Thursday 1 November 2012

What A Ducking Gloomy Day!

Assalamualaikum...
Good Afternoon!!

Pagi tadi excited nak keluarkan duit dari mesin ATM, tapi hampa akhirnya bila aku check baki, duit gaji aku tak masuk lagi rupanya. Terus keluarkan kad ATM aku dengan perasaan yang hampa.. Hampa sikit jer... Sebab kat tangan aku ada cash lagi sikit... Dalam 3,4 ringgit le gitu..hahahah...
Apasal la lambat betul diorang ni proses cek aku?? Company aku ni pun satu!! Bagi gaji pakai cek!! Dah satu keje pulak aku nak kena depositkan kat bank! Dah la proses lembab! Ntah-ntah esok kot baru merasa duit gaji aku tu. Tempat keja aku sebelum ni, hujung bulan je, check maybank2u, dah masuk. Ni???? dah masuk bulan November dah weh... Nasib la dapat boss kede taik idung masin ni!! Nak jugak sign cek tu 30hb!! Aku tak kisah kalau aku takde duit nak makan. Tapi aku kesian dekat adik aku. Boss dia kadang-kadang suka-suka hati je suruh dia pergi sana-sini. Dia pun tengah sengkek tahap cipanzi. Aku ingat kalau ada duit gaji aku, aku nak bagi dekat dia sikit. Tengok-tengok takde!!

So, sape yang harus dipersalahkan?? Bank?? Boss aku?? atau Boss adik aku??

Takyah salahkan sape-sape... Adat la hidup.. Mesti ada cabarannya ye tak??? Baru kita akan beringat-ingat supaya lebih berjimat cermat. Selama ni, sebelum kerja, tau mintak duit je kat Abah! Sekarang baru tau ko betapa susahnya nak mencari rezeki. Nak beli burger McD pun mintak resit kalau tolong bayarkan sekali untuk kawan. Lepas makan, kira balik bape dia kena bayar. Hahahaha..Biasa dah wehh..

So, aku rilek lu..isap kok lu... masuk dalam kete.
Bagitau adik aku duit takleh kuar. Adik aku macam muka nak nangis je aku tengok. Aku rilek lagi. Kang kalau aku nangis, lagi haru. hehehe.. Pastu aku cakap kat adik aku cenggini untuk sedapkan ati dia:

"Mungkin tengahari kang kot baru masuk. Nanti aku check dekat maybank2u. Kalau ada, aku transfer kat kamu." (kadang2 'hang' , kadang-kadang 'kamu' = untuk membahasakan diri dia).

Diam...

Pastu aku cakap ni pulak:

"Banyak-banyak doa dekat Tuhan. InsyaAllah ada la tu kang...".

Pastu aku tengok dia macam okay balik...

Aku jarang la merungut kalau aku takde duit sebab aku yakin rezeki Allah tu ada untuk aku. Even dalam poket dah tinggal 3 ringgit je, aku rileks lagi. Ape susah? Takde duit, tak payah makan. Puasa. Kalau lapar, ko gigit-gigit je la apa-apa yang ada dalam laci tu.. Nasib baik spirullina aku ada banyak lagi. Dulu masa aku kerja dekat company insurans, ada sorang kakak ni selalu pesan kat aku. Jangan kedekut untuk bersedekah, jangan merungut kalau duit tu takde. Yakin dengan Tuhan. Tuhan akan bantu kita. Dan memang benar!! Aku banyak kali mengalaminya. Sumpah tak tipu!! Rezeki Allah ada dimana-mana dan bermacam-macam bentuk. Terpulang pada Dia bagaimana cara Dia nak beri pada kita. Pada masa tu, anda akan berasa bahawa diri anda sangat disayangiNya dan doa anda dimakbulkan. Cuba la!! Rajin bersedekah ye kawan-kawan. =)

Oh lari topik!! Aku ni memang suka melencong!! haihh..

Apakah yang menyebabkan hari aku gloomy hari ni???

Cenggini kisahnya!! 

Pagi tadi aku dah jumpa scale, so aku timbang berat aku. 66.9 kg!!! hahahaha..suka!! okay, ni bukan sebab aku gloomy!!

Aku rasa agak gloomy bila tak dapat tolong adik aku! huhuhu..tu satu!!

second, aku gloomy sebab aku dapat masuk office pukul 10.00am!!! Kejadahnya??? Aku punya semangat sampai awal, pastu naik office, tengok pintu tak bukak lagi. So, aku lepak-lepak dekat tangga sambil dengar lagu kat enpon.

20 minit berlalu... aku mesej si Safwa dan Ella...

"hoi!! ko MC ke???" gitu la lebih kurang sms aku kat depa..

Safwa balas : "ha'a.. nape??"
boleh lak tanye nape... Dalam masa yang sama, Ella tak balas. Sampai la ni tak balas.Ok fine!

Dah la aku takde pegang kunci. Yang pegang kunci ni pakat MC semua! Ceh!!! (Zira bagitau aku Ella pun MC). Aik?? semalam elok sihat walafiat je aku tengok!!

Si Safwa memang dah 2 hari demam tapi dia gigih datang keje jugak tapi pagi ni mungkin dia dah tak larat kot.

Okay, fine. Aku tanya Zira, siapa yang boleh bukak pintu?? (Zira duduk office tingkat atas)
Dia cakap Afiq (Adik Ella ) yang akan bukak kan.. Okay.. aku tunggu!! 

Last-last 1 jam lebih tunggu, baru boleh masuk. Tu pun bukan si Afiq tu yang bukak. Si Ixac, IT Engineer yang bukak. So, dalam opis aku ni just ade 3 orang je. Ixac, Wan dan Aku. Dato' pun tak dok!! Haizzzz... So, aku memang dah takde keje, lagi boring la jadinya... 

Yang aku bengang tu, apasal diorang tak bagi aku kunci awal-awal kalau dah rasa-rasa nak MC tu!! Membara je jiwa dan raga ni. Nasib baik bau bangkai dah takde. 

Kesimpulannya, pagi ni aku dah takde mood nak keje. Tapi okay jugak la.. Tak payah pergi makan!! Telan je spirulina banyak-banyak! Kang kalau keluar makan kang kena keluar duit pulak. Aku kan tengah sengkek sekarang ni...hehehehe

Selingan:

Oh!! Aku dapat sms dari adik aku. Dia cakap gaji dia dah masuk!! See?? Betul kan apa yang aku cakap tadi?? Jangan risau kalau takde duit. Allah tau timing dia bila Dia nak bagi kita rezeki. Antara cepat dan lambat je. Hehehehe.. Lega hati aku. Adik aku siap nak offer hantar duit dekat aku lagi.. Aku cakap tak payaaahhhh.. Aku nak buat ape duit tu pun.. Biar la dia guna buat isi minyak kereta ke apa ke.. Aku lepak office je. Tepat 6.30pm, punch out!! Tu pun dia yang pick-up aku. Hehehehe.. Sempoi tak idup aku?? Yezzaaaa...


Okay la, aku malas nak gloomy-gloomy sangat! kang banyak kedut kat muka yang dah tak berapa nak tegang dah ni. Hehehehe..

bye.

Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment