Wednesday 31 October 2012

Taufan Sandy

Kelmarin kita telah dikejutkan lagi dengan satu bencana alam yang sangat dasyat selepas Tsunami di Jepun tahun lepas. Kali ni Taufan Sandy pulak yang telah menghuru-harakan beberapa buah negara iaitu New York, New Jersey, Jamaica, Haiti dan lain-lain lagi dengan menyebabkan banjir besar dan bekalan electric terputus!

Kalau nak tau lebih lanjut pasal Taufan ni sila google ye, aku malas nak menaip.

Bila kita tengok negara-negara orang lain yang kena bencana ni ni, apa yang ada dalam hati dan otak korang???

Takut?? "tak kot..negara orang, bukan negara aku"...
Kalau ada yang jawab cenggini, memang kuang asam boi punya orang! Memang la yang kena bencana tu bukan negara ko tapi disebabkan bencana ni jugak la, ekonomi negara ko boleh terjejas hang tau tak??
Walaupun aku kurang arif dalam bab-bab ekonomi ni tapi aku tau pasaran Asia akan terjejas sebab kebergantungan hasil eksport ke pasaran Amerika Syarikat. (cewah ayattt..tak bleh blah).


 Banjir di bandar.. Cuba bayangkan ini KL.. Bersepah sampah & kereta kot.


Cuba bayangkan anda adalah salah seorang yang menaiki bot penyelamat ni.. apa yang ada dalam fikiran korang time tu??? 'Hmmm arnab aku.....sob!'

Dasat giler ombak dia.. 

Sedih?? "ape nak sedih pulak?? Bukan ada ahli keluarga aku pun kat sana"..
Memang la takde ahli keluarga ko kat sana. Tapi cuba pikir dekat rakyat Malaysia yang tinggal dekat sana. Makanan diorang kena catu taw sebab takut takde stock makanan. Ye la, dah electric terputus, banyak kilang-kilang yang buat makanan tak dapat nak beroperasi. Tambah-tambah kilang yang dah kena banjir, confirm makan masa nak repair balik mesin-mesin yang dah rosak. Lagi satu, kesian dekat mangsa-mangsa yang terkorban sebab rumah kene hempap dengan pokok, hanyut dengan banjir, terkena serpihan objek yang diterbangkan taufan tu dan yang paling sadis lagi terkena renjatan electric.
Dulu masa taufan Irene pun electric terputus sampai 10 hari. Pok Cik Obama kata, taufan ni lagi dasyat. Ntah bape minggu la pulak diorang ni bergelap. tak pikir ke??

Sampai tercabut akar pokok besar ni. Boleh bayangkan tka betapa kuatnya angin taufan Sandy ni.


Insaf ?? "Insaf la jugak sikit... Tu la.. sape suruh banyak buat maksiat lagi???"...
Tak payah cakap negara orang la.. Negara sendiri pun 2 kali 5 jer.. Maksiat merata-rata. Ada ulama tegur, kena condemn! Dem!! Tunggu je la balasan Allah.. Tapi kalau Allah turunkan bala, semua kena. Ko baik ke, jahat ke, merasa je sama banyak.. Kongsi-kongsi na.. Sharing is caring..! Takut?? Banyak-banyak la berdoa semoga Allah melindungi negara kalian. Wahhh.. mode ustazah!


Ni macam kawasan yang didiami penduduk miskin je.. Kat Haiti ke ni?? 
(*suka-suka hati aku je.. Kalau orang Haiti tau, kena pelangkung kepala)


Marah?? "Nak marah kat sapa?? Dah bencana tu nak datang.. Mane boleh sape-sape halang kuasa tuhan"
Yes! Agree! Nak marah sape?? penampo nak???
Pihak berkuasa di AS pun dah bagi amaran bencana ni awal-awal lagi so penduduk kat sana dah boleh get ready. Semua sekolah, airport, KTM (ehh?? motif KTM??), train dah diarahkan tutup. So, takde pihak yang perlu dipersalahkan. Ni bukan kes cuai. Ni kes bencana alam. Takde sape boleh melawan kuasaNya. Cuma company-company insurans la boleh muntah darah nak hadap mangsa yang nak claim insurans.. Muakakkaka.. Claim weh..jangan tak claim. Bior bankrupt terus company insurans tu..hahaha.. (apasal aku jaki sangat ni??)

jahanam kereta..claim..claim...

So, kesimpulannya, setiap bencana yang Allah turunkan tu adalah amaran dariNya supaya umat manusia yang selalu lalai dan alpa ni beringat bahawa tiada sesuatu pun di dunia ini yang berkuasa dariNya dan sesungguhnya siksaan Allah itu amatlah pedih. Ni baru sikit. Kat akhirat nanti lagi dasyat..MasyaAllah!!



Thanks for reading =) comment le weyh!

External Hard Disk

Aku ada satu extrnal hard disk yang aku beli guna duit PTPTN tahun 2010. Memory dia 400G je sebab tu je aku mampu masa zaman tu. Sekarang tak main la Gig ni dah ye..semua pakai yang terabyte je.. Aku je yang masih kuno.

Malas la aku nak beli yang baru. Yang ni pun tak terguna. Ada lagi sikit baki-baki memory setelah aku sumbat dengan pelbagai movie, lagu dan benda-banda tek berfaedah. Benda-benda Ilmiah ada sikit je..Hehehehe..

Yang aku hangin sekarang ni, hard disk aku ni dah mula nak jahanam. Apasal semua nak jahanam je ni??? Aku pelik la. Hard disk aku yang dulu pun cenggini. Berapa kali dah aku tukar casing, lepas 5,6 bulan buat hal lagi. Usb dia tak boleh di 'detect' oleh laptop mahupun komputer. Harus bagaimana sih??

Yang hard disk sekarang pun cenggitu. Tak detect. Kalau detect pun kejap je. Lepas tu lost balik. Error 'mulfunction' la, Usb tak recognize la.. Tu nak suruh aku tukar casing lagi la tu. Aku ni dah la bengap je bab-bab menatang ni. Kang kena labun dengan tukang repaire, mau je aku beli baru terus!

Boleh tak aku tukar USB cable je?? Ada tak jual berasingan kalau aku taknak beli casing???
Hard disk aku ni SATA. Dah la cable pendek!! Puuii!!

Korang pernah mengalami hard disk lingkup macam aku tak?? Ce bagi tips sikit macam mana tak nak bagi dia selalu mitak dompet aku kopak?? Ce citer..ce citer...
Thanks for reading =) comment le weyh!

Sakit Tengkuk

Assalamualaikum.
Selamat Pagiiii...

Pagi ini saya ke tempat kerja dengan perasaan yang sangat malas sebab tengkuk saya sakit. Mungkin sebab salah tidur semalam. (Ceh!! Ayat karangan sangat!!)

Semalam aku tidur awal dalam pukul 9.00pm gitu sebab taknak mengantuk nak pergi kerja konon!
Tengah sedap-sedap tidur, air air cond atas kepala aku menitik macam air hujan lagaknya. Walaupun tak kena direct dekat muka aku, tapi aku boleh rasa tempiasnya bila air tu menitik dekat bucu kepala katil aku... Cenggituuu...

Sebenarnya, aku ni cukup pantang kalau terkena tempias-tempias air ni. Kalau aku tengah duduk-duduk, tetiba adik aku kibas-kibas rambut dia lepas mandi, confirm kena sound dengan aku. Aku tak suka. Rasa macam geli dan meremang bulu roma. Sawan ape ntah!! Sebab tu dulu-dulu kalau mak aku kejut aku pergi sekolah, aku liat nak bangun, dia simbah air je kat muka aku. Automatik berdesup aku pergi mandi terus! Ah.sudahhh..bocor rahsia...

Jadi, malam tadi, aku tukar posisi tidur. Kepala aku dekat hujung katil.Tapi mungkin sebab aku tak biasa, bantal aku jadi senget, dan akibatnya, tengkuk aku pun sakit la bangun pagi tadi. Nyampah betul. Haihhh!!! Dah la tak cukup tidur pulak tu sebab terkejut dalam pukul 11.30 malam tadi. Aku ni kalau dah terjaga dari tidur, memang payah dah nak tidur balik. Kesimpulannya, sia-sia je usaha aku tidur awal semalam!!

Cettt!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 30 October 2012

Gaji Aku Dah Masuk Weyh!!!

Alhamdulillah....
Horeeeyyyy!!!
Aku dah dapat gaji hari ni..
Tapi dapat cek je la.. Kena deposit sendiri. Lagi 3 ari baru ade!! Cehh!!

Tapi takpe la, janji aku dah dapat tengok angka-angka gaji aku ni..
Memang dah sesak gile ni tahap makan pasir je..hehehe..

Balik ni singgah Maybank belakang rumah. Dah masuk duit gaji nanti, jangan lupa bagi mak abah, bayor hutang-hutang yang ado ye anak-anak... PTPTN, i miss u..ppuiihhh!!!

Persan tak, bulan 10 ni rasa macam lambat gile nak abes?? ke aku je yang perasan?? hmmmm..menci!!!



Thanks for reading =) comment le weyh!

Pemadam Pen

Semenjak dari bangku sekolah tadika, aku tak pernah guna pemadam pen. Korang tau tak pemadam pen tu macam mane rope die?? tengok gambar kat bawah ni.
ni la rope pemadam pen tapi ada yang lagi old skool. Aku google gambar dia tak jumpe pulak


Tapi hari ini dalam sejarah, aku guna pemadam pen. Fungsi dia untuk memadam tullisan yang ditulis dengan menggunakan pen. Cara guna dia macam pemadam biasa jugak tetapi tenaga yang digunakan untuk memadam dengan pemadam pen ni adalah 14 kali ganda dari menggunakan pemadam pensil. Ceh!! Lenguh terus lengan aku.

Kenapa tak guna liquid je???

Aku pantang dah guna liquid ni. Sebab masa aku form 4, cikgu aku tak bagi aku guna liquid. Ceh! Alasan! Tapi betullll tak tipuuuu..Cikgu aku yang tak kasi. Nape cikgu aku tak kasi guna liquid?? Ni sebab-sebab dia:-

1) Cikgu aku tak suka sebab bila guna liquid, ko akan mengambil masa untuk menunggu liquid paper tu kering.. So dah melambatkan ko nak menyiapkan kerja sekolah atau note yang cikgu suruh ko salin dari white board atau secara lisan.

2) Perasan tak, bila buku ko tu dipenuhi kesan liquid paper, maka buku ko tu menjadi comot dan apabila dua tiga minggu, kesan tulisan yang ko padam dengan menggunakan liquid paper tu akan muncul semula di permukaan. hahaha.. Padahal ko dah 'tindih' perkataan tu dengan perkataan lain. Maka, buku ko akan menjadi haru biru dan caca marba.

3) Cikgu aku cakap liquid ni tak bagus sebab kalau kena dekat tangan, susah nak tanggal. Lepas tu, kalau kita makan guna tangan, chemical dari liquid paper tu akan masuk sekali dalam badan kita dan boleh menyebabkan cancer. (Cancer ape ntah!!).

Jadi, setiap kali kalau cikgu tu nampak aku liquid buku aku, dia akan sound! Bukan aku sorang je kena,ramai lagi..(ceewah!! kene marah pun nak kena ada geng!!)

Bapak aku pun pantang nampak aku guna menatang liquid ni kalau aku tengah buat kerja sekolah. Tapi kadang-kadang, aku guna jugak! degil!Ada ke bapak aku suruh guna pemadam pen!?? Never! Aku tak suka kot pemadam pen ni.. Keras je. Kaler pun tak menarik. Aku kalau nak guna pemadam mesti yang ada 'sarung' , pastu nak kaler-kaler tak pun ade gambar Hello Kitty kat atas pemadam tu. (Ni masa aku sekolah rendah ye! Sekolah menengah pakai pemadam Faber-Castell putih je).Hobi aku dulu kumpul pemadam. Ada macam-macam bentuk dan kaler. Paling banyak gambar bendera. Sampai sekarang masih ada dalam simpanan aku. Tapi banyak yang dah kena rembat dengan abang aku. Sekarang ada dalam 10 ketul je tinggal kat aku. Huhuhuhu...

Aku pernah tengok pemadam pen ni masa aku belum tadika. Masa tu aku tengok Maksu aku buat kerja sekolah dia (Maksu aku Form 6 masa tu). Lepas tu aku pelik tengok pemadam pen tu sebab memang pelik la aku tengok! Ganas je ropenye... Lepas tu aku suruh Maksu aku buat demo menggunakan pemadam tu. Lepas dia buat demo tu, aku tengok kesan pen tu memang hilang, tapi buku dia jadi macam nak terkoyak dah. Hahahaahah.. Start tu aku isytiharkan, pemadam pen tidak dibenarkan berada dalam pensil box aku bila aku dah sekolah nanti. Maknanya, hati aku tak berkenan tengok pemadam ni.

Tapi tidah disangka-sangka, hari ni pemadam pen tu muncul depan mata aku. Dengan tangan aku jugak aku gunakan ia untuk memadam nama Pegawai Dagang yang ada atas borang DP11. Ohmegod!!

Aku ditugaskan mengisi form tu minggu lepas. Alasannya sebab tulisan aku cantik! Muntah weyhh!!
So, disebabkan nama yang diberi admin salah, maka terpaksa padam balik. Tak boleh nak isi form baru sebab bos dah sign. Disebabkan si admin tadi taknak jumpe boss dah (mintak sign lagi sekali), maka dia suruh aku yang padam. Boleeyyyyy cenggittuuuuu????

Malas cakap banyak, padam je la.. Tapi kesan-kesan pemadam pen tu ada la kat form tu. Permukaan kasar pemadam pen ni la yang membuatkan dakwat pen tu terhakis bersama-sama sedikit cebisan kertas itu.. hahahaha... Mula-mula si admin ni nak liquid, tapi aku tak kasi takut Imigresen tak terima nanti. Aku dah macam fobia je. Masa SPM & exam dekat Universiti dulu pun tak boleh guna paper. Kalau salah, ko garis je contoh macam ni.

'Saya membeli ikan di Guardian pasar.'
.
kalau ko liquid, pastu tulis pulak 'pasar' atas 'Guardian' tu, tengok la, dalam masa sebulan, perkataan tu dah bercampur aduk. Paham tak maksud aku ni? Tak paham sudah!!

Selingan: 

siapa pernah main permainan kat bawah ni?? aku main ni masa darjah 2 je sebab ada minah sawan sebelah aku tu suka sangat main lawan pemadam ni. Nyesal aku ajar main permainan ni. Pantang cikgu takde je,dia paksa aku lawan dengan dia. Ape bestnya ntah?? Aku nak usya abang-abang pengawas ensem pun tak senang! Sia-sia tahun dua aku. Darjah 3, terus aku pindah sekolah. Darjah 4, minah ni follow jugak pindah sekolah aku tapi nasib baik dia duduk jauh dari aku. Gila psyco!! hehehehe.. Tapi darjah 6 ada la sekali aku main dengan dia konon-konon teringat kenangan zaman budak-budak la... Lepas kalah terus tak nak lawan dengan aku dah. Puuiiihhhh!!!! Ko takde luck la minachi... hehehe



siapa la yang invent game ni?? mesti dia bosan sangat kot.. bagus jugak eh! Sape kalah, lempang seliang jadi habuan!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Tak Jumpa Penimbang

Masuk pagi tadi, dah 2 hari aku tak timbang berat badan aku. Selalunya, tiap-tiap pagi selepas mandi, aku akan timbang berat aku dulu. Lepas tu aku akan catat. Tapi tadi tak jumpa scale penimbang tu.Kat mana Paksu aku simpan ntah!

Sabtu lepas, Paksu aku renovate hall tingkat atas rumah dia. So, mungkin dia ada simpan mana-mana scale tu sebab sebelum tu, scale tu ada dekat hall tu je, bawah rak buku. Takpe la, nanti aku tanya la Maksu kat mana scale tu.

Semalam lepas balik kerja, aku pergi bantai makan nasi dekat Mapley Seksyen 18. Muahahahaha... Gile lapo semalam sebab lunch aku just makan biskut je. Nana pun sama kebuluran. Dia pun tak lunch semalam. Lepas tu, disebabkan dia terlalu gelojoh nampak nasi semalam, dia sakit perut. Aku rasa perut dia dah masuk angin, so, bila dia makan dengan golojoh, (ntah-ntah tak baca bismillah pun), angin tu macam tendang balik la makanan tu.. Ye ye ooo je teori aku ni. Hahahahahaha.. Sian Nana.

Aku makan slow-slow sebab aku pakai sudu dan garfu. Motiiiipppp???? Makan Ayam goreng part drum stick pakai sudu??? Ahh lantak la. Malas nak baasuh tangan. Disebabkan aku makan pakai sudu & garfu la maka aku tak sakit perut sebab aku tak gelojoh. Muahahaha.. Kalau pakai tangan, confirm aku pun 2x5 sama dengan Nana!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Bau Bangkai

Dari pagi semalam dah aku ada tercium bau bangkai dekat-dekat area pintu nak masuk office ni. Al-maklum la, hidung aku teramat la sensitif dengan bau-bauan ni especially bila ada bau-bauan yang kurang menyenangkan ni.

Bila aku masuk office, Ella tanya aku, ada cium bau apa-apa tak dekat bawah.
Aku cakap 'ada' la... Memang bau bangkai. Tapi tak kosser la aku rajin nak jadi detective Conan nak mengesan dimanakah punca bau tersebut. Kang silap-silap, aku yang muntah ijo kat situ. Satu keje pulak nak mencucinya nanti.

Akak cleaner ada jugak cari punca bau tersebut tapi tak jumpa. Bau ni paling kuat dekat area tangga. Sebab tu dah dua hari aku tak naik tangga. Selalunya aku naik office aku guna tangga. Nak exercise la konon. Tapi tak lalu aku. Makin kuat pulak bau bangkai tu pagi tadi. Haizzzz... Kembang kempis jugak la hidung aku tadi tahan nafas. Masuk lif je, aku mengelupur nak ambil oksigen balik. Hahaha.. Nasib baik aku sorang je dalam lif tadi. Kalau tak, mesti orang ingat aku sawan!!

Pagi ni pun masih tak jumpa punca. Bangkai apa yang kuat sangat baunya ni?? pelik betul. Apasal boleh tak jumpa pulak ye??? Takkan la bangkai cicak kot!! Kalau cicak, takkan la bau sampai tingkat 3 tangga office ni?? haizzz.... Nasib baik dalam office takde bau!!

Teringat pulak kes dekat mane eh, lupa pulak. Pasal ada mayat dalam tangki air dekat satu kawasan perumahan ni!! DEM!! Kesian dekat penduduk-penduduk situ.. Berapa hari kot diorang masak, minum, mandi, ambil wudu' dari air yang dah tercemar oleh bangkai manusia. Huuuuuu.. Kesian dowh!!!

Sebab tu kalau nak minum, jangan minum air yang direct dari paip! Masak dulu! Jangan malas. At least mati jugak kuman-kuman dalam air tu.

Masa aku duduk berek polis dulu, aku pernah tengok proses penukaran tangki air yang besar gedabak yang dekat tingkat atas sekali berek polis tu. Aku tak sure berapa tahun sekali diorang akan tukar, tapi masyaAllah.... Karat kat dalam tu dah berkati-kati.. Kawan aku kata, kadang-kadang dirang jumpa bangkai tikus dan burung kat dalam tangki tu. Ntah betul ntah tidak la kawan aku tu tapi tak mustahil kan??? Eeeiiii... geli dowh! Start aritu, aku tak berani nak minum air paip even air tu air RO (Reverse Osmosis).

Kalau korang tengok ada kelainan dari air paip korang tu contoh macam ada bau ke, kaler bertukar ke, cepat-cepat la pergi check tangki korang atau report kepada pihak yang bertanggungjawab. Mane tau kot-kot ada HANJING bunuh diri kerrr...Choooiii!!! heheheheh...
Thanks for reading =) comment le weyh!

Sungguh Aku Tak Paham

Kepada blogger-blogger yang lebih senior dari aku...

Aku sangat tak faham dengan live traffic yang aku guna sekarang ni. Adakah visitor yang mengunjungi blog aku ni adalah aku sendiri??

Kalau cenggitu, total pageview tu pulak macam mana??? Adakah dia kira jumlah pengunjung blog aku ni dengan aku-aku sekali??? Oh keluar dah bahasa kampung!!

Cofuse..confuse.. Kusangkakan ada orang lain yang visit blog aku. Rupa-rupanya aku sendiri je..hahahaha... Nasib ko la..Siapa suruh malas blogwalking kan..hahaha..

Tapi takpe, niat asal aku berblog adalah untuk kepuasan diri semata-mata,dan bukan untuk kejar glamour. Sebab tu blog aku ni macam hidup segan mati tak mahu. Takpe, yang penting, hari-hari aku update!!

Muahahahahaha
Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 29 October 2012

Budget Diva

Disebabkan aku boring takde keja, aku ank buat tagged sikit..
Wahh..Ko ingat ko diva nak tagged bagai??
Lantak aku la, blog aku..
Kalau tak suka, pergi verambuss!! (maaf atas kekasaran bahasa walaupun disengajakan)!

So, disini aku nak senaraikan beberapa perkara yang aku suka, dan beberapa perkara yang aku tak suka.... diva sangat!!puiii!

Perkara yang aku SUKA

1) Kebersihan.
Walaupun aku ni takde la dikategorikan sebagai cleaning freak, tapi aku amat la tak suka kalau ada benda-benda kotor dekat sekeliling aku.Aku paling pantang kalau kebersihan diabaikan terutama sekali dalam bab pakaian, makanan, rumah, tempat kerja, dapur dan bilik air. Aku bukannya cerewet tapi dalam Islam pun kebersihan tu adalah aspek yang perlu diutamakan. Ye la, kalau pakaian ko dah terkena najis pun, kire terbatal dah solat ko. Nabi sendiri pun menggalakkan kita bersugi ataupun dalam bahasa moden, gosok gigi. So, jangan malas gosok gigi ye. Muka cantik, tapi mulut bau longkang, Bangla pun lari weyh..

