Wednesday 21 November 2012

Boikot Produk-Produk Yahudi!!!

Assalamualaikum w.b.t

Anda sihat semua?? Alhamdulillah..
Syukur kerana kita masih diberikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah, dan keamanan yang membolehkan kita bergerak bebas ke mana saja sesuka hati kita.

Tidak seperti saudara-mara kita di Palestin....
Nyawa mereka bagai telur di hujung tanduk.
Setiap hari mereka dihujani peluru dan bom yang dilepaskan oleh si Israel laknatullah tanpa belas kasihan. Misi mereka hanya satu, iaitu nak menghapuskan umat Islam di Palestin agar mereka dapat menguasai Palestin sepenuhnya.(Andai mereka berjaya menguasai Palestin, siapa pula target mereka seterusnya??).

Sudah lama krisis Israel-Palestin ni kita dengar. Tak pernah berpenghujung.. Ya!! Selagi Israel terkutuk tak menguasai Palestin, selagi tu kisah-kisah menyayat hati ni kita akan dengar dan lihat. Antaranya, gambar-gambar mangsa korban terutama kanak-kanak akan menjadi paparan terkini di media cetak dan media electronik. Terguris hati kita melihatnya bukan?? Ya!! Terguris!! Dalam pada masa yang sama mengutuk kekejaman rejim Zionist itu.

Tapi dalam pada masa yang sama, kita masih menyokong mereka dengan membeli produk-produk dan perkhidmatan mereka. Saya sendiri ketika ini menggunakan komputer yang menggunakan perisian Intel yang dikhabarkan adalah produk Israel!! Malam tadi, saya bersama adik-adik saudara saya menonton music video di saluran Youtube yang dikhabarkan produk Israel jugak!! Beberapa hari lepas, saya membeli snek-snek dan telur di Tesco, siap collect club card points lagi... Tu pun Israel jugakkk...

(*tarik nafas dalam-dalam sekejap)

Saya percaya, banyak lagi produk-produk Israel yang kita guna setiap hari tanpa kita sedar. Mungkin tak tahu pun sebenarnya. Tapi adakah dengan cara memboikot produk-produk Israel ini, Israel akan kerugian besar sehingga ekonomi negara mereka akan runtuh???

Saya tak mahu berhujah disini. Kalau saya kata YA!! ada hujahnya.. Kalau saya katakan TIDAK, pun ada hujahnya.. Anda juga mempunya hujahnya bukan??

Pada pandangan saya, boikot barangan dan produk-produk Israel ini memang dapat mendatangkan kerugian kepada mereka. Tetapi hendaklah dilakukan berterusan dan dengan tekad. Bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Contohnya, sekarang di facebook, kecoh pasal nak boikot MacDonald. Tapi bila McD bagi burger telur free, eh ramai pulak yang beratur... Sape tak suka barang free ye tak?? Tu baru McD ye tuan-tuan dan puan-puan. Yang paling memalukan, ramai yang beratur tu adalah orang Melayu yang beragama Islam! Ohh.. Mungkin diorang tak tengok facebook kot sebab tu diorang tak tau yang sekarang ni kita tengah berkempen utuk boikot produk-produk Israel ni.. Kesian...

Staff McD di Malaysia ni makin tak menang tangan nampaknye..hehehehe..

Tapi yang mengutuk orang-orang yang pergi beratur amik burger free ni pun tak payah nak tunjuk baik sangat la.. Kalau ko betul-betul prihatin, ko pergi buat macam gambar belah kanan tu.. haaa.. tu baru tekad nama dia. kan aku dah cakap tadi.. Ramai yang hangat-hangat tahi ayam sahaja... Macam aku la kan???

Dekat facebook pung pang pung pang bagi ceramah, sindiran, ajak boikot sana-sini tapi ko pun guna facebook kan??

"Oi..oi.. aku guna facebook ni sebagai medium dakwah! sekarang ni semua orang ada facebook. Dekat facebook lebih berkesan!"

Yes, memang hampir semua orang dah ada facebook.Tapi mana lebih berkesan?? Ko berdakwah dekat facebook ke, ko pergi berdiri depan pintu McD macam dalam gambar dekat atas tu?? Kata nak boikot FB kan??? Orang nak boikot..ko nak boikot.. tapi last-last tak tahaaaannnnnn... Nak jugak skodeng kawan-kawan kat FB.. huahuahuah... Konon-konon nak update berita terkini through FB la yee..Puuii!!

(Ustaz Azhar Idrus makan McD & KFC pun kena bahan jugak..Apedaaaaa)

Mak bapak aku takde FB la weh... tapi diorang pun tau pasal isu-isu genting di Gaza sekarang ni. Kalau bab-bab boikot ni pun memang diorang expert la.. hahahaha...Tapi camne diorang tau benda-benda ni?? Diorang takde FB?? jeng..jeng..jeng...

Bapak aku, dari aku kecik sampai aku besar, tak pernah miss beli sokabar a.k.a. newspaper kata orang jawa.. Aku je yang malas nak baca. Sebab tu pengetahuan am aku kurang! Lagi satu, berita memang tak pernah miss tengok. Tak payah nak bias ye, ni bukan masa untuk berpolitik. Tak kisah la berita apa pun yang bapak aku tengok, tapi kira dia update la isu-isu terkini yang berlaku sekarang. Bukan macam aku! Balik kerja, nak tengok berita pun berebut dengan adik sedara yang nak tengok Astro Ceria! Last-last aku kalah jugak.Dem!!

Jadi, sebagai alternative lain, aku terpaksa surf je kat internet. Ada banyak sumber berita terkini yang aku boleh dapat. Antaranya Kosmo, Berita Harian, Utusan Malaysia, Malaysiakini, Harakah..Ehh???
Whatever... Janji aku tak ketinggalan.

So, sape cakap kalau takde FB, kita tak tau hal-hal semasa?? Sekarang ni dekat FB, aku tengok banyak sampah je dari bahan Ilmiah!! Seriously, aku dah tak minat nak bukak FB dah.Kalau dulu rasa mengelupur kalau tak bukak FB, tapi sekarang rasa macam bodoh pulak kalau bukak FB. Sorry, aku tak kata orang yang bukak FB ni bodoh, tapi aku sendiri rasa bodoh sebab bila aku bukak, ada 4,5 friends yang bagi link benda yang sama. Sharing is caring la konon ye... Pastu, bila tetiba dekat homepage, muncul post-post orang yang aku tak kenal pun. Macam mana bleh add friends?? Hipokrit kan aku?? Pastu ada status-status yang menjelikkan dan menunjukkan kebodohan diri sendiri termasuk aku la.. Sebab aku tak brapa cerdik.. So, post aku pun tak cerdik jugak la.. Eh..ape ngarut pasal FB NI??? lari tajuk!!

Berbalik kepada McD tadi la kan, korang nampak tak strategi diorang. Orang baru bising-bising nak suruh boikot produk-produk badut hidung merah ni, diorang dah busy promote bagi Burger free. Tu marketing strategi nama dia...Eh, bukan! Anti-boikot Strategy nama dia. Hahaha.. Dan hasilnya, berjaya.. Hari ni kalau korang intai-intai kat McD, agak-agaknya ada lagi tak orang kita tengah mengkedarah dekat situ?? mesti ada punya!! Sampai bila ko nak boikot McD tu, ce citer?? Tengok la bila isu Gaza reda nanti, berpusu-pusu orang makan kt situ balik. Tak caya ko tengok la..

Tu maknanya, Israel takkan berdiam diri andai kita cuba nak letak pasir dalam periuk nasik diorang. Diorang ni kan bangsa paling kejam dan zalim di dunia. So, dalam kepala otak diorang ni sentiasa akan ada idea-idea jahat untuk hapuskan musuh-musuh diorang.Diorang takkan berdiam diri punya. Umat Islam hari ni makin lemah. Kat Malaysia sendiri pun tengok la, anak-anak muda Melayu kebanyakannya ada di pusat serenti, rumah pengasih, penjara, lokap, atas jalan (rempit), disko, berpeleseran di shoping-shoping kompleks(ayat karangan form 5), sangat sedikit yang ada di masjid. Jiwa mereka kosong. Mahukan keseronokan duniawi.. Andai kata esok kita akan berperang, dimana mereka-mereka ni semua?? Adakah mereka dengan beraninya akan mempertakankan negara?? Tau ke cara nak pegang senjata? Semangat cintakan negara dan agama itu masih ada kah dalam diri mereka?? Aku bertanya soalan ini pada diriku sendiri dan jawapannya biarlah aku je yang taw. Lari topik lagiiiii....

Buat masa ni, aku memang berusaha untuk memboikot barang-barang Israel as much as I can. Takde ke engineer Islam setakat ni yang boleh cipta Perisian untuk komputer yang boleh gantikan Intel?? kalau ada, kompom aku boikot Intel gak. Nampaknya umat Islam sekarang semakin lemah. Semangat umat Islam untuk mengusai segala teknologi dan bidang ilmu semakin pudar. Malah menjadi semakin mundur. Mungkin makan burger McD  dan air Pepsi banyak sangat kot.

Jadi kesimpulannya, ada barang yang kita boleh boikot, ada yang kita tak boleh nak boikot sebab kalau kita boikot jugak, mungkin boss kita akan suruh kita hantar notis berhenti kerja 24 jam. Jadi, jika produk-produk yang kita nak boikot tu tak mengganggu rutin harian kita, teruskanlah memboikot. Jangan risau, tak mati la kalau tak makan McD, kalau tak masuk Tesco pun, kat tempat lain pun ada jual telur ayam dan tak ketinggalan pun kalau ko takde FB. Banyak lagi barang-barang yahudi yang boleh kita boikot.  Klik kat link kat bawah ni:

http://inijalanku.wordpress.com/parti2/aaa-senarai-produk-boikot-israelusa/


Korang menggelupur tak kalau boikot barang-barang kat atas ni??? Hahahaha..
Menggelupur kalau barang-barang kat atas ni dah jadi sebati dalam darah daging korang..

Bagi yang rasa masih tak boleh nak menyertai kempen boikot ni takpe, takde paksaan.. Take your time, nak bikot pun kene ikhlas, bukan sebab orang nak boikot, ko pun nak boikot. Kang tak sedar je air liur meleleh tengok orang makan eskrem Sundae McD..muahahahah.. 

Selain dari boikot, tanda kita protes dengan kekejaman Israel, kita boleh jugak bantu mereka dengan senjata kita iaitu DOA!! Jangan putus berdoa untuk saudara mara kita di sana. Doa tu adalah senjata paling tajam bagi orang Muslim. Jika kita tak dapat bantu dari segi kewangan, tak mengapa. Doa pun dah cukup.Bagi yang nak membantu dari segi kewangan, boleh cari tabung-tabung bantuan kemanusiaan untuk saudara kita di Palestin.Dekat Buletin Utama ada tak?? Aku dah lama tak tengok Buletin Utama. hahaha.. 

Bagi aku boikot ni ada pro dan contra dia. Tapi kalau kita betul-betul bersatu padu untuk boikot, tak mustahil Israel akan tejejas jugak. Pemimpin-pemimpin Islam pun perlu bersatu-padu dan cari jalan penyelesaian untuk membantu Palestin. Selain tu, mereka juga perlu cari jalan untuk memperkasakan umat Islam di dunia ini. Saya percaya, andai umat Islam bersatu padu dan berpegang pada Al-Quran dan Sunnah, maka umat Islam akan mampu menjadi ummat yang maju dan dihormati di dunia ini. Sekian sahaja hujah saya kali ini. Sesunnguhnya, kekurangan itu datang dari diri saya yang cetek ilmu ini dah kelebihan itu datang dari yang Maha Esa sendiri. 

(Aku poyo jap)

Jom la kita boikot produk-produk Israel ni. Tak rugi pun..Yang dah terbeli produk-produk ni, jangan la buang pulak. Tu namanya membazir. Membazir tu kan amalan syaitan. Pastu jangan la jadi bodoh sangat sampai tak tau nak beza samada perkara yang ko boikot tu relevant atau tak dengan rutin hidup ko sekarang. Bagi yang suka berdakwah, berdakwah la dengan cara yang berhemah. Jangan ko tetiba pergi tengking orang yang tengah minum air pepsi, kang tak pasal-pasal dapat penampar free. Tegur dengan cara yang bijak dan tidak meng'aibkan orang ye, jadi orang takkan rasa menyampah dan meluat dengan ko. InsyaAllah, kalau dakwah ko ikhlas, orang akan follow jugak. Tapi kalau ko berdahwah sebab nak tunjuk pandai, percaya la, kobodohan ko jugak la yang orang akan nampak. Muehehehehe... ye, aku bodoh.. =)


Sesungguhnya, saudara kita di sana yang telah syahid, syurga buat mereka.
Kita disini???

Tepuk dada, tanya akal!!

p.s: Bahasa aku mula mula baik je.. Siap 'SAYA' lagi.. Last-last 'AKU' jugak yang keluar.. mueheheheh...

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment