleh kerana risau jika mereka tidak mendapat cahaya mata, Raja Justin telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan Cinderella dapat melahirkan zuriatnya. Pelbagai dukun dan tabib dari serata pelosok negara telah dipanggil termasuklah  Dukun Wak Ketari. Menurut Wak Ketari, Cinderella perlu memakan sebiji labu yang dijaga oleh 2 ekor tikus tanah untuk menyingkirkan sihir yang telah dikenakan kepadanya oleh ibu tirinya. Nampaknya orang tua itu tak habis-habis lagi dengki dengan Cinderella. Hampeh betul!!

Raja menitahkan kepada rakyat jelatanya agar mencari labu seperti yang digambarkan oleh Wak Ketari tersebut. Barangsiapa yang menjumpai labu tersebut, Raja Justin telah berjanji akan menghadiahkan  sebuah  kereta BMW 5 series kepada mereka. Maka, berebut-rebutlah rakyat negara itu mencari buah labu seperti yang dimaksudkan.  Kalah  orang Malaysia cari cicak gecko. Hahaha…

Al-kisah, labu yang dimaksudkan telah pun dijumpai oleh seorang anak yatim yang berusia 10 tahun ketika dia diperintahkan oleh ibunya membersihkan semak samun dibelakang rumahnya. Maka, seperti yang dijanjikan, Raja telah menghadiahkan kanak-kanak itu sebijik kereta BMW 5 series kepadanya walaupun kanak-kanak itu masih belum mendapat lessen.  Ah, tu pandai-pandai la mak budak tu setelkan . xde kene mengena pun ngan citer ni. Janji buah labu tu dah jumpe. Hehehe…

So, Raja pun mengarahkan tukang masak memasak labu tersebut untuk dimakan oleh permaisuri kesayangannya. Dengan lahapnya, Cinderella pun makan la gulai labu masak lemak yang dimasak oleh tukang masak berbangsa Jepun itu tanpa meninggalkan sedikit pun.
Nak dijadikan cerita, seminggu lepas Cinderella makan buah labu tu, dia pun disahkan hamil oleh bidan bertauliah yang dilantik oleh raja untuk menjaganya sepanjang Cinderella hamil. Raja Justin sangat teruja dan gembira dengan perkhabaran itu lalu memerintahkan agar diadakan kenduri selama 30 hari 30 malam. Seluruh rakyat jelata dijemput hadir untuk berkongsi kegembiraan itu.  Berpesta lah rakyat Negara Pasir Berdengung itu dengan gembiranya…

Setelah genap 9 bulan 10 hari, maka lahirlah seorang puteri yang sangat comel yang diberi nama  Princess Rose Maria.. nickname dia Rose. Raja Justin dan Cinderella sangat gembira dan teruja dengan kelahiran cahaya mata pertama mereka. So, lagi skali raja buat kenduri. Tapi kali ni lama sikit. Selama 90 hari 90 malam.. perghhh..lama siot!! Kenyang rakyat die makan free tiap2 ari..hehehe…

King Justin dan Queen Cinderella sangat menyayangi puteri mereka dan menatangnya ibarat minyak yang penuh. Segala kemahuannya dituruti dan Princess Rose diberikan pendidikan yang sewajarnya  didapati sebagai seorang puteri raja. Namun begitu, Princess Rose tidak pernah sombong dan merasa takbur dengan kemewahan yang dimilikinya. Dia tidak suka mengambil kesempatan terhadap kasih sayang yang diberikan oleh kedua-dua ayahanda dan bondanya. Sifat mulia itu tidak lain dan tidak bukan, diwarisi dari sikap baik yang ada pada permaisuri. Ramai orang menyayanginya termasuklah rakyat  jelata.

Namun, Princess Rose mempunyai satu tabiat yang tidak dapat dibuang iaitu beliau suka makan sebelum tidur pada waktu malam. King Justin sangat bimbangkan keadaan puterinya itu namun baginda tidak mahu melarang puterinya dari melakukan aktiviti kegemarannya itu. Princess Rose berasa sangat gembira jika dia dapat memakan makanan yang sedap terutamanya makanan ringan sambil menonton cerita Jepun dan Korea di kamar beradunya. Permaisuri yang bimbang akan keadaan itu, menasihati puterinya agar menggantikan buah-buahan sebagai pengganti contohnya labu ke, tembikai ke, betik ke, kurma ke… Eh!! Labu sejenis sayur la..lupe plak!  …..Namun, Princess Rose masih enggan berbuat demikian. Ketegaq la plak…

Hari berganti hari, tahun berganti tahiun.. Akhirnya Princess Rose telah meningkat dewasa. Usianya  telah mencapai 19 tahun. Namun, fizikal Princess Rose telah berubah. Badannya seperti dipam-pam, beratnya mencapai 130kg. Namun wajahnya masih mempunyai cirri-ciri anggun seorang puteri walaupun sedikit chubby (terpulang pada imaginasi masing2 nak imagine camne pon..). hehehe…

Walaupun begitu, kasih sayang raja dan permaisuri terhadap Princess Rose masih tetah menebal. Tidak pernah berkurang walau sedikitpun. Dia tetap ditatang seperti minyak yang penuh. Namun, Raja Justin berasa sedikit risau jika nanti tiada putera raja yang sanggup mengahwini puterinya.
Pada suatu hari, Raja memanggil puterinya untuk sembang-sembang… maka, terjadilah dialog seperti dibawah:

Anakanda, sudah lama kita tak borak-borak kosong kan?kan?kan?”.Raja Justin memulakan bicara sambil merenung puteri kesayangannya.

A’ah la ayahanda. Bagaimana dengan kesihatan Ayahanda  sejak kebelakangan ni? Anakanda dengar, sejak dua menjak ni ayahanda selalu gering… takkan nak kena penyakit malaria kot..” kuang ajaq tol Rose ni..

Raja Justin: Hmm.. Biasa la.. dah season.. kadang2 okay, kadang2 xokay.. lepas balik
dari lawatan ke      Jepun aritu, ayahanda rasa macam  xsedap badan je..

Pu3 Rose: Eh! Xboleh dibiarkan tu ayahanda, nanti melarat pulak. Ayahanda dah 
jumpe Dukun Wak Ketari?

Raja Justin: Sudah. Katanya itu Cuma symptom biasa lepas naik flight. X lama lagi okay
la.


haaaa.... sampai sini jer... sambungannya takdak.. aku pun dah tak ingat bila la aku menaip citer sengal ni...
ahahahaha..

k, nak gi masak jap..bye....





Thanks for reading =) comment le weyh!

Nur Daaniyatul Fathiyyah... My lovely Niece


Tetiba rasa nak mengarut la kat blog ni.. Lama sangat dah tinggal.. Maklum la.. dah jadi anak kesayangan mak abah ni.. kene la fokus kat mak abah lebih.. hehe.. 

Nur Daaniyatul Fathiyyah... Amboii.. susah bebeno nak nyebut namanya... Panjang sangat nama mak bapaknye bagi.. tergeliat lidah atok & opahnye..hehehe.. Maksudnya sedap.. "Cahaya Kemenangan yang Hampir".. Ade kesah di sebalik nama ni.. tapi bior la aku keep it as a secret je la.. 

Lahir pada 7 Dec 2014 dengan berat 3.20 kg pada pukul 3.20pm kat Hospital Gerik.. Masih terbayang-bayang waktu adik aku nak bersalin aritu.. Aku jugak yang jaga depa ni masa dalam pantang. Best gile.. walaupun penat tapi seronok bila tengok baby makin membesar. Banyak benda yang aku dapat belajar..Sekarang Ateh ni dah 5 bulan.. Hujung bulan ni diorang akan balik kampung.. Yehaaaa!!! 

Okeh, tanpa membuang masa, meh tengok gambo wajah kesayangan, cinta hati hamba ni... macam2 nickname aku bagi kat si bulat ni.. antaranya:

* Ucuk Acam Cik Da.. (cik da tu panggilan aku..)
* Si Bam Bam
* Si Dontot
* Ateh
* Bulat

jahat tak aku... hehehehe...

berkerut dahi tido....







masa ni baru sebulan lebih tapi dah pandai sengih2 depan kamera.. 
Dia ni memang pantang nampak orang halakan enpon kat depan muka dia sebab dia ingat orang nak ambil gambar dia.. kalau tengah nangis pun terus senyum posing2.. ngengada betul!!
Ni mesti ikut perangai ibu dia.. huhuhuhuh...







abes serius la ni.... (4 mth)





dengan atok die... tengok!! muke cheeky bile nampak kamera...








1st day... kat hospital... Rambut pacak macam Taeyang Big Bang..hahahaha...





tengah scan barang2 kat tesco..... pipi bambam macam kuih pau..





muke gembire.....




Mak jemah sangat....






Sengih...sengih....






sengih lagiiiii.........








ready nak jalan2....









Cheeky lagiiii...........









Angry bird.....








Tangan tu pandai plak...... gud..gud...hahahaha









Ibu dan Anak....^^







makin bulat.....



Muke nakal... hehahahahahaha....ni gambo fav aku.. 







muke nampak hantu... hahahahaha...
masa ni dia dah ngantuk nak tidur tapi aku tak dodoikan dia... 
nangis sampai meleleh air mata...sedih sangat la tu...heheheh.......



Bila la aku plak nak ada anak??? Haizzzz.... haahahahahaha......



Thanks for reading =) comment le weyh!

Saturday, 25 October 2014

Salam Maal Hijrah 1436 Hijriah


Salam Maal Hijrah 1436 Hijriah kawan-kawan...
Ape azam tahun baru anda??

Saya nak mintak maaf andai ade salah silap terkasar bahasa dalam penulisan saya di blog ni..
Semoga tahun ini akan membawa kebaikan dan semangat baru pada kita semua...

Pelbagai hal yang berlaku sebelum ini yang tak pernah terlintas di fikiran saya akan berlaku.. Semuanya telah ditentukan Allah s.w.t. Saya sebagai hambanya yang lemah menerima segala ujian yang diberikan dengan penuh rasa syukur dan menghayati hikmah di sebalik kejadian. Sesungguhnya terasa begitu kerdil diri ini tanpa pertolongan dariNya.

Bermula dengan kisah aku diberhentikan kerja oleh majikan yang konon-kononnya nak cut cost company, bergaduh dengan bekas tuan rumah yang melanggar perjanjian, menyebabkan aku dan nana terpaksa berpindah ke Sungai Buloh yang jaraknya hampir 23 kilometer dari tempat kerja, kisah aku resign dan balik ke kampung, kisah aku menghadiri interview2 yang resultnya sering mendukacitakan.. Kemudian diuji pula dengan penyakit stroke yang dialami oleh insan yang paling aku sayang yakni ibuku sendiri, 10 hari bermalam di hospital Ipoh teman mak.. Alhamdulillah mak semakin sembuh, dan aku la misi yang 'merawat' mak di rumah sehingga sekarang.

Serius aku katakan tanpa sokongan daripada ahli keluarga sendiri, aku tak dapat nak lalui ujian-ujian ini sorang-sorang. Mungkin aku akan tertekan..Amat tertekan!! Terima kasih Mak, Abah, Abang Jep, Kak Mizah, Nana, Cae, Opah, Maksu dll..

Ade juga beberapa rakan yang tak pernah jemu memberi semangat untuk aku berjaya dalam hidup aku.. Terima kasih yang tak terhingga kuucapkan pada kalian.. 

Segala ujian ini menjadikan aku lebih matang, banyak berfikir dan menghargai insan-insan tersayang di sekeliling aku. Dengan ujian-ujian  ini jugak aku berusaha mendekatkan diri dengan Allah dan aku yakin setiap yang berlaku ade hikmah manis yang tersembunyi..

Itu cerita sedih tahun lepas... Akan aku jadikan pengajaran untuk masa yang akan datang...

Di tahun baru ini aku yakin banyak perkara menarik yang akan berlaku..

Alhamdulillah, emak semakin pulih. Doakan kesihatan Mak saya bertambah baik yer.. Itu harapan aku dari kalian..

Alhamdulillah, Bulan December ni kami bakal mendapat ahli keluarga baru... Cahaya mata sulung Nana dan Cae.. Cucu Sulung Mak dan Abah, Anak Sedara Sulung Aku!! Excited dan tak sabar rasenye!!!

Alhamdulillah, Bulan March 2015 pula, sorang lagi ahli keluarga baru...Anak Abang Jep dan kak Mizah.. Cucu kedua Mak Abah, Anak sedara ke dua aku!! Huhuhu... bestnyer...

Jangan tanya menantu ke-3 mak n abah mane sebab tak jumpe lagi... huhuhuhu...

Alhamdulillah... Di tahun baru ni jugak aku mula menceburi perniagaan kecil-kecilan secara online.. Modal kecik jer.. Guna henpon jer.. Kedai pun takde.. Tapi Aku yakin, rezeki Allah beri bersesuaian dengan keadaan dan situasi hambaNya.. Mana mungkin aku boleh bisnes yang memerlukan aku beri komitment 100% sedangkan aku masih ada insan tersayang yang masih memerlukan perhatian dari aku. Aku bersyukur dengan apa yang aku perolehi sekarang. Alhamdulillah...

Akhir kalam, kepada insan-insan yang merasakan terlalu berat ujian yang ditimpakan ke atas anda, bersyukurlah sebab di akhir nanti Allah akan balas dengan nikmat yang tak terhingga berkat kesabaran dan keredhaan anda. Selepas hujan selalunya ada pelangi yang indah.. Jadikan ujian sebagai waktu untuk kita bermuhasabah diri dan memperbaiki kelemahan yang ada. Saya doakan kita semua beroleh keberkatan dari Allah s.w.t dan semoga usia kita tidak disia-siakan lagi dengan perkara yang tidak mendatangkan faedah..

Sempena Maal hijrah ni, jom sama-sama kita hayati perjuangan & pengorbanan Rasulullah s.a.w dan para sahabat dalam menempuh ujian-ujian getir bagi menegakkan agama Islam kita yang tercinta...


Karangan skema ini ditaip sendiri oleh owner blog ini sambil makan kerepek pisang.

Bye.Assalamualaikum =)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday, 22 October 2014

Result Kastam W27 Dah Keluar


dan keputusannya....

"Dukacita dimaklumkan......"

hahahaha....


Takde rezeki lagi nak keje gomen nampaknya...
Takpe la.. Mungkin rezeki aku dalam bisnes Tune Talk Tone Excel kot...
Sambil tu boleh duduk rumah jaga mak.. =)

Sesiapa yang nak keje macam aku, boleh tinggalkan emel.. nanti aku pm..
hihihihi....

Thanks for reading =) comment le weyh!

Macam Mana Nak Kembalikan 'Comment' Tab yang Lama di Dashboard??


Haaa... Ni nak citer...
Aritu aku gatai tangan sangat pi enable Google+ comment..
So, secara automatiknya :

*'Comment' tab dekat dashboard aku dah takde...
*Orang yang takde akaun google tak boleh nak comment dekat blog aku dah
*Macam tak best pulak layout kat comment tu..

Huhuhuhu... padan muka aku...

memang la bagus sebenarnya google+ comment ni sebab orang yang biadap tak berani la nak comment biadap jugak kat blog aku tu.. so tak payah la aku nak tapis2 komen lagi..wah.. gitu..

padahal kalau nak boleh je dia create akaun google kan???

Hmmm... Sesiapa yang senasib dengan aku atau tahu cara-cara nak 'repair' balik problem ni, boleh ajar aku tak? hehehe.. camne nak comment?? Pandai-pandai sendiri la ye.. hahahaha..

K bye..

Thanks for reading =) comment le weyh!

Saturday, 27 September 2014

Lagi 5 Hari Nak Interview Kastam

Aku dah rasa nak termuntah baca pasal cukai terutamanya GST. Tu belum masuk bab kastam, isu-isu semasa dan segala sejarah tok nenek lagi... Adoiii... Punya la gigih nak interview.. Padahal nak pakai 30 orang jer kalau ikut statistik dari SPA.. Hmmmm...
Walaupun peluang tipis, namun mengalah, tidak sekali-kali....cewah!!! padahal dah demotivated dah ni.. hehehe... 
Tapi teknologi sekarang memang membantu la bila mana calon2 yang dipanggil interview ini telah mewujudkan group2 whatsapp, FB, telegram untuk share soalan-soalan dan jawapan-jawapan... Jadi, buat orang yang malas nak membaca macam aku ni, sesuai sangat la taktik ni diwujudkan sebab senang, 'anta tanya, orang lain jawab, aku baca'.. hehehehe... Benda yang tak paham pun leh tanya kat group ni. Study group la senang citer.. Tq sangat-sangat. 
Yang lagi best tu, yang dah interview akan share soalan-soalan yang ditanya... hahaha... Bila aku baca soalan-soalan tu, aku rasa macam nak migrain. Dah last-last ni lagi macam-macam soalan mengarut keluar. huhuhuhu... pitaam!!
Ape-ape pun aku try la buat yang terbaik. At least aku tak menyesal di kemudian hari. Yang penting, korang kena doakan aku tak gugup masa interview tu nanti.. Kang sat gi aku gugup, tetiba aku nangis kang!! hahahaha... 
Good Luck juga untuk kawan-kawan yang nak interview jugak.. W27 and W41 sekali.. Kalau ade rezeki kite, jumpe kat AKMAL nanti yer...
K.Bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!