Friday 2 November 2012

Mak Aku Nak Pindah Weyh..

Okay la, Ahad ni mak dan pak aku dah nak pindah masuk dalam berek polis. Mengejut je mak aku call aku tadi. Dia serba salah pun ada nak suruh aku balik sebab dia risau aku ada keje. Tapi don't worry mak, demi mak, lautan api sanggup Inda renangi!! Puiii!! Drama!!

So, aku plan nak balik Gerik malam ni jugak sebab aku tak nak buang masa. Satu apa pun tak berkemas lagi. Kesian la kalau nak harapkan mak aku je yang kemas sorang-sorang. Takkan hari nak pindah nanti baru kelam kabut nak suruh orang kemaskan pulak. Mengamuk Pokcik-Pokcik Polis nanti.

Mak aku cakap tadi, Pokcik-Pokcik polis ni volenteer nak akngkat barang bapak aku dulu masuk berek.
Nasib baik diorang nak tolong angkat. Takde la bapak aku nak kena keluarkan duit upah orang angkat barang.

Cerita sebenonya gini, bape taun yang lepas, semua keluarga yang duduk dalam berek polis kena pindah keluar sebab kerajaan nak renovate berek polis tu. 2 rumah, jadi 1 rumah. So, jadi besar la sikit rumah tu. So, boleh dikatakan semua polis pindah dalam masa yang sama. Masa tu semua pakcik2 polis ni kepenatan sebab tiap-tiap hari ada je yang pindah. Dah adat dalam masyarakat polis ni, semua kena bergotong royong. Tak kira la pindah ke, kenduri kahwin ke, more bulan puasa ke, cuci surau ke, semua kena bergotong royong. Selalunya, mereka akan meeting dulu dan bahgikan tugas-tugas. Tu la salah satu keistimewaan duduk dalam berek polis ni.

Jadi, kali ni bila berek dah siap, semua pokcik-pokcik polis ni akan pindah balik masuk berek ni. Rumah pulak diorang bahagi dengan adil la bagi aku. Untuk Pokcik-pokcik yang dah tua-tua dan uzur macam bapak aku, diorang bagi tingkat yang bawah-bawah. Sesapa yang masih muda-mudi dan takde anak lagi, diorang bagi dekat tingkat atas sekali iaitu tingkat 4. Macam bapak aku pulak, dapat tingkat 2, sebelah rumah lama kitorang. tepi tangga. Jadi sesapa yang nak datang rumah aku, cari je Berek Polis Gerik ye. Senang!

So, berbalik kepada cerita pindah tadi, kali ni mak pak aku antara orang yang terawal la jugak yang akan menghuni berek polis tu. Ada jugak kawan-kawan bapak aku yang tak nak masuk berek polis balik. Mungkin sebab diorang dapat rumah tingkat atas (semua pakat tak mau masuk rumah tingkat atas) ataupun diorang lebih selesa duduk rumah luar. Maklum la, kalau duduk berek ni, kena terikat dengan beberapa peraturan. kalau rumah luar tu bebas la sikit. Contohnya macam gotong royong tu je la.. Kalau diorang dah plan nak buat sesuatu event ni, semua kena terlibat. Kalau tak tunjuk muka kang, mula la orang mengumpat pasal ko. Kata malas la, sombong la, bleh..bleh..bleh... Tu la keje makcik2 polis..hehehe.. Tau sangat!!!Tapi kalau duduk rumah luar, ko tak campur masyarakat pun, ade diorang kesah??? (kalau orang2 kampung kesah la kot..)

Jadi, kesimpulannya, dah diorang nak tolong kita angkat barang, baik kita angkat je.. Kemas apa-apa yang patut, sampai hari pindah, humban je barang-barang tu dalam lori polis. Pastu, hangkut bawak naik tingkat dua, sumbat pulak dalam rumah. Pandai-pandai la tuan rumah kemas, nak decorate rumah macam mane. Janji keje aku dah selesai. Hehehehe.. Kebanyakannye Pokcik-pokcik polis yang dah berusia emas ni, naik tingkat 2 tu dua tiga kali je dah pancit. Pastu lepak-lepak kat bawah sembang-sembang isap kok luuuu... Yang muda-muda ni la yang diorang harapkan untuk bawak naik barang-barang sampai selesai. Bapak aku sejak sakit dada ni, dia tak berani nak angkat berat-berat. Dia jadi komander je..hehehehe...

Walaupun dah banyak kali berpindah, aku tak pernah miss moment-moment perpindahan ni. Sebab aku rasa seronok. Walaupun penat dan rasa nak patah pinggang, namun aku rasa puas sebab sedikit sebanyak aku mampu tolong mak bapak aku. Dalam pada masa yang sama, aku boleh usya-usya brader-breder polis yang baru kuar pulapol!! Paannnggggg!!!

Okay, aku tipu!! Brader polis is not my taste!! hahahaahahaha


Thanks for reading =) comment le weyh!

No comments:

Post a Comment