Friday 30 November 2012

Practice Makes PERFECT

Salam Jumaat..

Semoga kita semua diberkati Allah di hari Jumaat yang mulia ini.. Amin..

Semalam aku ada post entry (Lagu Hari Ini) pasal apakah pencapaian aku yang terbaik setakat ini. Dalam masa satu hari, macam-macam yang aku fikir. Tetapi jawapannya bukan kepada

'perkara yang aku boleh banggakan', 

tapi sebaliknya ialah

'perkara yang perlu aku buat supaya ada sesuatu dalam hidup aku yang dapat aku banggakan.

Cett!!Puas aku fikir apa keistimewaan yang aku ada, yang aku boleh banggakan tapi memang tak banyak pun!! aduihhh..

Bukan niat aku nak riak atau nak menyombong dengan kelebihan tersebut (kalau ada). Tapi untuk kepuasan diri aku sendiri dan harapan aku, kelebihan itu dapat bantu aku hidup dengan lebih baik daripada sekarang.

Faham tak maksud aku??
Okay la, aku kasi contoh.

Kalau aku tengok orang lain, umur yang sebaya aku atau lebih muda dari aku, tapi dah ada pencapaian yang boleh dibanggakan. Contohnya, dengan kelebihan diorang, hidup diorang lagi bermakna dan lebih bermatlamat la kalau nak compare dengan hidup aku yang graf nya mendatar je.. Boring tul!!

Contohnya, kalau dia mahir ilmu-ilmu agama, dah boleh jadi imam muda. Macam 2 pupu aku, dia ni alim sikit, dia ada group usrah yang selalu gathering dan diorang selalu bertukar-tukar pendapat. Walaupun ada yang tak boleh attend, diorang communicate guna skype. Dia ni cikgu pendidikan khas. Walaupun dia ada degree dalam bidang Fizik, tapi dia pilih nak jadi cikgu pendidikan khas yang mendidik kanak-kanak istimewa ni. Oh, betapa mulianya hati beliau. So, aku rasa, ini perkara yang boleh dibanggkan dalam hidup dia. Dia ada sesuatu yang bermakna dalam hidup dia. Dia ada matlamat. Bukan macam aku. Just follow the flow jer..

Kalau mahir dalam bidang sukan, eg, memanah, berenang, berlari sepantas kuda, menembak, bola sepak, badminton dll, diorang dah boleh barbangga dengan kemahiran diorang ni. At least diorang boleh menyihatkan tubuh badan sendiri. Yang lagi terer tu boleh jadi wakil negeri atau negara. Fuhhh!!
Aku joging pun semput. hahahaha..

Lagi satu, macam retis-retis yang berjaya tu, walaupun umur diorang masih muda, tapi dengan bakat yang diorang ada, diorang mampu raih macam-macam anugerah. Diorang ada sesuatu yang boleh dibanggakan. Bukan aku nak angkat golongan-golongan artis ni sangat. Tapi ada beberapa orang yang kita boleh jadikan contoh. Macam Afdlin Shauki yang baru-baru ni berlepas ke Gaza, Palestin untuk misi bantuan kemanusiaan. Kalau orang biasa yang pergi, takde la kecoh sangat kan, tapi memandangkan dia retis, sampai masuk berita la, Fb la.. So, dari situ mungkin dia dah bukak mata sesetengah orang supaya lebih prihatin isu Gaza ni.

“Saya pernah terfikir, apa lagi yang saya mahukan dalam hidup, jika tiada pengorbanan pernah saya lakukan? Selalu sangat fikirkan soal perniagaan, saya tahu ia tidak ke mana juga. Ia bermula sejak saya menerbitkan program Super Spontan, di mana keuntungan daripada rancangan itu saya mula salurkan kepada rakyat Gaza sebagai zakat. -Afdlin Shauki.
*rembat dari Berita Harian.

See?? dia salurkan keuntungan dari rancangan Super Spontan tu kepada rakyat Gaza. Dia gunakan platform dari bidang seni untuk membantu manusia. Dalam setandan pisang, tak semua busuk kan?? Jadi, tak salah kalau nak guna artist sebagai role model untuk lebih berjaya. Contoh yang lain adalah KRU, Dato' Fazley Yaakob, Heliza AF, dll.. Sorry la, ramai artist Malaysia yang aku tak kenal. Huhuhuhu..

Bakat melukis, poetry, mengarang novel, menggubah lagu, designing, blogging, vlogging, knitting, sewing, memang memerlukan kreativiti yang tidak ada pada diri aku. Kalau bab-bab imagine benda-benda mengarut ni ada la dalam kepala otak aku. Out!! Oh! Mak aku terer betul knitting. Dah banyak kali dia ajar aku tapi benak betuk aku nak paham. Tangan cheq ni keras mak oiiii.. Mau bengkok jarum knitting tu kang cheq kejekan. Walaupun minat nak try knitting tu ada sikit dalam diri aku, tapi tak lama. Aku cepat bosan. baru knitting satu bunga, aku dah fed-up. Makan nasi lagi best. Hehehe..

Semalam aku listkan antara bakat-bakat yang aku ada walaupun tak berapa nak bangga la..

1) Bakat memasak walaupun tak la advance macam Mak aku. Mak aku lagi terer woo..

2) Bakat bermain alat muzik masa zaman sekolah dulu iaitu recorder dan kompang!! Wakakaka..

3) Masa aku kat universiti dulu, aku join teater (retis la konon). Aku wakil U sampai peringkat universiti dan daerah jer. Hmmm...

4) Aku boleh bercakap dalam pelbagai bahasa walaupun takde la terer sangat. Setakat ni aku boleh cakap Bahasa Melayu, English, Korea, Jepun, Hindi, Indonesia dan bahasa kucing. Errkk..
Tapi banyaknya yang merapu la..hahahaha..Bakat ke ni???

5) Aku boleh membaca dan menulis dalam tulisan Korea (Hangul) sebab aku belajar masa dekat UiTM dulu. Setakat tulis ni, orang lain pun boleh ye tak?? 




Ni aku baru tulis semalam. Lagu Perfect Man by Shinhwa.

6) Bakat make-up.Walaupun tak gempak, tapi aku suka make-up sebenarnya. Aku suka make-up adik aku, mak aku dan sape-sape lagi yang mintak di make-upkan. Tapi aku rasa aku kena amik kursus make-up untuk mendalami lagi bidang make over ni..Huhuhuhu...

7) Fashion. Adik aku suka mintak pendapat aku tentang pakaian yang dia pakai. Adakah itu bermakna aku ni ada bakat dalam fashion?? Panggg!! Takde!! Sebenarnya, fashion aku simple je, aku tak suka pakaian yang crowded. Aku suka yang simple dan urban. Mungkin disebabkan aku suka beli baju yang ala-ala Korea, adik aku rasa sense of fashion aku lagi sempoi dari dia kot. Muahahaha... *muntah..muntah...

8) Bakat berniaga walaupun tak de masa nak asah bakat ni sangat. Aku pernah berniaga dekat ekspo, pasar malam, jual barang-barang katalog dan  jadi sales girl kat kedai komputer.  Kira meniaga la jugak kan?? Ayah Itam aku pernah cakap, aku ada gaya jadi businesswoman satu hari nanti. Tang mana dia nampak entah. Kalau masin mulut beliau, Alhamdulillah.. tapi nak meniaga ape eh?? Kambing okay tak???

9) Bakat merapu, buat lawak bodoh, bodek orang, mengabiskan duit, makan, memandu secara berbahaya, merempit, dan tidur sehari suntuk tanpa makan dan minum. Muehehehehehe...

So, kesimpulannya, takde ape yang aku nak banggakan sangat. Mungkin sebab segala bakat yang aku list kan kat atas ni aku tak manfaatkan dan practice kan untuk jadikan ia sesuatu yang dapat aku banggakan. Ye laaa.. Aku ni memang manusia yang rugi la. Sepatutnya, setiap bakat yang aku ada tu aku asah tajam-tajam tapi aku buat separuh jalan je..Hmmm 

Mungkin kalau aku nekad belajar bahasa-bahasa asing ni secara lebih mendalam, aku boleh jadi translator macam Mahathir Lokman kan?? Ataupun kalau aku gigih belajar memasak, aku boleh masuk program Master Chef??  Ataupun kalau aku mintak kerja dengan Aswara, aku leh jadi retis sekarang nih.. Ehh?? panggg!!!!

Kerja aku sebagai technician ni pun takde ape yang nak dibanggakan. Sebenarnya ape yang aku nak ha?? 

Dulu cita-cita aku nak jadi pemandu pelancong. Tapi sebab UiTM tak bagi aku tukar course dulu, maka aku stay Computer Science. Walaupun aku tak minat, aku redah jugak. Masa tu aku tak reti nak fight untuk apa yang aku minat. Konon-konon tak nak menyusahkan mak pak aku la. So, lepas grad, aku terpaksa kerja ikut bidang. 

Disebabkan cita-cita aku tu tak kesampaian, maka aku telah nekad menjadi pemandu pelancong tak bertauliah kepada seorang kawan Jepun aku. Aku hasut dia suruh datang Malaysia. Tahun 2008, aku secara tak rasminya jadi tour guide dia selama 3 hari 2 malam. hehehe.. Masa ni, aku hentam je bahasa jepun yang aku paham. Tak paham, aku speaking english. Tak paham jugak, lantak ko la... hahahah..

Mungkin disebabkan aku senang nak paham bahasa-bahasa asing ni yang menyebabkan aku bercita-cita nak jadi pemandu pelancong kot. Hmmm... So, sekarang perlu ke aku teruskan cita-cita aku ni?? Why not aku try kan??? Boleh ke ek?? Okay, nak google kursus pemandu pelancong yang ado. 

Kursus make-up pun kena cari jugak ni. Huhuhuhu..

Apa-apa pun, dimana ada kemahuan, di situ ada highway. Tapi kalau nak lalu highway, kena ada tol. Bila ada tol, kena seluk poket, kuarkan fulus... Hehehehe...
Takpe, slow-slow okay.. Andai betul ini yang aku nak, aku akan enjoy doing it. Kalau tak, kita try cari benda lain pulak. Yang penting, jangan sampai 'leka' okay..

K, boss aku dah bagi kerja. Bye.


Gambatte ne Linda chan!!! ^__^
Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 29 November 2012

Lagu Hari Ini..

Pernah tengok cerita Hum Saath Saath Hain tak..
Aku suka cerita ni walaupun agak 'crowded' sket sebab ramai betul yang berlakkon. Hehehe..

Hari ni aku macam down sket sebab tengah main game Pikachu tadi, aku tertanya pada diri aku sendiri. Sepanjang suku abad aku hidup ni, apa pencapaian yang paling membanggakan dalam hidup aku?? Nothing... Yes!! Nothing.. Takde apa pun yang membanggakan. Aku jadi malu. Kalau orang lain, umur setaun jagung pun dah ada macam-macam pencapaian.

Ahhh..malas nak ulas panjang-panjang..

Sambung main Pikachu balik..

Lagi sekali buang masa orang baca post ni..Hahaha..sorry.

Nah, hambik lagu aku untuk hari ini:-


ABCDEFGHI..JKLM..NOPQRSTUVWX..YZ.. I LOVE YOU..

^__^

Aku kena cari something that I missing tu..

Tungguuuu.....

Pikir jap sambil main Pikachu.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Bakal Dilangkah Oleh Bendul???

Semalam adik aku tanya aku, kalau dia jadi kawen taun depan, apa hadiah yang aku nak sebab aku kene langkah oleh beliau. Kalau dalam kamus Simpulan Bahasa Melayu, term dia ialah "Langkah Bendul".

Langkah Bendul tu maksud dia: 

apabila adik (perempuan) yang berkahwin terlebih dahulu dari kakaknya (perempuan jugak ye, pondan not valid).

Dalam adat Melayu, kakak yang telah dibendulkan tu perlu diberikan hadiah. Hadiah tu macam penghargaan la untuk si kakak tu yang telah mengizinkan adiknya kahwin dulu walaupun dalam hati rase nak maki je kat pakwe sendiri sebab lambat sangat nak masuk meminang!! Hahaha..

Tapi aku mana ada pakwe!!!haik???

Bagi aku, adab ni memang bagus la. Dalam masa yang sama, si kakak tu rasa dihormati dan sedikit sebanyak dapat mengubati perasaan sedih sebab dilangkah bendulkan oleh adik sendiri. (Hampeh punya adik!!) Sedih ke?? Ye la.. dah jodoh adik sampai dulu..Nak buat macam mana kan??? Ok la tu, dapat hadiah!! Yeay!!Yeay!!

Oh ye!! Si kakak yang dilangkah tu jugak berhak men demand hadiah apa yang dia nak. Bestnyeee!!!

Aku tanya mak aku, selalunya barang apa yang kita boleh demand sebagai hadiah?

Mak aku cakap, suka hati engkau la nak demand apa pun. Jangan sampai membebankan pihak lelaki sudah la...

Contohnya barang kemas, macam cincin, gelang atau rantai. Gigi emas buleh?? 


 Sesak-sesak bleh gadai ni....


Sepersalinan pakaian macam kain ela ke, atau satu set lengkap pakaian macam baju kurung+kasut+tudung+kerongsang+rantai manik-manik+beg Gucci + bleh..bleh...bleh.. janji baju tu lengkap la kalau nak pakai pergi dinner atau majlis kenduri kahwin..hehehe

Satu set hantaran. haaaa..Maksudnya, apa-apa hantaran yang belah laki bagi dekat adik tu, dia perlu bagi dekat kakak tu jugak exactly the same. Ate, ingat hantaran murah-murah ke sekarang?? Kalau adik dapat jam Rolex, kakak pun kena dapat jam Rolex jugak. Hehehehe. Tapi kalau nak jimat, bagi je hantaran yang biasa-biasa jer.. Fadan muka kakak tu. hehehehe... Okay, option ni memang aku reject!! hahahaha..


kalau hantaran IPad ni aku mau..hehehe *dushh!! confirm adik aku tunggu aku kawen dulu..hahahaha

*Dalam kepala aku baru pikir nak demand IPhone 5 sebijik!! hehehehe Panggg!!!!
verangan....

Aku tak kesah la dia nak bagi apa-apa pun asalkan tak membebankan diorang sudah la.. Bende ni adat je kot.. Tak wajib pun kan..hehehehe... See?? How sempoi I am??? Janji perkahwinan diorang aman, dan majlis nanti tak melanggar hukum-hukum syarak. 

Ada sebab orang dulu-dulu reka adat ni.. Kalau rasa relevan, follow je la.. Kalau rasa membebankan, simply ignore it. Tapi bila dah adat kan.. orang-orang kita ni suka no follow adat. kalau tak buat kang, panjang je muncung ngumpat. Hehehe.. Orang yang dilangkah tak kesah, orang yang tapau lauk kenduri pulak yang over lebih!! Hehehehe..

Mane la calon suami aku ni.. Lambat bebeno nak jumpanya. Kalau jumpa, aku ajak kawen je terus. Taknak aku couple-couple ni. Bercinta lepas kahwin lagi best kot. Lagipun aku dah tua, takde masa nak cintan-cintun kat taman bunga dah. Apa la dia buat sekarang ye?? Ke dia ada kat Korea sekarang tengah shooting drama I Miss You??? Panggggg!!! Heheheehe..

So, aku kena pergi Korea ke ni??? Haaa??? 


hamboihh!! Orang sibuk-sibuk pikir kat dia, dia sedap-sedap je karaoke kat sana ye!! Takpe-takpe, saya tau awak rindu saya jugak =p 
*pangggg!!!

uri ssillang <3
kitaryo juseyo ^__^

Thanks for reading =) comment le weyh!

Merepek Meraban

Assalamualaikum..
Good Morning..
Hawaw yuuuuu??

Pagi ni aku takde keje. So, aku bebas untuk meneroka donia internet yang tanpa sempadan nih.. Tapi cam bese, mula-mula

bukak Kosmo... baca berita dulu... tak habis2 pasal PSY Gangnam Style. Dah takde idea ke hape Kosmo ni..

Malaysiakini..hmm..bese r, politik...

pastu check email kot-kot ada yang apply job (tak ramai pun..)

Twitter.. (lagi takde ape..aku pun tak tau apasal aku follow je retis2 kat Malaysia ni even aku tak minat pun)

FB (Hmmm..pasal bola.. Semua post pasal bola... Pasal Show free kat Pavi & Pasal orang nak potong ***...boring...)

Semua boring.....

Pastu aku amik scrudriver, bukak CPU, godek-godek sket,cari cable SATA, sambung ke hard disk yang aku kena back-up.. Sekali tak mau masuk window.. Kene masuk Bios.. Blurr...

Kat Bios pun tak detect H/d ni... Godek-godek lagi, hempuk-hempuk sikit dengan harapan boleh di detect, tetap tak boleh jugak.. Panggil Hazwan suruh tengok. Mamat ni pun tak tau jugak.. Dia bab-bab graphic tau la..huhuhu..

Give-up!

Disconnect h/d pasang balik CPU, campak balik SATA cable kat memane, pastu ON balik PC aku ni, sambung surf internet balik..

Nak dengar lagu, tapi tak leh pasang kuat-kuat walaupun aku dah beli speaker Hello Kitty yang cute miut. Jadi hiasan je!! Chet!!



Jadi, aku bukak laptop pulak pasang lagu Big Bang, guna earphone. Hangguk-hangguk kepala.

Safwah bawa berita gumbira. Next week, 3rd December, new IT Engineer akan join our team. Yahoo!!  Okay, secara automatik nya, aku serahkan tugas-tugas mem back-up data dari h/d ni kat beliau nanti..hahahaha..

Then, aku bukak blog, maka aku update kan dengan post yang tah hape-hape ni.. Sorry buang masa korang je baca kan?? hahahaha

Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 28 November 2012

Back-up Data.. Blurr sekejap

Wah, aku memang dah lama tak buat kerja-kerja 'keras' ni. hehehe..

Baru-baru ni technician bawak balik CPU dari Westport. Bapak gedabak! Sampai 2 orang diperlukan untuk mengangkat dan open casingnya.. (Macam johan raja lawak dah ayat aku).

Asalnya nak suruh aku back-up data jer tapi memandangkan diorang tak bawak sekali cable DVI nyer, maka aku biar je, letak tepi je dulu. Tak kosser.. Aku dah bukak hard disk nya konon-konon nak pasang dekat CPU lain je, pastu terus back-up dalam external hard disk. Tapi hard disknya kok pakai SATA cable la pulak.... Nak rembat dari CPU gedabak tu, tak boleh pulak sebab diorang dah tindih dengan hard disk rack. Haaiiizzz..


haiizzz..gedabak gile tapi hard disknye seketul je..




external hard disk 2 TB
Rembat bawak balik best gak ni pastu download drama korea banyak-banyak..hehehehe



Aku dah mati kutu ni. Malas nak pikir. Kalau korang nak cepat, cari jugak cable tu sampai dapat. Kalau tak jumpe, g mintak duit kat boss, aku belikan. Pokcik Kastam harap sabar ye.. Ada kesullitan yang tak amat dikesali.

Dah, aku nak call orang datang interview esok. Kalau IT engineer tu jadi nak masuk esok, aku pass je keje ni kat die. Senang citer. Hehehehehe...



Thanks for reading =) comment le weyh!

Diet Hujung Bulan

Assalamualaikum w. b.t
Semuga kalian sihat sejahtera hendaknya..

Pagi tadi aku timbang berat aku. ^__^

66.2 kg

hehehe...
Dah lama aku tak timbang sebab aku dah lama tak diet. Aku balun nasi tiap-tiap hari.
Biasanya sebulan sekali memang aku akan jadi macam hantu air sebab bila nak period je, aku makan banyak!! Fedulik sama itu diet!! Hehehe..

Tapi bila dah period, nafsu  makan aku lenyap entah ke mana... Maka, bila aku tengok nasi, rasa macam tak leh nak sumbat dalam perut ni. Tapi kalau sumbat jugak, boleh jer sebenanrnya..Hehehe..Saje propa.

Weh, tajuk post aku ni ade kene mengena ngan diet jugak. Ye la, bila dah hujung-hujung bulan, poket tinggal habuk je, baru la nak guna istilah diet tu ye tak?? Hehehehe...Piiirraaahhh!!!

Kat office aku jarang makan kat luar dah. Aku makan oat je. 3 in 1. Sampai petang aku kenyang. Kalau aku lapar jugak, aku gigit je biskut yang ado dalam stock aku ni. Pastu malam, kalau aku lapar, aku makan lauk je. Kalau tak, aku tido je terus. Hehehehe..

Disebabkan aku telah menyapu losyen pembakar lemak Vida Beauty, maka malam tadi terpaksa aku berulang ke toilet sebanyak 2 kali pada pukul 2 pagi. Losyen ni memang berkesan betul. Baru sapu sekali, habis lemak aku kene keluar secara paksa. Tu yang semangat nak timbang walaupun malam semalam dah makan pizza 2 potong. Huhuhuhu..

Sebenarnya, apa-apa pun, kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan disiplin yang kuat, hasilnya tentu memberangsangkan. Macam aku ni hangat-hangat shit ayam je.. heheheh..

Tapi disebabkan Mickey Yuchon, aku dah berazam nak dapatkan berat ideal aku. Muahahahaaha...Pangg!!!

Hujung minggu ni nak balik kampung. Adoyaiii.. Besar dugaan tuuuu...
Kalau omak den yang masak, nampaknya diet terbang lagi la.. hahahaha..
Control Linda..control... Nanti Yuchon reject ko!! hhahahaha.. (vangang itu memang tabiat yang tak dapat dikikis sejak azali).

Okay la, bagi yang nak berdiet tu, jangan diet macam aku. Sekian terima kasih.


Thanks for reading =) comment le weyh!

Tuesday 27 November 2012

Kegilaan Kepada Park Yuchun

Aku memang dah lama gile minat Yuchun ni sejak dari dia dalam band DBSK lagi. Aku biasa panggil dia Mickey je. Heheh.. Baru-baru ni aku layan 3 movie dia serentak. Lagi gila la aku dibuatnya. Makan tak kenyang, tidur tak lena, asyik teringat dia je.. (*tipu).

1) Rooftop Prince



Arrghhhh...cutenye dieee.... sawan!!

 2) Sunkyunkwan Scandal


 Sawan berganda-ganda


3) I miss You (Bo gu ship ta)



okeh..malas nak cakap panjang2 dah. Aku dah kene masuk ICU ni..hehehe

Cayang Mickey Yuchun forever!! hehehehe Pang!!!

Hope one day i found someone like you..wakakakaka..verangan... sebab tu sampai sekarang takde pakwe! kalau nak cari yang macam Mickey ni, alamatnya jadi Andartu la aku..heheheheeh...


nanges!!!

skarang ni aku tengah sawan dengar lagu JYJ "I Found You", OST drama Sunkyunkwan Scandal. Of course la Mickey yang nyanyi + Jaejong + Junsu.

NI persembahan life diorang yang membuatkan aku sawan berganda-ganda..


Thank to background dancers yang membuatkan aku lebih feeling tengok VC ni..huhuhuhu..

Hope you'll success in whatever you do, Mickey.
From your crazy mazy fan. <3

Thanks for reading =) comment le weyh!

Ganti Alarm Kereta

Baru-baru ni alarm kereta aku jadi over sensitive. Pantang terpegang je, terus dia unlock. Gila bahaya!!
Disebabkan tidak mahu kejadian yang tidak diingini berlaku, maka aku telah pun menukar alarm tersebut.

1 set alarm baru + Service pasang = RM160.00

Cousin aku cakap murah gile?? Murah ke?? Hmmm.. ntah! mane aku tau. Ni first time aku buat.
Aku buat dekat Seksyen 7 Shah Alam.


Kalau korang rasa murah, boleh la pergi sini ye.. Dekat sebelah Giant je.


Ni bengkel untuk accessories kereta je.. Service aircond pun boleh gak.


Berselerak...Normal..

Aku nak bayar RM150 je pun tak kasi Apek ni!! Kedekut!! Huh!!
Murah mende!! Bagi aku kalau RM100, ye murah!! Hahahahaahah

Thanks for reading =) comment le weyh!

Space U8, Shah Alam

13/11/2012 (Deepavali) haritu, disebabkan terlalu boring duduk dekat rumah, aku dan Nana (adik aku) pergi berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Hahahah..serabai..

Disebabkan aku tak pernah lagi pergi Space U8 mall, aku ajak Nana pergi situ. Dia tau jalan nak pergi situ sebab dia selalu tengok wayang (MBO) dekat situ dengan Pakwe beliau.Ciss!!

So, haritu aku dibawa oleh beliau ke situ dengan tujuan nak melepak di situ semata-mata. Bukan nak tengok wayang pun. Tapi best jugak la lepak kat situ. Aman je, takde orang sangat. Mungkin ramai lagi yang tak tau akan kewujudan Space U8 tu kot.. Ah, lantak lah, Tak tau lagi best. Nanti kalau ramai-ramai kat situ, wat sesak je. Nak lepak pun tak aman. Wahh..aku pulak yang dengki. Hehehehe..


kan aku dah cakap, tak ramai orang... hehehe


Ada fountain of youth kat tengah-tangah mall ni..hehehe


dalam lift pun jadi....



Budak ni memang suke over..heh..





Lepak-lepak sambil makan jambu..




malas nak comment..



muke comot. Malas nak pakai make-up



pantang jumpa CoolBlog minah ni..


Masa ni ada insident ngeri berlaku depan mata aku.. Kereta control yang budak-budak naik tu dah hilang kawalan maka terjunam ke dalam kolam fountain ni..hehehe..
*Masin mulut aku sebab sebelum tu, aku ada cakap camni..
"Ni kalau tak control betul-betul ni, mesti ada yang terjunam dalam kolam ni"
Tengok-tengok, memang betul terjadi..hehehe..kebetulan...

Kesimpulannya, okayla kalau nak lepak dekat sini. Tak serabut sangat. MBO pun macam lengang je aku tengok. So, kalau nak tengok wayang nanti, aku pergi sini je la kot. Malas dah nak pergi Jusco. Asyik penuh je. Fed-up. 

Sabtu lepas aku pergi Alamanda dengan Ija (cousin) nak tengok citer Twilight Breaking Down Part 2 tapi penuh!! Last-last tengok cerita The Rise Of The Guardians. Nasib baik la aku suka tengok citer cartoon ni. Layan la jugak. Tapi citer nye boleeehhhh laaaaa... Tak best sangat senang citer!! Hahahahaha...

*pokai!

Thanks for reading =) comment le weyh!

Birthday Nana

Assalamualaikum...

Selamat Pagi..

Tadi masa tengah godek-godek gambar dalam enpon, ada gambar birthday Nana kecik (anak maksu yang bongsu). Dah lama dah aku tangkap gambar ni.. 13hhb haritu. Actually birthday dia 10 November tapi sambut lambat sikit. Ala, die bukan heran pun. Birtday dia bile pun, confirm dia tak tau. Tahun ni dia baru masuk 4 tahun, tapi mulut dia pot pet pot pet macam nenek aku. hehehe..


Muke excited je nak potong kek.


Happy Birthday Nur Irdina Adriana.. 


Bile boleh potong ni??huhuhu


Dengar Ibu nyanyi lagu "Happy Birthday' dulu


fuhhhh...


Potong kek, ibu tolong sebab Nana tak tau.. =p


Kiss Papa sket..
Irfan takde perasaan.. TV tetap no 1.

copycat muka ibu.. hehehe

Disebabkan Maksu aku buat event ni secara mengejut, maka aku tak beli apa-apa hadiah pun kat dia. Kesian dia. Takpe la, len kali dah gaji, akak beli hadiah Nana ye. hehehehe...panggg!!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 26 November 2012

What's NEXT

Assalamualaikum
Morning.

Pagi ni aku rasa tak sedap hati. Terasa macam sesautu bakal terjadi. Tapi aku tak taw apa yang bakal terjadi tu. Tunggu dan lihat je la..

Arrghh.. tak suka!!

Nak nagis tapi tak tau sebab apa,
Nak lari jauh-jauh tapi tak tau ke mana,
Nak telefon Mak tapi tak tau nak cakap apa,
Nak tido tapi skarang kat office!!! Ehh??

Huwaaaaa.... Mak, I need you right now.
I just wanna hug you tight, close my eyes and just waiting what's the NEXT!!
Mak, I'm scared...
*crying


Thanks for reading =) comment le weyh!

Friday 23 November 2012

Gaza + Breakfast + Maksu + Nana

Salam Jumaat!! ^__^

Alhamdulillah, berita gembira dari Gaza, Israel bersetuju untuk melaksanakan genjatan senjata terhadap Palestin selepas President Mesir, Mohamed Morsi berjaya melakukan rundingan gencatan senjata tersebut. Akhirnya, penduduk Gaza boleh menarik nafas lega dengan berita tersebut. Semoga Allah kuatkan semangat mereka untuk meneruskan kehidupan walau mungkin ada ahli keluarga mereka yang telah terkorban akibat serangan dari tentera Israel Laknatullah selama 8 hari itu.

JANGAN LUPA!! TERUSKAN MEMBOIKOT PRODUK-PRODUK ISRAEL!!!

jangan hangat-hangat tahi ayam!! Ini salah satu cara membalas kekejaman Israel. Anak-anak orang Melayu yang kerja kat McD dan yang seangkatan dengannya tu, boleh la usya-usya keje lain. Banyak lagi kerja yang lebih berkat di atas muka bumi Malaysia ni. 

Jual nasi lemak tepi jalan pun berkat weyh!!

Macam pagi ni aku breakfast nasi lemak yang aku beli dekat tepi jalan depan office aku. Nasi lemak dia sedap, kuah sambal sedap, banyak pulak tu. Pendek kata memang berbaloi dengan harga dia. So, tengahari ni aku tak payah pergi lunch dekat luar dah. Sebab kenyang gile. Jimat duit aku. Heheheh...

Tapi bila dah makan nasi lemak ni, paham-paham je la, kepala aku ni dah berapa kali terkulai atas meja ni. Hehehe.. Tu yang aku gatai update blog ni. Kalau tak, mesti boss ingat aku tengah layan movie sebab senyap semacam jer..hehehe.. Jadi, untuk tidak mengantukkan diri, aku update blog, dengar lagu kuat-kuat sambil hangguk-hangguk kepala.

Motif takde keje???

Adaaaa.... Tapi ada cable yang aku tengah tunggu technician bawak dari Westport. Lagi satu tengah tunggu Safwa beli harddisk untuk buat backup data. Apedaaaa... Nak beli harddisk pun lambat. Bukan susah mane pun.. Semua nak approval dari boss.. Setakat harddisk RM300 tu pun nak berkira. So, nak buat keje lain pun takde, maka aku terpaksa menunggu 2 barang penting ni dulu untuk sampai ke tangan aku.Ceh, kutuk boss sendiri. Panggg!!!

Okay, pagi ni aku sampai awal. Tapi nasib baik boss dah sampai, maka aku boleh masuk office dengan gumbiranya. kalau tak, alamatnya tunggu dalam kete la, tak pun tepi tangga. Reason aku sampai awal adalah sebab aku kena hantar Maksu aku pergi office dia dekat Glenmarrie dulu sebab kereta dia rosak. Pukul 7.30, aku keluar dari rumah. Nasib baik Glenmarie tu dekat je dengan tempat keje aku ni. Daripada dia membazir naik teksi, baik aku hantar je.. Gile naik teksi!! Ntah bape la kene charge. Dah 2 hari kitorang hantar dia. Sebelum ni dia naik teksi. Dah la hujung-hujung bulan ni.. Parah woo kalau naik teksi. huhuhu.. Apasal aku banyak cakap pasal teksi ni?? 

Pagi ni Nana demam. So, dia tak kerja. Selsema katanya. Hmmm... Semalam dah aku cakap jangan keluar, nak keluar jugak.. Malam-malam pergi dating kat kedai mamak. Kalau duduk rumah, makan ubat, rest, tidur awal, confirm tak demam pagi ni. Ni tak, cakap aku tak nak dengar. Ha, tanggung la sendiri. Aku malas nak bebel lebih-lebih. Kang sentap!! Huhuhuhu

Okay la, aku nak minum Teh Misai Kucing. Next month nak kene buat medical check-up. Kalau tak turun gula dalam darah aku ni, MATI laaaaaa... huhuhuhu... Dah la diet dah ke laut!! Esok aku start ballik makan biskut kering 4 segi tu je. Hehehehe...

K, bye!!


Thanks for reading =) comment le weyh!

Wednesday 21 November 2012

Effect Ubat Demam

2 hari lepas, aku demam tapi aku malas nak pegi klinik sebab tak teruk pun. Cuma aku rasa badan aku panas sikit je. Lepas minum air mineral sebotol, rasa okay sikit dah. Lepas tu Nana bagi aku makan ubat demam lebih dia hari tu, aku bedal je la sebab aku malas nak pergi klinik. Nana cakap ubat tu memang berkesan tapi sangat mengantuk kalau dah makan.

Dan effect nya memang sangat luar biasa. Sampai hari ni aku masih mengantuk..Mukekekeke...
Mungkin ubat demam ni untuk selsema sekali kot..Ah, lantak la..malas nak fikir. Kalau demam lagi tak best.. Setakat mengantuk ni, apa la sangat kan.. Kalau ngantuk, tido je la.. Bukan aku ada keje pun.
CPU Safwa pun aku dah siap format dah..

Layan movie lagi best.

jeles tak?? hehehe
Thanks for reading =) comment le weyh!

Boikot Produk-Produk Yahudi!!!

Assalamualaikum w.b.t

Anda sihat semua?? Alhamdulillah..
Syukur kerana kita masih diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan keamanan yang membolehkan kita bergerak bebas ke mana saja sesuka hati kita.

Tidak seperti saudara-mara kita di Palestin....
Nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk.
Setiap hari mereka dihujani peluru dan bom yang dilepaskan oleh si Israel laknatullah tanpa belas kasihan. Misi mereka hanya satu, iaitu nak menghapuskan umat Islam di Palestin agar mereka dapat menguasai Palestin sepenuhnya.(Andai mereka berjaya menguasai Palestin, siapa pula target mereka seterusnya??).

Sudah lama krisis Israel-Palestin ni kita dengar. Tak pernah berpenghujung.. Ya!! Selagi Israel terkutuk tak menguasai Palestin, selagi tu kisah-kisah menyayat hati ni kita akan dengar dan lihat. Antaranya, gambar-gambar mangsa korban terutama kanak-kanak akan menjadi paparan terkini di media cetak dan media electronik. Terguris hati kita melihatnya bukan?? Ya!! Terguris!! Dalam pada masa yang sama mengutuk kekejaman rejim Zionist itu.

Tapi dalam pada masa yang sama, kita masih menyokong mereka dengan membeli produk-produk dan perkhidmatan mereka. Saya sendiri ketika ini menggunakan komputer yang menggunakan perisian Intel yang dikhabarkan adalah produk Israel!! Malam tadi, saya bersama adik-adik saudara saya menonton music video di saluran Youtube yang dikhabarkan produk Israel jugak!! Beberapa hari lepas, saya membeli snek-snek dan telur di Tesco, siap collect club card points lagi... Tu pun Israel jugakkk...

(*tarik nafas dalam-dalam sekejap)

Saya percaya, banyak lagi produk-produk Israel yang kita guna setiap hari tanpa kita sedar. Mungkin tak tahu pun sebenarnya. Tapi adakah dengan cara memboikot produk-produk Israel ini, Israel akan kerugian besar sehingga ekonomi negara mereka akan runtuh???

Saya tak mahu berhujah disini. Kalau saya kata YA!! ada hujahnya.. Kalau saya katakan TIDAK, pun ada hujahnya.. Anda juga mempunya hujahnya bukan??

Pada pandangan saya, boikot barangan dan produk-produk Israel ini memang dapat mendatangkan kerugian kepada mereka. Tetapi hendaklah dilakukan berterusan dan dengan tekad. Bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contohnya, sekarang di facebook, kecoh pasal nak boikot MacDonald. Tapi bila McD bagi burger telur free, eh ramai pulak yang beratur... Sape tak suka barang free ye tak?? Tu baru McD ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang paling memalukan, ramai yang beratur tu adalah orang Melayu yang beragama Islam! Ohh.. Mungkin diorang tak tengok facebook kot sebab tu diorang tak tau yang sekarang ni kita tengah berkempen utuk boikot produk-produk Israel ni.. Kesian...

Staff McD di Malaysia ni makin tak menang tangan nampaknye..hehehehe..

Tapi yang mengutuk orang-orang yang pergi beratur amik burger free ni pun tak payah nak tunjuk baik sangat la.. Kalau ko betul-betul prihatin, ko pergi buat macam gambar belah kanan tu.. haaa.. tu baru tekad nama dia. kan aku dah cakap tadi.. Ramai yang hangat-hangat tahi ayam sahaja... Macam aku la kan???

Dekat facebook pung pang pung pang bagi ceramah, sindiran, ajak boikot sana-sini tapi ko pun guna facebook kan??

"Oi..oi.. aku guna facebook ni sebagai medium dakwah! sekarang ni semua orang ada facebook. Dekat facebook lebih berkesan!"

Yes, memang hampir semua orang dah ada facebook.Tapi mana lebih berkesan?? Ko berdakwah dekat facebook ke, ko pergi berdiri depan pintu McD macam dalam gambar dekat atas tu?? Kata nak boikot FB kan??? Orang nak boikot..ko nak boikot.. tapi last-last tak tahaaaannnnnn... Nak jugak skodeng kawan-kawan kat FB.. huahuahuah... Konon-konon nak update berita terkini through FB la yee..Puuii!!

(Ustaz Azhar Idrus makan McD & KFC pun kena bahan jugak..Apedaaaaa)

Mak bapak aku takde FB la weh... tapi diorang pun tau pasal isu-isu genting di Gaza sekarang ni. Kalau bab-bab boikot ni pun memang diorang expert la.. hahahaha...Tapi camne diorang tau benda-benda ni?? Diorang takde FB?? jeng..jeng..jeng...

Bapak aku, dari aku kecik sampai aku besar, tak pernah miss beli sokabar a.k.a. newspaper kata orang jawa.. Aku je yang malas nak baca. Sebab tu pengetahuan am aku kurang! Lagi satu, berita memang tak pernah miss tengok. Tak payah nak bias ye, ni bukan masa untuk berpolitik. Tak kisah la berita apa pun yang bapak aku tengok, tapi kira dia update la isu-isu terkini yang berlaku sekarang. Bukan macam aku! Balik kerja, nak tengok berita pun berebut dengan adik sedara yang nak tengok Astro Ceria! Last-last aku kalah jugak.Dem!!

Jadi, sebagai alternative lain, aku terpaksa surf je kat internet. Ada banyak sumber berita terkini yang aku boleh dapat. Antaranya Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Harakah..Ehh???
Whatever... Janji aku tak ketinggalan.

So, sape cakap kalau takde FB, kita tak tau hal-hal semasa?? Sekarang ni dekat FB, aku tengok banyak sampah je dari bahan Ilmiah!! Seriously, aku dah tak minat nak bukak FB dah.Kalau dulu rasa mengelupur kalau tak bukak FB, tapi sekarang rasa macam bodoh pulak kalau bukak FB. Sorry, aku tak kata orang yang bukak FB ni bodoh, tapi aku sendiri rasa bodoh sebab bila aku bukak, ada 4,5 friends yang bagi link benda yang sama. Sharing is caring la konon ye... Pastu, bila tetiba dekat homepage, muncul post-post orang yang aku tak kenal pun. Macam mana bleh add friends?? Hipokrit kan aku?? Pastu ada status-status yang menjelikkan dan menunjukkan kebodohan diri sendiri termasuk aku la.. Sebab aku tak brapa cerdik.. So, post aku pun tak cerdik jugak la.. Eh..ape ngarut pasal FB NI??? lari tajuk!!

Berbalik kepada McD tadi la kan, korang nampak tak strategi diorang. Orang baru bising-bising nak suruh boikot produk-produk badut hidung merah ni, diorang dah busy promote bagi Burger free. Tu marketing strategi nama dia...Eh, bukan! Anti-boikot Strategy nama dia. Hahaha.. Dan hasilnya, berjaya.. Hari ni kalau korang intai-intai kat McD, agak-agaknya ada lagi tak orang kita tengah mengkedarah dekat situ?? mesti ada punya!! Sampai bila ko nak boikot McD tu, ce citer?? Tengok la bila isu Gaza reda nanti, berpusu-pusu orang makan kt situ balik. Tak caya ko tengok la..

Tu maknanya, Israel takkan berdiam diri andai kita cuba nak letak pasir dalam periuk nasik diorang. Diorang ni kan bangsa paling kejam dan zalim di dunia. So, dalam kepala otak diorang ni sentiasa akan ada idea-idea jahat untuk hapuskan musuh-musuh diorang.Diorang takkan berdiam diri punya. Umat Islam hari ni makin lemah. Kat Malaysia sendiri pun tengok la, anak-anak muda Melayu kebanyakannya ada di pusat serenti, rumah pengasih, penjara, lokap, atas jalan (rempit), disko, berpeleseran di shoping-shoping kompleks(ayat karangan form 5), sangat sedikit yang ada di masjid. Jiwa mereka kosong. Mahukan keseronokan duniawi.. Andai kata esok kita akan berperang, dimana mereka-mereka ni semua?? Adakah mereka dengan beraninya akan mempertakankan negara?? Tau ke cara nak pegang senjata? Semangat cintakan negara dan agama itu masih ada kah dalam diri mereka?? Aku bertanya soalan ini pada diriku sendiri dan jawapannya biarlah aku je yang taw. Lari topik lagiiiii....

Buat masa ni, aku memang berusaha untuk memboikot barang-barang Israel as much as I can. Takde ke engineer Islam setakat ni yang boleh cipta Perisian untuk komputer yang boleh gantikan Intel?? kalau ada, kompom aku boikot Intel gak. Nampaknya umat Islam sekarang semakin lemah. Semangat umat Islam untuk mengusai segala teknologi dan bidang ilmu semakin pudar. Malah menjadi semakin mundur. Mungkin makan burger McD  dan air Pepsi banyak sangat kot.

Jadi kesimpulannya, ada barang yang kita boleh boikot, ada yang kita tak boleh nak boikot sebab kalau kita boikot jugak, mungkin boss kita akan suruh kita hantar notis berhenti kerja 24 jam. Jadi, jika produk-produk yang kita nak boikot tu tak mengganggu rutin harian kita, teruskanlah memboikot. Jangan risau, tak mati la kalau tak makan McD, kalau tak masuk Tesco pun, kat tempat lain pun ada jual telur ayam dan tak ketinggalan pun kalau ko takde FB. Banyak lagi barang-barang yahudi yang boleh kita boikot.  Klik kat link kat bawah ni:

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/aaa-senarai-produk-boikot-israelusa/


Korang menggelupur tak kalau boikot barang-barang kat atas ni??? Hahahaha..
Menggelupur kalau barang-barang kat atas ni dah jadi sebati dalam darah daging korang..

Bagi yang rasa masih tak boleh nak menyertai kempen boikot ni takpe, takde paksaan.. Take your time, nak bikot pun kene ikhlas, bukan sebab orang nak boikot, ko pun nak boikot. Kang tak sedar je air liur meleleh tengok orang makan eskrem Sundae McD..muahahahah.. 

Selain dari boikot, tanda kita protes dengan kekejaman Israel, kita boleh jugak bantu mereka dengan senjata kita iaitu DOA!! Jangan putus berdoa untuk saudara mara kita di sana. Doa tu adalah senjata paling tajam bagi orang Muslim. Jika kita tak dapat bantu dari segi kewangan, tak mengapa. Doa pun dah cukup.Bagi yang nak membantu dari segi kewangan, boleh cari tabung-tabung bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di Palestin.Dekat Buletin Utama ada tak?? Aku dah lama tak tengok Buletin Utama. hahaha.. 

Bagi aku boikot ni ada pro dan contra dia. Tapi kalau kita betul-betul bersatu padu untuk boikot, tak mustahil Israel akan tejejas jugak. Pemimpin-pemimpin Islam pun perlu bersatu-padu dan cari jalan penyelesaian untuk membantu Palestin. Selain tu, mereka juga perlu cari jalan untuk memperkasakan umat Islam di dunia ini. Saya percaya, andai umat Islam bersatu padu dan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka umat Islam akan mampu menjadi ummat yang maju dan dihormati di dunia ini. Sekian sahaja hujah saya kali ini. Sesunnguhnya, kekurangan itu datang dari diri saya yang cetek ilmu ini dah kelebihan itu datang dari yang Maha Esa sendiri. 

(Aku poyo jap)

Jom la kita boikot produk-produk Israel ni. Tak rugi pun..Yang dah terbeli produk-produk ni, jangan la buang pulak. Tu namanya membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Pastu jangan la jadi bodoh sangat sampai tak tau nak beza samada perkara yang ko boikot tu relevant atau tak dengan rutin hidup ko sekarang. Bagi yang suka berdakwah, berdakwah la dengan cara yang berhemah. Jangan ko tetiba pergi tengking orang yang tengah minum air pepsi, kang tak pasal-pasal dapat penampar free. Tegur dengan cara yang bijak dan tidak meng'aibkan orang ye, jadi orang takkan rasa menyampah dan meluat dengan ko. InsyaAllah, kalau dakwah ko ikhlas, orang akan follow jugak. Tapi kalau ko berdahwah sebab nak tunjuk pandai, percaya la, kobodohan ko jugak la yang orang akan nampak. Muehehehehe... ye, aku bodoh.. =)


Sesungguhnya, saudara kita di sana yang telah syahid, syurga buat mereka.
Kita disini???

Tepuk dada, tanya akal!!

p.s: Bahasa aku mula mula baik je.. Siap 'SAYA' lagi.. Last-last 'AKU' jugak yang keluar.. mueheheheh...

Thanks for reading =) comment le weyh!

Monday 12 November 2012

Aku busy

Monday Morning..

Aku busy tapi aku tak tau ape yang aku busy kan..
Cakap je la yang ko malas!!
Senang citer!

Ye..aku malas sebenarnya..

Esok cutiii!!!

Happy Deepavali...

=)

Bye.
Thanks for reading =) comment le weyh!

Thursday 8 November 2012

Mak aku officially pindah rumah dah...

Last week Mak Pak aku pindah masuk berek polis balik. So,sesapa yang nak datang raya rumah aku nanti cari je berek polis balik.

Setiap kali mak aku nak pindah, aku tak pernah miss!
So, kali ni pun aku balik jugak walaupun kena apply cuti. Heheheh

Disebabkan kereta aku rosak, maka aku sampai lambat dekat Gerik. Tapi setel jugak la kerja-kerja pindah ni. Barang-barang kitorang banyak yang dah takde. Dulu-dulu masa sekolah, kotak untuk letak buku-buku jer dah berpuluh bijik.

Biar gambar berbicara..Aku tak larat nak menaip dah..

Ni rumah lama. Dekat Kuarters JKR.Selamat tinggal rumah comel ='(








Jenguk rumah baru jap. (Malam sebelum pindah)














Hari Berpindah (Ahad 04/11/2012)





























Penat wooo.. Ni pun tak habis lagi angkut barang-barang. Aku tak dapat cuti panjang. Kalau tak boleh tolong mak aku. Tinggal pinggan mangkuk dan sedikit buku-buku aku lagi tak bawak lagi. Tapi mak aku kata takpe, dia angkut sikit-sikit. Perabot-perabot besar, anak-anak buah Abah aku dah angkat dah.

Bilik aku kosong sangat aku rase..mula la timbul pelbagai idea..muehehehehe...

Disebabkan semua dah penat, jadi malam tu kami makan kat luar. Makan dekat gerai depan Terminal Bus Gerik. Open air gitu.. Sedap gile bihun sup dia wa cakap lu... Sesape yang nak diet, sesuai makan kat sini. hehehe..


Minah ni tak abis-abis makan kueytiaw.. kang lembik macam kueytiaw kang baru padan muka!! hahahahaha... 


Nanti aku nak ajak member2 aku lepak sini la.. Feeling-feeling macam dekat Dataran ipoh pulak..

K, aku penat ni..bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!