Tuesday, 27 November 2012

Space U8, Shah Alam

13/11/2012 (Deepavali) haritu, disebabkan terlalu boring duduk dekat rumah, aku dan Nana (adik aku) pergi berjalan-jalan tanpa arah tujuan. Hahahah..serabai..

Disebabkan aku tak pernah lagi pergi Space U8 mall, aku ajak Nana pergi situ. Dia tau jalan nak pergi situ sebab dia selalu tengok wayang (MBO) dekat situ dengan Pakwe beliau.Ciss!!

So, haritu aku dibawa oleh beliau ke situ dengan tujuan nak melepak di situ semata-mata. Bukan nak tengok wayang pun. Tapi best jugak la lepak kat situ. Aman je, takde orang sangat. Mungkin ramai lagi yang tak tau akan kewujudan Space U8 tu kot.. Ah, lantak lah, Tak tau lagi best. Nanti kalau ramai-ramai kat situ, wat sesak je. Nak lepak pun tak aman. Wahh..aku pulak yang dengki. Hehehehe..


kan aku dah cakap, tak ramai orang... hehehe


Ada fountain of youth kat tengah-tangah mall ni..hehehe


dalam lift pun jadi....



Budak ni memang suke over..heh..





Lepak-lepak sambil makan jambu..




malas nak comment..



muke comot. Malas nak pakai make-up



pantang jumpa CoolBlog minah ni..


Masa ni ada insident ngeri berlaku depan mata aku.. Kereta control yang budak-budak naik tu dah hilang kawalan maka terjunam ke dalam kolam fountain ni..hehehe..
*Masin mulut aku sebab sebelum tu, aku ada cakap camni..
"Ni kalau tak control betul-betul ni, mesti ada yang terjunam dalam kolam ni"
Tengok-tengok, memang betul terjadi..hehehe..kebetulan...

Kesimpulannya, okayla kalau nak lepak dekat sini. Tak serabut sangat. MBO pun macam lengang je aku tengok. So, kalau nak tengok wayang nanti, aku pergi sini je la kot. Malas dah nak pergi Jusco. Asyik penuh je. Fed-up. 

Sabtu lepas aku pergi Alamanda dengan Ija (cousin) nak tengok citer Twilight Breaking Down Part 2 tapi penuh!! Last-last tengok cerita The Rise Of The Guardians. Nasib baik la aku suka tengok citer cartoon ni. Layan la jugak. Tapi citer nye boleeehhhh laaaaa... Tak best sangat senang citer!! Hahahahaha...

*pokai!

Thanks for reading =) comment le weyh!