Wednesday, 28 November 2012

Diet Hujung Bulan

Assalamualaikum w. b.t
Semuga kalian sihat sejahtera hendaknya..

Pagi tadi aku timbang berat aku. ^__^

66.2 kg

hehehe...
Dah lama aku tak timbang sebab aku dah lama tak diet. Aku balun nasi tiap-tiap hari.
Biasanya sebulan sekali memang aku akan jadi macam hantu air sebab bila nak period je, aku makan banyak!! Fedulik sama itu diet!! Hehehe..

Tapi bila dah period, nafsu  makan aku lenyap entah ke mana... Maka, bila aku tengok nasi, rasa macam tak leh nak sumbat dalam perut ni. Tapi kalau sumbat jugak, boleh jer sebenanrnya..Hehehe..Saje propa.

Weh, tajuk post aku ni ade kene mengena ngan diet jugak. Ye la, bila dah hujung-hujung bulan, poket tinggal habuk je, baru la nak guna istilah diet tu ye tak?? Hehehehe...Piiirraaahhh!!!

Kat office aku jarang makan kat luar dah. Aku makan oat je. 3 in 1. Sampai petang aku kenyang. Kalau aku lapar jugak, aku gigit je biskut yang ado dalam stock aku ni. Pastu malam, kalau aku lapar, aku makan lauk je. Kalau tak, aku tido je terus. Hehehehe..

Disebabkan aku telah menyapu losyen pembakar lemak Vida Beauty, maka malam tadi terpaksa aku berulang ke toilet sebanyak 2 kali pada pukul 2 pagi. Losyen ni memang berkesan betul. Baru sapu sekali, habis lemak aku kene keluar secara paksa. Tu yang semangat nak timbang walaupun malam semalam dah makan pizza 2 potong. Huhuhuhu..

Sebenarnya, apa-apa pun, kalau dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan disiplin yang kuat, hasilnya tentu memberangsangkan. Macam aku ni hangat-hangat shit ayam je.. heheheh..

Tapi disebabkan Mickey Yuchon, aku dah berazam nak dapatkan berat ideal aku. Muahahahaaha...Pangg!!!

Hujung minggu ni nak balik kampung. Adoyaiii.. Besar dugaan tuuuu...
Kalau omak den yang masak, nampaknya diet terbang lagi la.. hahahaha..
Control Linda..control... Nanti Yuchon reject ko!! hhahahaha.. (vangang itu memang tabiat yang tak dapat dikikis sejak azali).

Okay la, bagi yang nak berdiet tu, jangan diet macam aku. Sekian terima kasih.


Thanks for reading =) comment le weyh!