Lagi satu bab tandas ni.. Public toilet!! tak yah cakap la.. Kat Malaysia ni memang susah nak jumpa public toilet yang bersih. Kalau ko masuk shopping mall yang besar-besar, baru la enak pemandangan toiletnya.. Kalau setakat dekat R&R, kat taman-taman rekreasi, petrol pam, dan shopping mall yang cikai-cikai ni, memang rasa nak terkeluar isi perut kalau masuk. Siapa yang perlu dipersalahkan disini?? Orang yang menggunakan tandas ke?? ataukah orang yang sepatutnya mencuci tandas tersebut?? haaa... lu pikir la sendiri!!! 

ewah... kejadah ape aku melalut panjang-panjang ni... tak perlu..tak perlu...
Next!!

2) Music
Bagi aku lagu tu mengasyikkan dan mampu menghilangkan rasa mengantuk aku. Sebab tu aku tak boleh dengar lagu masa nak tidur. Jawabnya sampai esok pagi la aku tak tidur. Bila aku dengar lagu, otak aku akan merungkai setiap bait-bait ayat lagu tersebut dan menterjemahkannya di dalam bahasa yang aku fahami ditokok tambah pula dengan imaginasi yang meninggi diri. hehehe.. Bila otak aku bekerja, macam mana aku nak tido?? logik tak??? 

Antara muzik yang aku suka dengar ialah music yang slow motion macam R&B. Lagu-lagu korea pun banyak yang slow-slow kan...Haaa,ni memang aku suka. Adik aku dah naik menyampah sebab dia suka lagu rancak-rancak je. Aku kalau time gila datang, lagu rock pun aku layan. Music Hindi tetap menjadi pujaan hatiku..heheheh...

3) Berangan
free je kan?? bukan kena bayar pun. Selalunya aku berangan benda-benda yang materialistik je la.. Pastu berangan dapat suami macam orang Korea. hehehehe..

4) Online
Sehari tak online rasa macam nak sasau. Oh! parah dah aku ni... Macam la fofular sangat nak online memanjang kan???

5) Minyak Wangi - Aku suka bau-bau yang wangi, jadi aku suka beli minyak wangi walaupun kadang-kadang adik aku jugak yang perabiskan. Aku jadi rimas,cemas dan susah hati andai kata aku keluar dari rumah tanpa memakai minyak wangi.. Oh! sawan.. Tapi aku tak suka pakai minyak wangi yang baunya menjolok hidung sebab tak elok tawwww... Nanti boleh attract bangla-bangla tangkap syiookkk kat ko.. huhuhu...dosa! So, pakai ala kadar je untuk menutup bau-bau peluh yang kurang enak baunya. Bau badan yang kuat pun boleh attract orang jugak. Nanti orang tu rasa nak penampar ko je sebab ko busuk! Kalau aku duduk dekat dengan orang-orang camni, kompom hidung aku dah kembang kempis. Lepas tu aku akan terpikir, adakah bau badan aku juga begitu jika aku tidak memakai bau-bauan???

Kak, please la pakai odorono..(deodorant).Dialog Cat Farish dalam Movie Jin Notti. hehehehe

6) Makan
Oh!! Ini memang tabiat yang tidak dapat dihilangkan sejak azali lagi.Walaupun aku on diet, tapi dalam kepala otak aku sentiasa imagine makanan-makanan yang lazat dan berkolestrol tinggi!! Bestu cane??? Aku susah weh nak ubah perangai ni.. Bila dah imagine, kena la makan..Kang kempunan pulak anak tekak aku..

Dulu aku penah cecah berat dekat 80 kg!! Semua gara-gara duduk rumah Mak. Aku tak salahkan Mak sebab masak yang sedap-sedap. Salah aku sendiri sebab makan tak hengat donia. Lepas makan, tido. Exercise memang jauh sekali. Nasib baik kejap je aku duduk dengan mak masa tu sebab aku cuti sebelum sambung degree. 

Favorite food aku adalah telur goreng mata kerbau makan dengan nasi + kicap. Perghhh.. nikmatnya hanya aku yang tau!! hahahaha

Tetiba aku teringin..daaahhhh..cane???

Selain tu aku suka makan nasi goreng, ayam masak kicap, sayur-sayuran (wajib ada) dan pecal. 
Aku ni selera kampung je..tak reti nak makan western-western ni... huhuhu..


7)Jalan-jalan cari pasal
Aku suka bersiar-siar especially dengan kawan-kawan. Tu pun kalau ada budget lebih la.. selalunya takde pun. Tapi aku suka pergi tempat-tempat baru means tempat-tempat yang aku tak pernah pergi lagi. Aku tak suka pergi tempat yang sama. Boring dowh! Even restauran pun, aku akan cari restauran baru setiap kali nak makan. Baru best.So, kita tau mana restauran yang best, mana yang tak best. Tu pun bergantung pada budget la jugak.. Takkan la nak makan rojak mamak pun kena travel sampai 27 batu nautika dari aras laut.. Tu melampau...

8)Make-up
Walaupun aku tak reti sangat nak make-up2 ni, tapi aku suka tengok barang-barang make-up. Rasa macam ada satu sawan yang memaksa aku membeli barang-barang make-up ni walaupun aku tak pakai sangat. Oh! Siapa yang hantar santau kat aku ni?? Maka, aku tak boleh nak masuk Guardian atau Watson lama-lama apatah lagi berjalan-jalan di sebelah booth Shu Eimura, SKII, Lancome dsb..

Sakit hati dowh..

Disebabkan aku tak pandai, maka aku suka tengok tutorial dalam YouTube cara-cara nak make-up ala-ala Rani Mukherjee.. Tak bleh blah... Pastu baru aku praktik kan ke atas wajahku yang tak layak langsung nak di make-up ni. Huhuhuhu..sedih!!!

8) Tidur
Sape tak suke tido weyhh?? Orang bangang je tak suka tidur.. Tapi aku suka tidur waktu malam dan tengahari je.. Jap..jap.. maksud aku, aku suka tido dari malam sampai tengahari.. Best wo.. Tapi kalau duduk dekat rumah Mak, siap la, berderet je kesan cubitan di lengan-lengan aku..hehehehe...

Tapi waktu petang memang aku tak suka tidur. Sebab kalau aku dah tidur, alamatnya malam karang baru sedar. Lepas tu otak aku jadi macam bingai semacam. Pastu boleh kena migrain sebab malam nanti kompom aku tak boleh tidur dah.. Dah dekat nak subuh baru boleh tidur. Sanggup??? Siapa nak jadi lembab dan gemuk dengan cepat, silalah tidur di waktu petang.=p

9) Movie
Aku suka layan movie. Tak kisah la movie Melayu ke,Indonesia, Jepun, Hindi, Korea, China, Omputeh, semua aku layan. Tapi kalau drama ni kurang sikit sebab episod dia panjang-panjang. Kalau aku layan jugak, aku kena habiskan cepat.Selagi tak habis, aku tak boleh nak buat kerja. Kalau drama Jepun or Korea boleh tahan lagi la, tapi kalau drama Indonesia, memang aku sumpah seranah la. Menyampah aku. Korang pun tau macam mana kan?? Cerita nya tak gerak mana pun, tapi propa je lebih.. Kejap-kejap ternganga mulut (slow motion), pastu terjegil bijik mata pulak. memang celaka tul! Please la, jangan buang masa korang tengok drama Indonesia. Takde faedah! tengok chanel 611 pun best!!

10) Balak handsome
Haa.. yang ni sapa tak suka?? Aku suka tengok mamat-mamat handsome ni.. Kebanyakannya retis la kan.. Tapi orang biasa yang luar biasa pun boleh jadi handsome di mata aku. Biar la aku sorang je yang tahu. Jadi, sesiapa yang rasa handsome macam Arjun Rampal tu, jangan muncul depan mata aku. Karang aku santau ko tak tauuuuu...hahahahah

Perkara yang aku TAK SUKA

Okay, sekarang perkara-perkara yang aku tak suka pulak...gigihhhhh

1) Kotor 
 Siapa yang suka kotor?? bangang!!

2) Makanan Berbau
 Aku paling pantang kalau aku tengah-tengah makan, ada bau yang kurang enak dari makanan yang aku makan tu. Contohnya,seafood la.. Udang,sotong,lala, kerang kalau lambat dimasak boleh jadi busuk. Jadi kalau ada benda-benda busuk ni dalam pinggan aku, memang aku tak makan dah. Terbantut selera aku. Kadang-kadang ikan sungai yang berbau hanyir pun aku tak boleh telan jugak walaupun ikan tu mahal tahap gaban, tapi kalau hidung aku dapat detect je rasa hanyir dia, kompom aku tak makan. Pastu mak aku suka marah-marah. Tak paham aku. Dah tak boleh terima, camne nak makan?? Lagi satu sayur-sayur yang ada bau-bau racun serangga..Hadoyaiiii..walaupun sayur tu sayur feberet aku, tapi kalau ada bau, haraf maaf! Sila ke tong sampah dengan segera!!

3)Budak-Budak Yang Selekeh
Hahahaha..kejam gila!! Ye la, takde anak lagi boleh la cakap kan??? Cuba tengok anak ko sendiri nanti macam mana??

Okay, yang ni aku tak salahkan budak tu, aku salahkan mak bapak diorang sebab tak reti jaga anak. Anak comel, tapi bau masam! Sorry to say, aku memang takkan dukung budak macam ni walaupun muka dia comel, baju dia cute miut! Never! 

Aku tak kisah kalau baju budak tu buruk tapi dia wangi dan bersih. Budak-budak ni kan dari syurga, so aku nak cium bau syurga, bukan bau busuk sebab korang tak mandikan dia bersih-bersih. Hahahaha.. sabo je la!! Sorry ye anak-anak.. Kalau aunty tak nak dukung korang tu paham-paham je la.. Sesungguhnya hidung aku amat la sensitif!!!Nak kata aku poyo?? silakan~~

4) SMS yang tak kena tempat
Aku paling pantang kalau orang mesej aku pukul 2 pagi just nak wish "Good Night". WTH!! Aku ingat emergency ke hape ke, so, terpaksa bangun di tengah malam gigih nak cari handphone. Tengok-tengok mesej cam gampang je..Sangat rude okay.. Aku ni dah la jenis susah nak tido dah kalau dah terjaga malam-malam.

Lepas tu pagi-pagi buta, wish "Selamat Pagi"! Cam harem! memang aku takkan balas la mesej macam ni. Sebab tu orang kata aku sombong!! Lantak la. Malas nak mesej benda-beda bodoh cenggini. Buang duit je. Selalunya yang mesej-mesej aku camni ialah mamat poyo yang konon-konon nak tackle aku la.. Memang cenggitu la aku layan. Aku ni memang jenis handset merata-rata. Jari jemari aku ni memang teramat malas la nak bermesej dengan orang. Kalau penting, aku balas, kalau tak, jangan harap!!!!

5) Takde Duit
Oh!!! Pitam!!! Macam mana tu?? Migrain..migrain...Ni pun gaji tak masuk-masuk lagi..Celaka betul!! Dah la bagi cek je. Satu keje aku nak kene deposit dalam bank aku dulu. Kalau deposit terus takpe la jugak. Ni kena tunggu 3 hari pulak. Bagi la awal!!

6)Kilat & Guruh
Oh!! Yang ni memang aku fobia tahap asbestos!! Kalau aku duduk dalam rumah sorang-sorang, tetiba hujan lebat turun disertai dengan kilat yang pancor memancor bak kata orang perak, disertai dengan guruh yang berdentum-dentam di angkasa, maka anda akan hanya menjumpai saya di dalam almari baju sahaja kerana saya rasa, itu adalah tempat yang paling selamat.

Kalau ada orang disekeliling aku time tu, aku rileks je.. Cool.. control..control...

6) Ditipu
Aku memang pantang kalau orang tipu aku. Memang aku takkan percaya dah. Sampai mati aku tak percaya dekat orang tu. Sebab tu aku ni susah nak lekat dengan pakwe-pakwe aku dulu sebab salah satu sebabnya ialah menipu. Kalau cakap terus terang aku tak kisah. Aku boleh consider lagi tapi kalau bab-bab menipu ni memang tiada kompromi. Dipersila kan blah dari hidupku. Korang suka kena tipu?? Tak kan??? Aku sendiri pun tak suka tipu orang sebab aku takut terkantoi balik. Kalau aku menipu pun kompom orang tu tau aku menipu sebab aku tak pandai nak menipu. So, jalan yang selamat ialah jangan menipu dan kalau ko buat silap, just admit it. At least kalau kena marah pun time tu je.. Jangan nanti kantoi di kemudian hari lagi susah.

7)Sakit
Sakit tu adalah dugaan yang Allah turunkan kepada kita untuk menguji hamba-hamba Nya. Di kala kita sakit, kita akan selalu mengingati Dia.Begitu la yang terjadi pada aku. Aku tak suka jatuh sakit tapi aku tahu, di saat itu, Allah mahu menguji dan mahu aku memngingati Dia tatkala aku lalai dan alpa dalam mengharungi kehidupan sebagai hambaNya yang lemah. Kalau kita sakit, kita akan lebih bersyukur jika diberi kesihatan yang baik, maka kita akan berusaha untuk sembuh secepat mungkin. Dalam masa kita sakit jugak, kita akan terfikir sejenak adakah masa untuk roh kita terpisah dari jasad sudah hampir?? Maka kita akan berusaha memohon keampunannya. Kesimpulannya, sakit itu ada hikmahnya. Jadi boleh kah aku kata aku tak suka sakit?? Itu adalah ujian Allah Linda supaya kau sedar diri!!! Tidak! Bukan sakit ini yang aku maksudkan.

Sakit yang aku maksudkan di sini ialah sakit yang aku cari sendiri iaitu sakit hati. Sebab ape?? Sebab C.I.N.T.A.. puuuiiii!!! Aku pernah dikecewakan dah hati aku sangat sakit masa tu. Memang macam dirobek-robek dan dihiris-hiris. Jantung rasa nak pecah. Hanya air mata je yang boleh jadi pain killer walaupun tak sehebat panadol! Sakit yang jenis macam ni pun ujian Allah ye tuan-tuan dan puan-puan.
Anggap je la si polan tu bukan jodoh kita. Sebab tu ko bercinta bagai nak rak pun kalau bukan jodoh ko, tak menjadi jugak. Allah itu maha mengetahui. =)

8) Berkomunikasi Dengan Orang Baru
Aku ni tak tau la ada sawan apa ntah. Aku fobia kalau nak jumpa dengan orang yang aku tak kenal. Mulut aku ni macam ada emas je.. Mesti aku akan membisu je sebab tak tau nak cakap apa. Padahal, kalau SMS, Chatting bukan main lagi pong pang pom pang!! Propa je minah ni.

Kalau kat office ni aku paling malas sekali nak angkat call kat meja receptionist kalau receptionist takde. Padahal angkat phone je kot. Ntah la..bangang sangat aku ni.

Lepas tu aku macam ade satu fobia kalau nak jumpe Boss, Lecturer, Cikgu, dan orang-orang yang dikategorikan berpangkat tinggi dari aku. Segan ape ntah! Tapi boleh berkecamuk fikiran kalau ade orang suruh aku berkomunikasi dengan mereka-mereka ini.

Sama jugak kalau kena tepon customer service.. Aku jarang call, selalunya aku google je.. Online lagi senang! Oh!! Apa la kolot sangat aku ni..Aduyaiiii... Sebab tu kat tempat kerja lama aku, aku takde kawan sangat. Yang rapat dengan aku je la pun, tu pun sebab diorang ni ramah. 

Agak-agaknya, sebab tu la sampai sekarang aku masih single mingle lagi kan?? Ehhh??

9) Basuh Baju
Aku memang malas gila kalau bab-bab basuh baju ni. Tapi nak buat macam mana kan?? Kalau ko tu Paris Hilton takpe la.. Pakai baju sekali je dah sedekah kat orang. Paris Hilton pun ada ramai orang gaji yang boleh laundry baju dia. Aku??? Jangan verangan..nak tak nak, memang kena buat.So, jalan yang mudah, hantar dobi je. Abes citer.

Tapi kalau lipat baju takpe. Aku tak kisah. Ko bagi la berbakul-bakul pun aku boleh lipatkan. No problem!! Tapi jangan suruh aku basuh baju ko. Makan penyepak la jawabnya!!

10) Rokok!!
Aku pantang kalau ada orang smoking depan aku. Pastu dengan muka tak bersalah siap hembus-hembus asap rokok depan muka aku yang suci ni. Gampang tau tak!!! Ko ingat aku hadap sangat ke tengok ko merokok tu. Kadang-kadang orang macam ni aku sound je. Kalau aku dh tutup hidung tu, paham-paham je la bahawa aku tak sudi nak mati sebab asap rokok ko!! Biar paru-paru aku bersih dari anasir-anasir pekong tu.. Nasib baik bapak aku tak merokok!! *Nak cari somi yang tak merokoko jugak.

Tu je la.. Lenguh dah tangan aku menaip. 
Thanks kerana sudi membacanya.. 
(Macam ada je orang nak baca, Perasan je Bedah ni)

Thanks for reading =) comment le weyh!

Diet & Raya

Sejak hari Jumaat tu (Raya Haji), asyik mengkedarah je keje aku.. Kejadahnye aku nak diet di hari raya ni?? Dari sebelum raya lagi aku dah mengidam nak makan sup tulang cicah sambal kicap. Bukan main lagi ye.. Tapi haraammm.. Sampai hari ni aku tak dapat makan pun. Hehehehe.. Okay takpe. Nanti aku beli ayam, aku buat sup, cicah sambal kicap. Abes cerita. Huhuhuhu..

Hari Ahad lepas, beraya lagi di rumah Mak Lang. Mak Lang buat open house. Tapi aku makan laksa dengan kek je. Tu pun sebab aku dah kenyang melantak 3 ketul ayam KFC dan cheesy Wedges. perghhh..memang tak hengat donia masa makan tu.. Gigih...

Disebabkan Ayah Itam suruh aku pergi rumah Mak Lang dengan anak-anak dia, maka aku setuju jugak la nak pergi. Best jugak. Daripada tak buat apa-apa kat rumah tu kannnn...


Ni la cousins aku yang hegeh... hahaha

Ada ramai lagi tapi malu nak ambik gambar. Aku pun tak paham apa la yang diorang malu sangat dengan aku ntah..Aku ni artist biasa je, bukan diva pun..wakakaka..
*Kompom kene bambu kalau diorang tau aku cakap cenggini nih. Heheheh


 Masa kecik, kene sekeh-sekeh je Dik Yan ni..skang aku nak sekeh pun dah tak sampai.. huh!!

Yang kiri tu Ameer... Dia memang cenggitu kalau ambil gambar. Spoiler!

Ni je gambar yang sempat aku suruh adik sepupu aku ambil. Pakai camera enset aku yang murah tu.. Memang macam ni la gambarnya. Yang lain-lain tu pakai handset canggih-canggih tapi tak nak keluarkan! Puuiihhh!!! ahahahaha...

Bila aku nak pakai handset canggih??? Keinginan tu ada tapi bukan priority. Handset yang ni pun aku tak pakai.Balik-balik Nokia baling anjing jugak yang aku pakai. Senang. Sambil pejam mata pun boleh taip sms. Hahahaha...

Kalau gaji banyak takpe la nak pakai handset mahal-mahal ni. Ni, gaji pun stakat "I will survive" jer, malas nak berangan. Kereta aku tu tunggu masa je tu.. Balik-balik problem dengan gear box. Haizz.. Pening..pening... Nak tukar baru, rasa macam tak mampu lagi jer..hmmmm... Pakai je la selagi boleh.. Kang kalau dah start berhutang, jangan harap la ko nak berjimba-jimba lagi dah. Makan maggie je la.. Tak pun makan penyepak! hahahaa...

Thanks for reading =) comment le weyh!

Pagi Isnin Yang Lemau

Morning!!
Pagi ni mengantuk sangat. Rasa nak buat-buat pengsan je masa Nana kejutkan aku bangun tidur tadi. Serius aku malas nak kerja hari ni. Badan rasa penat. Mungkin weekend aritu tak dapat rehat yang cukup sebab sibuk beraya. Jumaat beraya sampai ke malam, Sabtu, lepak kat rumah, Ahad keluar beraya dekat rumah Mak Lang lagi.. Hmmm.. Penatnye.. Al-maklum la, aku ni bukan jenis yang hyper active. Baru 'ligat' sikit, dah semputtttttt... Hehehehe...

Pagi ni masuk office dengan perasaan yang sangat tak ikhlas. Oh hampehnya aku..
Mengantuk dowh!! Tambah bila aku takde keje nak buat.. Huh!

Okay, aku ngantuk ni... FB pun macam bosan je.. Hmmm..jom tido kejap!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Saturday 27 October 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum...
Tengah buat apa tu?? =p

Salam Aidil Adha buat readers semua.. (Macam ado jerr)

Semalam beraya di mana??
Saya tak balik kampung pun. Beraya di rumah sanak saudara di sini sahaja.
Memandangkan Maksu aku pun tak balik kampung, maka dia pun mengajak kami pergi ke rumah kakak ipar dia.. Pagi-pagi lagi dah kecoh gerak kitorang. Last-last aku tak pergi pun. Aku pergi rumah kawan aku dekat Putrajaya.

Aku & Nana

Masa ni baru nak gerak g Putrajaya rumah Shu.

Aku plan nak pergi rumah Mak Lang aku kat Sepang. Tapi cousin aku nak follow. Memandangkan hari raya ni jatuh pada hari Jumaat, maka aku akan ambil dia lepas sembahyang Jumaat. Cousin aku tu lelaki. Amer nama dia.

Di rumah Shu, aku bedal lontong ngan kuah kacang. Tapi makan sikit je...maklum la, banyak rumah nak kena pergi ni. Kena simpan space sikit. Hehehehe... Dalam pukul 2pm, gerak ke Shah Alam balik, terus pergi R&R Elmina Utara, kedai Ayah Itam aku. Aku janji nak ambil cousin aku kat situ..
Pergi-pergi, sorang pun tak sampai lagi..hmmmm...

Dalam 20 minit termenung kat situ, Mak Tam aku call, bagitau diorang dah on da way. Sampai je, terus tukar kereta. Aku naik Kia Ayah Itam aku, Mak Tam ngan Ayah Itam aku naik kereta aku pergi rumah Mak Teh dekat Shah Alam. Ayah Itam tak nak pergi Sepang. Dia tunggu dekat rumah Mak Teh je.

Then, gerak pergi Sepang dengan semangat yang berkobar-kobar nak makan ketupat yang Ija buat. Sampai  rumah Mak Lang dah dekat pukul 4 petang.. Apasal macam lama je eh..??
Borak-borak sambil makan ketupat sambil mengumpat.. Ayah Alang takde. Kerja. So ada Mak Lang dan anak-anak je..

Pastu dapat call dari Mak Teh, Mak Ngah ajak datang rumah diorang pulak, ada bakar satay katanya. So, kene gerak cepat dari Sepang. 

Mak Lang follow sekali pergi ke rumah Mak Teh.Sampai rumah Mak Teh dah dekat maghrib. Di rumah Mak Teh, aku makan nasi himpit 3 ketul dengan ayam masak merak seketul. Mak Teh buat spaghetti tapi aku tak nak makan. Aku tak minat sangat spaghetti ni..tambahan pulak aku On Diet. Ceeewahh!!

Lepas Maghrib, kitorang konvoi ramai-ramai pergi serang rumah Mak Ngah pulak dekat Klang. Makan satay dan rendang daging. Aku makan sikit jer.. tak berani nak makan banyak-banyak.. Tu pun dalam otak aku dah pikir, mesti angka 68++ pasni kalau aku timbang! Kompom!! 

Lepas tu Achik Razak pulak call suruh datang rumah dia Dekat Jalan Raja Uda, Klang. Dia order pizza. Motifff... Nasib baik dia order Dominos je.. Aku makan sekeping je, sebab aku kan On Diettt... Ceh!!!
Kalau tak, dah aku tibai 4,8 keping! Huhuhuhu... Sabar..control..control...

Lepas beraya kat rumah Achik, kitorang gerak balik ke Shah Alam. Aku kene pergi kedai Ayah Itam aku dulu sebab nak ambil kereta aku. Sampai kedai dekat pukul 12 lebih.. Jalan memang dah lengang gile. Aku sembang sikit-sikit dengan Ayah Itam, pastu balik. Sampai rumah dah dekat pukul 1 pagi. Maksu, Paksu dan anak-anak diorang tak balik rumah. Diorang tidur dekat rumah Kakak diorang dekat Putra Height. So, malam tadi, Bibik yang tolong bukak kan pagar. 

Disebabkan terlampau penat, lepas mandi terus terbungkang!!
Sakan betul kitorang beraya. Huhuhuhu...tapi seronok sebab beraya dengan family. Boleh mengeratkan silaturrahim. 

Selain tu aku rasa lebih selamat sebab aku keluar dengan muhrim-muhrim aku jer..No outsider is allowed. Hahahahaha... Okay la.. Aku nak mandi ni.. Tak mandi lagi.. Pagi tadi kemas beg, lipat baju... Petang ni rasa nak bawak kereta pergi car wash. Tapi tu pun kalau aku rajin laaa..hehehehe...

Oh ye! Tadi aku timbang berat aku. 67.7kg!! hehehehe.. hambik la... 
tapi okay la.. nasib baik tak 70kg!!! huhuhuhu..

k,adios!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 25 October 2012

Semalam Ke Seksyen 7 Shah Alam

Morning...
Ada lagi yang bekerja macam aku hari ni???
Ke dah ramai yang balik kampung??

Mesti ramai dah yang balik kampung sebab jalan dah lengang gila.Awal betul aku sampai office tadi. Huhuhuhu...

Semalam aku pergi Seksyen 7. Setiap minggu aku akan hantar baju-baju kotor aku ke dobi dekat Seksyen 7. Walaupun jauh, aku lebih selesa pergi situ sebab aku dah kenal pekerja kedai tu dan dobi tu bagi layan diri.

Lepas masukkan baju-baju aku & Nana ke dalam mesin basuh tu, aku merayap sekejap dekat pasar malam dekat area rumah lama aku dulu. Dekat Seksyen 7 jugak. Teringin nak makan ayam Uncle Bob. Padahal dah kenyang makan nasi kat rumah Maksu sebelum keluar tu. Tapi disebabkan nafsu serakah, aku rasa nak makan jugak something, Nak gigit-gigit kata orang tua.

Sampai je pasar malam, aku rasa teruja. Disebabkan ramai student yang dah balik raya (Student UiTM tengah cuti sem sebenarnya), maka pasar malam tu takde la sesak sangat. Boleh la aku cuci-cuci mata dengan gumbiranya. Paham-paham la bila dah pergi pasar malam tu.. Memang barang yang tiada dalam senarai barang nak beli pun akan dibeli jugak.

Semalam aku beli sepasang kasut yang comel harga RM20 je. Cantik la sikit untuk aku pakai ke office. Bunga atas dia kaler merah. Aku tak sempat nak ambik gambar. Huhuhuhu..

Pastu dah dekat nak balik, aku terbeli patung CJ7. Comel dowh!! Tinggal satu je. Aku letak dalam kereta.Ni pun tak sempat nak ambil gambar.

So, kesimpulannya, aku memang tak boleh pergi pasar malam!!
Kalau duit takde, duk rumah diam-diam makan Maggie. Huhuhuhu..

Okayla.
Nak breakfast jap.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 24 October 2012

Busy ke Malas??

Hye..

Hari ni aku ke Putrajaya lagi. Temankan si Safwa pergi Pejabat Imigresen dan Pejabat Kastam.
Lepas tu aku makan dekat Persint 9.

Pagi tadi aku makan nasi lemak!!
Punah diet! blah laaa!!

So, tengahari aku makan bihun dawai je. Taknak makan nasi la konon.

Ni pun dah mengantuk tahap cipan dah ni. Nasi lemak punya penangan.

So, hari ni aku takde apa-apa yang dirasakan menarik untuk aku update di blog..
Cuma ada beberapa perkara je yang aku nak list kat sini.
Baca betul-betul dan fahamkan.
*Wahh..dah macam arahan soalan PMR je...

Pertama,
pagi tadi aku timbang berat aku 67.7kg! Semalam aku makan nasi sikit je. Sebab aku tak tahan tengok kuah asam pedas yang bibik masak. Nak hirup kuah je aku takut tersedak pulak. Maka.. aku amik nasi sikit untuk menikmati kelazatan nya... Dan kini.. aku pasrah!! hahaha..pangg!!!

Second,
Ada orang nak ajak aku keluar dating. Nak pergi ke tak nak? pergi ke tak nak?? Hmmm...
Hati aku berat mengatakan aku tak nak pergi. Tapi sampai bila?? Asyik nak mengelak je. Hati ini masih ada 'dia'.. hmmmm... susahnye jadi orang yang setia ni. Akhirnya aku yang merana...

Third,
Sabun susu beras aku dah habis. Aku beli lagi 3 kotak dari Ella. Dia bagi promotion sekotak 3 hengget je. So, aku beli 3 kotak = RM9 je. Hoyeay... Lagi RM1 bleh beli cekelat.

Ompek,
Aku nak beli raket badminton. Nak start main badminton balik. Cepat sikit turun berat aku. Nak harap diet je tanpa senaman pun tak guna jugak kan? Si Safwa pun ada ajak aku jogging dekat Bukit Cerakah nanti. Insya Allah. Yang penting, kene beli kasut sukan dulu.

Fifth,
Malam ni aku nak hantar baju-baju kat dobi. Dah seminggu peram. Sepender pun dah takde nak pakai dah..

Sixth,
Aku tak jadi balik kampung raya haji ni. Parent aku tak kasi balik dengan alasan mereka busy. Motiffff.... Ko ade???
So, aku terpaksa beraya di sini macam tahun-tahun lepas jugak. Cadangnya nak ke Putrajaya, rumah Ayah Alang. Boleh lepak-lepak dengan Ija. Nak cari Burger Bakar. Ingat! Makan daging je! Roti tamo!

7,
Aku dah tengok episod akhir drama Time Slip Dr.Jin. Episod 4-24 aku tak tengok sebab macam boring je...
(Eh, ye ke sampai episod 24?? ntah la.. yang penting, aku dah tengok episod akhir sebab nak taw ending dia je)

Dah..tu je... Yes, memang aku malas skang ni. Takde mood.Kepala pening sebab ngantuk!
Lambatnya nak balik.
Sekarang baru pukul 5.08pm!
Aku balik pukul 6.30!!!!!!!
Arggghhh....
zzZZZzzzZZ...
Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 23 October 2012

Mak & Abah Pindah Rumah Lagi

Adoiiii... kesian betul aku tengok Mak dan Abah. Asyik pindah je kerja mereka.
Ye la, Abah kan polis. Memang selalu kena pindah. Dari aku kecik, sampai aku dah besar gedabak ni, asyik pindah je..

Sejarah Perpindahan:

1)Berek Polis Kuala Kangsar (flat tingkat atas)
2)Berek Polis Kuala Kangsar (tingkat bawah)
3)Rumah Awam Kuala Kangsar
4)Berek Polis Gerik
5)Rumah Awam Lenggong
6)Rumah Awam Lenggong (pindah ke sebelah rumah sebab owner yang kasi sewa rumah dia nak jual rumah tu. Nasib baik rumah sebelah kosong)
7)Berek Polis Gerik
8)Kuarters JKR
9)Berek Polis Gerik (coming soon).

Kalau tengok urutan di atas ni mesti korang pelik kan?? Apasal masuk Berek Polis Gerik sampai 3 kali??

Haaaa... camni citernye...

Hujung tahun 2001, bapak aku kena transfer ke IPD Gerik. So, kena pindah sana. Masa tu aku baru Form 2. Gila nak nangis siot kene duduk dalam berek polis. Sebelum tu, aku tinggal dekat taman perumahan. Seronok. Bebas. Tapi duduk dalam berek polis, jadi tak bebas. Aku pun malas dan takde mood nak membebaskan diri aku.

Pastu tahun 2006, masa aku dah study dekat UiTM Jengka, bapak aku kena transfer ke IPD Lenggong pulak. Bapak aku suka la... Dekat sikit nak balik kampung. Lepas tu dia cari rumah sewa. Taknak duduk berek katanya...Aku pun jarang balik masa tu. Sebab aku study jauh. Kalau balik pun aku mati kutu. Tak taw nak buat apa. Terperap je la dekat rumah. Jiran-jiran pun aku tak kenal. Nak berjalan kat pekan Lenggong tu pun aku rasa nak nangis sebab banyak kedai apek jual ubat je..hahaha.. Sebab tu orang panggil pekan Lenggong tu sebagai Pekan Cowboy.Muahahaha... sedih gila!!

Pastu tahun 2009, Pihak pengurusan polis nak jadikan IPD Lenggong tu 'turun taraf'.Nak jadikan ia taraf balai polis kecil je. So, ramai yang kena transfer termasuk la bapak aku. Yang tak boleh blah tu, kena transfer ke Gerik balik. hmmm... Masuk berek polis Gerik balik...Masa ni aku dah study kt UiTM Shah Alam. So, aku jarang balik jugak.

Lepas tu tak lama kemudian, pihak pengurusan nak renovate berek polis tu. Nak jadikan 2 buah rumah sebagai satu buah rumah sahaja. Kira luas la sikit satu rumah tu. Kalau tak, rasa macam duduk dalam khemah je. Kecik sangat. Huhuhuhu...

So, terpaksa la semua polis-polis ni cari rumah sewa lain buat sementara waktu. Tu yang sekarang ni bapak aku duduk di kuarters JKR sebab kat situ je banyak rumah kosong. Rumah lain penuh. Kalau ada pun, tinggal yang mahal-mahal je.

Semalam aku call mak aku. Dia cakap, dah dapat kunci dah untuk rumah baru, Dia dah tengok design rumah tu dan dia kata cantik. Excited nak masuk balik. Tak taw lagi bila mak aku nak masuk rumah baru. Kesian diorang. Aku duduk jauh, nak balik tolong pun susah. Mak kata, nanti bila betul-betul nak pindah nanti dia inform aku. boleh aku ambil cuti. Yezzzaaaaaa...Aku pun tak sabar nak duduk rumah baru..heheheheh,,,,

Lepas Abah pencen, pindah lagiiiiiiiii.....hmmmm....
Thanks for reading =) comment le weyh!

Batuk ,Raya Haji & Ateh

Semalam dalam pukul 3 pagi, aku tersedak masa tengah tidur. Terus aku batuk-batuk.
Bangun pagi ni tekak aku rasa gatal. Terus aku macam takde suara pagi ni. So, pagi ni aku malas nak bercakap sangat. Hmmm..aku syak ni mesti pasal popia yang aku makan semalam. Sebab udang kering dia kot aku tak tahan. Padan muka. Makan lagi!!

Raya Haji ni aku tak balik kampung. Abah tak bagi. Motiiiiffffff???
Abah cakap dia busy. Mak pun busy. So, tak payah bazir2 duit nak balik kampung.
Orait... Aku memang biasa dah tak balik kampung masa Raya Haji. Sejak dari zaman aku dekat Universiti lagi, sampai sekarang. Raya Haji memang tak pernah balik.

Tapi kali ni aku rasa macam sedih sikit la bila tak balik sebab aku rindu nak jumpa Mak & Abah, Abang aku & Ateh, si arnab montel aku tu...Mesti lagi montel bila aku takde. Rindunyeeeee....Hmmm..takpe la, nanti kalau keadaan mengizinkan, aku akan balik kampung jugak..huhuhuhu..maybe next month. huhuhu

Ateh & Me.

Gambar ni aku amik masa aku nak pergi Shah Alam hari tu.
Aku tengah bagi nasihat dekat Ateh supaya dia tolong tengok-tengokkan rumah dan tengokkan abang aku sekali. Hehehehe... Dan yang penting, tolong jaga diri sendiri.

Dia macam paham je masa aku cakap tu. Sedih siot!! Si montel ni aku jaga dari kecik lagi. Tak pernah berpisah. Kalau balik kampung pun aku bawak dia. Rindunya....

Hmm.. takpe..sabar... Panjang umur, kita jumpa lagi ye...
Sayang ATEH!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Mampukah Aku???

Good Morning alls...
Pagi ni aku timbang berat aku.
Agak terkezut gak la.. 67.8 kg!!
Hambek ko!!!

Ni gara-gara makan nasi masa lunch semalam la ni...huhuhu
Semalam Safwa ajak aku makan nasi dekat restoran depan opis aku ni.
Aku amik la nasi sikit. Sikit je!! tak banyak pun. Maka, inilah akibatnya...muahahaha...
Kan dah tak cantik graf diet aku!!

Semalam masa nak tidur pun, Maksu pelawa aku makan Popia 'Best'. Besar siot popia dia. Aku makan sebijik terus senak perut aku. Rasa dia boleh la... Inti dia ada sayur sikit, dan yang banyaknya macam kerisik udang kering. Aku lagi suka kalau popia tu penuh dengan sayur je. Sebab aku kan suka makan sayur..

Acaner??? Caner nak kurus??? haizzz...

Mampukah aku mencapai sasaran berat yang aku target sampai hujunng tahun ni??
Hmmm... Kita sama-sama saksikan!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 22 October 2012

Time Slip Dr Jin

kegilaan Kepada Drama Korea Kembali!!!
Huahahahahah(gelak jahat)

Anyong !! ^_^

Semalam aku dah habis tengok drama Korea Arang And The Magistrate.
Lepas tu aku dah gila bayang dengan ex-pakwe aku tu, Lee Jun Ki.. hehehehe

Dekat maaduu.com tu ada banyak drama baru tapi aku ni suka cerita-cerita yang berbentuk historical.. Suka sangat! Cerita zaman moden ni tak minat sangat!!

Tetiba aku tertengok trailer cerita satu ni. Tajuk dia Time Slip Dr Jin.

Cerita ni pasal seorang doktor pada zaman sekarang ni yang dah 'tercampak' ke Jaeson era iaitu zaman dolu-dolu selepas dia terjatuh dari bumbung bangunan hospital.. Dia terpaksa rawat orang dalam keadaan yang serba kekurangan pada zaman itu. Aku baru tengok sampai episod 2. So, tak leh nak cerita lebih.

Cerita ni macam tak logik kan?? Tapi cerita yang tak logik ni la yang aku suka. Cerita yang logik ni bosan dowh. Balik-balik benda yang sama. Baik aku je yang berlakon.Ehh?? Panggg!!

Kenal tak sape yang kanan sekali tu??hehehehe

Hero citer ni ialah hero drama Autumn in My Heart. Nama dia ape ntah aku tak tau. Tapi heroin dia aku tak minat. hehehehe.. So, nama heroin dia pun aku tak tau!

Yang aku tau ialah 2nd hero iaitu Jaejong (JYJ) @ ex-DBSK (Hero). ngehngehngeh..
Ni yang aku lagi semangat nak tengok cerita ni..huhuhu...

Tapi watak jaejong ni jahat la pulak... hmm mintak-mintak dia jadi baik nanti..hahahahaha..

Ni synopsis dia:

Jin-Hyuk (Song Seung-Heon) is a gifted doctor who was born in a family of doctors. Jin-Hyuk is also confident, knowing that he is the best neurosurgeon with ability to quickly analyse any situation and also having extremely steady hands. His success rate hovers at 100%. Because of this, Jin-Hyuk is unable to understand failures by others. Jin-Hyuk is hurt by a woman who he loves.
One day, Jin-Hyuk travels back in time to the Joseon Dynasty Period. Having travelled 150 years in time, Jin-Hyuk sees first hand how medical technology is in its infant stages. To save lives, Jin-Hyuk develops medical devices and medicine by himself. Jin-Hyuk starts to become a true doctor from this experience.

okay nak keje.
aku kene telefon imigresen pulak..
motif???
ni bukan kerja aku!!!!
hampeh!!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Diet Day 4

Hari ni masuk hari ke-4 aku follow diet Dr.Atkins.

Tak nampak lagi sebab aku tak pulun sangat.hehehe..
Pagi ni aku timbang berat aku lepas mandi.
walaupun tak dikategorikan turun mendadak, tapi boleh la...
berikut adalah bacaan berat aku start dari 1st day aku follow diet Dr.Atkins walaupun ada culas sikit. Hehehe..

19/10 (Friday) : 67.3 kg
20/10 (Saturday) : 67.3 kg
21/10 (Sunday) :67.4 kg
22/10 (Monday) : 67.2 kg

Dan berikut adalah ulasannya:

First day tu memang aku tak ambil nasi. Pagi tu aku makan bihun, tengahari aku makan roti sardin je. Dinner aku ratah-ratah lauk jer..

Hari Sabtu tu diet aku macam punah sikit la. Sebab ada pasar malam dekat belakang rumah. Tapi tetap tak makan nasi. Pagi aku cuma breakfast spirulina&oats. Tengahari aku tak makan. Sebab 'kenyang' tengok drama Korea. Petang tu aku pergi pasar malam. Aku bedal makan Yong Tau Fu semangkuk dan Ayam Goreng Uncle Bob sekeping tang dada tu.. heheheh.. sebab tu bacaan berat pada hari Ahad tu naik sikit. Hehehe...

So, ahad tu aku taknak makan banyak. Pagi aku makan cucur bawang 3 ketul. Tengahari, aku ratah lauk ayam sup dan sayur. Malam aku makan spirulina. Tapi malam tadi celebrate birtday Bibik. Makan kek rainbow..hehehe... pastu ayam gorang KFC seketul. ngehngehngeh...

Disebabkan kek ni manis, tak berani aku nak bedal banyak-banyak. Yang separuh ni pun Nana yang tolong perabehkan..huhuhu


tapi okay la.. pagi tadi timbang, turun sikit..hehehehe..


Akak dan Husband dia bersama anak-anak Maksu aku.


p.s: Gila bagus Maksu & Paksu aku... Birthday Bibik pun celebrate. Korang ado???
Cuba anda buat macam apa yang Maksu & Paksu aku buat ni. Mesti Bibik anda akan lebih sayangkan anak-anak anda dan keluarga anda. Maka kerja rumah akan setel, dan anda akan merasa gumbira.







Thanks for reading =) comment le weyh!

Here Comes Monday ^_^

Morning!!
Ada sesiapa yang mood 'Monday Blues' pagi ni??
Sudah-sudah la tu wei... Cari rexeki pun nak jiwang! hehehe
Tengok Macam aku ni.
Tiap-taip hari semangat pergi kerja walaupun tade kerja. Hahaha

siapa penah jadi macam ni?? baik ngaku cepat!

Pagi ni aku terlewat 10 minit gara-gara jam yang menggila tadi!!
Selalunya pagi Isnin, jalan ke tempat kerja aku memang lancar gila.
Tiap-tiap pagi Isnin je, aku dan Nana mula la buat kesimpulan:
"Oh...jalan tak jam hari ni..sebab hari Isnin. Ramai yang malas pergi kerja rupanya...".

Hahahaha..hambek!! kena label MALAS dengan kitorang!!

Tapi tadiiii........"Apasal semua rajin pergi kerja hari ni??"
Tengg!! Timbul persoalan demikian di benak fikiran.

Maka, kesimpulan ini pula terjadi:
"Ohhh... hari ni jam sebab orang nak apply cuti untuk Raya Haji ni... Ni mesti nak setelkan kerja-kerja tertangguh sebelum balik raya ni..musti!!".

hahahaha... pandai tak kitorang??

So, sesiapa yang tak pernah pergi kerja pada hari Isnin ataupun yang suka masuk lewat pada hari Isnin, sila tanya pada diri masing-masingl;
"Kenapa aku masuk opis awal pagi ni??"

Orang masuk lambat ke kitorang yang masuk lambat??? hehehehehe....
Mentang-mentang opis dekat gila dengan rumah. weekkkk!!! =p
Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 19 October 2012

Pegawai Dagang Dari China

Boss aku nak ambil engineer dari China.
So, Safwa mintak tolong aku carikan maklumat dan procedure untuk buat pass mereka.
Encik Engineer ni nak bawak wife & anak dia sekali, so aku carikan maklumat pas-pas yang sesuai untuk dia.

Motiff!! Ni sebenarnya bukan kerja aku!!

Tapi takpe.. kerja jangan berkira, Lagipun ni knowledge.
Secara tak langsung, aku tau serba sedikit bagaimana nak uruskan pas untuk foreigner yang nak kerja di negaraku yang tercinta ni.

Pastu aku usya-usya camne nak apply pasport antarabangsa. Aku ni tak pernah pergi oversea sebab tu la jakun sikit. Procedure pun tak berapa tau sangat.hmmm.. lepas godek-godek, sama je macam nak buat ic..huhuhu..

Aku ni boleh pergi oversea ke?? Loan PTPTN pun culas nak bayar. Ade, aku bayar, kalau dah sengkek, memang takde harapan la jawabnya. Tapi memandangkan gaji aku sekarang pun dah agak okey, aku rasa tiap-tiap bulan aku boleh bayar dah. InsyaAllah..

Jom semak senarai hitam nama orang yang tak bayar hutang PTPTN!! hehehehe...


Fuuhhhh...selamat..legaaa...
Mana tau bos aku nak hantar aku pergi China ke...
Wakakakaka...BERANGAN!!!!



Thanks for reading =) comment le weyh!

Diet Day 1

Assalamualikum..
Good Morning!! ^__^

Pagi ni aku rasa sangat gembira sebab tadi sebelum pergi kerja, aku timbang dulu berat badan aku. Semalam kan aku tak makan nasi... (hehehe..poyo tak??)

Sebelum ni berat badan aku 68kg la lebih kurang.

Tapi tadi aku timbang 67.3 kg.Turun sikit!
Kalau aku makan nasi semalam mesti 68 kg jugak.

So, ini bermakna, aku tak boleh amik karbohidrat untuk turunkan berat badan aku. 

Jom follow Diet Dr. Atkins. hehehehe..

Gambatte Linda!! ^__^

Ni yang aku semangat nih!!lalalala...

Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 18 October 2012

Diet Oh Diet...

Tadi aku ada terbaca pasal Diet Dr.Atkins dari satu blog ni. Ni la blog yang Kak Amy pernah cerita dengan aku. Memang dia semangat sungguh cerita kat aku masa kenduri kahwin Shima haritu. Aku terkejut tengok dia kurus gile. Seruis cute gile~!! Tu yang aku tanya tu...

Kalau korang nak tau, boleh baca disini.

So, mulai hari ni, aku berazam nak follow diet ni.
Doakan aku berjaya menurunkan berat badan ye kawan-kawan.

Aku target hujung bulan ni aku turun 5 kilo. Ngehngehngeh..tak agak-agak...
Haip!!!

Chaiyyok!!
Malaysia Boleh!!
Gambatte!!

Berat aku sekarang 68kg..
So, at the end of this month kene turun jadi 63kg.
Hahahahahaha!!!
Panggggg!!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Tugas Hari Ini

Semalam, bapa kepada sorang kawan sepejabat saya telah pulang ke Rahmatullah. Tak tahu lagi punca kematiannya sebab aku tak sempat nak tanya banyak-banyak. Aku just sms ucapkan takziah kepada dia. 

Al-Fatihah untuk arwah ayah dia.

Maka, semalam dan hari ni dia bercuti.

Jadi, aku terpaksa mengambil alih tugas dia sebagai receptionist.Segala call yang masuk, aku tolong jawabkan. Nasib baik kerja dia senang. Lagipun bukan banyak pun call yang masuk.

Cuma pagi tadi busy sedikit sebab auditor nak datang. So, terpaksa sambungkan auditor tu kepada Azira (HR).

Fail-Fail yang perlu aku setelkan belum siap lagi.Jadi, mari kita bekerja kuat untuk menyiapkannya pada hari ini. Yeehhaaaa!!! 

Semangat!!! Semangat!!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Arang & The Magistrate

Okayyyy...Sawan aku dah datang balikkkk

Sejak aku balik ke Ipoh hujung tahun lepas, aku dah nekad tak nak layan cerita-cerita Korea ni dah. Sebab aku rasa drama Korea ni hanya membuatkan aku berangan. Padahal realiti sebenar kehidupan tak macam tu. Lagi satu, aku ni kalau dah dapat layang drama Korea, memang tak jadi ape dah. Hidup tonggang langgang. Semua sebab nak habiskan tengok cerita tu. Jadi makan ke mana, kerja tak focus, rumah bersepah dan macam-macam lagi la. Teruk sangat aku ni.

So, disebabkan aku nak berubah, aku nekad nak forget everything about K-pop and Korean Drama.
Super Junior punya Album ke 6 pun aku tak ambil tau. Punya la kental jiwa. Mula-mula memang susah, tapi bab kata Adnan Sempit, "Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Highway".. Rosak peribahasa.
So, lama kelamaan, aku dah biasa hidup tanpa Drama Korea. Drama je la.. lagu-lagu Korea tetap ada dalam MP3 kereta aku.. Tak boleh nak buang terus.. Yang mana aku rasa best, layang lagi. Cuma tak fanatic macam dulu la.

Okay, berbalik pada tajuk asal, hari tu kan aku ada pergi event Korea Day di Sunway Pyramid. Aku ada jumpe sorang kakak ni. Dia cakap dekat TV sekarang ada main cerita Arang & The Magistrate ni. Aku dah tau pasal citer ni dalam 3 bulan lepas kalau tak silap. Tapi aku cuba kawal nafsu sebab Hero dia adalah Lee Jun Ki! Aaaaaaaaa!!!!!!! (ni hero feberet aku). Heroin dia Shin Min Ah (My GF is Gumiho).

Hero & Heroin yang cute miut.. =)


Sabar...sabar... Amik nafas jap...Fuuuhhhhhh...

Aku tak tau bile diorang start tayang drama ni kat TV tapi yang aku tau kat website Maaduu.com mesti ada. Tapi aku taknak tengok dulu. Kalau tengok, kompom memory broadband aku full 5G dalam masa 2,3 ari je.. hehehe.. Simpan..simpan.. masa tu aku pakai broadband je.. Tak mampu nak pakai UNIFI.

Tapi atas hasutan kakak yang aku jumpe dekat event haritu, semalam aku bukak jugak maadu.coom.
Memandangkan aku wifi pakai Unifi kat rumah paksu aku, maka dengan senang hatinya aku melayan cerita tu semlam.

Best jugak la citer ni. Aku memang minat carita-cerita yang historical macam ni. Aku suka tengok pakaian diorang, kampung-kampung, istana, dan yang paling cantik tu scenery hutan diorang. Sanagaaatttt la cantik.Make-up heroin pun tak tebal, hanbok yang diorang pakai pun cantik-cantik.. Suke..suke..suke... =)

Kalau cerita-cerita moden ni aku bosan sikit. Baju mesti seksi meksi, pastu bahasa tah hape-hape, pastu bangunan-bangunan je la.. Aku tak suka sangat. Tapi kalau cita zaman lama-lama ni, bahasa diorang pun macam sedap je dengar.. Rase macam nak pergi ke zaman tu je.

Semalam aku sempat layan sampai episod 2 je. Masuk episod 3, dah separuh cerita, tetiba laptop aku off sendiri. Dah la hujan lebat time tu, kilat sabung menyabung. Slumber je aku ON laptop. Mentang-mentang duk dalam bilik 'kebal'. heheh.. Kalau kat rumah sendiri dulu jangan harap la aku nak On laptop time hujan lebat. Dengar guruh je aku dah Off terus.

So, balik ni nak sambung balik episod 3. Kalau tak, tak lena tidur aku malam ni.heheheh
Pangggg!!!!

Tengok pakwe aku ni..kurus kan muka dia... 
Dia baru lepas keluar Army hujung tahun lepas kalau tak silap.

Cerita ni pasal sorang Hantu ni (Shin Min Ah), nama dia Arang. Dia ni hilang daya ingatan. Disebabkan si Magistrate (Lee Jun Ki) ni boleh tengok hantu, maka dia mintak tolong dari Magistrate ni untuk cari identiti dia sebelum dia mati. Si Magistrate ni pulak nak cari Mak kandung dia yang dah lama hilangkan diri. Kebetulan dia terjumpe aksesori rambut mak dia dekat kepala si Arang ni, jadi dia setuju nak tolong si Arang ni dengan harapan dia dapat sikit information tentang mak dia.. Okaayyy...
Kalau nak tau lebih, jom layan drama ni dekat Maaduu.com.

Aku suka tengok drama Korea dekat website ni sebab gambar cantik, subtilte jelas dan banyak movie-movie menarik. Tak macam sesetengah website tu. Nyampah! malas nak cakap!!

So, jom pergi sini. MAADUU.COM

Enjoy Watching!! 
Jal bwa yo!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Semalam Aku Naik Angin

Semalam aku penat, balik kerja rasa mengantuk tahap tenuk. Dalam kereta je aku dah menguap beberapa kali. Nasib baik Nana yang drive. Aku rileks kat sebelah je.. hehehe

Balik rumah, bukak-bukak pintu je, dengar suara riuh rendah. Si Nana dan Awish tengah bergaduh... Aduuhhh!! Stress!! Terus naik atas masuk bilik. Tengok katil memang rasa nak tidur je..
Tapi tak boleh... Kalau aku dapat tidur, alamatnya esok la baru aku mandi. No..No..

Turun makan dulu kat bawah. Tengah-tengah makan, Si Bibik pulak sibuk tanya dia kurus ke gemuk??
Lorrr.. scale kan ade.. pergi la timbang!! Aku tengok dia macam tu je badannya dari dulu sampai sekarang. Takde perubahan!

Bibik aku ni pelik sikit. Orang sibuk nak kurus, dia sibuk nak gemuk. Suami dia tak suka tengok dia kurus katanya... Bagi aku body dia dah okay la.. Tak gemuk, tak kurus. Sesuai dengan ketinggian dia. Just nice.Tapi yang si suami tak puas ati lagi..hmmm

Ni bukan kali pertama dia tanya aku. Dah banyak kali. Aku pun dah bosan nak menjawabnya. Setiap kali nampak muka aku, dia akan tanya aku, dia dah gemuk ke belum.. Hellooo!!! takkan la ko ngadap cermin tiap-tiap ari pun ko tak tau ko gemuk ke kurus?? Pergi le timbang. Sia-sia maksu aku beli scale. Timbang je la...

Ko tu kan Bibik.. Disebabkan ko banyak buat kerja, sebab tu la berat ko maintain je.. Tak mustahil jugak berat ko boleh turun. Kalau nak gemuk, makan la banyak sikit. Suruh la laki ko beli susu Gain weight ke hape ke.. Belikan ko makanan yang menggemukkan ke.. Ni tak. Suruh gemuk pandai tapi takde effort. Kalau ko nak bini ko gemuk, tak payah suruh dia kerja. Suruh dia goyang kaki je kat rumah. Confirm gemuk!! Dah tau bini ko kerja pembantu rumah, lagi nak suruh dia gemuk. Pastu menyusahkan aku kena bagi idea dan petua-petua untuk gemuk. Boring la wey.. sembang perkara yang sama tiap-tiap hari.. Cemuih cheq!!

Okay, ni satu hal..

Yang si Awish, Irfan & Nana ni pun tak habis-habis nak bergaduh, bertumbuk, terajang... Lepas tu terkobak-kobak menangis. Nasib baik bukan anak aku. Kalau anak aku memang aku dah lempang sorang-sorang dah. Kalau kita nasihat baik-baik tak mau dengar. Kalau dengan Papa diorang tau pulak takut. Dengan aku memang tak makan saman. Semalam Bibik aku pun dah tension. Si Nana tu, tak padan ngan kecik, pempuan, tapi kalau part bagi side kick, macam pemegang tali pinggang hitam taekwando je rupa dia.. Si Awish tu berapa kali dibantainya.. Pastu dia kena bantai balik. Masa tu nasib baik aku tengah makan. Kalau tak kepala dua-dua aku lagakan!! Bila Bibik pukul diorang semalam terus senyap sekejap. Sekejap jeeee... pastu buat balik.

Habis makan, aku naik atas. Tension duduk bawah lama-lama.

Bila aku naik atas, diorang ikut.. Aku tengok si Awish dengan Irfan belum mandi. Balik sekolah bukan reti nak mandi terus. Kalau aku dulu masa lepas balik sekolah kalau tak mandi, siap la. Tak kene cubit, kene bebel. Mak aku akan marah aku kuat-kuat supaya jiran boleh dengar. So, aku akan jadi malu. Motif kan??? Tapi anak-anak 'bertuah' ni, memang tak makan saman. Diorang ni dah serasi dengan slogan 'Ade Aku Kesah???'.

Semalam bila aku suruh si Awish dan Irfan mandi, slumber badak je diorang tengking aku balik. Very rude style okayyy..Pastu aku hilang sabar. Aku cakap slow je.. "Sape yang cakap tengking-tengking tu?? Aku lempang jugak sat g..." dengan muka serius. Huhuhuhu.. Yang si Nana & Awish yang tengah terpekik terlolong, terus diam! Slow-slow diorang keluar dari bilik aku. Diorang memang takut kalau aku serius. Sebab selalunya aku suka main-main dengan diorang. Sebab tu diorang tak takut dengan aku. Tapi kalau aku serius, diorang takut. Tah hape-hape. Takkan aku nak serius tiap-tiap hari.

Yang si Irfan terus ambil tuala, masuk bilik air,mandi!

Geram aku!! Dah marah cenggitu baru taw nak mandi. Selagi tak suruh, selagi tu la tak mandi. Badan pun dah bau bangla balik keje dah..huh!!

Bibik yang dulu aku respect la sebab dia berjaya mendisiplinkan budak-budak ni. Sekali je dia cakap, terus budak-budak ni patuh! Kalau tak, siap la ko. Nak rasa kene hanger kat kaki, try la buat perangai tak elok. Memang baik je diorang ni masa Bibik tu bela. Dia bukan garang 24 jam tapi ada masa-masa dia la. Kadang-kadang dia melawak jugak dengan budak-budak ni.

Bibik sekarang tak berani nak pukul sangat. Sibuk sangat dengan hal dia nak gemuk la, pikir pasal anak di kampung la.. Kalau kerja dia dah siap, dia masuk bilik dia terus. Dibiarkan je budak-budak ni nak buat apa-apa pun. Tu yang kadang-kadang diorang ni main benda merapu-rapu. Tak boleh camtu. Budak-budak ni pun kena tengok jugak.Masa ni la nak lentur diorang. Nak harapkan Maksu & Paksu aku, diorang ni bekerja. Kadang-kadang malam baru balik. Bila dah penat, mesti dah tak larat nak marah-marah anak. So, kita yang ada dirumah ni la yang perlu tengok-tengokkan diorang.

Aku nak marah lebih-lebih kang anak orang.. Hmmm sabo je la..
Tapi kalau aku dah hilang sabar, maka, akan aku 'didik' korang seperti 'adik kandung' aku sendiri. AWAS ye!! hehehehe...

Balik ni aku mesti kasi warning kat diorang. Mesti!!!
Thanks for reading =) comment le weyh!

Aku Sakit Ke???

Morning.. ^_^

Pagi ni aku rasa macam tak sedap badan.
Isi perut aku ni rasa macam dicucuk-cucuk oleh sesuatu tapi tak pasti.
Kalau tanya Mak aku, mesti dia cakap 'angin' sebab aku ni ada gastrik.
Tapi masalahnya sekarang aku tak rasa gastrik pun sebab tiap-tiap pagi aku akan breakfast. So, takde can la perut aku ni nak masuk angin.

Ade penyakit lain je weh??? Jeng..jeng..jeng...

Risau ni!! Kalau ikutkan sekarang jugak aku nak pegi buat medical checkup. Tapi memandangkan kadar glucose aku yang tinggi aritu, aku tak nak check dulu. Biar dah normal balik, baru pergi check. So, sekarang aku sedang berusaha untuk menurunkan berat badan dan mengawal pemakanan aku.

Aku berdoa pada Tuhan, agar diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan umur. Aku masih belum cukup membantu Ibu Bapa aku lagi. Banyak jasa-jasa mereka yang tak mungkin dapat ku balas. Aku hanya berusaha menjadi seorang anak yang baik dan dapat mendoakan kesejahteraan mereka setiap hari.

Saya sayang Mak dan Abah!!!
Terima Kasih atas segala-galanya. =)
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 17 October 2012

Macam Tipu Je...

Ni statistic orang yang view blog aku untuk hari ni..
Macam tipu je kan??
Bio betul Google ni.
Nak perli aku ke hape??


Tapi aku berfikiran positif..

"Oooo.. Mungkin diorang 'ter'view je kot..pastu kompom diorang tutup cepat-cepat blog aku ni..bukan ada ape pun..Mustahil orang Rusia paham!! hahahah".

Sampai cenggitu sekali aku pikir..hehehehe..
Blog aku memang simple. Tak kosser nak semak2 dengan iklan bagai.. cursur rama-rama, eiii
tak payah!
Sebab aku memang simple orangnya..hehehe
Thanks for reading =) comment le weyh!

Pergi Pejabat Kastam Lagi

Tadi lepas lunch, aku dan Safwa shoot ke Putrajaya. Mane lagiii.. Pejabat Kastam la..
Slumber badak je aku pakai Jeans & T-Shirt. So, nak cover sket, aku sarung cardigan.

Sampai kat kastam, takde pulak Dato' yang in-charge invoice kitorang. Semalam dah buat appoiment pukul 3.30pm. Sampai-sampai je, kerani dia kata dia tak masuk office.. Hmm.. Bukan nak inform awal-awal.. Terpaksa la tinggalkan je invoice tu kat kerani dia. Kalau takat siki-sikit takpe.. Ni berjuta-juta kot.. Huhuhuhu.. Mintak-mintak okay la.. 

Pening kepala aku bila si Safwa ni cakap nak serahkan tugas-tugas dia kat aku. Adehhhh.. malas la.. Cari orang lain la.. Aku lebih bahagia dengan tugasku sekarang sebagai technician terlampau. hehehehe..

Medical check-up aku postpone next month. Kene maintain glucose dulu..
So, mari makan PERIA!!!
Mari makan Epal Hijau...!!

Huhuhuhu... lagii???

Thanks for reading =) comment le weyh!

Adakah Ini Aku???

Seriously, aku sendiri rase macam tak percaya je ni gambar aku..
Tapi tu la realitinya..hehehehe...

Sesape yang chubby macam aku, kena pandai ambil angle yang terbaik agar pipi PAU dilayang anda tu tak kelihatan sangat..hehehe...

Gambar gedik!!!!
padahal pipi tu kembang macam nak mintak penampo jer.. hehehe

Gambar ni aku tangkap semalam sebelum pergi kerja.
Ada macam technician tak??? hehehehehe...paangggg!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Nana Buat Hal

Morning!!!

Semalam lepas balik kerja, aku dikejutkan dengan adengan dan aksi-aksi yang tak ingin aku lihat. Sangat horror sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..huhuhu..

Nana dan Awish buat hal!!
Diorang main make-up Ibu diorang. 
Budak Nana ni memang pantang nampak make-up.
Kalau aku make-up, mesti dia ade nyendeng-nyendeng kat sebelah..
pastu mula la nak main alat make-up aku.
NO WAY GIRL!!!
You are too young for this. Make-up will make your skin bad!! You'll grew older faster!! 
Aku takut-takutkan dia..
Tak makan nye.. Ni la terjadi bila aku tak bagi make-up aku. Dia bantai make-up Ibu die... Adoyaiiii..


 Disebabkan lampu dalam bilik ni agak kelam, maka menambahkan effect horror itu...
Gile takot dowh!!


 Okay... Ada mak andam tak bertauliah campur tangan sekali.. 
Terus jadi macam Joker versi gegurl..huhuhu


 

 Boleh pula dia buat muka happy cenggini... Alahaiiii


Okay! Jom sental muka ko dengan sabun Susu Beras aku!
Sebelum Ibu ko pengsan balik keje kang!!!!

Masa aku kecik-kecik dulu pun selalu jugak main make-up Mak aku. Tapi bersiap sedialah dengan consequences nya.. Kalu tak kene tibai, kene cubit!! hahaha...

Tapi tak serik... tetap jugak nak main...
Agaknya budak perempuan mostly memang cenggini kot.. Ada naluri pompuan!! cehh!!
Nama lagi perempuan ye tak???
Sedangkan budak lelaki pun ade yang teringin nak pakai make up. Ehhh???
hehehehe....
Okay, tu yang dah besar nanti jadi PONDAN!! huhuhu...

Okay la.. aku busy hari ni. File ni banyak lagi title yang xde.
So, aku ke yang kene buat???
Huh!!!

Thanks for reading =) comment le weyh!